Fouziah Gous Rimas Bila Peminat Tanya Tentang Soal Anak


Eh perkara biasalah jika bujang orang tanya bila mahu berkahwin, sesudah berkahwin berhadapan pula soalan bila mahu menimang cahayamata. Orang kita ‘kan cemerlang soal menjejak progress kehidupan orang lain. Lebih lebih lagi jika ianya selebriti, heh.

Selepas 14 bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous pastinya tidak terlepas daripada soalan berkaitan anak dan beliau sendiri mengakui ada kalanya sedikit merimaskan, soal berkaitan memiliki zuriat sendiri bukan satu keutamaan ketika ini.

“Tempoh setahun ini hidup berdua sebagai suami isteri adalah saat terbaik untuk kami saling belajar dan mengenali lebih dekat diri pasangan. Itu juga antara sebab mengapa kami kini tidaklah terburu-buru untuk mempunyai cahaya mata”

“Saya dan suami percaya soal anak adalah ketentuan Tuhan. Insya-Allah, kami tak akan sorokkan berita baik itu dari peminat bila sampai masanya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Pelakon ini turut menjawab persoalan ramai tentang dirinya yang dikatakan sering sangat bersama suami dan seakan akan menunjuk kemesraan mereka berdua di laman Instagram.
“Terus-terang, sejak berkahwin, saya belum pernah berjauhan dengan suami. Hampir setiap hari kemana-mana berdua. Bagi saya apabila memuat naik foto bersama suami, itu adalah realitinya kerana hampir setiap hari dan masa, saya memang bersama dia”

“Kalau nak kata saya menunjuk saya tak pernah mempamerkan hal berkaitan material contohnya barangan mahal yang saya terima daripada suami,” ujar Fouziah Gous.


Kerana Gelaran Datin Paduka, Produksi Takut Ambil Eina Azman Berlakon

Susah juga bila berkahwin dengan orang yang ada pangkat ini rupanya. Pasti Eina tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Selepas bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu, secara automatik Eina Azman juga turut mendapat gelaran Datin Paduka. Sayangnya kerana gelaran ‘Datin Paduka’ ini, ada sesetengah produksi yang takut untuk mengambil Eina Azman berlakon kerana gelaran tersebut.
einaEina Azman melahirkan rasa sedihnya kerana peluangnya untuk berlakon seolah-olah tertutup sejak memegang gelaran Datin Paduka. Bagi Eina, dirinya tetap orang yang sama sebelum berkahwin. Kata Eina menerusi Sinar Harian:-
Saya pelik dengan situasi ini kerana saya masih lagi orang yang sama. Saya masih lagi seperti dulu dan tiada apa-apa yang berubah
eina
Hmmmm. Mungkin Eina Azman kena tegaskan beberapa kali kepada pihak produksi mengenai gelaran tersebut yang tidak mengubah apa-apa buat dirinya. Ia hanya sekadar gelaran sahaja. Susah jugak kalau tak ada peluang berlakon nanti. Tak apalah Eina. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dengan ketiadaan tawaran berlakon, mungkin Eina dapat tumpukan perhatian sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

@beautifulnara.com

Professor Izzi Haji Ali Melakukan Gangguan Seksual Terhadap Pelajar UiTM? (2 Gambar)!!!



Cerita ini semakin hangat diperkatakan dan kini Pakar Motivasi Popular itu dalam siasatan polis.
Anda tidak mengenali Professor Izzi Haji Ali? Suaranya kerap kedengaran di corong-corong radio dengan deretan nasihat dan motivasi dengan tagline “Renung-renungkanlah, dan selamat beramal”.
Namun beberapa hari lalu, terdapat laporan polis yang mengaitkannya dalam kelakuan gangguan seksual terharap seorang pelajar di UiTM Arau, Perlis.
Menurut laporan polis tersebut, pelajar tersebut mengatakan telah diraba oleh professor itu bermula dari kaki hingga ke bahagian dada. Perbuatan itu adalah tanpa kerelaan pelajar tersebut.
Ikuti laporan penuh tersebut di bawah.
  • Pada 28 Mac 2014 jam lebih kurang 2.30 petang, saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) Komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama: Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.
  • Kemudian Prof Izzi Haji Ali telah datang ke arah saya dan duduk bersila di sebelah saya.
  • Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada Prof Izzi Hj Ali berkenaan dengan subjeknya.
  • Tiba-tiba Prof Izzi Haji Ali telah meraba saya bermula di bahagian kaki sehingga kebahagian dada saya tanpa kerelaan saya.
  • Dalam masa yang sama juga Prof Izzi Haji Ali telah meramas buah dada saya dengan beberapa kali.
  • Dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang Prof Izzi Hj Ali melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya keranasaya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal.
  • Sebelum ini Prof Izzi Haji Ali  pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung.
  • Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya Prof Izzi Hj Ali berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.
  • Saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis.
  • Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan Prof Izzi Haji Ali memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya di kemudian hari. Datang balai buat laporan.
@mediamalaya.com 

Koleksi Khairul Fahmi Che Mat bergambar dengan Kayla Elayna (4 Gambar)

Seronok betul kami tengok koleksi gambar Khairul Fahmi Che Mat bergambar bersama anaknya, Kayla Elayna yang dimuat naik oleh Lueniey di Insta-nya. Gambar penuh kecomelan Kayla selepas ini.
@mediamalaya.com

Jangan Hina Isteri Saya – Fizo Omar

Selepas satu rampasan yang dilakukan oleh Fareeda baru-baru ini, jenama tudung ini semakin hangat diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tak kurang ramai yang membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Bagi Abang Nara ia satu langkah yang harus dilakukan kerana hakcipta Fareeda telah dilanggar oleh pihak lain. Peliknya, isteri Fizo Omar, Mawar turut sama terkena tempias kritikan dan cemuhan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan rampasan tersebut.
fizo omar dan isteri
Antara komen-komen yang diterima oleh Fizo di akaun sosialnya ialah “Mawar tidak menutup aurat sepenuhnya“, “Fizo tanggung dosa bini” dan macam-macam lagi. Tampil membela isterinya, Fizo berkata kepada Mstar Online:-
Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung.
fareeda fizo omar
Betul juga kata Fizo Omar itu mengenai ramai wanita yang sudah bertudung kerana Fareeda. Abang Nara tengok tudung Fareeda ini sudah menjadi satu fenomena di kalangan wanita Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak membelinya. Fizo juga turut melahirkan rasa kekecewaan dengan komen-komen yang diterima di akaun Instagramya:-
Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati .
Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh
rizo omar
Ini semua adalah asam garam dalam perniagaan. Biasalah cemburu sebegini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran. Jangan melatah kuat sangat. Kena bersikap profesional. Abang Nara percaya populariti Fareeda tidak akan tenggelam kerana kontroversi murahan ini. Teruskan perniagaan anda dan semoga mencapai sasaran yang dikehendaki tahun ini.
@beautifulnara.com

Mengapa Tok Guru Nik Aziz menangis?

  • Mengapa Tok Guru Nik Aziz menangis?
 1 / 1 
SECARA relatifnya seseorang yang tinggi tahap keimanannya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan ALLAH.

Dia akan menginsafi akan kelemahan dirinya, maka dia terus beristighfar kepada ALLAH sebanyak mungkin agar ALLAH memaafi dosa-dosanya baik kecil atau besar, sedar atau tidak. Itulah tahap seorang bertaraf waliyullah.

Tok Guru menundukkan muka sambil menahan sebak semasa memberi tazkirah ringkas selepas Subuh Sabtu lalu.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menangis sambil meminta rakyat Kelantan memaafkan segala kesalahannya semasa menjadi MB Kelantan selama 22 tahun.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan," demikian rayu Nik Aziz diselangi tangisan memilukan.

Beliau juga mengaitkan sakit yang dihadapi kini mungkin kerana kifarat ALLAH ke atasnya.

"Ni sakit saya mungkin ALLAH nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan yang saya buat selama pimpin Kelantan."

Tok Guru kini keuzuran kerana menanggung sakit prostat sehinggakan terpaksa membawa beg plastik untuk ke mana-mana.

Pernyataan ikhlas Tok Guru itu sungguh menyayu dan menyebakkan hati.

Kita merasakan betapa humble dan rendahnya diri beliau sebagai seorang hamba ALLAH.

Siapa yang berani mengatakan dia ada kesalahan selama memerintah Kelantan? Kalau pun ada ia adalah kelaziman dihadapi penguasa seperti beliau.

Beliau tidak perlu menyesali kerana kehebatan syiar Islam yang dibawanya mengkagumkan semua orang.

Penampilan dirinya sebagai murrabi dan pemimpin disanjung semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, anutan agama dan bangsa.

Beliau dikagumi oleh semua orang. Yang mencium tangannya tanda hormat, bukan saja orang Melayu tetapi India, Cina dan Siam juga.

Tentunya orang akan beranggapan tidak perlu beliau membuat permohonan maaf begitu dan sedih atas apa dilakukan.

Tetapi itulah Tok Guru Nik Aziz yang tetap merasakan dirinya sebagai tidak maksum bila-bila masa.

Jawatan, penghormatan dan status tinggi yang didudukinya tidak pernah mengasingkan dia menjadi seorang yang sombong dan ego. Dia tetap menganggap dirinya sebagai abdi ALLAH. Inilah kemuliaan beliau kepada saya.

Saya merasakan permohonan diselai tangisan itu bukan penyesalan berat baginya, tetapi ia membawa maksud lain.

Tangisan dan pengakuan ikhlas itu adalah simbolik yang perlu ditafsirkan secara mendalam. Tangisan dan pengakuan itu kena diterjemahkan oleh setiap orang, khasnya mereka yang mengakui sayang dan kasih kepadanya.

Bukan rakyat Kelantan tetapi para pemimpin Pas Kelantan khususnya.

Apakah beliau  menangis setelah menyedari apa yang pernah diberitahu (diingatkan) kepadanya selama ini telah menjadi kenyataan?

Atau ada keputusan-keputusan berhubung politik yang tidak tepat dibuatnya? Mungkin nasihat-nasihat politik dan juga urusan pentadbiran yang diberitahu sebelum ini, semasa beliau jadi MB, tetapi tidak sempat ditangani dengan jaya telah meninggalkan kesan jiwa buatnya.

Atau pun apa yang beliau harapkan selepas meninggal Kota Darul Naim tidak kesampaian? Itukah puncanya maka Tok Guru menangis?

Mereka yang bersamanya serta menghayati pentadbirannya selama 22 tahun, tahu apa yang menyentuh hati dan perasaanya.

Orang luar dan rakyat Kelantan tidak dapat meneka apakah yang memilukan hati sehingga air jernihnya gugur ke tikar di dalam masjid kecualilah mereka yang mengelilingi hidupnya? Pasti Ahmad Yaakub, Mohd Amar Nik Abdulllah, Husam Musa dan lain-lain memahami erti tangisan Tok Guru itu.

Kalau tangisan itu bersifat peribadi, Tok Guru boleh menangis di dalam kamar khalwatnya bersendirian.

Dia boleh bermunajaknya kepada Tuhan secara senyap. Tetapi apabila dia menangis di hadapan umum, selepas solat Subuh, sudah pasti tangisan itu untuk diterjemah oleh semua orang.

Elok mereka yang mengambil alih pemerintahan daripadanya memahami dan mentafsirkan erti tangisan tokguru itu.

Ustaz Ahmad Yaakub dan segenap pimpinan kerajaan dan parti kini kena menganalisa apa yang berlaku.

Ambillah setitik air mata Tok Guru dan kajilah dalam makmal hati masing-masing. Ada sesuatu yang sangat mengilankan kalau sebab musabab mengapa Tok Guru menangis Sabtu lalu itu tidak dapat difahami.

Jangan biarkan Tok Guru menangis lagi kalau kita semua sayangnya. Sudah cukup kita menyeksanya. Setitik airmatanya perlu dilunasi.

Tidak mungkin Tok Guru akan menyebut satu persatu apa yang menjadi kekesalan atau apa yang tidak memuaskan hatinya. Tidak! Tetapi kita semualah kena arif dan menghayati serta menganalisa akan erti tangisan itu.

Tangisan Tok Guru seperti juga kata-katanya mempunyai mantik paling dalam hanya jauhari memahami manikam maksud dan natijahnya.

Sekiranya kita semua gagal menghentikan sendu dan aliran air mata Tok Guru, khasnya penggantinya dan barisan pemimpin dalam kerajaan dan parti kini, maka semua orang berdosa apa lagi sekiranya tangisan Tok Guru itu disebabkan kelemahan kepimpinan kerajaan dan partinya.

Maka pemegang amanat hari ini adalah penanggungjawabnya kepada setiap titis air mata Tok Guru yang gugur ke lantai masjid.

Fahamilah tangisan Tok Guru dan jangan ianya dianggap sebagai air mata seorang insan yang sudah berada di hujung senja yang merindui kematian.

Hati Tok Guru tidak tersentuh sekiranya tiada apa-apa yang menyentuh hatinya.

Hentilah tangisan Tok Guru dengan semua pihak bermuhasabah diri masing-masing. Keriangan kepada Tok Guru ialah dengan berpadunya pimpinan Pas dan kerajaan di Kelantan akan utuh selama-lamanya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

@sinarharian.com.my

Pelajar mengamuk, 22 cedera

  • Pelajar mengamuk, 22 cederaSuspek ditahan selepas melakukan serangan, kelmarin.
 1 / 1 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT .Sekurang-kurangnya 21 pelajar dan seorang pengawal keselamatan cedera dalam amukkan bersenjata di sebuah sekolah tinggi di Pennsylvania, Amerika Syarikat, kelmarin.

Suspek Alex Hribal, 16, bagaimanapun dapat ditahan di Sekolah Tinggi Franklin Regional di Murrysville berhampiran Pittsburgh dan didakwa dengan empat tuduhan cubaan membunuh.

Kejadian sekitar pukul 7.13 pagi (waktu tempatan) itu berlaku ketika pelajar tiba untuk memulakan persekolahan sebelum suspek bertindak menikam mangsa menggunakan dua pisau di dalam bilik darjah.

Doktor Hospital Regional Forbes, Mark Rubino berkata, mangsa cedera berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan kebanyakan mereka cedera di dada dan perut, dipetik dari laporan NY Daily.

@sinarharian.com.my

Peristiwa Memali: Penjelasan Tun Dr Mahathir

  • Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 1 / 2 
SEMASA saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis.

Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting.

 Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

Saya tidak ingat yang Tun Musa Hitam datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China. Pada waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. Empat anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan negara yang besar, menteri bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya merestui tindakan.

Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem Kabinet yang kita amalkan, semua anggota Kabinet terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan supaya keselamatan negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan negara pada keseluruhannya. Sebab itulah kerajaan tidak akan berkompromi………..”

Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Tun Musa ialah Menteri Dalam Negeri, di samping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

Sumber: www.chedet.cc
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

@sinarharian.com.my

Fahrin Ahmad terima foto lelaki separuh bogel

SUDAH lama berkecimpung dalam bidang lakonan, Fahrin mengakui, dia kini lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon.


MASIH belum lagi berumah tangga pada usia yang sudah memasuki 35 tahun, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad menyatakan bahawa kegagalan cinta terdahulu sedikit memberi kesan terhadap perancangannya untuk berkahwin.
Mendedahkan bahawa masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita, dia memberitahu, saat ini dirinya selesa dengan kehidupan yang dilalui serta fokus kepada bidang kerjaya yang diceburinya sekarang.
Namun begitu, bekas pengacara program Sehati Berdansa itu mengakui tentang timbulnya persepsi segelintir pihak yang beranggapan bahawa dia lebih meminati kaum sejenis memandangkan status bujangnya itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fahrin yang ditemui semasa majlis pelancaran Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kosmo!: Usia Fahrin sudah menjangkau 35 tahun tetapi masih lagi belum berumah tangga. Adakah anda tidak pernah terlintas untuk berkahwin dalam masa terdekat ini?
FAHRIN: Kalau ditanya tentang perkahwinan, saya akui tidaklah terlalu mencari gadis yang mahu dijadikan teman hidup, namun saya tidaklah menunggu jodoh itu datang sendiri.
Apa yang saya nampak sekarang ini, berkemungkinan besar jodoh saya adalah dalam kalangan rakan-rakan wanita yang saya kenali. Tidak mustahil juga saya akan bercinta selepas berkahwin dengan pasangan saya nanti.
Adakah dalam kalangan rakan-rakan wanita anda yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius?
Buat masa ini, saya melihat mereka lebih selesa untuk sekadar menjalinkan hubungan persahabatan sahaja. Mungkin salah satu puncanya kerana status saya sebagai seorang selebriti serta kisah lampau saya dengan beberapa orang selebriti dahulu.
Biarpun kini selebriti yang pernah dikaitkan dengan saya dahulu sudah selamat mendirikan rumah tangga, ia langsung tidak memberikan sebarang tekanan kepada diri saya dan berasa tenang dengan kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanakah pula kalau ada yang melabelkan anda seorang gay memandangkan status anda sekarang ini?
Kalau ada yang cuba melabelkan sebegitu, saya cuma boleh katakan bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat mengarut. Orang yang mengenali diri saya dengan lebih rapat sudah tentu tahu diri saya yang sebenar.
Pernahkah Fahrin cuba didekati oleh golongan lelaki yang meminati kaum sejenis?
Tidak dinafikan yang perkara itu memang pernah berlaku sebelum ini, malah lebih teruk lagi ada yang menghantar gambar separuh bogel kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp.
Saya ini bukanlah jenis yang suka memilih kawan dan tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi kalau ada yang melakukan perbuatan melampau sebegitu, sudah tentu saya akan menjauhkan diri.
Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?
Ketika ini drama bersiri lakonan saya berjudul Yes Boss masih lagi ditayangkan di TV3 dan tidak lama lagi saya akan terbabit pula dalam penggambaran telemovie Abang Samseng Jemur Kain.
Pada masa yang sama, saya kini turut aktif sebagai pengacara sukan bola sepak iaitu Liga Malaysia di TV1 serta telah dipilih mengacara program sukan iaitu Sukan Malaysia (Sukma) XVII, Piala Dunia 2014 dan Sukan Komanwel 2014 yang bakal berlangsung nanti.
Boleh ceritakan tentang penglibatan anda dengan produk Power Root?
Sebenarnya ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta kepada produk tersebut dan kini sedang giat mempromosikan peraduan Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM1 juta serta sagu hati sebanyak RM10,000 untuk lima pemenang.
Selain itu, peraduan yang bermula pada 1 Mei hingga 31 Disember 2014 ini turut menawarkan hadiah harian (RM500), mingguan (RM1,000) dan bulanan RM5,000. Bagi yang berminat menyertai peraduan tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.powerroot.com.my.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2yZcLwM9M 
Hakcipta terpelihara