Showing posts with label pelancongan melaka. Show all posts
Showing posts with label pelancongan melaka. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

FAO nadi pelancongan Melaka


FAO mengetengahkan senibina sejarah warisan Belanda.


PERASAAN teruja meresap dalam diri lelaki berusia 29 tahun itu saat pertama kali melihat struktur konkrit Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di Simpang Ampat, Melaka.
Struktur yang dibina berkonsepkan warisan Belanda itu berjaya memukau pandangan Shahrul Ambri Samsudin yang berkunjung ke lokasi tersebut baru-baru ini.
Tujuan utama dia berkunjung ke lokasi tarikan terbaharu yang terletak kira-kira lima kilometer dari tol Simpang Ampat itu adalah untuk membeli-belah sambil menikmati suasana sekitar.
FAO merupakan outlet yang menawarkan 70 gedung fesyen, sukan, aksesori, beg dan kasut berjenama di dalam bangunan berkeluasan 54,864 meter persegi.
Selain barangan berjenama, FAO turut menawarkan panorama yang cukup mempesonakan seperti sebuah tasik buatan, air pancut, karusel dan kincir angin.
“Ini kali pertama saya datang ke sini selepas mendapat tahu daripada seorang kawan. Tempat ini sangat cantik terutama seni bina bangunan ini.
“Pada saya, tidak rugi datang ke sini. Jika tidak membeli pun, pengunjung masih boleh menikmati dan merakam gambar pemandangan indah,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.
FAO dibuka berikutan kejayaan dan sambutan yang diberikan para pelanggan di dua outlet lain iaitu di Johor Bahru, Johor dan Mitsui, Sepang, Selangor.
Antara jenama fesyen unggul yang terdapat di FOA adalah Nike, Cotton On, Puma, Carlo Rino, Samsonite, G2000, Forever 21, Esprit, Folli Follie dan Sacoor Brothers.
Menurut lelaki berasal dari Temerloh, Pahang itu, butik-butik berjenama yang terdapat di FAO menawarkan barangan pada harga cukup berpatutan.
“Rata-rata harga barangan yang dijual sangat berpatutan. Malah, pilihan barangan juga banyak seperti pakaian dan permainan kanak-kanak.
“Saya harap, lebih banyak jenama terkemuka akan membuka cawangan di sini pada masa akan datang,” katanya yang berkunjung ke FAO bersama isteri.
Sejak dibuka pada November tahun lalu, FAO menjadi mercu tanda pelancongan yang telah dilawati lebih 600,000 pengunjung.
Menyeronokkan
Seorang pengunjung memilih pakaian di sebuah gedung yang disediakan.

Pengarah Komersial Peruncitan Freeport yang berpangkalan di London, Chris Milliken berkata, matlamat utama FAO adalah untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza kepada pengunjung.
Katanya, pengunjung boleh menghabiskan masa sehari suntuk untuk membeli-belah sambil beriadah bersama orang tersayang dan keluarga.
“Kami menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua golongan, tidak kira tua atau muda.
“Kami yakin, pengunjung akan merasai pengalaman yang menyeronokkan ketika melawat FAO kerana kami menawarkan sesuatu yang berlainan,” katanya.
Freeport merupakan antara perintis dalam industri outlet di Eropah dan konsep ini di bawa masuk ke Eropah dari Amerika Syarikat. Outlet pertama dibuka pada 1994.
Sejak itu, sebanyak 12 outlet sama dibuka di seluruh dunia iaitu lima di Britain dan beberapa buah lagi di Portugal, Sweden, Itali, Republik Czech serta Slovakia.
FAO merupakan projek pertama syarikat itu di Asia Tenggara hasil usaha antara Freeport Retail Ltd. yang berpangkalan di Pall Mall, St. James, London, Britain dengan Langkah Reality Sdn. Bhd.
Menurut Milliken, konsep pelancongan sambil membeli-belah kini semakin digemari dan sering kali menjadi pilihan utama para pelancong.
Katanya, FAO menjadi sebahagian daripada mercu tanda pelancongan utama di Melaka dan pihaknya akan sentiasa menjalin kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelancongan.
“Pembangunan outlet banyak membawa konsep menang-menang kepada peruncit dan pelanggan.
“Pelanggan dapat merasai lebih keseronokan ketika membeli-belah, manakala peruncit mampu memasarkan barangan mereka. Dianggarkan lebih satu bilion orang melakukan aktiviti ini setiap tahun,” terangnya.
Bagi menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negara, FAO merangka beberapa program.
Pihaknya juga menggalakkan para peruncit untuk melakukan potongan harga barangan dan promosi pada setiap masa.
Situasi itu diakui sendiri oleh salah seorang pengunjung, Haryati Abdullah, 47, yang berkunjung ke FOA setiap kali adanya potongan harga dan promosi.
Jelas wanita yang menetap di Ayer Keroh, Melaka itu, FOA merupakan destinasi pilihan ahli keluarga untuk membeli-belah kerana jarak yang dekat dengan rumahnya.
“Saya berkunjung ke sini sebulan sekali, terutamanya jika ada potongan harga. Jika tidak pun, harga barangan sudah cukup murah dan berpatutan.
“Tambahan pula, semua jenama besar ada di sini dan saya tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru untuk mendapatkan barangan berjenama,” jelasnya.
Menurut Haryati, dia lebih selesa berkunjung ke FAO pada sebelah malam kerana berpeluang menikmati panorama cahaya lampu di kawasan sekitar.
Tambah usahawan itu lagi, kemudahan-kemudahan yang terdapat di FOA juga sangat membantu seperti kedai makan, parkir, tandas, mesin pengeluaran wang automatik dan ruang pejalan kaki.
“Selalunya, lepas balik kerja saya akan berkunjung ke sini sambil bersantai bersama anak-anak. Kalau lapar, kedai makan ada, jadi ia sangat mudah,” terangnya.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_01.htm#ixzz4RZm4TWSP 
Hakcipta terpelihara 

 

Saturday, October 27, 2012

Wajah-wajah nadi pelancongan Melaka



USIANYA sudah mencecah 61 tahun, namun lelaki itu kelihatan gagah dan bertenaga. Pergerakannya masih tangkas dan lincah, pandangan matanya masih tajam. Pada usia itu juga dia jarang mendapat penyakit yang lazim dihidapi lelaki seusianya.
Rutin kesihatannya mudah, sejak empat dekad yang lalu, hampir setiap hari dia akan mengayuh beca di sekitar Bandar Hilir, Melaka.
“Jika dihitung, saya berkayuh tidak kurang daripada 20 hingga 30 kilometer sehari. Mungkin itu agaknya rahsia saya sentiasa tampak awet muda,” seloroh Atan Hamzah tatkala membawa penulis dan rombongan Media Familiarization anjuran Felda Holding Berhad menaiki beca mengelilingi bandar raya itu baru-baru ini.
Sambil berkayuh, lelaki yang mesra dengan panggilan Pak Atan itu rancak bercerita mengenai sejarah bandar raya yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia itu.
“Sekitar tahun 70-an dahulu, kawasan di sekitar Jalan Kota dan Jalan Gereja ini dipenuhi pejabat kerajaan sebelum ia dipindahkan ke lokasi lain. Begitu juga laluan di sekitar Jonker Walk yang terkenal sebagai ‘syurga’ perniagaan dan barangan antik sejak sekian lama.
“Pada masa yang sama, banyak bangunan lama dan bersejarah di kawasan itu telah dibaik pulih sama ada dijadikan muzium, galeri seni atau hotel kepada pelancong,” kata anak jati Kampung Umbai itu.
Tambah Pak Atan, pembangunan pesat Melaka khususnya dalam industri pelancongan sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan golongan penarik beca sepertinya.
Ikon negeri
“Beca tidak lagi dipandang sebagai pengangkutan murahan, sebaliknya ia telah menjadi sebahagian daripada ikon pelancongan di negeri ini.
“Di mana lagi kita boleh lihat penarik beca di negara ini kecuali di Melaka dan Pulau Pinang. Sebab itu pengalaman menaikinya menjadi sangat istimewa. Lagipun, beca memudahkan pelancong melihat sisi bandar raya ini dengan lebih dekat,” bapa kepada tujuh orang anak itu.
Pak Atan merupakan antara ratusan penarik beca yang masih setia memberi perkhidmatan kepada pelancong ke negeri yang terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi sejak 600 tahun yang lalu.
Sejak ditemui Parameswara, Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang gemilang di bawah Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan strategik di titik pertemuan Timur dan Barat menjadikannya pusat perdagangan terulung di rantau ini.

PELUANG melihat suasana malam di sekitar Sungai Melaka dari atas bot pasti sukar dilupakan sampai bila-bila.


Bagaimanapun, kegemilangannya berakhir selepas diserang Portugis pada tahun 1511. Ia disusuli dengan penjajahan Belanda (1641) dan Inggeris (1824).
Hari ini, Melaka dikenali melalui peninggalan sejarah silamnya. Antara serpihan lampau itu dapat dilihat ketika mengunjungi tapak Kota A Famosa, Gereja St. Paul, Gereja Christ, bangunan Stadhuys, Makam Hang Jebat dan Makam Hang Kasturi malah ketika menyaksikan gaya hidup sepanjang menyusuri Sungai Melaka.
Melalui integrasi kaum, interaksi sosial dan seterusnya perkahwinan silang budaya dan resam, terhasil juga kepelbagaian keturunan. Pasti ramai yang menyedari kehadiran masyarakat Baba Nyonya, golongan Asia campuran Eropah dan Portugis serta komuniti Chitty.
Bagi Sazali Said, 35, dia bangga melihat transformasi yang berlaku di negeri kelahirannya itu.
“Melaka sudah jauh berubah. Dahulu tidak banyak bangunan pencakar langit, gedung beli-belah apatah lagi hotel bertaraf empat hingga lima bintang.
“Hari ini, lihatlah sendiri, semuanya tampak gah dengan pelbagai mercu tanda baharu seperti Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan sebagainya.
“Itu belum dengan pelbagai tarikan lain seperti Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Tema Air A Famosa, Melaka Cruise yang sememangnya tidak pernah surut dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya yang berasal dari Bukit Baru.
Subjek lukisan
Sazali berkata, peningkatan jumlah pelancong ke negeri itu turut menyuburkan kerjayanya sebagai pelukis jalanan sejak 10 tahun yang lalu.
Memilih lokasi di sekitar Gereja St. Paul sebagai medan mencari rezeki, Sazali berkata dia gemar menjadikan gambar pemandangan dan ikon-ikon pelancongan di negeri itu sebagai subjek dalam lukisan.
“Saya memilih tema sedemikian kerana mahu pelanggan menghayati keistimewaannya dalam bentuk lukisan.
“Di samping dapat berkarya, secara tidak langsung saya dapat mempromosikannya kepada pelancong yang datang,” ujarnya yang berada di situ setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Jika Sazali gigih mempromosikan pelancongan di Melaka melalui lukisan, Muhammad Kassim Muhammad Ali, 29, pula mempunyai kaedah tersendiri untuk menambat hati pelancong ke negeri itu.
Cendol segar
Kedai Cendol Jam Besar yang terletak berhampiran Bangunan Stadhuys yang diusahakan Muhammad Kassim sering menjadi tumpuan pelancong untuk membasahkan tekak sambil menikmati panorama Sungai Melaka.

PELBAGAI artifak dan sejarah dunia maritim di Melaka satu ketika dahulu boleh dilihat di Muzium Maritim.


Menawarkan aneka cendol bermula dari RM1.70 sehingga RM3 semangkuk, Muhammad Kassim berkata, ia merupakan perniagaan keluarga yang dimulakan oleh datuknya pada tahun 1952.
“Ada pelanggan-pelanggan lama kami menyatakan rasanya langsung tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga kini. Sebenarnya kami tiada rahsia khusus, cuma mungkin rasa lemak santan dan gula melaka yang digunakan,” katanya.
Ujarnya, setiap hari gerainya dikunjungi kira-kira 100 pelanggan dan jumlahnya akan meningkat sekali ganda pada hujung minggu atau cuti persekolahan.
“Kadang-kadang memang tidak menang tangan dibuatnya, namun apa yang diutamakan ialah kepuasan pelanggan.
“Pelanggan kami tidak terhad dalam kalangan orang tempatan, malah para pelancong asing.
“Lebih membuatkan saya terharu, ada pelancong yang pernah mencubanya sanggup kembali semula ke sini selepas beberapa tahun,” katanya.
Percutian lengkap
Sementara itu, pelancong Itali, Claudie Alessandro, 25, melahirkan kekaguman terhadap Melaka yang disifatkan sebagai sebuah destinasi percutian lengkap kepada pelancong.
“Segala-galanya ada di sini - sejarah, warisan dan tradisi, gastronomi, hiburan, alam semula jadi dan sebagainya,” katanya.
Menghabiskan masa seminggu di negeri itu, Claudie berkata dia teruja melihat beberapa bangunan bersejarah dari era Portugis sehingga Inggeris yang masih kekal terpulihara sehingga kini.
“Pada masa yang sama saya juga kagum melihat kepelbagaian budaya dan masyarakat di negeri ini.
“Pertembungan elemen penjajah, Islam, Cina, India dan Melayu menghasilkan satu warisan unik yang mungkin sukar ditemui di negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.
@kosmo.com.my

Wednesday, April 25, 2012

Melaka Tumpu Pelancongan Budaya, Sejarah


Melaka Tumpu Pelancongan Budaya, Sejarah
MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan memberi tumpuan terhadap subsektor pelancongan budaya dan sejarah yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, pihaknya akan memperbanyakkan kawasan pelancongan yang berunsur kebudayaan dan warisan rakyat Melaka bagi menarik pelancong khususnya dari luar negara memandangkan jumlah pelancong bagi subsektor itu kini dilihat semakin meningkat.
“Melaka kaya dengan pelbagai sejarah bukan saja sejarah Kesultanan Melayu namun juga sejarah bangsa dan budaya yang dapat dibuktikan dengan pelbagai kesan tinggalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keris Taming Sari Warisan Kesultanan Melayu Melaka sempena Melaka 750 Tahun di Seri Negeri di sini, hari ini.
Seminar sehari anjuran bersama kerajaan Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) itu dihadiri kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan seminar dan program berkaitan kebudayaan dan sejarah Melaka sebagai ruang perbincangan dan pertukaran idea untuk memajukan subsektor itu.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, penganjuran seminar Keris Taming Sari itu relevan memandangkan keris milik Hang Tuah itu melambangkan kekuatan serta jati diri masyarakat Melayu.
Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah, kerajaan negeri Melaka turut membina Menara Taming Sari setinggi 110 meter sebagai memperingati kehebatan keris itu selain menjadi antara produk pelancongan Melaka.
Katanya, menara berkenaan berjaya menarik 650,000 pelancong dengan jumlah pendapatan RM6.5 juta pada tahun lalu. – BERNAMA
@mynewshub.my

Thursday, April 5, 2012

Masamas Travel & Tours Sdn Bhd


Masamas Travel & Tours Sdn Bhd 
(Cawangan Negeri Melaka)







Masamas Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yg memberi perkhidmatan utama  iaitu pengurusan jemaah yang hendak pergi umrah ke tanah suci Mekah dan pada masa yang sama syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan2 lain kepada orang awam. 

Pelanggan-pelanggan kami adalah terdiri daripada orang perseorangan, individu, ahli-ahli korporat, badan2 kerajaan, badan2 berkanun dan juga swasta. 

Pejabat Cawangan kami di Negeri Melaka.











Perkhidmatan-perkhidmatan syarikat kami adalah seperti berikut:-

1) Pakej Umrah (12 hari)

2) Penempahan Tiket 
 MAS, AIR ASIA, FIREFLY dan lain-lain. (warrant @ L.O juga diterima)

3) Pakej Pelancongan
Pekej Honeymoon (Berbulan-Madu), Pakej Lawatan Pelajar Dalam & Luar Negara seperti negara-negara Indonesia, Vietnam, Korea, China dan lain-lain destinasi seluruh dunia atas permintaan pelanggan.

4) Transportation (Bus) for muslims tour.

5) Penginapan
Hotel, Chalet, Luxury Hotel, Budget Hotel

6) Penghantaran Tiket

 Sijil2 Berkaitan:-





Pakej Paling Popular kami :-

Pakej Umrah (12 hari)




Tuan/ puan dijemput hadirkan diri ke pejabat kami untuk sessi penerangan yang lebih khusus kepada bakal-bakal jemaah yang berminat untuk menunaikan niat suci mereka bagi mengerjakan haji/ umrah..insyaAllah.

Bilik Ceramah/ Latihan Haji/Umrah

Bagi memastikan bakal jemaah mendapat penjelasan lengkap mengenai pakej-pakej tawaran kami serta bagi memastikan para jemaah membuat persediaan yang terbaek sebelum bertolak ke tanah suci Melaka, pihak syarikat mewajibkan jemaah-jemaah baru (pertama kali mengerjakan haji/umrah) untuk menyertai kelas latihan lengkap mengerjakan haji/umrah mengikut sunnah Rasullulah saw di bilik ceramah/ latihan khas di premis banggunan syarikat kami. 

Dan untuk pengetahuan semua bakal-bakal jemaah akan diberi latihan intensif oleh penceramah-penceramah bertauliah yang didaftarkan di bawah Lembaga Tabung Haji Malaysia dan juga badan-badan ugama negeri-negeri berkaitan. 













Cenderahati dari kami:-

Beg Bimbit & Beg Sandang 


Pihak syarikat juga menyediakan 2 buah beg di atas ini bagi setiap jemaah yang mengikuti rombongan pakej  umrah kami. 

Sila hubungi pegawai-pegawai kami di pejabat atau datang terus ke pejabat cawangan-cawangan kami.

Pakej-Pakej Popular Luar Negara Yang Paling Popular!










Info Pakej Percutian Ke Indonesia - Klik Di Sini!

Info Pakej Percutian Ke Vietnam - Klik Di Sini!

Info Pakej Percutian Ke China - Klik Di Sini!

Info Pakej Percutian ke India - Klik Di Sini!

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi pejabat kami. Pegawai-pegawai kami sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaek untuk anda semua..insyaAllah!

Nama Syarikat : Masamas Travel & Tours Sdn Bhd

Alamat Cawangan Melaka: No 5-G, Jalan BU 2, Taman Bacang Utama, 75350, Melaka.
Tel : 06-286 9987/ 9986     Fax: 06- 286 9985
Emel : masamastour@gmail.com
Pengarah : Qamarul Zaman Bin Sulaiman
Mobile: 019- 998 1713

Alamat Ibu Pejabat : 39-1, Jalan Seri Wangsa 1, Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 03- 4149 0392      Fax: 03- 4143 0391



Masamas Travel & Tours
info lanjut layarimasamaskembara.blogspot.com
53 photos | 1 view | Add a comment?
items are from 23 Mar 2012.
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Masamas Travel & Tours
Subscribe to a feed of stuff on this page...Feed – Subscribe to the set "Masamas Travel & Tours, Melaka."























Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...