Showing posts with label selamat datang ke melaka. Show all posts
Showing posts with label selamat datang ke melaka. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Selamat Datang Ke Melaka! Melaka River Cruise... Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Malam Hari!

@p/s ok malam ni aku kongsikan sebuah blog yang sangat menarik. buat aku nak share dengan anda semua kerana gambar2 yg diambil di blog ini sungguh natural dan "look good". tergambar keceriaan di muka semua kan...hehehe

ok kalau anda belum datang sini lagi datanglah dan bawak anak2 & keluarga sekali....pasti tidak menghampakan dan bila anda balik ke rumah halaman masing2 pasti lawatan anda ke sini menjadi satu nostalgia yang manis bersama tersayang!

henjoy...

dibawah adalah petikan blog malam ini ya...
Lepas makan Asam Pedas Power yg ternyata powernya hanya pada tahap kepedasannyer... we ollzz semua decide nak naik cruise! memang kami saja memilih nak pegi naik cruise yg menyusuri sungai melaka di kala malam hari sbbnya kalau lah disiang hari sungai melaka itu kelihatan seperti Sungai Venice di Italy... rasanyer mau jugak menikmati permandangan disiang hari.. tapi apakan daya.. air sungai melaka yg sesungguhnya berwarna begitu keruh yg mana sudah hampir menyamai warna air teh tarik di kedai mamak... maka adelah lebih baik membuangkan duit bagi permandangan yg indah di waktu malam hari yg mana cahaya berwarna warni yg menyelubungi sekitar kawasan river cruise tersebut....

Dengan harga RM10 bagi org dewasa dan RM5 bagi kanak2...     


DSC_0423 copy
maka anda boleh menikmati permandangan yg indah di waktu malam sepanjang berada di dlm boat cruise yg menyusuri sungai melaka ini...


DSC_0322 copy
sempat gedikss2 santai dulu sebelum naik boat!


DSC_0437 copy
belakang kiteorg tu hotel rasanyer hotel yg paling mahal di sekitar bandar melaka kot! Hotel Casa Del Rio!


DSC_0331 copy
ok dah jom kite naik cruise!


DSC_0332 copy
sapa yg paling eksited?


DSC_0334 copy
AwienRudy...


DSC_0373 copy
LeeZaaAirisyDarwisy...


DSC_0335 copy
my photographer pun kene ade gambo kenangan!


DSC_0337 copy
ok lah.. boat dah nak mulakan perjalanan nie...


DSC_0341 copy
korang layann kan jerk lah gambar2 yg sempat di captured sepanjang kami berCruise dibawah ini yer!


DSC_0329 copy
Kincir Air!


DSC_0343 copy



DSC_0350 copy



DSC_0352 copy



DSC_0347 copy



DSC_0354 copy



DSC_0356 copy



DSC_0357 copy
Dalam banyak2 jambatan yg aku jumpa.. jambatan nie yg paling lawa sekali dekorasi nya!


DSC_0359 copy
Jambatan Hang Tuah!


DSC_0360 copy
suker pada lampu yg berwarna warni itu..


DSC_0361 copy



DSC_0363 copy
another jambatan yg agak cantik!


DSC_0365 copy
Peringatan: sapa2 yg duduk di bahagian tepi boat.. memang boleh menjadik mangsa kebasahan air sungai yg berwarna kopi susu nie.. nak2 biler air berkocak sebegini! Yess! saya nak mengaku yg saya dah pun terkena simbahan air yg boleh dikatakan tercemar ini!  sbb memang bauuu nya tak yah ckp lah.. memang naikk jugak kadangkala bauu 'wangi' air sungai nie... then nampak jugak ngan mata kepala sendiri yg mana ade kedai2 yg membuang sisa kumbahan direct ke dalam sungai nie.. eerrrmmm.. malas lah nak kondem lagi.. cuma nak ckp satu jerk... kalau nak buat tarikan pelancongan.. buat lah bersungguh-sungguh.. jgn sekadar melepaskan batok ditangga! maluu betoi rasanyer ngan pelancong luar negara!


DSC_0367 copy



DSC_0369 copy
tak aku nafikan yg cruise nie menarik diwaktu malam! lampu2 yg menyinari disepanjang laluan cruise nie sangat cantik!


DSC_0371 copy
dah sampai ke penghujung cruise.. disini boat akan berpatah balik!


DSC_0374 copy
suker gak melihat pada kawasan perkampungan org melaka yg original nie..


DSC_0379 copy
katanyer rumah2 kampung disini di ubahsuai bagi merealisasikan project cruise nie!


DSC_0383 copy
seriously memang meriah giler kawasan kampung nie.. rumah2 diaorg semuanyer bercahaya dan terang benderang...


DSC_0386 copy
masjid di kawasan perkampungan..


DSC_0390 copy
memang cantik rumah2 yg dah diubah suai nie.. suker aku tengok! nampak sangatt klasik dan traditional!


DSC_0395 copy



DSC_0405 copy
lebih kurang kat area sini lah aku ternampak satu pencemaran sungai berlaku.. uhuhu...


DSC_0416 copy
ok.. dah abis dah cruise kami...


DSC_0427 copy
seronott walaupun 'bermandian' air sungai melaka! *ngek baik ko ngaku yg ko pun terkena sama! :p*


DSC_0428 copy
Ternampak beca yg cantik pulak kat jetty cruise nie!


DSC_0440 copy
en. teman bermain dengan teknik!


DSC_0431 copy
Bergambar kenangan secara berjemaah... Owhh! memang en. teman sabotaj aku kekdahnya! takpe lah sekali sekala gonjeng nyorok.. yg pasti gonjeng ade jerk kat dlm gambo nie! :p

@
http://neenaanuar.blogspot.com

setelah penat bersantai dan bersiar2 di Melaka, apa lagi yg anda perlu lakukan? ya...kena beli cenderahati utk dibawa balik buat kenang2an.. so jgn lupa singgah di Cardova Creative di dataran pahlawan, beratus koleksi barangan kraftangan dan cenderahati ada dijual di sini.


bagi yg perlukan homestay singgah sini, tak jauh dari bandar melaka...

Wednesday, November 16, 2011

Selamat Datang Ke Melaka - Kota A'Famosa


A Famosa

A Famosa, or "The Famous" in Portuguese, is among the oldest surviving European architectural remains in Asia. Once part of a mighty fortress, this tiny gate (called the Porta de Santiago) is all that is left of a once-mighty fortress. In 1511 a Portuguese fleet arrived under the command of Alfonso de Albequerque. His forces attacked and successfully defeated the armies of the native Sultanate. Moving quickly to consolidate his gains, Albequerque had the fortress built around a natural hill near the sea. Albequerque believed that Melaka would become an important port linking Portugal to the spice trade from China. At his time other Portuguese were establishing outposts in such places as Macau, China and Goa, India in order to create a string of friendly ports for ships heading to China and returning home to Portugal.




The fortress once consisted of long ramparts and four major towers. One was a four-story keep, while the others held an ammunition's storage room, the residence of the captain, and an officers' quarters. As the plan below shows, most of the village clustered in town houses inside the fortress walls. As Melaka's population expanded it outgrew the original fort and extensions were added around 1586. The fort changed hands in 1641 when the Dutch successfully drove the Portuguese out of Melaka. The Dutch renovated the gate in 1670, which explains the logo "ANNO 1670" inscribed on the gate's arch. Above the arch is a bas-relief logo of the Dutch East India Company.










The fortress changed hands again in the early 19th century when the Dutch handed it over to the British to prevent it from falling into the hands of Napoleon's expansionist France. The English were wary of maintaining the fortification and ordered its destruction in 1806. The fort was almost totally demolished but for the timely intervention of Sir Stanford Raffles, the founder of Singapore, who happened to visit Melaka in 1810. Because of his passion for history this small gate was spared destruction.


@cuti.com.my


A famosa.jpg
Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa.



Sistem aliran kumbahan A Famosa



Bandar dan kubu Melaka (1780)





Penemuan arkeologi



Pembinaan semula kubu tinjau yang dibina atas tapak runtuhan asal kubu



Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.[2]Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. [3]Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.[4]
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan

A famosa.jpg
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka danGereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /É‘/ Famosa(bunyinya lebih kurang "ah").

Sejarah

Selepas penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

[sunting]Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

[sunting]Pentadbiran oleh British

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.[1]
Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.
sumber: wikipedia.org
video2 menarik di runtuhan banggunan A Famosa! dan kalau kita daki ke atas bukit banggunan ini terdapat sebuah kubu lama yang dipanggil Bukit St Paul








Berkunjung ke Melaka dan cari homestay yang cantik, selesa dan murah mengikut budget anda sekeluarga? Sila lawati blog Homestay Melaka ini!
Photo Galery

Jom lihat Makam Hang Jebat, Masjid Tertua Melaka (masjid Tengkera), Rumah Tradsional Penghulu Mad Natar dll... Klik disini!

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...