Showing posts with label konsert. Show all posts
Showing posts with label konsert. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Konsert Siti Nurhaliza Catat Sejarah Paling Berjaya Di Istana Budaya

Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.
PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaituLantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.
"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.
Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.
Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.
"Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.
"Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan," katanya.
Barisan pelakon teater Maduku Kalut.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.
Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.
"Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta," jelasnya.
@mstar.com.my

Tuesday, October 22, 2013

Foto : Dato’ Siti Bakal Hadir Ke Konsert Beyonce


Foto : Dato Siti Bakal Hadir Ke Konsert Beyonce
Sudah menjadi kebiasaannya, setiap kali tiba hujung tahun, pasti ramai selebriti tempatan akan menghabiskan masa terluang mereka dengan bercuti ke destinasi-destinasi menarik bersama insan tersayang.
Jika semalam, OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto comel, Nora Danish dan Nadeem bercuti di Eropah, hari ini kami ingin kongsikan pula foto romantis, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan suami bercuti di Melbourne, Australia.
Jika semalam, OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto comel, Nora Danish dan Nadeem bercuti di Eropah, hari ini kami ingin kongsikan pula foto romantis, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan suami bercuti di Melbourne, Australia.
Menerusi laman sosial penyanyi tersebut, tujuan utama Dato’ Siti dan Datuk K ke Australia bukan sekadar bercuti, malah mereka merancang untuk hadir ke konsert siri jelajah Beyonce yang akan diadakan di sana.
Foto : Dato Siti Bakal Hadir Ke Konsert Beyonce
Dato’ Siti & Datuk K di Australia
Dalam pada itu, meneliti setiap status yang dimuat naik oleh penyanyi tersebut, Dato’ Siti telah melahirkan rasa teruja dan akui sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan mantap penyanyi Hollywood itu.
Untuk makluman, konsert Beyonce The Mrs.Carter Show World Tour  dijadualkan bakal berlangsung hari ini, 22 Oktober hingga 26 Oktober 2013 di Stadium Tenis, Rod Laver Arena.
Secara umumnya, ini merupakan konsert siri jelajah Beyonce buat kali kelima. Sebelum ke Australia, penyanyi tersebut telah menjejakkan kaki di beberapa negara lain seperti New Zealand, Mexico, Brazil dan Venezuela.
Apa pun, untuk semua peminat Dato’ Siti Nurhaliza, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto menarik penyanyi tersebut sepanjang berada di Australia.
Dato' CT 5
Dato' CT 1
Dato' CT 4
 Dato' CT 3
@ohbulan.com

Friday, January 18, 2013

Lima Artis Rock 90-an Bergabung Bikin Konsert


Dari kiri Rahmat, Saleem, Aris Ariwatan dan Ali (belakang) menjanjikan persembahan luar biasa dalam 'Konsert 5 Legenda'. Zamani, tiada dalam gambar.
KUALA LUMPUR: Penganjuran Konsert Gegar 5 Legenda yang bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 22 hingga 24 Februari depan bagi menggantikan teater Ombak Rindu yang ditangguhkan pementasannya tidak dibuat secara 'tangkap muat'.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, konsert itu sebenarnya sudah dirancang sejak tahun 2011 dan secara kebetulan penangguhan teater itu dapat membuka ruang kepada acara berkenaan.
"Penangguhan pementasan teater Ombak Rindu adalah kerana faktor jadual artis yang tidak selaras dengan pementasan itu menyebabkan kami terpaksa memenuhkan kalender IB dengan acara lain.
"Tambahan pula lima artis rock yang akan membuat persembahan tersebut masih mempunyai peminat manakala lagu-lagu mereka masih popular," ujarnya semasa ditemui pada sidang media konsert berkenaan di sini pada Khamis.
Konsert Gegar 5 Legenda bakal menyaksikan gabungan lima artis rock di era 90an, iaitu Saleem (Iklim), Aris Ariwatan, Rahmat (Mega), Zamani (Slam) dan Ali (Terra Rossa).
Muhammad Juhari
Ia diterbitkan sendiri oleh IB dengan kerjasama kelima-lima artis terlibat.
Dalam pada itu, Pengarah Persembahan, Lokman Ghani berkata, konsep konsert itu nanti akan mengangkat kenangan dan kegemilangan era rock balada yang pernah mengangkat nama mereka di kalangan peminat.
Ia bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan akan dibahagi dalam dua segmen.
"Apa yang pasti hanya seleksi lagu terbaik akan dipilih untuk dipersembahkan kepada penonton dan pada masa ini kami masih lagi memilih lagu apakah yang akan dibawa mereka pada malam itu nanti.
"Susunan muzik juga akan diubah bagi disesuaikan dengan orkestra yang akan mengiringi mereka pada malam itu nanti," jelasnya.
Sementara itu, Rahmat yakin persembahan itu nanti akan meninggalkan kenangan indah buat penonton yang hadir pada tiga malam persembahan.
Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.
Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi 03-4026 5508 atau 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz.
@mstar.com.my

Sunday, December 9, 2012

Yuna Terkilan


Yuna Homecoming Concert yang diadakan di Pulau Pinang baru baru ini seperti ada menimbulkan rasa ketidakpuasan hati daripada segelintir peminat yang hadir sehingga mendapat perhatian dari Yuna sendiri.

YUNA MUZIK MUZIK SEPARUH AKHIR
Walaubagaimanapun Yuna rasa sedikit terkilan kerana peminat yang tidak berpuas hati pada malam konsertnya itu tidak terus berhubung denganya sendiri, sebaliknya mengunakan platform lain untuk terus menghentam dirinya.
Ujar Yuna “Saya anggap apa yang berlaku di P.Pinang semasa konsert tersebut adalah perkara yang biasa. Biasala tu bila ada yang tidak suka apa yang kita buat. Kalau ada yang tak happy tu saya faham la. Tapi bagi saya ramai je yang enjoy pada malam konsert di Pulau Pinang hari itu.”

YUNA MUZIK MUZIK SEPARUH AKHIR
“Walaubagaimanapun perkara macam ini saya akan ambil maklum dengan serius dan berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Cuma apa yang saya boleh katakan dimasa akan datang jika ada yang tidak berpuashati dengan apa yang saya lakukan bolehlah terus maklumkan kepada saya daripada tulis sebarang kenyataan kepada mana-mana pengendali portal-portal hiburan.”
“Bagi saya cara complaint letter kepada pengendali portal macam itu kurang sesuai, jika terus maklumkan kepada saya maka saya boleh jawap apa yang perlu kepada peminat tersebut. Lagipun apa yang terjadi itu adalah diluar kawalan saya dan tidak mungkin saya buat dengan sambil lewa. Apa yang penting tanggunjawab saya untuk menghiburkan peminat yang hadir saya laksanakan dengan sebaik mungkin.” Ujar Yuna yang kami temui di Muzik-Muzik Separuh Akhir
@buahmulut.com
www.seriduyonghomestay.com
info lanjut layari
26 photos | 1,039 views | Add a comment?
items are from 26 Mar 2012.
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
www.seriduyonghomestay.com
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Ruang Makan/ Dapur (Seri Duyong Homestay, Melaka)"


Tuesday, December 4, 2012

(8 GAMBAR)Konsert Jennifer Lopez Di Malaysia Kagumkan Peminat


Mungkin ada yang belum tahu yang malam tadi telah berlangsung Konsert Jennifer Lopez di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert ini ialah sebahagian dari siri Konsert Jelajah Dunia Dance Again 2012. Apabila berada di Malaysia, Jennifer telah tweet satu gambarnya dengan teman lelakinya di balkoni hotel Kuala Lumpur yang merupakan penari latar konsertnya, Jasper Smart.

Photobucket
Photobucket
Konsert tersebut telah berlangsung dengan jayanya malam tadi dan peminat-peminat beliau dikatakan amat berpuas hati dengan persembahan JLo yang meletup katanya. Cuma ada sedikit komplen tentang pembeli-pembeli tiket termahal yang tidak dapat masuk bersama VVIP, sebaiknya dibiarkan menunggu selama dua jam dalam hujan di luar stadium. Bagaimanapun itu tidak melemahkan semangat masing-masing untuk menonton JLo. beliau juga dikatakan banyak berinteraksi dengan peminat dan telah sudi turun  pentas memijak padang yang becak untuk bersalam dengan peminatnya. Kami pasti peminat-peminat yang bersalam tidak akan membasuh tangan mereka selama sepuluh tahun. LOL.  Jasper dikatakan telah mereka koreografi tarian untuk konsert ini. Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar DailyMail UK.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
@besutifulnara.com
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
info lanjut layari arahomestaymelaka.com
23 photos | 357 views | Add a comment?
items are from 01 May 2012.
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
(Ara Homestay, Melaka) Puan Saidhatul Akhmar & keluarga..
Subscribe to a feed of stuff on this page... Feed – Subscribe to the set "Puan Saidathul Akhmar, Kelana Jaya, KL"



Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...