Showing posts with label cincin. Show all posts
Showing posts with label cincin. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Rahsia batu cincin






TANPA menghiraukan keadaan di sekelilingnya, Rahim Hanipah leka menghadap meja kecil pada ruang tamu rumahnya yang terletak di Taman Puchong Intan di Puchong, Selangor. Berbekalkan sebuah kanta pembesar, dia memerhatikan objek kecil berwarna hijau gelap yang berada di tangannya dengan penuh teruja.
Lelaki berusia 53 tahun itu kemudian mengambil salah sebuah buku tebal yang tersusun rapi di atas meja di hadapannya sebelum mula menyelak lembarannya.
“Inilah batu maldovite. Ia merupakan batuan semula jadi yang dipercayai wujud akibat impak meteor di bumi sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Masyarakat neolitik di Eropah Timur percaya batu ini mampu memberi kuasa spiritual dan metafizik kepada pemiliknya,” terangnya sambil menunjukkan helaian yang menunjukkan imej seperti objek sebesar saiz syiling 20 sen itu.
Ujar Rahim, batuan kristal jernih daripada jenis tektite berbentuk bulat atau berkedut yang sering dijadikan batu kalung dan cincin batu permata itu diperoleh daripada seorang rakan di Singapura sejak setahun lalu.
Katanya, batu itu telah diagnosis dan disahkan asli, malah harganya di pasaran mampu mencecah RM2,000 hingga RM3,000.
“Biarpun ada yang berminat, saya tidak mahu menjualnya kerana mahu menjadikannya bahan kajian dan penyelidikan pada masa hadapan,” katanya yang memberitahu batu itu hanya boleh diperoleh di sekitar Republik Czech.
Jelasnya, batu maldovite dan batuan semula jadi seperti agate (batu akik), amethyst (kecubung), aquamarine, beryl bloodstone (batu darah), citrine, cubic zirconia, zamrud, berlian, firuz, batu bulan, opal, batu nilam, batu delima dan topaz sering menjadi buruan peminatnya di negara ini.

OBSES Rahim terhadap batu-batu permata bermula kira-kira 12 tahun lalu.


Jelasnya, setiap kategori batuan itu memiliki komposisi kimia, struktur, warna dan kekerasan yang berbeza-beza.
Ada batu-batu permata yang terhasil daripada fosil haiwan dan tumbuhan jutaan tahun dahulu seperti batu belut, batu mani gajah, batu teras kelor dan batu jarum emas.
“Ada juga yang cincin yang terhasil melalui teras kayu. Misalnya, kayu tas, raja kayu merah, kayu ibo, teras kayu nibong tunggal dan kayu naga sari dikatakan bernilai tinggi terutamanya dalam bidang perubatan,” katanya yang kini memiliki ratusan batuan, fosil dan cincin sebagai koleksi peribadi.
Kisah pelik
Bercerita tentang hobinya, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu berkata, ia bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas sering mendengar kisah-kisah pelik dan mistik mengenai batu permata.
“Bagaimanapun, kebanyakannya hanya cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut tanpa bukti saintifik dan fakta yang kukuh. Saya mula melakukan kajian dan mendalami ilmu ini melalui pembacaan dalam buku dan Internet serta sanggup menjelajah ke seluruh negara bagi membongkar kisah-kisah di sebaliknya,” katanya yang mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengurus pemasaran untuk terlibat secara sepenuh masa dalam bidang berkenaan.
Melalui kajian dalam beberapa buku seperti The Crystal Bible, The Complete Guide to Fossils and Fossils Collecting dan Batu Permata: Antara Hikmah dan Hakikat dia dapat mengenal pasti keistimewaan dan sifat sesuatu batu permata dengan lebih mendalam.
“Misalnya, ramai yang percaya batu lek lai atau batu leleh mampu membuatkan seseorang menjadi kebal atau berkhasiat sebagai penawar bisa. Secara faktanya, ia merupakan batu biasa yang mengandungi kombinasi ferum dan silika.
“Dari sudut saintifik, kedua-dua kombinasi ini sebenarnya mampu bertindak balas dengan tubuh manusia bertujuan melancarkan pengaliran darah dan saraf,” terangnya.


RAHIM menunjukkan sebahagian daripada koleksi cincin batu permata yang berada dalam simpanannya.



Ujarnya, perkembangan teknologi moden pada hari ini menyaksikan batu-batu permata kini boleh dihasilkan di dalam makmal melalui beberapa proses utama iaitu melt growth (pertumbuhan cairan), solution growth (pertumbuhan sebatian) atau high-temperature, high-pressure growth (pertumbuhan suhu tinggi, tekanan tinggi).
“Melalui kaedah itu, ia mempunyai ciri dan sifat seakan-akan batu permata asli tetapi mempunyai sedikit kelainan dari segi ciri optikal, fizikal, dan struktur kimia.
“Bagaimanapun, disebabkan ia sukar dibezakan dengan mata kasar, ada pembeli yang tertipu kerana menyangkakan ia adalah asli sedangkan harganya jauh lebih murah,” jelasnya.
Keaslian
Rahim berkata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti keaslian batu permata.
Antara teknik yang lazim digunakan ialah dengan menitikkan air ke atas permukaan batu berkenaan.
“Ion-ion kimia di dalam air lazimnya akan bertindak balas dengan ion-ion kimia pada batu permata dan membentuk satu gelembung air.
“Jika gelembung itu pecah, maka ia bukan asli sebaliknya sintetik,” katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkenaan fosil dan batu-batu permata iaitu Mistik Teras dan Kayu dan Mistikal Mistik: Menyingkap Rahsia Mistik.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional dan juga pengumpul cincin batu permata, Saiful Ibidullah Al Qudsi, 34, berkata, keistimewaan aksesori itu terletak kepada keunikan jenis dan bentuk, warna serta sesetengahnya dipercayai mempunyai khasiat tertentu.
Ratusan ribu ringgit
Ciri-ciri yang ada menyebabkan batu-batu permata mampu dijual pada harga yang mencecah ratusan ribu ringgit dan menjadi buruan peminat fanatik.
“Semakin sukar sesuatu batu permata itu ditemui, sekali gus menjadikan cincin itu semakin mahal di pasaran.
“Harganya kadangkala boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, apatah lagi kalau disertai ukiran batu seperti nilam, zamrud dan delima yang menarik,” ujarnya yang berasal dari Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.


SELAIN batuan semula jadi ada juga batu-batu permata yang dihasilkan secara sintetik.



Tambah Saiful, kebanyakan batu permata mudah ditemui di negara ini termasuk yang diimport dari luar negara seperti Brazil, China, Sri Lanka dan India.
Namun, katanya, ada juga batu permata yang menjadi buruan kerana dipercayai berasal dari alam ghaib.
“Antara yang paling popular ialah geliga ular dan geliga lipan. Diceritakan pemiliknya bukan sahaja mampu menahan sengatan haiwan-haiwan berbisa, malah mampu memiliki ilmu kebal dan halimunan.
“Bagaimanapun, batu-batu permata itu hanya diberikan kepada orang-orang tertentu melalui mimpi. Malah, ia juga dikatakan mempunyai khadam atau penjaganya,” ujarnya.
Jelas Saiful, biar apapun tujuannya, pemiliknya digalakkan bersederhana dan tidak terlalu taksub bagi mengelakkan jatuhnya hukum syirik

Tuesday, November 22, 2011

14 batu permata ghaib dilarikan JIN BERBULU!

JERTIH: Kegembiraan keluarga gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang mendapat batu permata sejak Rabu lalu, berakhir apabila batu permata berkenaan hilang dalam simpanan selepas empat hari mereka menyimpannya.
Batu permata yang jatuh secara tiba-tiba di dalam rumah gadis berkenaan di Kampung Gong Nangka, dekat sini, dikatakan anugerah istimewa yang tidak diketahui puncanya.
Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, berkata sebanyak 15 biji permata berwarna putih, hijau dan merah jatuh di dalam rumahnya menyebabkan seluruh keluarga dan tetamu yang datang melawat Siti Balqis terkejut dengan kejadian aneh itu.
Bagaimanapun, katanya 14 daripada pertama yang disimpan dalam bekas khas dan direndam dalam air zam zam tiba-tiba ghaib pagi semalam, walaupun ia dikawal ketat oleh anak saudaranya, Mohd Zainuddin Mohamad, 42.
Mohd Zainuddin berkata, satu lagi permata diberikan kepada penasihat agama program Ilmu Alam Ghaib TV3, Sharhan Shafie, untuk membuat analisis terhadap penemuan batu permata yang disifatkan satu lagi kejadian aneh berlaku dalam rumah berkenaan.
Katanya, dia yang ditugaskan oleh Norizan untuk menjaga batu permata itu terkejut kerana ia ghaib dalam simpanan walaupun dijaga ketat dan tiada siapa yang boleh masuk dalam bilik yang berkunci.
Saya menyedari kehilangannya itu kira-kita jam 4 pagi tadi apabila melihat tempat menyimpan batu permata itu kosong, katanya.
Menurutnya, mustahil batu permata itu dicuri manusia biasa kerana anggota peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Besut turut berada di kawasan rumah itu bagi mengawal keadaan.
Sementara itu, Sharhan ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam tidak terkejut dengan kehilangan 14 biji permata yang disimpan di rumah gadis misteri itu kerana ia sememangnya untuk menguji keluarga Siti Balqis.
Sharhan berkata, batu permata yang disimpannya juga hampir dighaibkan oleh jin pada malam sama tetapi ia gagal dilarikan kerana sudah memagar tempat simpanan batu permata dengan ayat suci al-Quran.
Katanya, dia sudah mengesyaki batu permata dalam simpanan keluarga terbabit akan hilang kerana jin yang menjaga Siti Balqis didakwa berdendam disebabkan gagal untuk melarikan Siti Balqis selepas kawasan rumahnya dipagar dengan menggunakan garam dan ayat suci al-Quran.
Sharhan mendakwa, beliau sendiri turut ternampak tangan jin berbulu sedang menarik bekas batu permata yang disimpan di rumahnya, tetapi gagal.
Malah, kata Sharhan beliau turut diugut oleh jin supaya tidak membantu mengubati Siti Balqis dan jika meneruskan juga, jin akan mengambil anaknya pula sebagai ganti kepada Siti Balqis.
Sementara itu, kira-kira 200 ahli Pergerakan Wanita Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, mengadakan majlis membaca surah Yasin beramai-ramai di rumah keluarga Siti Balqis semalam sebagai ikhtiar untuk menyelamatkan keluarga berkenaan.
Sumber : Harian Metro
baca kisah misteri ini dari awal disini...
dan sekiranya anda berminat dengan cincin dan batu permata sila lihat beratus koleksi dari Cardova Creative di dataran pahlawan, melaka ini.. (portal/ blog kami  sedang dikemaskinikan tapi anda boleh terus datang ke kedai kami atau terus talipon kami untuk sebarang pertanyaan- harap maklum!)
dan untuk koleksi2 lain anda boleh lihat di blog ini ...

Thursday, November 17, 2011

Rahsia Cincin: Adakah Sunnah Nabi?

salam sejahtera dan muhibbah kepada semua,


untuk makluman portal online kami masih dalam proses dikemaskinikan! bagi anda yang berminat untuk memiliki cincin2 dan batu permata yang cantik dan tinggi nilainya, anda bolehlah berkunjung ke kedai kami seperti dibawah!


untuk membaca dan mengetahui tentang kami anda boleh baca corat-coret Cardova Creative disini...



HUBUNGI KAMI

CARDOVA CREATIVE
LOT C 24, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
75000 BANDAR HILIR, MELAKA.
EMAIL : cardova_creative@yahoo.com
TEL : 06- 2845553 HP : 013-2665553
www.cardovacreative.blogspot.com


E12U9426.1
Memakai cincin adalah merupakan suatu Sunnah (perjalanan hidop) Nabi Muhammad saw yang mulia lagi suci, bukanlah semata-mata berdasarkan tradisi.


Para sahabat Nabi saw, terutamanya Abdullah B Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar meniru Sunnah Nabi saw, salin tak tumpah, di mana beliau adalah bercincin dalam kehidupan sehari-hari, demikian juga Abdullah B Az-Zubair r.a memakai cincin yang mengadungi permohonan agar dijauhkan dari Neraka.


Bagi Rasulullah saw, cincin beliau adalah merupakan lambang aqidah (kepercayaan) dan politik (kekuatan Islam), dimana menerusi copnya maka surat-surat resmi beliau dipercayai dan dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa).


Imaam Az-Zuhri ra mengambil sumber daripada Anas B Maalik ra yang memberitakan Junjungan Nabi saw telah bersabda "Saya diperintah memakai kasut (termasuk dalam sembahyang) dan memakai cincin".


(Rujuk kitab "Al-Libaas Wa Az-Ziinah Min As-Sunnah Al-Muthharah" (172) susunan Muhammad Ab. Haakim Al-Qaadhi)


Sekalipon memakai cincin itu merupakan suatu perhiasan (az-ziinah) yang menyebabkan seseorang semakin berwibawa dan berseri indah, akan tetapi adalah dimakruhkan memakainya dek semata-mata keindahan (menurut sebahagian ulama), akan tetapi dia hendaklah dipakai kerana menghidup dan mengikutkan Sunnah Nabi s.a.w, tidak lebih daripada itu.


Imaam Al-Baihaqi ra mengumpul dan menyusunkan Hadith-hadith Nabi saw yang memperjelaskan kepada orang-orang Islam bahawa bercincin itu adalah suatu Sunnah.


Memperbuatkan cincin (untuk lelaki) daripada bahan emas adalah haram, disebabkan Nabi saw pernah memakainya (sebelum diharamkan), kemudian beliau melemparnya dan menghebahkan tentang larangan berbuat demikian.


Sesudah itu beliau memperbuatkan cincin daripada bahan perak dan beliau memakainya di tangan kiri sebagai suatu Sunnah, di mana keadaannya berterusan sehinggalah ke akhir hayat beliau saw.


Sebenarnya bercincin ini melibatkan semua jenis lelaki dan perempuan. Cincin secara langsung dapat dipakai pada jari tanpa mengubahkan Sunnah Allah, tidak seperti subang (anting2) yang perlu bertindik (ditebuk lubang telinga) lebih dahulu, dalam suatu upacara atau tidak.


Bagi masyarakat Cina, sama ada lelaki atau wanitanya, mereka tidaklah memakai cincin sebelum bertunang (ada jodoh). Bila mereka bertunang, maka mereka memakai cincin pemberian tunangnya pada jari tengah. Akan tetapi apabila mereka sudah berkahwin, maka mereka memakainya pada jari yang baru iaitu jari manis (kiri atau kanan).








E12U9426.1
Hakmilik perniagaan/ syarikat Cardova Creative.


Ini adalah sebahagian koleksi cincin-cincin dan batu permata yang terdapat di kedai kami di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.


Anda dialu-alukan datang ke kedai kami untuk melihat sendiri. Banyak produk2 lain spt keris, kraftangan, barangan antik, kayu-kayan untuk pilihan anda.


info lanjut : cardovacreative.blogspot.com
100 photos | 18 views | Add a comment?
items are from between 17 Feb 2009 & 05 Jul 2011.

E12U9426.1

E12U9421.1

E12U9422.1

E12U9423.1

E12U9427.1

E12U9428.1

E12U9429.1

E12U9430.1

E12U9431.1

E12U9432.1

E12U9433.1

E12U9434.1

E12U9435.1

E12U9436.1

E12U9437.1

E12U9439.1

E12U9440.1

E12U9441.1

E12U9442.1

E12U9443.1

E12U9444.1

E12U9445.1

E12U9446.1

E12U9447.1

E12U9448.1

E12U9449.1

E12U9450.1

E12U9451.1

E12U9452.1

E12U9453.1

E12U9454.1

E12U9455.1

E12U9456.1

E12U9457.1

E12U9458.1

E12U9459.1

E12U9460.1

E12U9461.1

E12U9462.1

E12U9463.1

E12U9464.1

E12U9465.1

E12U9466.1

E12U9467.1

E12U9468.1

E12U9469.1

E12U9470.1

E12U9471.1

E12U9472.1

E12U9473.1

E12U9474.1

E12U9475.1

E12U9476.1

E12U9477.1

E12U9478.1

E12U9479.1

E12U9480.1

E12U9481.1

E12U9482.1

E12U9483.1

E12U9484.1

E12U9485.1

E12U9486.1

E12U9487.1

E12U9488.1

E12U9489.1

E12U9490.1

E12U9491.1

E12U9492.1

E12U9493.1

E12U9494.1

E12U9495.1

E12U9496.1

E12U9497.1

E12U9498.1

E12U9499.1

E12U9500.1

E12U9501.1

E12U9502.1

E12U9504.1

E12U9506.1

E12U9507.1

E12U9508.1

E12U9510.1

E12U9511.1

E12U9512.1

E12U9513.1

E12U9514.1

E12U9516.1

E12U9517.1

E12U9518.1

E12U9519.1

E12U9520.1

E12U9521.1

E12U9522.1

E12U9523.1

E12U9524.1

E12U9525

E12U9526.1

E12U9527.1
Subscribe to a feed of stuff on this page...Feed – Subscribe to the set "Cincin Dan Batu Permata"

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...