Showing posts with label info Melaka. Show all posts
Showing posts with label info Melaka. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Kerajaan Melaka tidak berganjak!!

Inilah pusat sembelihan babi yang masih beroperasi bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Melaka di Ayer Keroh.


MELAKA - Kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan untuk menutup pusat sembelihan babi yang beroperasi di tanah milik kerajaan bersebelahan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini berkuat kuasa 31 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, bagaimanapun mereka diberi kelonggaran selama dua bulan sehingga Februari tahun depan untuk memindahkan semua peralatan pusat tersebut. Pusat itu mampu menyembelih 9,000 ekor babi sebulan.
Beliau berkata, tapak baharu pusat sembelihan tersebut ialah di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, kira-kira 20 kilometer dari tapak lama.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2jkKHbplr
Hakcipta terpelihara 


Wednesday, October 23, 2013

Rakan Sifatkan Noreen Noor Seorang Prihatin

Noreen Nor meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira 5.50 pagi semalam.
JASIN: Pelakon dan penyanyi era 80-an Noreen Noor, yang meninggal dunia awal pagi Selasa, disifatkan seorang yang prihatin, manja dan gemar memberi semangat.
Rakan baiknya yang juga penyanyi Norshila Amin berkata Noreen atau nama sebenarnya Noraini Mohamad Noor, 52, sering mengambil berat tentang rakan dan sentiasa menghulur bantuan untuk meringankan beban mereka.
Beliau berkata Allahyarham juga seorang anak yang bertanggungjawab dan sanggup berhabis wang membiayai rawatan arwah kedua ibu bapanya.
"Saya dan rakan artis yang lain amat terkejut dengan pemergiannya secara tiba-tiba ini dan ia merupakan satu kehilangan besar bagi kami kerana dia sahabat yang menyenangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham dekat sini, Selasa.
Danial Baharuddin, 22 menyiram air mawar dipusara ibunya, penyanyi dan pelakon Noreen Noor, yang meninggal dunia, di tanah perkuburan Islam Kampung Pulai.
Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an itu meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira 5.50 pagi semalam.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai Merlimau di sini pada pukul 1.40 tengah hari, Selasa.
Hadir pada pengebumian itu ialah anak lelakinya Danial Baharuddin, 22, serta rakan-rakan artis termasuk Siti Fairuz Hussin, Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis dan komposer Eddie Hamid.
Norshila yang mengenali Allahyarham selama 23 tahun berkata kali terakhir mereka bertemu ialah ketika bergandingan dalam sebuah rancangan pada hari raya Aidilfitri lepas namun mereka sering berhubung menerusi laman sosial Facebook dan telefon.
Pengebumian Noreen turut dihadiri keluarga serta rakan-rakan.
Seorang lagi rakan Allahyarham, Halimahtun Abdul Jalil berkata beliau sempat berbuka bersama arwah selepas melakukan puasa sunat wukuf Arafah, Isnin lepas.
Katanya beliau menawarkan diri untuk membawa Noreen ke hospital apabila mendapat tahu arwah tidak sihat namun pelawaan itu ditolak kerana arwah tidak mahu menyusahkan sesiapa.
"Arwah sering berada di samping saya di waktu susah dan senang...saya terkejut apabila diberitahu dia memandu sendiri ke hospital ditemani anak angkatnya sebelum meninggal dunia pagi tadi," katanya sambil memberitahu bahawa Noreen tidak mahu berjumpa sesiapa sejak seminggu lepas.
Noreen pernah popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu dan muncul di layar perak dengan filem pertama berjudul Talak yang diterbitkan pada tahun 1980 selain pernah membintangi filem Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam-BERNAMA
@mstar.com.my

Noreen Noor, bersemadilah dengan damai


NOREEN NOOR (duduk, kiri) bersama rakan-rakan artis ketika meraikan hari jadi Datuk Shah Reza pada Februari lalu.


AJAL maut di tangan Allah SWT. Tidak kira sama ada tua atau muda kita tetap akan dijemputNya. Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian sebutir lagi permata seni tanah air iaitu penyanyi dan pelakon terkenal era 80-an, Noreen Noor atau nama sebenarnya, Noraine Mohd. Nor, 54.
Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan sifat manja, pandai bergaya dan mempunyai lirikan mata yang menawan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.50 pagi semalam (Selasa) di Hospital Pakar Ampang Puteri (APSH), Selangor akibat komplikasi buah pinggang.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Danial Baharudin, 22, dan Diana, 11.
Berita pemergian Noreen bagai satu mimpi. Banyak pihak yang mendengar berita tersebut pada awal pagi semalam bagai tidak percaya dengan apa yang disampaikan.
Bagai masih basah dalam ingatan juga melihat penampilan Noreen di hadapan media sewaktu muncul dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2010 yang menyaksikan beliau berbicara tentang patah hati dan 'keinginan' dijemput Ilahi selepas ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia berturut-turut.
"Ketika itu saya beria-ia mahu mati! Tak sanggup rasanya menghadapi derita jiwa begini. Saya pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, namun ia tidak meragut kegembiraan dan hidup saya.
"Namun, apabila saya kehilangan orang yang saya sayang, hanya Tuhan saja yang tahu saya rasa bagaikan nyawa ini sudah jauh melayang, dibawa pergi oleh mereka semua," cerita Noreen sambil air mata bergenang di kelopak mata kepada wartawan senior, Muzalina Abu Bakar dalam artikel yang disiarkan pada bulan Mei 2010 lalu.
Begitulah resam dunia. Setiap yang hidup pasti akan dijemput Ilahi, tidak cepat sesaat atau lambat sesaat seperti yang dijanji.
Mengimbas detik terakhir Noreen sebelum 'berpisah dengan dunia', kawan rapatnya, Monaliza Mohd. Diah, memberitahu, Allahyarham mula menderita penyakit darah tinggi sejak menjaga bapanya yang sakit kira-kira lima tahun lalu.
"Saya dapat tahu dia mula menghidap sakit darah tinggi sejak jaga orang tuanya sakit. Sejak itu dia sentiasa mengawal sakitnya dengan memakan ubat darah tinggi," jelasnya ketika dihubungi semalam.
Merupakan peminat dan akhirnya menjadi rakan paling akrab Noreen, Monaliza memberitahu, kali terakhir dia menghubungi Allahyarham menerusi kiriman WhatsApp di telefon pintarnya ketika Hari Raya Aidiladha.
Ketika itu, kata Monaliza, Noreen mengadu berasa tidak sihat.
"Dia beritahu tidak sihat dan pergi ke hospital seorang diri untuk menerima rawatan lanjut," ujarnya yang sering dianggap kembar Noreen kerana memiliki wajah seperti penyanyi dan pelakon itu.
Monaliza juga mengakui berasa terkejut dengan berita kematian sahabat baiknya itu dan mendoakan Allahyarham Noreen itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Danial ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui mengenai ibunya ditahan di APSH selepas dihubungi oleh pihak hospital tersebut pada petang kelmarin.
"Saya difahamkan, ibu telah memandu sendiri kereta untuk ke hospital tersebut pada pukul 10 pagi Isnin dan saya ketika itu tidak diberitahu apa-apa.
"Bagaimanapun pada petang hari yang sama pihak hospital telah menghubungi saya dan selepas sampai di hospital, ibu sudah berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam nada sedih.
Ujar Danial, dia kemudian berada di hospital tersebut bersama ibunya sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir.
Tambah Daniel, sebelum ini ibunya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit kecuali mengalami kesakitan pada bahagian tangan sehingga tidak boleh diangkat.

PERJALANAN terakhir Allahyarham Noreen Noor yang disemadikan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka diiringi doa oleh semua pihak yang mengenalinya.


Menawan
Mengenali Noreen, Allahyarham merupakan penyanyi kelahiran Singapura yang mula dicungkil bakatnya melalui pertandingan nyanyian dan berjaya mengadakan persembahan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Selesai persembahannya bersama beberapa penyanyi terkenal seperti Salamiah Hassan dan Rohana Jalil, Noreen didatangi wakil syarikat Columbia Broadcast System (CBS) yang menawarkannya peluang untuk merakam album.
Selepas disunting, anak kelima daripada enam beradik itu keluar dengan album pertamanya berjudul Kepastian sekitar tahun 80-an.
Berbekalkan wajah yang menawan dan suara yang merdu, nama Noreen yang merupakan anak pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohd. Nor Ahad berjaya mencuri tumpuan peminat tanah air.
Ia diikuti dengan album-album seterusnya seperti Dariku Untukmu dan Air Mata dan Sunyi. Ketika itu, suara merdu Noreen sering berkumandang di corong-corong radio dan lagu Siang Terbayang Malam Merindu cukup popular dalam kalangan peminat-peminatnya.
Selain daripada menyanyi, Noreen juga berbakat dalam bidang lakonan. Noreen muncul menerusi filem pertamanya berjudul Talak di samping pelakon Dharma Harun al-Rashid pada tahun 1984.
Lakonannya yang menggoda berjaya membuatkan para penerbit berlumba-lumba menawarkannya berlakon. Selepas itu, Noreen mula muncul dalam beberapa buah filem seperti Hantu Siang (1986), Balik Kampung (1986), Marah-Marah Sayang (1987), Wira Angkasa (1987), Pelumba Malam (1989), Cinta Metropolitan (1996) dan terakhir pada tahun 2011 menerusi filem Raya Tak Jadi.
Hidup tidak indah
Bagaimanapun, hidup Noreen tidak seindah yang di sangka. Selepas menghasilkan album Air Mata, beliau terpaksa menyepikan diri dalam bidang nyanyian dan lakonan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga.
Sejak itu, beberapa insiden mula berlaku dalam hidup Noreen, membantutkannya untuk kembali aktif dalam dunia seni.
Selain kecewa kerana perkahwinan yang gagal dipertahankan, pemergian satu demi satu ahli keluarganya, bermula dengan pemergian abangnya pada tahun 2004, ibunya (2006) dan kemudian bapanya pula (2007), meragut kebahagiaannya.
Kini, beliau dipanggil Ilahi untuk bersama-sama orang-orang yang tersayang di alam 'satu lagi'.
Jenazah Allahyarham Noreen telah dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Melaka semalam selepas solat Zuhur dengan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat handai dan peminat yang memberi penghormatan terakhir buatnya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2iWIrVsWf
Hakcipta terpelihara 

Thursday, May 2, 2013

just foto.....

bagi peminat lagu2 evergreen dan oldies singgahlah di kota afomasa ini. sedap suara depa berdua nih... tersingkap memori lama... zaman budak2 dulu..

menghiburkan pelancong dalam dan luar negeri...









aku masih tercari2 maksud lambang2 @ simbol2 yg ada disekitar kota afomosa ini..





caya lah bro! bagi aku beca ini terbaikdari segi kreativitinya... hasil nukilan anak muda jati melaka...  kalau beca otai tak der gambaq jumjumatun (tengkorak) punyer... inilah dikatakan inspirasi anak muda! lagu yang dipasang pon memang hot2 belaka..hehe.. kalau beca otai pulak pasti lagu dangdut, lagu2 60' 70' 80 menjadi pilihan..


foto2 melaka dalam simpanan. dah agak lama tak berblogging. kini kembali dan insyaAllah akan berblogging seperti sediakala...

terima kasih kepada para pengunjung dan pembaca kami yang masih setia menjengok kami disini. walaupon agak lama menyepi diri tapi kunjungan tetap ada.

terima kasih.

seperti biasa kalau tak der selingan iklan tidak sah. so bagi yg singgah ke negeri Melaka yang bersejarah ini dan sedang tercari2 homestay yang sesuai untuk seisi keluarga anda, apa kata anda singgah disini!


Seri Duyong Melaka Homestay

Friday, January 18, 2013

Sanggul lintang Melaka! Hiasan tradisi raja sehari




PEMASANGAN sanggul lintang memerlukan nilai kesabaran dan ketelitian yang tinggi.KETIKA menghadiri majlis perkahwinan anak saudara perempuannya yang memilih konsep ala Barat sebagai tema, nostalgia dan detik-detik manis kala persandingannya tidak semena-mena menerjah minda.
Pada waktu itu, Noraini Ahmad, 53, tampak anggun dalam persalinan kurung broked merah bersulam emas dan bersanggul lintang di kepala.
Jauh di sudut hati wanita kelahiran Teluk Intan, Perak itu berputik sekelumit rasa bangga. Bangga dan bertuah kerana berpeluang menggayakan perhiasan tradisi yang suatu ketika dulu cukup popular. Bahkan, pernah menjadi kebanggaan kaum wanita Melayu di Melaka.
“Walaupun saya berasal dari Perak, ahli keluarga sebelah suami yang menetap di Melaka sangat kuat berpegang kepada adat dan tradisi.
“Selepas dicadangkan oleh arwah ibu mertua supaya menggayakan sanggul lintang pada hari persandingan, saya terus bersetuju,” katanya mengimbau saat-saat indah sewaktu bergelar raja sehari tiga dekad lalu.

PEMASANGAN sanggul lintang memerlukan nilai kesabaran dan ketelitian yang tinggi.


Menceritakan pengalamannya memakai sanggul lintang Noraini memberitahu, selain perlu menempuh proses yang panjang, dia terpaksa menahan kesakitan dari awal proses pemakaian sehinggalah selepas sanggul itu ditanggalkan.
“Proses pemakaian sanggul lintang mengambil masa yang agak lama kerana banyak cucuk sanggul dan berutas-utas bunga pelbagai warna digunakan untuk mencipta lapisan demi lapisan supaya ia nampak bertingkat-tingkat,” katanya menyifatkan pengalaman memakai sanggul lintang itu sebagai sesuatu yang sangat berharga.
Adat Melayu
Menurut Noraini, pada peringkat awal mak andam meletakkan sanggul lintang, kulit kepala saya terasa seperti ditarik-tarik. Jelasnya, batang pisang seberat 500 gram dan panjang 38 sentimeter disalut dengan rambut palsu. Kemudian ia diikat kemas pada rambut sebelum cucuk sanggul disemat kemas.
Akibat terlalu berat, kulit kepala Noraini sedikit bengkak dan kemerahan selepas sanggul itu ditanggalkan.
Bagi anak jati negeri Melaka, Suriani Muhammad, 23, yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya awal tahun ini, bakal menggayakan sanggul lintang sebagai hiasan di kepala pada majlis malam berinai besar.
“Ibu bapa saya sangat mengutamakan adat Melayu lama.
“Dua orang kakak saya juga pernah menggayakan sanggul lintang pada hari perkahwinan mereka. Jadi, sebagai anak kelahiran Melaka, tidak salah rasanya bagi saya untuk meneruskan tradisi pemakaian sanggul lintang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
SANGGUL yang dijadikan perhiasan oleh kerabat Kesultanan Melayu Melaka ini menjadi simbol raja sehari.


Suriani mengakui dia berasa bangga kerana menjadi salah seorang daripada generasi muda yang bakal menggayakan perhiasan kepala itu pada majlis perkahwinannya.
“Bagi saya, sifat sanggul itu yang sarat dengan pelbagai aksesori dan motif bunga-
bungaan boleh menutup bahagian depan rambut saya.
“Saya hanya perlu meminta mak andam supaya menutup bahagian belakang rambut dengan hiasan lain seperti bunga kertas cina ataupun bunga melur segar,” tambah Suriani.
Di Melaka, kelompok individu yang arif tentang pemakaian sanggul lintang boleh dibilang dengan jari. Justeru, perkakasan dan cara-cara pengendaliannya perlu diturunkan kepada waris yang sesuai agar ia tidak pupus di telan zaman.
Norazlinda Husin, 37, yang aktif dalam industri andaman di Melaka cukup sinonim dengan proses andaman secara tradisional terutama pemakaian sanggul lintang.
“Saya mula belajar mengandam selepas tamat zaman persekolahan kerana minat yang sangat mendalam terhadap dunia solekan dan kecantikan.
“Selepas tamat belajar, saya mengikuti kursus andaman yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada tahun 1993, lalu mengusahakan perniagaan andaman sendiri,” ujarnya.
Warisi kepakaran
Ibu kepada lima orang cahaya mata itu menambah, ibu mertuanya yang juga pemilik sanggul lintang asli Melaka menjadi punca dia tertarik untuk mewarisi kepakaran andaman dan cara-cara memasang sanggul lintang mengikut teknik yang betul.
“Kebetulan ibu mertua saya memiliki set andaman sanggul lintang asli dan dia juga ada meminta saya untuk menjadi pewaris bagi ilmu mengandam menggunakan sanggul lintang. Disebabkan minat yang terlalu mendalam, saya bersetuju untuk mewarisi pusaka hiasan kepala itu,” ujarnya yang ketika ini menjadi pembantu tetap ibu mertuanya.
Sementara itu, pengarah butik perkahwinan dan perancang majlis Lumiere Concept Wedding Planner, Anwar Arshad menjelaskan, pemilihan sanggul lintang yang lebih moden dan ringan menjadi trend masakini kerana ia mudah didapati, lebih murah dan menjimatkan masa.
NORAINI dalam persalinan kurung broked dan bersanggul lintang ketika persandingannya tiga dekad lalu.


“Ramai bakal pengantin yang mahu kelihatan anggun tanpa melalui proses andaman yang panjang, justeru pemilihan sanggul lintang moden sering menjadi ikutan sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, menurut Anwar, dia turut mencadangkan kepada mereka untuk memakai sanggul lintang asli bagi memperlihatkan aura sebenar ketika memperagakannya pada hari perkahwinan.














Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2IFebeWl8 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, January 6, 2013

SPRM: Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah


MELAKA: Penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari media sosial atau melibatkan diri dalam hal-hal peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai mempunyai rasuah komited, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sebagai contoh, jika seseorang menghabiskan tiga jam semasa beliau ditetapkan waktu bekerja untuk tugas-tugas peribadi, ia boleh disifatkan satu bentuk rasuah sebagai Kerajaan terpaksa membayar pekerja untuk menggunakan sepenuhnya tempoh bekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, " kata SPRM Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Sutinah Sutan.
Ini juga digunakan kepada mereka yang melayari Facebook atau lain-lain bentuk media sosial, kerana tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai terpesong daripada spesifikasi kerja mereka, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) di sebuah hotel di sini semalam.
KMB adalah agensi kerajaan negeri yang pertama untuk menandatangani ikrar yang bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan prinsip anti-rasuah.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah tetamu kehormat pada majlis itu.
Sutinah berkata perbuatan terlibat dalam tugas-tugas peribadi semasa waktu bekerja boleh dianggap sebagai melanggar kontrak pekerjaan dan pesalah boleh menghadapi tindakan disiplin oleh lembaga tatatertib.
Beliau berkata bahawa walaupun kesalahan itu tidak dilindungi di bawah Akta SPRM, suruhanjaya itu boleh menasihati lembaga tatatertib pada jenis tindakan dikenakan terhadap kakitangan ingkar.
Sementara itu, Sutinah mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah mula menyaring calon-calon pilihan raya umum berikutan permintaan dari kedua-dua Barisan Nasional dan Pembangkang.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menggesa kakitangan awam memberi keutamaan kepada tugas mereka semasa waktu bekerja.
"Walaupun media sosial adalah cara yang baik untuk menggalakkan orang ramai untuk menjadi lebih celik teknologi mengenai hal ehwal semasa, penjawat awam perlu mendedikasikan waktu kerja kepada jabatan dan kementerian masing-masing, atau agensi," katanya.
Beliau juga mencadangkan memberi satu mekanisme yang sesuai untuk menentukan apa jenis laman web yang tidak boleh dilayari oleh penjawat awam semasa waktu bekerja, yang dianggap terpesong daripada spesifikasi kerja mereka.
"Perlu ada garis panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja untuk memahami apakah tindakan yang boleh dikenakan, tetapi juga untuk jawatankuasa tatatertib untuk menentukan apa yang ada dalam skop kerja dan apa yang tidak," katanya.
@mstar.com.my

Saturday, October 27, 2012

Wajah-wajah nadi pelancongan Melaka



USIANYA sudah mencecah 61 tahun, namun lelaki itu kelihatan gagah dan bertenaga. Pergerakannya masih tangkas dan lincah, pandangan matanya masih tajam. Pada usia itu juga dia jarang mendapat penyakit yang lazim dihidapi lelaki seusianya.
Rutin kesihatannya mudah, sejak empat dekad yang lalu, hampir setiap hari dia akan mengayuh beca di sekitar Bandar Hilir, Melaka.
“Jika dihitung, saya berkayuh tidak kurang daripada 20 hingga 30 kilometer sehari. Mungkin itu agaknya rahsia saya sentiasa tampak awet muda,” seloroh Atan Hamzah tatkala membawa penulis dan rombongan Media Familiarization anjuran Felda Holding Berhad menaiki beca mengelilingi bandar raya itu baru-baru ini.
Sambil berkayuh, lelaki yang mesra dengan panggilan Pak Atan itu rancak bercerita mengenai sejarah bandar raya yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia itu.
“Sekitar tahun 70-an dahulu, kawasan di sekitar Jalan Kota dan Jalan Gereja ini dipenuhi pejabat kerajaan sebelum ia dipindahkan ke lokasi lain. Begitu juga laluan di sekitar Jonker Walk yang terkenal sebagai ‘syurga’ perniagaan dan barangan antik sejak sekian lama.
“Pada masa yang sama, banyak bangunan lama dan bersejarah di kawasan itu telah dibaik pulih sama ada dijadikan muzium, galeri seni atau hotel kepada pelancong,” kata anak jati Kampung Umbai itu.
Tambah Pak Atan, pembangunan pesat Melaka khususnya dalam industri pelancongan sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan golongan penarik beca sepertinya.
Ikon negeri
“Beca tidak lagi dipandang sebagai pengangkutan murahan, sebaliknya ia telah menjadi sebahagian daripada ikon pelancongan di negeri ini.
“Di mana lagi kita boleh lihat penarik beca di negara ini kecuali di Melaka dan Pulau Pinang. Sebab itu pengalaman menaikinya menjadi sangat istimewa. Lagipun, beca memudahkan pelancong melihat sisi bandar raya ini dengan lebih dekat,” bapa kepada tujuh orang anak itu.
Pak Atan merupakan antara ratusan penarik beca yang masih setia memberi perkhidmatan kepada pelancong ke negeri yang terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi sejak 600 tahun yang lalu.
Sejak ditemui Parameswara, Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang gemilang di bawah Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan strategik di titik pertemuan Timur dan Barat menjadikannya pusat perdagangan terulung di rantau ini.

PELUANG melihat suasana malam di sekitar Sungai Melaka dari atas bot pasti sukar dilupakan sampai bila-bila.


Bagaimanapun, kegemilangannya berakhir selepas diserang Portugis pada tahun 1511. Ia disusuli dengan penjajahan Belanda (1641) dan Inggeris (1824).
Hari ini, Melaka dikenali melalui peninggalan sejarah silamnya. Antara serpihan lampau itu dapat dilihat ketika mengunjungi tapak Kota A Famosa, Gereja St. Paul, Gereja Christ, bangunan Stadhuys, Makam Hang Jebat dan Makam Hang Kasturi malah ketika menyaksikan gaya hidup sepanjang menyusuri Sungai Melaka.
Melalui integrasi kaum, interaksi sosial dan seterusnya perkahwinan silang budaya dan resam, terhasil juga kepelbagaian keturunan. Pasti ramai yang menyedari kehadiran masyarakat Baba Nyonya, golongan Asia campuran Eropah dan Portugis serta komuniti Chitty.
Bagi Sazali Said, 35, dia bangga melihat transformasi yang berlaku di negeri kelahirannya itu.
“Melaka sudah jauh berubah. Dahulu tidak banyak bangunan pencakar langit, gedung beli-belah apatah lagi hotel bertaraf empat hingga lima bintang.
“Hari ini, lihatlah sendiri, semuanya tampak gah dengan pelbagai mercu tanda baharu seperti Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan sebagainya.
“Itu belum dengan pelbagai tarikan lain seperti Taman Rama-Rama, Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Tema Air A Famosa, Melaka Cruise yang sememangnya tidak pernah surut dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya yang berasal dari Bukit Baru.
Subjek lukisan
Sazali berkata, peningkatan jumlah pelancong ke negeri itu turut menyuburkan kerjayanya sebagai pelukis jalanan sejak 10 tahun yang lalu.
Memilih lokasi di sekitar Gereja St. Paul sebagai medan mencari rezeki, Sazali berkata dia gemar menjadikan gambar pemandangan dan ikon-ikon pelancongan di negeri itu sebagai subjek dalam lukisan.
“Saya memilih tema sedemikian kerana mahu pelanggan menghayati keistimewaannya dalam bentuk lukisan.
“Di samping dapat berkarya, secara tidak langsung saya dapat mempromosikannya kepada pelancong yang datang,” ujarnya yang berada di situ setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Jika Sazali gigih mempromosikan pelancongan di Melaka melalui lukisan, Muhammad Kassim Muhammad Ali, 29, pula mempunyai kaedah tersendiri untuk menambat hati pelancong ke negeri itu.
Cendol segar
Kedai Cendol Jam Besar yang terletak berhampiran Bangunan Stadhuys yang diusahakan Muhammad Kassim sering menjadi tumpuan pelancong untuk membasahkan tekak sambil menikmati panorama Sungai Melaka.

PELBAGAI artifak dan sejarah dunia maritim di Melaka satu ketika dahulu boleh dilihat di Muzium Maritim.


Menawarkan aneka cendol bermula dari RM1.70 sehingga RM3 semangkuk, Muhammad Kassim berkata, ia merupakan perniagaan keluarga yang dimulakan oleh datuknya pada tahun 1952.
“Ada pelanggan-pelanggan lama kami menyatakan rasanya langsung tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga kini. Sebenarnya kami tiada rahsia khusus, cuma mungkin rasa lemak santan dan gula melaka yang digunakan,” katanya.
Ujarnya, setiap hari gerainya dikunjungi kira-kira 100 pelanggan dan jumlahnya akan meningkat sekali ganda pada hujung minggu atau cuti persekolahan.
“Kadang-kadang memang tidak menang tangan dibuatnya, namun apa yang diutamakan ialah kepuasan pelanggan.
“Pelanggan kami tidak terhad dalam kalangan orang tempatan, malah para pelancong asing.
“Lebih membuatkan saya terharu, ada pelancong yang pernah mencubanya sanggup kembali semula ke sini selepas beberapa tahun,” katanya.
Percutian lengkap
Sementara itu, pelancong Itali, Claudie Alessandro, 25, melahirkan kekaguman terhadap Melaka yang disifatkan sebagai sebuah destinasi percutian lengkap kepada pelancong.
“Segala-galanya ada di sini - sejarah, warisan dan tradisi, gastronomi, hiburan, alam semula jadi dan sebagainya,” katanya.
Menghabiskan masa seminggu di negeri itu, Claudie berkata dia teruja melihat beberapa bangunan bersejarah dari era Portugis sehingga Inggeris yang masih kekal terpulihara sehingga kini.
“Pada masa yang sama saya juga kagum melihat kepelbagaian budaya dan masyarakat di negeri ini.
“Pertembungan elemen penjajah, Islam, Cina, India dan Melayu menghasilkan satu warisan unik yang mungkin sukar ditemui di negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.
@kosmo.com.my

Tuesday, October 23, 2012

Anggota Polis Didakwa Rogol Gadis 15 Tahun!


PETALING JAYA: Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu.
Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa.
Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.
Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan.
Timbalan Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam.
Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah.
Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa.
Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan.
@mstar.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...