Saturday, September 24, 2011

Lee Dong Wook Makin Berani Tayang Body

Lee Dong Wook Makin Berani Tayang Body


































Selepas berlakon drama Korea Selatan kesukaan ramai, My Girl pada tahun 2005, nama pelakon kacak Lee Dong Wook, 30 terus dikenali ramai walaupun Murai Batu tahu dia sudah pun mula berlakon sejak 1999.



Memang Murai Batu tak dapat nak nafikan, cerita My Girl samgat bagus dan lakonan bersahaja Dong Wook cukup berkesan. Murai Batu juga diberitahu, rezeki Dong Wook melimpah ruah sehingga dia dan pelakon wanita My Girl iaitu Lee Da Hae dikatakan menjadi pasangan yang paling serasi.


Difahamkan juga, Dong Wook turut menjadi bintang Korea Selatan pilihan untuk membintangi filem bukan saja dterbitkan penerbit Korea Selatan tetapi dari Hollywood. Menyentuh mengenai persona yang ada pada Dong Wook, diawal pembabitannya sebagai pelakon, Dong Wook tidak seperti pelakon lelaki Korea Selatan lain yang mempunyai tubuh sasa.


Malah, Dong Wook juga dikhabarkan akan cuba mengelakkan melakukan babak-babak buka baju disebabkan tubuhnya yang kurus. Pun begitu, lain pula ceritanya sebaik saja Dong Wook tamat menjalani latihan tentera.
Murai Batu difahamkan, Dong Wook sekarang ini semakin berani bukan saja dalam melakonkan apa jua watak tetapi dalam bab melakukan adegan tidak memakai baju. Desas-desus juga dibuktikan menerusi lakonan Dong Wook dalam drama bersiri terbaru lakonanya berjudul Scent Of Woman.


Menerusi drama ini, Dong Wook yang berlakon bersama Kim Sun telah banyak melakukan aksi menayangkan badan. Malah, Dong Wook juga berani melakukan adegan atas ranjang.


Menurut sumber terdekat Dong Wook, pelakon kacak yang sering dibandingkan dengan Lee Min Hoo itu terlalu mengambil berat terhadap bentuk badannya.


Malah, setiap masa terluang, Dong Wook kerap melakukan senaman walaupun waktu itu dia berada di lokasi penggambaran. Dong Wook tidak akan mengelak untuk mencari masa 3 jam sehari untuk bersenam.
Tentang makanan pula, Murai Batu juga mendapat tahu, Dong Wook juga pasti meminta dada ayam dan kentang untuk menjadi makanan hariannya di kala tengah hari.


Murai Batu turut dimaklumkan Dong Wook menjadi sebegini selepas dia tamat kem tentera. Kata sumber, Dong Wook mendapat inspirasi selepas bergaul dengan abang-abang tentera.


Tak kisahlah apa jua yang dilakukan, Murai Batu yakin tindakan Dong Wook ini disebabkan dia mahu memberikan saingan kepada pelakon lain. Yelah, bukankah sekarang ada berlambak penyanyi K-Pop menjadi hero utama drama Korea Selatan. Sudahlah tu, kebanyakkan mereka mempunyai tubuh sasa dan berani buka baju. Contoh terdekat sudah pasti Siwon Super Junior dan Taecyeon 2PM.


MURAI BATU: Sepatutnya ramai artis lelaki tempatan memasang badan. Sebab ramai hero Malaya kita yang badan mereka tak cukup umph!
@murai.com.my


ManaKedai.com - aku nak start balik bina otot2 nih..huwahahaha


Info Lelaki & Gaharu!
Blog Artis Korea

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...