Wednesday, November 30, 2016

Saya Pegang Neelofa Kerana Ingin Melindunginya – Fattah Amin

Aksi Fattah Amin yang memegang tangan Neelofa sewaktu mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam menghangatkan lagi gosip percintaan antara mereka.
Foto mereka berdua sudah viral di media sosial dan seperti biasa pasti ada yang memberikan komen negatif.
Walaubagaimanapun, Fattah menjelaskan beliau terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin melindungi Neelofa daripada diserbu peminat. Menurut Fattah, mereka juga diganggu peminat sehingga  ke hotel tempat mereka menginap.
gambar oleh @marul69 via Instagram
Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.
Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan.
Fattah juga menafikan  khabar angin kononnya, Neelofa menghalang beliau untuk bergandingan dengan Mira Filzah dalam sebuah drama.
Perkara ini tak ada kena mengena dengan Lofa. Itu hanya cakap-cakap orang. Sebenarnya jadual kerja saya tak mengizinkan untuk terbabit dalam drama itu.
Wah! Ini baru dikatakan hero, sanggup melindungi seseorang wanita daripada diganggu.  Tak gitu? Hehe.. Macam dah ada perasaan sayang didalam hati Fattah buat Neelofa..
@beautifulnara.com

Ikon revolusi Cuba meninggal dunia


GAMBAR bertarikh pada 1 Mei 2005 menunjukkan Castro mendengar ceramah di Dataran Revolusi, Havana. - REUTERS

HAVANA – Pemimpin revolusi Cuba yang membina sebuah negara komunis berhampiran Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad, Fidel Castro meninggal dunia kelmarin pada usia 90 tahun.
Kesihatan pemimpin itu merosot sejak beliau menghidap sakit usus yang hampir meragut nyawanya pada tahun 2006.
Keadaan kesihatannya yang semakin buruk mendorong Castro menyerahkan kuasa pemerintahan Cuba kepada adik lelaki­nya, Raul Castro dua tahun kemudian.
Tampil memakai sera­gam lengkap tentera, Raul mengumumkan kematian abangnya dalam satu ucapan di kaca televisyen negara itu.
“Pada pukul 10.29 malam (kelmarin), Ketua Komander Revolusi Cuba, Fidel Castro Ruz telah meninggal dunia,” katanya tanpa memberitahu punca kematian pemimpin tersebut.
Mayat Castro akan dibakar, kata Raul sebagai memenuhi permintaan mendiang.
Castro memerintah Cuba selama 49 tahun dan bertahan lebih lama daripada sembilan Presiden AS termasuk John F. Kennedy dan Ronald Reagan.
Beliau dilahirkan di Biran, timur Cuba pada 26 Julai 1926. Semasa usia remaja lagi, Castro bencikan jurang tinggi antara golongan miskin dan kaya di negaranya.
Pemimpin itu yang kemudian menjadi seorang peguam bertindak menentang pemerintahan diktator Cuba, Fulgencio Batista.
Selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan, Castro kembali ke Cuba bersama 80 pejuang revolusi pada akhir 1956 sebelum menawan ibu kota Cuba, Havana pada Ja­nuari 1959.
Beliau menerima ancaman daripada AS berikutan cenderung kepada Kesatuan Soviet, namun dikagumi oleh pemimpin berhaluan kiri di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan sosialis Amerika Latin dan Afrika. Sepanjang pemerintahannya, Castro telah menangkis beberapa krisis penting termasuk pencerobohan AS di Bay of Pigs pada 1961 di samping cubaan berulang kali untuk membunuhnya.
Perikatannya dengan Moscow mencetuskan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada 1962, konfrontasi 13 hari dengan AS sehingga dunia nyaris menyaksikan perang nuklear buat kali pertama.
Dalam pada itu, jalan-jalan di Havana kelihatan sepi selepas rakyat Cuba menerima berita sedih itu.
“Saya berasa sedih. Beliau merupakan tokoh terkemuka yang disa­yangi dan dihormati,” kata seorang pelajar, Sariel Valdespino. – Agensi


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RPssfaDZ 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk Mosul mula kibar bendera putih


REUTERS - SEORANG wanita mengibarkan bendera putih di Mosul, Iraq kelmarin sebagai menandakan keamanan kembali pulih di kawasan kejiranan mereka.

 


MOSUL, Iraq – Penduduk mula mengibarkan bendera putih bagi meraikan tentera Iraq yang berjaya mengusir kumpulan militan Daesh dari kawasan kejiranan Al-Khadraa di timur Mosul kelmarin.
“Kami mengibarkan bendera putih untuk menunjukkan kepada tentera bahawa kami telah aman,” kata seorang peniaga, Abu Mohammad, seorang lelaki berusia 70-an yang berdiri di luar kedainya.
Tentera Iraq melancarkan serangan besar-besaran pada 17 Oktober lalu untuk menawan Mosul, bandar kedua terbesar negara itu dan di lokasi inilah Ketua Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi mengisytiharkan pemerintahan khalifah pada 2014.
Sabtu lalu, tentera Iraq berjaya memaksa kumpulan militan itu meninggalkan Al-Khadraa selepas beberapa hari berlakunya pertempuran sengit.
Abu Mohammad berkata, penduduk berterima kasih kepada anggota tentera dengan memberi bunga sebagai tanda penghargaan dan dengan segera membuka semula kedainya.
“Kami kini sudah bebas dengan militan,” katanya.
Bagaimanapun, bunyi tembakan dan letupan masih boleh didengari pada jarak jauh dan tentera Iraq berkata, mereka masih memburu militan tegar yang mungkin bersembunyi di kawasan tersebut.
“Ada penduduk yang bekerjasama dengan kami,” kata Lef­tenan Nasser al-Ruqabi daripada Perkhidmatan Antikeganasan (CTS).
Menurut Nasser, CTS mula bekerjasama dengan mereka pada Ahad lalu untuk mengenal pasti adakah militan yang terlepas dan menentukan jalan mana yang mungkin dilalui mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RPpUk6b1 
Hakcipta terpelihara 

Peduduk Yahudi lari, kebakaran belukar merebak ke Tebing Barat


SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Nataf, dekat Baitulmuqaddis kelmarin. - REUTERS

BAITULMUQADDIS – Kebakaran belukar berdekatan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang dijajah Israel memaksa beratus-ratus orang meninggalkan kediaman mereka, kata polis semalam.
Situasi itu berlaku ketika anggota bomba Israel dan Palestin dengan dibantu sebilangan pesawat asing, bertungkus-lumus memadamkan kebakaran belukar yang tersebar akibat cuaca kering dan angin kencang.
Sebelum ini, lebih 80,000 orang di bandar ketiga terbesar di Israel, Haifa dan beberapa kawasan lain telah berpindah.
Sekitar 1,000 penduduk di penempatan Halamish dekat Ramallah terpaksa berpindah selepas 45 kediaman musnah atau rosak dalam kebakaran itu.
Kebakaran juga dilaporkan berlaku berdekatan penempatan ha­ram Doleve dan Karnei Shomron dekat Tebing Barat.
Sejumlah pesawat pemadam api adalah dari Israel dan negara-negara seperti Rusia, Turki, Greece, Perancis dan Kanada terus menggugurkan bertan-tan air di beberapa lokasi termasuk Kampung Nataf dekat Baitulmuqaddis.
Sementara itu, polis Israel mengumumkan telah menangkap 14 orang kerana disyaki cuai atau mencetuskan kebakaran dengan sengaja tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut tentang identiti mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RPnQCqQl 
Hakcipta terpelihara 

Trump dakwa pilihan raya dicemari pengundi haram


AP - GAMBAR fail menunjukkan Trump berdepan dengan Clinton dalam perdebatan di Universiti Washington di St. Louis pada 9 Oktober lalu.

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa beliau boleh memenangi undi popular jika tidak terdapat jutaan pengundi haram semasa pilihan raya Presiden 8, November lalu.
Beliau pada masa yang sama membidas permohonan pengiraan semula undi di Wisconsin dengan menyatakan itu sebagai membuang masa.
Trump juga mengeluarkan kenyataan pedas di Twitter yang meminta calon Parti Demokrat, Hillary Clinton menghormati jumlah undi elek­toral yang dimenanginya.
“Selain memenangi majoriti undi elektoral, saya juga boleh memenangi undi popular jika anda menolak jutaan orang yang mengundi secara haram,” ujar Trump.
Beliau pernah memberi amaran sebelum pilihan raya bahawa keputusan mungkin ‘telah dirancang’ tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenya­taan atau aduan selepas kemenangan mengejutnya 8 November lepas.
Trump dalam kenyataan terbaru itu, bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai dakwaan tersebut dan penjelasan tindakannya menentang pengiraan semula undian.
Pegawai khas tertinggi Trump, Kellyanne Conway menyatakan kelmarin, jika pasu­kan Clinton terlalu mendesak dalam pengiraan semula undi di Wisconsin, bakal Presiden AS itu kemungkinan akan menarik balik janji pendakwaan isu penggunaan e-mel peribadi Clinton.
Dalam pada itu, lawan Clinton dalam Parti Demokratik, Bernie Sanders menyokong pengiraan undi tersebut.
“Parti Hijau mempunyai hak undang-undang untuk melakukannya. Kita pernah mengira semula undi dalam hampir semua pilihan raya. Tiada siapa menjangkakan jika terdapat perubahan yang besar,” ujar­nya dalam satu temu bual bersama CNN.
Sebelum ini, calon Parti Hijau, Jill Stein meminta pengiraan semula diadakan bagi mengesahkan integriti sistem pilihan raya AS dan bukannya mahu mencabar kemenangan Trump.
Pemerhati politik melihat peluang untuk mengubah keputusan pilihan raya itu tipis walaupun pengiraan semula undi diadakan di Wisconsin, Michigan dan Pennsylvania.
–AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RPlDs3wG 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, November 29, 2016

Saya Selesa Dengan Imej Sekarang, Buat Apa Bertudung Sebab Nak Jaga Hati Orang – Uqasha Senrose

Isu mengenai tindakan Uqasha Senrose membuka tudung masih lagi belum tamat. Ya, kami tahu tentu ada juga terfikir apa lagi yang hendak dibicarakan.
Baru-baru ini, Uqasha menerusi portal Astro Gempak memberitahu beliau selesa dengan imej terkininya kerana tidak perlu berpura-pura memuaskan hati orang lain.
Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.
Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana? Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.
Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang.
Uqasha hanya ingin meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan gembira tanpa memikirkan lagi kecaman daripada netizen mengenai isu tersebut.
@beautifulnara.com

Che Ta Melaram Dengan Kereta Baru

Lama juga Abang Nara tak ‘skodeng’ Instagram pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta ini sebab sebelum ini memang Abang Nara antara peminat yang selalu mengikuti perkembangan pelakon ini lebih-lebih lagi nak tengok gelagat anak daranya yang comel, Aisyah tu.
Tapi baru-baru ini apabila Abang Nara ‘skodeng’ instagram Che Ta, Abang Nara tertarik pula dengan ‘posting’ Che Ta mengenai kereta barunya. Banyak juga dia post mengenai kereta baru idamannya tu iaitu Haval.
havalNampak dari gambar punyanya hebat macam kereta mewah tapi bila baca caption Che Ta dan selepas Abang Nara ‘skodeng’ pula instagram kereta tu, Haval Malaysia rupa-rupanya kereta baru Che Ta tu takdelah mahal sangat. Mana taknya, harga untuk kereta yang nampak mewah macam tu cuma bawah RM55,000 saja. Jauh lagi murah daripada kebanyakan kereta lain.
haval Dah lah murah, Abang Nara tertarik pula dengan pelbagai keistimewaan kereta itu seperti minyak jimat, kualiti premium dan paling penting servis percuma selama lima tahun!
haval1Patutlah Che Ta pun beli dan bukan main dia ‘promote’ lagi. Harga murah dengan ansuran tiga bulan percuma. Bayangkan percuma ansuran bulan selama tiga bulan. Lepas tu kalau anda sama dengan Abang Nara yang semacam berminat nak membelinya, Haval Malaysia juga menawarkan perkhidmatan ‘trade in’ dengan nilai yang tinggi kepada kereta sedia ada sekarang. Pinjaman bank pun dijamin boleh diuruskan oleh Haval Malaysia. Menarikkan?
havalSo baru Abang Nara faham kenapa selebriti terkenal macam Che Ta pun sibuk membeli kereta ekonomi seperti Haval Malaysia sedangkan dia mampu memiliki kereta mewah lain. Reka bentuk kereta ni pun memang cantik dan bergaya.
havalAbang Nara pun dah menghubungi Haval Malaysia dengan terus pergi ke pusat pameran selepas ‘skodeng’ instagram rasmi mereka di @havalmy. So anda semua bila lagi nak bergaya sakan seperti Che Ta?
@beautifulnara.com

Monday, November 28, 2016

Justin Bieber Pukul Peminat Sampai Berdarah



PENYANYI Justin Bieber dilaporkan menumbuk seorang peminatnya sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian mulut ketika tiba di lokasi konsertnya di Barcelona pada malam Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan Justin menumbuk lelaki berkenaan melalui tingkap keretanya ketika pemuda itu cuba mendekatinya sebelum dia ditumbuk.



Pemuda yang ditumbuk Justin berdarah pada bahagian mulut.
Sumber memberitahu Justin bertindak memukul pemuda itu selepas dia cuba menyentuh dada penyanyi itu.

Keadaan lelaki itu berlumuran darah membuatkan peminat lain yang berada di tempat kejadian terkejut dan mempersoalkan tindakan Justin.

Terdahulu, Justin dilihat sempat beramah mesra dengan peminat ciliknya ketika ingin menikmati makan malam dan dilihat berada dalam keadaan ceria.
@mstar

Peribadi & Perniagaan Terganggu, Nora Danish Bawa Kes Ke Mahkamah



Gara gara kenyataan dari Nora Danish tentang pengecualian cukai oleh pelakon ini telah dimanipulasi, pelakon wanita ini terpaksa mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan.
“Pada 3 November 2016, saya telah ditemubual oleh Utusan Malaysia. Kenyataan yang telah saya beri dalam temubual tersebut telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh beberapa organisasi media dan portal online”
“Sesi temubual tersebut dan kenyataan-kenyataan saya telah diambil luar daripada konteks dan telah disensasikan oleh beberapa akhbar, blog dan pelbagai media secara amnya, termasuk dan tidak terhad kepada tajuk laporan seperti Nora Danish Memohon Agar Artis Diberikan Pengecualian Cukai Untuk Kelihatan Cantik,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Nora, dia tidak pernah menyatakan perlunya pengecualian cukai kepada golongan artis sebaliknya cuma memberi komen tentang penolakan di bawah S.39 Akta Cukai Pendapatan 1967. Itu dia, siap ada penerangan terperinci tentang akta cukai lagi.

Akibat daripada isu berkenaan, kehidupan peribadi, hubungan dengan pihak ketiga yang tiada kena mengena dengan isu tersebut serta perniagaannya telah menerima kesan kebencian, menimbulkan skandal dan menerima penghinaan seterusnya menjejaskan kariernya seterusnya membuatkan Nora melantik peguam dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan. 
@rotikaya

Penjara 14 hari tidak cukup


KA HOO dan Sit Fun mengasari Nurul Ain dalam satu kejadian di Sungai Buloh, Selangor pada Khamis lalu.

Putrajaya – Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.
Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuh­kan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama,” katanya.
Mohamed Apandi menegaskan, Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pen­jawat awam dari­pada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4RIr1IIUT 
Hakcipta terpelihara 

Warga Arab gembira Israel terbakar



AGENSI - IMAM Kuwait, Mishary Rashid al-Afasy turut memuat naik status di Twitter mengenai kebakaran di Israel.


RAMALLAH – Golo­ngan netizen di bumi Arab bergembira dengan bencana kebakaran belukar yang me­nimpa Israel apabila laman sosial rantau itu dipenuhi hashtag seperti #Israelisburning (Israel terbakar), #theZionistentityisburning (entiti Zionis terbakar) dan #TelAviv_IsBurning (Tel Aviv Terbakar), lapor portal berita IBT semalam.
Hashtag #Israelisbur­ning juga muncul sebagai yang ketiga popular di internet sejak 24 jam lalu.
Masyarakat Arab terutamanya penduduk Pa­lestin percaya tragedi di Israel itu sebagai balasan di atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.
Malah, sesetengah mereka turut mendoakan kemusnahan yang lebih teruk di seluruh bumi Israel.
Portal Ynetnews memetik seorang pengguna Twitter sebagai berkata: “Semua jiran Israel harus membantu - saya cadangkan mereka menghantar pesawat yang dipenuhi dengan minyak petrol dan menyimbahnya ke kawasan kebakaran.”
Seorang lagi pengguna menulis: “Tuhan, tambah lebih api kepada mereka sehingga pengakhirannya.”
Ketua Keselamatan Awam di Dubai, Dhahi Khalfan Tamim menulis di Twitter: “Israel mengharamkan laungan azan dan dibalas dengan api.”
Imam dari Kuwait, Mishary Rashid al-Afasy turut menulis: “Selamat berjaya kepada api yang membakar.”
Namun, beberapa penyokong Israel turut menggunakan medium yang sama untuk melahirkan rasa marah mereka terhadap mesej kebencian itu.
Seorang pengguna menulis: “Sebagai seorang yang beragama Islam, saya malu apabila melihat orang Islam bergembira dengan hashtag sebegini. Kuatkan semangat Israel dan moga anda dapat mengatasi masalah ini #israelisburning. – Agensi


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RIoCcSjH 
Hakcipta terpelihara 


 

Trump sifatkan kira semula undi satu komplot



WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat, Do­nald Trump menyifatkan proses kiraan semula undi yang dilakukan di negeri Wisconsin sebagai suatu komplot untuk menafikan kemenangannya baru-baru ini.
Calon daripada Parti Republikan itu me­negaskan bahawa kemenangan dalam pilihan raya Presiden pada 8 November lalu sepatutnya dihargai, bukannya ‘dicabar atau direndah-rendahkan.’
“Proses kiraan semula undi yang diminta oleh calon Parti Green, Jill Stein berlaku pada pilihan raya yang sudah tamat,” kata Trump.
Sementara itu, kumpulan kempen bagi Hillary Clinton, iaitu pesaing Trump daripada Parti Demokrat mengesahkan mereka akan menyertai proses kiraan semula itu.
Mereka bagaimanapun mengakui, setakat ini tidak sebarang petunjuk wujud berlakunya penyelewengan dalam persaingan merebut kerusi White House yang dimenangi Trump.
Peguam pilihan raya bagi Parti Demokrat, Marc Erik Elias dalam laporan portal Medium.com berkata, mereka juga akan mengambil bahagian dalam proses kiraan semula undi di Michigan dan Pennsylvania, jika dibenarkan.
Clinton cuma ketinggalan kira-kira 20,000 undi di Wisconsin, 70,000 undi di Pennsylvania dan 10,000 undi di Michigan.
Stein dalam permohonannya kepada pesuruhjaya pilihan raya juga mengutarakan cadangan memperoleh kebenaran kiraan semula undi di dua-dua negeri tersebut.
“Rakyat telah bersuara dan pilihan raya sudah tamat, dan Clinton pada malam pilihan raya ketika mengucapkan tahniah kepada saya ada berkata, kita harus terima keputusan ini dan lihat ke arah masa hadapan.
“Ini adalah komplot oleh Parti Green untuk pilihan raya yang telah tamat, keputusan pilihan raya harus dihormati dan bukannya dicabar atau direndah-rendahkan, seperti apa yang Jill Stein lakukan,” kata Trump dalam satu ke­nyataan. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RIm3ldKb 
Hakcipta terpelihara 

Api di Israel mula padam


SEBUAH pesawat memadamkan api di penempatan Halamish, barat laut Ramallah berhampiran Kampung Nabi Saleh di Tebing Barat kelmarin. - AFP

BAITULMUQADDIS – Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan penempatan di Tebing Barat yang memaksa berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan rumah dan menyaksikan lebih 20 orang ditahan, kata pihak berkuasa semalam.


“Tidak ada lagi kebakaran yang aktif. Sejak malam semalam, suasana agak aman, kami tidak mempunyai sebarang aktiviti,” kata jurucakap perkhidmatan kebakaran dan keselamatan, Yoram Levy kepada AFP.
Sejak Selasa lalu, anggota bomba Israel berhempas-pulas memadamkan kebakaran belukar yang melanda seluruh negara dan tiba di bandar utama, Haifa pada hari Khamis sekali gus memaksa beribu-ribu orang meninggalkan kediaman mereka.
Pesawat pemadam kebakaran dari Israel dan beberapa negara termasuk Rusia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol dan Kanada turut membantu menyiram bertan-tan air untuk mengawal kebakaran.
Palestin turut menyertai usaha tersebut dengan menghantar 41 orang anggota bomba bersama lapan jentera.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut berterima kasih kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas kerana membantu negara itu mengawal kebakaran.
Netanyahu menghubungi Mahmud di sebelah petang kelmarin untuk melahirkan rasa terima kasih atas bantuan yang diberikan, kata kenyataan pejabat.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Israel mengesyaki bahawa beberapa kebakaran mungkin dikaitkan dengan jenayah rentetan daripada konflik Israel-Palestin.
Polis telah menahan 23 orang suspek yang disyaki dan menyoal siasat tujuh yang lain.
Lebih 404 hektar tanah di utara Israel musnah dalam kebakaran tersebut. Cuaca kering dan berangin menjadi punca kebakaran merebak dengan pantas, menurut pegawai alam sekitar Israel. – Agensi


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4RIj37NxX 
Hakcipta terpelihara 

(TAHNIAH) Lufya Omar Sudah Sah Bergelar Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 6 dan pelakon, Lufya Omar yang sudah sah bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz pada hari Sabtu, 26 November lepas.
Lufya dinikahkan oleh bapanya sendiri, Sheikh Omar Sheikh Abdullah bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim .
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2000. Lufya juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Walaubagaimanapun, pasangan pengantin baharu ini merahsiakan jumlah hantaran perkahwinan.
Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai, teman rapat dan rakan artis bertempat di Laman Cinta Nirwana, Ampang,Kuala Lumpur.
Kami mendoakan agar rumah tangga Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz akan berkekalan sehingga akhir hayat.
@beautifulnara.com

Elly Mazlein Harap “Haters” Akan Menyukainya Satu Hari Nanti

Tahun ini Elly Mazlein diduga dengan pelbagai perkara baik daripada hal peribadi sehingga karier nyanyiannya. Ada yang memberikan sokongan moral terhadap Elly, tetapi ada juga yang seakan bosan membaca kisahnya di dada akhbar mahupun di Internet.
Elly menerima tomahan dan kritikan daripada “haters” dalam setiap perkara.
Walaubagaimanapun, kini Elly sudah mempunyai semangat baharu dan tidak mahu lagi mengenangkan segala komen negatif dan menerima setiap kritikan dengan hati terbuka.
Saya memilih untuk menerima saja semuanya dengan hati terbuka.
Namun, hati kecil Elly berharap serta berdoa agar mereka yang membenci akan dapat menyukai dirinya satu hari nanti.
Saya berdoa mereka yang membenci saya dapat membuka pintu hati untuk menyukai saya. Biasalah, kita tidak menyukai semua orang. Mungkin golongan yang tidak menykai saya itu tidak mengenali saya secara peribadi.
Meskipun dikritik, nampaknya Elly tidak pernah menyimpan dendam terhadap “haters”. Harapnya selepas ini akan ada kebahagiaan buat Kak Lina Pom Pom dan anaknya.
@beautifulnara.com

Wawa Zainal Cemburu Dengan Kemesraan Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera?

Gandingan Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera didalam drama Patahnya Sebelah Sayap masih lagi menjadi bualan ramai sehingga hari ini. Kata orang, mereka antara pasangan didalam drama yang boleh menandingi populariti Neelofa dan Fattah Amin.
Memang mesra sangat Aeril dan Ummi sehingga ada peminat yang menyangka mereka bercinta.
Kemesraan mereka juga telah menimbulkan rasa cemburu di hati Wawa Zainal. Menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, mereka suami isteri bergaduh besar kerana perkara itu dan hampir bercerai. Eh, biar betul?
Tambah sumber kepada Cik Pang,  percutian mereka sekeluarga ke Korea baru-baru ini kerana Aeril ingin memujuk Wawa.
Biasalah manusia akan melakukan kesilapan, harapnya selepas ini Aeril Zafrel lebih peka dan tidak terlalu mesra dengan wanita lain.
Benarkah berita tersebut? Kami harap ia cuma khabar angin sahaja dan mendoakan kebahagiaan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.


Neelofa Dan Fattah Amin Sudah Bahasakan Diri “Sayang”?

Sudah beberapa kali kita lihat kemesraan Neelofa dan Fattah Amin menunjukkan mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa lebih-lebih lagi selepas video Neelofa menemani Fattah bermain futsal tersebar.
Terbaru, ada sumber yang mengatakan Neelofa dan Fattah sudah membahasakan diri dengan panggilan “sayang” dan sering merindui antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, menurut sumber itu lagi, pemandu peribadi Neelofa juga kerap mengambil dan menghantar Fattah. Seakan mereka berdua seperti ada sesuatu bukan?
Nampaknya hari demi hari, semakin banyak cerita mengenai percintaan Neelofa dan Fattah Amin diperkatakan. Pada kami memang sudah terang lagi bersuluh mereka sedang bercinta apabila kerap keluar bersama dan kemesraan yang mereka pamerkan di khalayak.
@beautifulnara.com

Wawa Zainal Nafi Gosip Cemburukan Kemesraan Antara Aeril Zafrel Dan Ummi Nazeera

Pelakon Wawa Zainal menafikan gosip beliau cemburu dengan kemesraan suaminya, Aeril Zafrel bersama Ummi Nazeera sehingga mereka bergaduh besar dan hampir bercerai seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.
Menurut Wawa di akaun Instagramnya, beliau memahami kerjaya Aeril sebagai seorang pelakon dan sedar Aeril dan Ummi berkawan baik. Malah, Wawa juga sempat untuk memperomosikan drama terbaru lakonan Aeril dan Ummi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Eh mana ada cemburu , kalau cemburu daripada dulu lagi tak kasi dia berlakon dengan mana-mana perempuan.  Saya tahu dorang memang kawan baik tapi best juga kalau kita merajuk Aeril pujuk bawak pergi becuti ke luar negara. Nak merajuk la lepas ni…Erm..nak  pergi Paris,Istanbul. ..ecececeh..
Semoga ALLAH ampunkan saya dan keluarga tapi saya tak maafkan penulis tu,sampai dia memohon maaf. Ok nak bagitahu ni jangan lupa saksikan mereka berdua lagi dalam drama terbaru #nahurindu Tv3.
Alhamdullillah, nampaknya khabar angin tentang rumah tangga mereka bergolak kerana isu cemburu tidak benar. Harapnya Wawa dan Aeril banyakkan bersabar. Biasalah, kalau sudah bergelar selebriti pasti tidak boleh lari daripada gosip.
@beautifulnara.com

Sunday, November 27, 2016

Fasha Sandha Beri “Hint” Neelofa Dan Fattah Amin Bercinta?

Semalam menerusi rancangan MeleTOP, artis jemputan Fasha Sandha sempat mengusik Neelofa kelihatan bahagia sehingga pengacara itu tersipu malu.

Ramai yang tertanya apakah maksud sebenar Fasha lebih-lebih lagi apabila Fasha memuat naik foto beliau bersama Neelofa dengan kapsyen yang memberikan gambaran Neelofa sedang bercinta.


Bukan itu sahaja, Fasha turut “tag” Fattah di foto berkenaan, lebih tepat lagi betul-betul di wajah Neelofa.

Adakah gosip mereka sedang bercinta selama ini memang benar? Mungkinkah Fattah dan Neelofa sengaja merahsiakan hubungan mereka? Kita tunggu sahaja apa pula kenyataan Neelofa selepas ini.
@beautifulnara.com

Wajah Yuna Terpapar Di “Billboard” Times Square, New York

Siapa sangka penyanyi yang dilahirkan di Kedah, Yuna yang kini melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dan aktif menyanyi di Amerika Syarikat diberikan peluang untuk menghiasi papan iklan elektronik di tengah-tengah  bandar Times Square, New York.
Untuk pengetahuan anda, bukan mudah untuk dipilih sebagai artis pilihan bagi Nasdaq hanya jenama popular dan barisan mereka yang terkenal sahaja yang berpeluang membuat paparan di “billboard” tersebut.
Menerusi portal BH ONLINE, Yuna maerasa syukur kerana akhirnya segala usaha beliau berbaloi apabila bakatnya sudah mula diterima di Amerika Syarikat.
Sebelum ini, wajah kumpulan The Chainsmokers menjadi wajah pilihan untuk papan iklan berkenaan. Saya pula diundang untuk sesi fotografi oleh Nasdaq baru-baru ini dan hanya gambar yang dipaparkan di skrin terbabit, bukan video.
Apapun, saya bersyukur kerana bakat saya diterima baik di sana walaupun baharu lima tahun mencuba nasib di negara itu.
Tahniah kami ucapkan kepada Yuna yang terus membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana berjaya mengharumkan nama negara dan membuktikan anak tempatan juga mampu untuk bersaing dengan artis antarabangsa.
@beautifulnara.com

(VIDEO) Aksi Neelofa Temankan Fattah Amin Main Futsal Curi Perhatian Peminat

Sejak bergandingan didalam drama Suri Hati Mr. Pilot,  Neelofa dan Fattah Amin tidak dinafikan mempunyai hubungan yang agak rapat. Namun, seperti biasa pasti kedua-duanya menafikan sedang bercinta.
Namun,tindakan Neelofa baru-baru ini yang menemani Fattah bermain futsal telah menghangatkan lagi gosip percintaan mereka berdua.
Menurut portal Astro Gempak, rakan baik Neelofa iaitu Rosix seorang pereka fesyen sempat merakam detik-detik manis serta mesra mereka berdua melalui Instagram Stories.
Antara aksi yang sempat dirakam ialah ketika Neelofa memberikan air kepada Fattah yang kepenatan bermain futsal. Ewah, konfirm hilang penat Fattah kan bila ada wanita jelita siap sedia bagi air..Hehe..Saja hendak bermanja dengan Neelofa ke?
Sememangnya apabila video berkenaan tersebar, makin ramai peminat yang mengharapkan mereka berdua benar-benar bercinta dan siapa tahu boleh ke jinjang pelamin kalau ada jodoh.
Jika benar ada perasaan cinta antara Neelofa dan Fattah kami pasti satu hari nanti mereka akan menjelaskan perkara sebenar bila tiba masa yang sesuai. Mungkin mereka berdua masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing. Kalau ada jodoh tidak kemana.
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...