Showing posts with label blog artis. Show all posts
Showing posts with label blog artis. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

(GAMBAR)Foto Terbaru Ally Iskandar Dan Farah Lee


Diam tak diam, sudah hampir dua bulan juga personaliti TV3, Ally Iskandar mendirikan rumahtangga dengan pelajar kejuruteraan warga Malaysia di Korea Selatan yang juga seorang penulis blog, Farah Lee. Farah telah menulis tentang kehidupannya bersama Ally selepas berkahwin dalam entri terbarunya.
sudah masuk dua bulan perkahwinan kami. alhamdulillah, masih rasa keberkatan mereka yang banyak mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. harapnya doa itu tiada berhenti. amin.. perkataan ‘sudah dua bulan’ atau ‘baru dua bulan’ kadang datang silih berganti. ‘sudah dua bulan’ tapi aku masih rasa seperti baru semalam berkahwin, kebahagiaan jelas terasa (waaa.. suami kat malaysia, aku kat korea ?.?). ‘baru dua bulan’ tetapi banyak yang telah aku pelajari dari perkahwinan ini, dan masih belajar.
Farah telah meletakkan gambar terbaru mereka ini di blognya.
Dari apa yang ditulis oleh Farah, dapatlah disimpulkan yang kehidupannya bahagia sekali. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.
baca blog ini..best! klik!

@beautiulnara.com

Sunday, March 11, 2012

FILEM BUNOHAN! TERBAEK TERBILANG! APA KATA PELAKON INI?

Hujan lebat malam ni semacam memberikan satu mood yang penuh tanda tanya pada aku. Beribu - ribu persoalan, juga punca - punca cuba aku gali dan cari akan perkataan yang tepat untuk aku padankan dengan mood yang singgah pada aku malam ini, tapi aku gagal.

Mungkin Tuhan memang tidak izinkan, mungkin Dia hanya mahu aku 'rasa' tanpa aku kenal pasti. Jadi, tak apalah.

Lalu aku pinjam 'rasa' ini untuk menggerakkan jari - jari aku menggigit papan kekunci ini. Mungkin 'rasa' ini hampir sama dengan rasa yang aku terima selepas menonton filem BUNOHAN.

Seakan kosong dan membisukan serba serbi pada diri. Yang tinggal hanya ruang fikiran untuk diselongkari. Aku fikir, ya, aku mahu kongsikan tentang BUNOHAN di sini.

Hari ini, 8 Mac 2012 sudah bermula tayangan filem BUNOHAN yang dinantikan ramai. Berapa ramai aku kurang pasti, yang penting dinantikan aku sendiri. Tolak tepi tentang soal aku adalah salah seorang pelakon filem ini, kerana aku lebih suka berbicara tentang filem ini dari mata penonton.

Yang penting aku bukan nak buat review tentang filem ini disini. Aku war - warkan sahaja.

Mungkin ramai yang menganggap filem ini filem action packed, sebenarnya tidak. Aku lebih sukakan konflik dan perhubungan dalam filem ini. Aksinya tidak terlalu banyak yang bakal memualkan penonton. Pada aku cukup, tak perlu lebih - lebih.

Selepas habis menonton di malam perdana tayangan filem BUNOHAN tempoh hari, aku sungguh terkesan. Tak payah cakap tentang sinematografi, lakonan dan lain - lain. Pada aku semuanya sudah di tahap yang membanggakan (tidak termasuk aku) Kerana aku tak pernah puas dan bangga dengan hasil kerja aku.

Tapi aku terdiam dan terkesan dengan sifat manusia yang digambarkan dalam filem ini. Keesokkan harinya, aku harus ke Alor Star untuk meneruskan penembakan drama dan sepanjang berada di dalam kapal terbang, aku masih lagi memikirkan tentang BUNOHAN. Dalam hotel, berseorangan tersandar pada dinding katil, aku masih ligat memikirkan tentang BUNOHAN.

Ahhh.. memang terkesan.

Bagaimana seorang manusia dengan pekerjaan yang kejam/ganas akhirnya tumbang kerana rasa kasih sayang pada seorang adik dan bagaimana pula seorang manusia dengan pekerjaan yang mulia, dihasuti syaitan dan menumbangkan rasa kasih sayang.

Beza.

Aku nak cerita lebih, nanti potong stim pulak pada yang belum menonton, tapi aku memang sarankan anda semua tonton filem ini. Kalau sebelum - sebelum ini kita selalu menonton filem komedi hiburan ringan, mungkin ini masanya untuk kita tonton filem sebegini. Lepas ni kalau nak sambung tonton filem hiburan ringan, tak salah. Silalah.

Jangan takut untuk berfikir sewaktu menonton, tak jadi hal. Macam aku pernah tulis di Twitter, kita nak beli seluar dalam pun kita fikir. Saiz, warna, corak. itu semua kita fikirkan. Berfikir bukan satu aktiviti yang kita buat - buat, ia memang sudah sebati dengan manusia. Jadi jangan takut.

Dan aku juga yakin yang pembaca blog aku ini juga bukan calang - calang. Aku sudah berjumpa, berbual di internet dengan pembaca - pembaca yang mengikuti blog aku. Kebanyakkan daripada anda semua adalah jenis yang mencari bahan yang baik samada untuk dibaca, ditonton dan lain - lain. Aku tahu. Aku bukan main petik. Ye dak?

Anda bukan calang - calang orang dan BUNOHAN memang untuk anda.

Jadi sebelum aku tinggalkan papan kekunci ini, aku tinggal beberapa video untuk anda tonton, untuk dapatkan gambaran tentang BUNOHAN, tentang 'rasa' dan bahasa filem ini. Ada trailer, di sebalik tabir dan juga video blog sepanjang pembikinan filem ini. Segala sinopsis, para pelakon anda boleh google sendiri. Jangan malas. Menonton filem ni kena rajin berfikir, kena pandai cari jawapan sendiri. Ini, belum tengok lagi dah malas nak cari jawapan.

Terima kasih buat setiap pembaca blog ini. Kita semua adalah pembaca.






















JOM SINGGAH BLOG ZAHIRIL! BEST! 
UNTUK KAWAN2 YANG KITA SUKA!

Saturday, February 18, 2012

Gambar | Sambutan Harijadi NEELOFA di Bora Ombak, Sungai Penchala

Tahniah NEELOFA yang baru sahaja menyambut harijadi yang ke-23. Dengan bertemakan biru turqoise, suasana memang indah betul di BORA OMBAK, SG. PENCHALA. Ramai peminat yang datang. Majlis tersebut dianjurkan oleh KELAB PEMINAT NEELOFA. Awal Ashaari telah menjadi MC pada malam tersebut. Harijadi NEELOFA adalah pada 2/2/2012 hari itu..
HADIAH HARIJADI NEELOFA YANG BANYAK..
blog pilihan: @syokkahwin.com

Wednesday, February 8, 2012

Remy Ishak – Hidup Susah Sewaktu Mula Sampai Ke Kuala Lumpur

Bila duduk sorang-sorang macam ni aku selalu terkenang, mengimbas masa-masa silam aku,
susah payah aku menempuh hari-hari di kota Lumpur seorang diri semata-mata nak mencari rezeki.
Daripada  zaman aku cuci pinggan kat mamak stall, kerja nite club, kerja restoran, kerja hotel sehinggalah aku berada ditahap ni. Walaupun bukan satu tahap yang bagus, tahap yang boleh dibanggakan lagi, tapi sekurang-kurangnya aku telah merubah diri dan jalan hidup aku dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku selalu macam tu, mengenang nasib badan dan mushabah diri.
Dari budak kampung yang buat kerja part time cuci kereta, kerja pasar, kerja buruh, aku berhijrah ke kota Lumpur untuk merubah hidup dan keluarga aku.
Ye… aku berubah, sekurang-kurangnya sekarang keluarga mampu tersenyum atas perubahan yang telah  aku lakukan.
Aku bukannya tahu yang aku pernah ada sedara-mara di KL masa mula-mula sampai kat sini dulu,
dan aku pun tak pernah nak menyusahkan dia orang untuk tanya dan ambil tahu dimana dia orang berada kalau dia orang ada kat sini sekalipun.
Bagi aku.. bila aku menjejakkan kaki aku di kota lumpur ini, aku sendiri yang harus mencorakkan kehidupan aku, aku sendiri yang kena pilih untuk jadi apa yang aku mahu dalam hidup aku.
Ini ruang hidup aku, dan aku kena berdikari untuk mencari dan menjadi yang terbaik.
Maka, oleh kerana ada pemahaman yang macam tu dalam benak kepala aku, itu yang ‘end up’ aku tidur dalam masjid masa mula-mula sampai kat sini dulu :)
Aku selalu sedar…, aku selalu mengenang perjalanan-perjalanan aku di kota lumpur.
Aku selalu bersyukur sebab tuhan tak terlepas pandang pengorbanan, perbuatan dan amalan aku,
dan sampai sekarang pun.. aku tak pernah lupa dan sedar tentang asal usul aku.
Syukur Alhamdulillah…
Orang boleh bercakap atau membuat apa saja kesimpulan yang negatif pasal diri aku,
hakikatnya, mereka yang bercakap pasal aku tu tak tahu.., mereka tak kenal pun siapa diri aku yang sebenarnya.
Mereka bukan sahabat mahupun keluarga aku, tapi mereka bercakap mengenai aku seolah-olah mereka mengenali rapat diri aku. Mereka sekadar mengenali dari pandangan mata kasar, dan juga perkhabaran yang datang dari mulut ke mulut.
Tak mengapa… aku maafkan kamu.
Aku tak minta semua orang untuk tahu pasal diri dan karakter aku,
kerana ini adalah lukisan dan tulisan hidup dari tuhan terhadap aku,
Ini adalah antara aku dengan-Nya.
Jadi.. biarlah mereka yang lain terus berkata apa saja yang mereka mahu,
dan biarlah ‘Dia’ yang satu, tahu tentang kebenarannya.
Dengan manusia..,
aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang manusia.
Cuma apa yang aku perlukan adalah, rasa hormat terhadap pendirian, pemahaman dan perjalanan hidup aku sebagai manusia daripada manusia yang lain.
Tak kiralah samada kita mengenali antara satu sama lain ataupun tidak, sifat menghormati itu adalah sifat yang terpuji disisi  Allah SWT.
Beringatlah sementara kita semua masih berpijak dibumi-Nya..
Kita kena selalu sedar siapa diri kita…
Kami tidak pasti apakah ini ialah reaksi Remy kepada desas desus beliau telah putus cinta itu. Untuk membaca sendiri blog Remy, klik di sini.
@beautifulnara.com

Thursday, October 20, 2011

Kandungan SMS Memey untuk Abby Abadi

abby abadi
Abby Abadi

SMS dari Memey Suhaiza untuk Abby Abadi sebelum ini tidak didedahkan. Tapi hari ini kami ingin mendedahkan SMS Memey yang pada kami bukan perkara kecil kerana SMS ini bukti bahawa Memey tidak lah bagus sangat. Ada aku kesah?
SMS Abby terima dari Memey. Jom kita tengok SMS Memey Suhaiza untuk Abby Abadi satu persatu.
(yang ______ adalah perkataan yang terpaksa dielakkan dari diketahui umum)

SMS #1

“Slm maaf mganggu.. just nak say thanx u.. harap k.abby gunakanlah peluang ini utk tackle abg blk serta kembalikan hubungan yg dah terlerai.. sy dah xde ap2 ngan abg.. sbulan abg lost still menunggu n meletak harapan pada saya tp saya dah x boleh commit.. his such a nice man.. n i’m so happy to know him cuma menyesal end up bila kami decide nk kahwin bulan 7ni sy dpt ____ ngan ____.. tp xpelah mgkin ini balasan utk sy juga.. abg pun ada cakap d last choice dia akn blk pd k.abby(waahhhhhhhh wahhh!! wangi muke hangg?? ) so for me is better for him to back to u. For d sake of kids dr prmpuan smbarangan.. n klu blh k.abby ajaklah abg duduk rumah permata sekali jadi ______!! wish luck for both of u.. I’m sorry for everything..hope kbahagian dulu kmbali bersinar..amin..”( cc to abg n k.abby)
SMS #2
“K.abby x kenal lot.. lama masa abg shooting ____ hari tu.. tp sy baru tau kebetulan sy dtg set sy brtau yg kita org nak kahwin n budak tu dtg set sbb teman kwn dia yg brlakon sama dgn saya.. tu yg dia cerita semua bnda sbb suruh sy fikir masak2 utk kawin ngan abg, n last abg ____ tp bukan artis la..(huhu…… padannnnn mukeeeee.. lalalaalalalala!!)
SMS #3
“Mmg kesian, nmpk ____.. mcm2 ____ utk pujuk sampai nak ____, makan _____, minum ____ n etc.. tp mcm susah nk terima balik.. ____ budak tu _____!!! ;-)
SMS #4
Yup.. inilah blasan.. hari2 sama pun dia tetap nak ____.. thanx god dpt tau _____.. now ____ tgh frust sbb ____ _____ _______ _______! kesian tp nak wat cam ner..baik kesian diri sendiri dulu dr _____ mcm2 _____…. hope k.abby tlg la apa yg patut.. maybe anak3 dpt ____ ____ _____ n bina hidup baru..
SMS #5

“I’m sorry to say that.. just kesiankan _____.. dia balik _____ _____ _____ pun lain mcm sgt.. once sorry..bye..tq

abby abadi
Abby Abadi - Mama 3DS
SMS dari Memey ini didedahkan bukan untuk memperbesarkan cerita tetapi demi membela mereka yang teraniaya akibat dari hubungan Memey Suhaiza dan Norman Hakim iaitu Abby Abadi dan anak-anak beliau. Bayangkanlah jika perkara ini berlaku kepada anda sendiri. Anak-anak Abby masih kecil lagi tetapi sudah tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ayah mereka. Kami tahu kadang-kadang Norman ada datang masa birthday Dania kat tadika dan hari sukan Danish tapi itu tidak cukup. Mereka perlukan kasih sayang sepenuhnya dari ayah mereka.
Berkenaan SMS Memey ini, nasihat kami, Memey tak payah lah nak aturkan hidup orang lain sedangkan hidup sendiri pon bercelaru. Walaupon Abby Abadi kehilangan suami, Abby masih ada anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sedara mara dan peminat yang sentiasa menyokong Abby. Untuk Norman jangan lupa tunaikan tanggungjawab memberi nafkah untuk anak-anak.
p/s: Seronok baca blog Abby Abadi dan terhibur dengan lagu Wonder Girls dalam blog Abby.

@limauais.com



p/s ni sms lama nih...hehehe... entri bulan 7 yg lepas di blog berkaitan...

Tuesday, October 4, 2011

Bipasha nafi bakal kahwin



BIPASHA BASU

SEJAK akhir-akhir ini, gosip pernikahan Bipasha Basu dan Rana Daggubati sering menjadi topik perbualan media. Entah dari mana, tiba-tiba tersebar luas mendakwa mereka ingin segera berkahwin.
Namun, Bipasha dengan pantas memberi kepastian bahawa gosip itu palsu.
"Setelah membaca tentang gosip perkahwinan saya itu, ingin saya tegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali," sangkalnya dalam laman sosial Twitter miliknya sebagaimana dilaporkan apunkachoice.com.
Kenyataan padat dan jelas itu dengan spontan telah menukar pandangan umum tentang berita tersebut dan berharap perkhabaran ini akan melenyapkan tanda tanya sama ada ia benar mahupun tidak.
Sebelum ini, Bipasha telah menjalinkan hubungan cinta yang panjang bersama aktor kacak John Abraham.
Namun, sayangnya, hubungan selama lapan tahun itu berakhir apabila muncul khabar Bipasha telah menjalinkan hubungan bersama Rana yang merupakan gandingannya dalam filem Dum Maaro Dum.

blog pilihan bollywood

Sunday, September 25, 2011

Rain jalani latihan ketenteraan bulan depan


SEOUL - Bintang pop Korea Selatan, Rain (gambar) mengaku bahawa dia akan menyertai pasukan tentera.
Penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun itu semalam memberitahu dia bakal memulakan latihan ketenteraan pada 11 Oktober depan.
Sebelum itu, Rain dijadualkan mengadakan konsert di Seoul sebagai sebahagian daripada sisi jelajahnya yang berjudul The Best Show.
Semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan wajib berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun. Dasar itu diteruskan sejak Perang Korea yang tercetus pada tahun 1950-an.
Rain yang nama sebenarnya ialah Jung Ji-hoon, berkata dalam laman webnya, dia berharap akan lebih matang selepas berkhidmat dalam tentera.
"Saya akan berkhidmat kepada negara dengan rasa setia dan penuh perhatian," katanya.
Menjadi salah seorang bintang popular di Asia, Rain memulakan debut dalam filem Hollywood menerusi filem Speed Racer pada tahun 2008 dan Ninja Assasin pada tahun berikutnya. - AP

Saturday, September 24, 2011

Popular kerana badan sasa



WALAU telah popular, Taylor masih menerima layanan yang sama daripada keluarga dan teman-temannya.




TIDAK menyangka bermula dengan minatnya terhadap seni mempertahankan diri pada zaman kanak-kanak telah membawa nama Taylor Daniel Lautner ke kelas yang lebih tinggi berbanding rakan seusianya.
Pernah berlakon dalam filem pecah panggung pada zaman kanak-kanaknya, The Adventures of Sharkboy and Lavagirl 3-D dan Cheaper by the Dozen 2 pada tahun 2005, namun tuahnya hanya datang pada tahun 2008 apabila terpilih untuk memegang watak Jacob Black dalam filem Twilight bersama dengan Robert Pattinson dan Kristen Stewart.
Kini, ke mana sahaja jejaka berusia 19 tahun itu pergi, dia pasti dikelilingi oleh peminat yang rata-ratanya gadis remaja yang menggilainya sejak perubahan drastik tubuhnya daripada seorang remaja biasa kepada lelaki gagah.
"Secara jujur, saya tidak pernah penat dengan jeritan gadis-gadis yang merupakan peminat saya. Memang ada masanya saya akan terasa penat tetapi jika itu caranya mereka menunjukkan sokongan terhadap saya, saya tidak kisah dan menerimanya dengan hati yang terbuka," katanya yang memiliki ketinggian 1.78 meter.
Tidak hanya sekadar jeritan, tarikan Taylor menyebabkan para peminat tidak kisah untuk berkhemah di sekitar kawasan penggambaran filem terkini, Abduction di Pittsburgh. Taylor bagaimanapun tidak menganggap peminatnya mengganggu perjalanan kerjanya sebaliknya dia cukup menghargai peminat yang datang dari jauh semata-mata mahu melihatnya secara langsung,
"Agak memenatkan kerana waktu itu kami melakukan penggambaran pada waktu malam. Saya akan berada di set pada pukul 8 malam sehingga 5 pagi. Waktu saya keluar daripada set penggambaran saya lihat terdapat 800 orang gadis sedang menunggu di tepi jalan. Dalam masa satu jam, saya mengambil gambar bersama mereka semua. Badan saya terlalu penat, tetapi peminat lebih penting buat saya,"katanya.
Tarikan utama Taylor tidak sahaja lakonannya yang berkesan tetapi juga tubuh badannya yang sasa, disebabkan itu di dalam filem sekuel Twilight dan juga filem baharunya, Abduction, Taylor turut mendedahkan tubuhnya atas kehendak skrip.
"Bila saya dapat skrip filem itu, saya lihat terdapat lima atau enam babak yang memerlukan saya tampil tanpa baju. Saya terfikir juga bimbang orang muak lihat watak saya tanpa baju dan samakan dengan watak saya di dalam filem Twilight. Tetapi bila semak balik skrip, babak tanpa baju itu memang perlu mengikut jalan cerita dan juga karakter yang saya bawakan," terangnya yang berasal dari Grand Rapids, Michigan, Amerika Syarikat.
Jika di dalam Twilight, wataknya sebagai Jacob Black mempunyai badan yang begitu sasa, tetapi sejak menamatkan penggambaran sekuel terbaharu filem keempat The Twilight Saga: Breaking Down, tubuhnya sedikit susut.
"Memang saya susut tetapi sedikit sahaja. Saya memang seorang yang sangat sukakan senaman tetapi sejak menamatkan penggambaran filem Twilight saya tidak mengikut rutin senaman yang ketat untuk kekalkan otot tubuh. Sekarang saya tidak perlu paksa diri saya untuk makan jika saya tidak lapar, juga tidak akan ada orang (jurulatih peribadi) datang sumbatkan makanan dalam mulut saya setiap lima minit.
"Sebaliknya kini, saya lebih aktif dan terlibat dalam banyak sukan. Saya boleh makan apa sahaja dan sebanyak mana yang saya mahu tetapi tidak semestinya makanan segera kerana saya memang mengamalkan cara pemakanan yang sihat," tuturnya yang memiliki seorang adik perempuan bernama Makena.
Selepas Twilight
Selepas empat tahun sebati dengan watak Jacob Black di dalam empat sekuel filem Twilight termasuk,The Twilight Saga: Breaking Down bahagian pertama yang akan menemui penonton pada 24 November depan, Taylor tidak mahu terus hanyut dengan kejayaan yang diterima menerusi filem puntianak itu.
Tegasnya, yang dinamakan sebagai aktor remaja yang menerima bayaran tertinggi pada tahun 2010, sebagai seorang aktor dia mahu terus mencabar dirinya dalam pelbagai watak dan juga genre filem.
"Setiap watak yang saya bawa merupakan watak baharu yang belum pernah saya cuba. Saya mempunyai pengalaman yang seronok dan sekarang saya memandang ke depan untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada Twilight dan Abduction.
Bagaimanapun saya tidak melihat diri saya di pentas muzikal kerana saya yakin peminat tidak mahu melihat saya di pentas muzikal," ucapnya.
Disoal sejauh mana persamaan antara Taylor dan wataknya sebagai Jacob Black dalam filem Twilight, sambil tersenyum Taylor mengatakan dirinya yang sebenar langsung tidak sama dengan Jacob Black.
"Saya tidak pernah sama dan tidak akan menjadi Jacob Black di dalam dunia sebenar kerana sebagai seorang lelaki saya memang tidak boleh melihat wanita yang saya cintai bersama dan mengahwini lelaki lain di depan mata saya sendiri. Itu memang bukan diri saya," luahnya yang berkawan baik dengan aktres remaja, Salena Gomez dan Dakota Fanning.
Akui Taylor, sukar untuknya meninggalkan set penggambaran filem Twilight dan berpisah bersama teman-teman lakonan dan krew selepas empat tahun bersama termasuk tujuh bulan penggambaran untuk sekuel keempat Breaking Down.
"Bagi sekuel terakhir, lima bulan penggambaran dilakukan di Baton Rouge dan dua bulan di Vancouver. Memang satu penggambaran yang mengambil masa cukup lama lebih kurang 110 hari penggambaran. Mulanya bila saya lihat jadual, saya fikir saya akan penat bila sampai dipenghujungnya kerana kami melakukan penggambaran dua bahagian serentak, tetapi tidak. Saya mempunyai masa yang cukup seronok dan langsung tidak penat apabila di set penggambaran.
"Sebab itu kami semua agak beremosi terutama pada hari terakhir penggambaran. Kami sudah lama bersama, bukan sekadar dua, tiga bulan tetapi sudah bertahun-tahun. Apa yang bagusnya kami akan bersama kembali untuk sesi promosi filem ini," jawabnya.
Meskipun jadual kerjanya padat, Taylor yang sempat bercinta dengan penyanyi remaja Taylor Swift sehingga tahun 2009 memberitahu, tidak ada masalah dengan jadualnya kerana dia melakukan kerja yang disukainya tanpa sesiapa pun memaksa.
"Saya sedang berseronok sekarang ini. Saya sibuk dengan promosi filem dan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya seorang yang suka mengembara jadi, saya akan meneruskan kerja seperti biasa, tiada rehat yang panjang. Tetapi saya tetap akan mencari masa untuk berehat dan mencari masa untuk diri saya sendiri," katanya.
Walaupun popular dalam yang cukup pantas, Taylor menegaskan dia masih orang sama seperti dahulu. Kehidupan yang berubah 360 darjah tidak bermakna dia harus mengubah cara hidupnya seratus peratus dan itu merupakan kunci untuknya berpijak di bumi yang nyata dan tidak hanyut dengan populariti yang dikecapi pada usia muda.
"Saya bersyukur kerana masih mempunyai kehidupan yang sama seperti sebelum ini. Saya tidak mahu mengubah satu pun kehidupan lama saya walaupun kehidupan baharu saya sangat mengujakan. Saya dapat lakukan kerja yang saya suka dan dalam masa yang sama saya masih tinggal bersama keluarga dan melepak bersama teman-teman yang sama.
"Jika di rumah, saya masih remaja yang normal, keluarga saya masih meminta saya membantu kerja-kerja di rumah seperti biasa, tiada layanan luar biasa buat saya. Secara jujurnya, teman-teman saya masih melayan saya sama seperti dulu yang mana saya rasa itu satu perkara yang bagus.
"Saya tidak mahu kerana saya berjaya dengan filem, layanan berubah, itu akan menjadi pelik. Mereka sangat menyokong apa yang saya lakukan dan merupakan pengkritik lakonan saya yang paling jujur," bicaranya panjang lebar.
Taylor Lautner
taylor lautner 8

Lee Dong Wook Makin Berani Tayang Body

Lee Dong Wook Makin Berani Tayang Body


































Selepas berlakon drama Korea Selatan kesukaan ramai, My Girl pada tahun 2005, nama pelakon kacak Lee Dong Wook, 30 terus dikenali ramai walaupun Murai Batu tahu dia sudah pun mula berlakon sejak 1999.



Memang Murai Batu tak dapat nak nafikan, cerita My Girl samgat bagus dan lakonan bersahaja Dong Wook cukup berkesan. Murai Batu juga diberitahu, rezeki Dong Wook melimpah ruah sehingga dia dan pelakon wanita My Girl iaitu Lee Da Hae dikatakan menjadi pasangan yang paling serasi.


Difahamkan juga, Dong Wook turut menjadi bintang Korea Selatan pilihan untuk membintangi filem bukan saja dterbitkan penerbit Korea Selatan tetapi dari Hollywood. Menyentuh mengenai persona yang ada pada Dong Wook, diawal pembabitannya sebagai pelakon, Dong Wook tidak seperti pelakon lelaki Korea Selatan lain yang mempunyai tubuh sasa.


Malah, Dong Wook juga dikhabarkan akan cuba mengelakkan melakukan babak-babak buka baju disebabkan tubuhnya yang kurus. Pun begitu, lain pula ceritanya sebaik saja Dong Wook tamat menjalani latihan tentera.
Murai Batu difahamkan, Dong Wook sekarang ini semakin berani bukan saja dalam melakonkan apa jua watak tetapi dalam bab melakukan adegan tidak memakai baju. Desas-desus juga dibuktikan menerusi lakonan Dong Wook dalam drama bersiri terbaru lakonanya berjudul Scent Of Woman.


Menerusi drama ini, Dong Wook yang berlakon bersama Kim Sun telah banyak melakukan aksi menayangkan badan. Malah, Dong Wook juga berani melakukan adegan atas ranjang.


Menurut sumber terdekat Dong Wook, pelakon kacak yang sering dibandingkan dengan Lee Min Hoo itu terlalu mengambil berat terhadap bentuk badannya.


Malah, setiap masa terluang, Dong Wook kerap melakukan senaman walaupun waktu itu dia berada di lokasi penggambaran. Dong Wook tidak akan mengelak untuk mencari masa 3 jam sehari untuk bersenam.
Tentang makanan pula, Murai Batu juga mendapat tahu, Dong Wook juga pasti meminta dada ayam dan kentang untuk menjadi makanan hariannya di kala tengah hari.


Murai Batu turut dimaklumkan Dong Wook menjadi sebegini selepas dia tamat kem tentera. Kata sumber, Dong Wook mendapat inspirasi selepas bergaul dengan abang-abang tentera.


Tak kisahlah apa jua yang dilakukan, Murai Batu yakin tindakan Dong Wook ini disebabkan dia mahu memberikan saingan kepada pelakon lain. Yelah, bukankah sekarang ada berlambak penyanyi K-Pop menjadi hero utama drama Korea Selatan. Sudahlah tu, kebanyakkan mereka mempunyai tubuh sasa dan berani buka baju. Contoh terdekat sudah pasti Siwon Super Junior dan Taecyeon 2PM.


MURAI BATU: Sepatutnya ramai artis lelaki tempatan memasang badan. Sebab ramai hero Malaya kita yang badan mereka tak cukup umph!
@murai.com.my


ManaKedai.com - aku nak start balik bina otot2 nih..huwahahaha


Info Lelaki & Gaharu!
Blog Artis Korea

Mamat Khaled Bengkak Dgn Namawee? Patotkah...?

Betul ke Filem Nasi Lemak 2.0 Diboikot?
Benarkah Filem Ini Di Boikot?



mamat bengkak dengan namawee? patot kah..?




jom kita baca entri di blog mamat khaled tanggapan beliau ttg insan bernama namawee nih..


Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.


Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar.

Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku.

Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.
Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Apa la Mat! Itu pun mau sensitip. Biarla! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.


BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?





diharapkan namawee lebih ambil tahu sensitviti terhadap isu2 perkauman di negara kita ini.. lebih baik kan kalau kita hidop aman damai? cina, melayu, india dan bangsa2 lain hidop aman di negara kita? kalau benar dia melakukan kesilapan tanpa disadari (yg mungkin alasan sahaja)... kita nak lihat perubahan dalam diri namawee selepas ini. cintakan negara..BUKTIKAN!





ManaKedai.com - tak perlulah kita mengundang kontrobersi.. entri ini dibuat utk menegur bangsa Melayu kita, Cina dan India yg ada di negara ini..! Datuk Nenek kita bleh bertolak ansur..? kenapa tidak kita?

sememangnya setiap orang boleh memberi pendapat dan aku hormat dan bersetuju dgn pendapat mamat khaled walaupon  agak keras. tapi sepatotnya begitu kan? tanpa teguran keras orang akan pekakkan telinga dan terus ambil kesempatan yg ada.

dan bagi namawee... teruskan berkarya bro.. ! tapi kena ingat bumi mana anda pijak sekarang? belajar hargai negara ini..

aku Melayu akhir zaman yg hendak tinggal aman damai di negara sendiri!

Tempah Baju Lelaki Di Sini!
Homestay Ramai Artis Bermalam!

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...