Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Bront, Maya bercinta?

  • Bront, Maya Bercinta?
 1 / 1 
“AKHIRNYA saya dapat bercinta dengan Maya,” kata aktor, Bront Palarae mengenai lakonannya menerusi filem Sejoli terbitan Grand Briliance, kelmarin.

Biarpun bukan kali pertama bekerjasama dalam sesebuah lakonan, namun menerusi filem terbaru Sejoli dua pelakon ini buat pertama kalinya digandingkan sebagai pasangan.

“Sebelum ini, kami hanya berkawan dalam lakonan dan inilah kali pertama saya dapat rasa bercinta dengan Maya,” katanya berseloroh.

Pada masa sama, Maya turut akui lakonannya bersama Bront kali ini tidak memiliki sebarang masalah kerana mereka pernah digandingkan sebelum ini.

“Saya seronok dapat berlakon bersamanya tambahan pula kami memang berkawan di luar set.

“Jadi untuk dapatkan keserasian dalam hidupkan watak memang tidak ada masalah,” ujarnya yang pernah membintangi filem Halal di samping aktor itu.

Bront makin selektif

Selain teruja digandingkan bersama pelakon hebat yang lain seperti Maya, Remy Ishak, Izara Aishah, Azad Jazmin, alasan utamanya menerima tawaran lakonan filem ini adalah disebabkan jalan cerita Sejoli yang menarik.

“Saya percaya cerita ini ada sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Saya memang tertarik dengan keseluruhan jalan cerita ini.

“Barisan pelakonnya juga hebat, jadi agak mustahil untuk saya tolak tawaran ini.

“Tambahan pula sebelum ini saya hanya dikenali dengan watak-watak yang berat, jadi inilah peluang saya untuk beri kelainan dalam lakonan,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai karier lakonannya,  Bront akui dirinya agak selektif dalam menerima tawaran lakonan.

“Memang saya agak selektif dalam menerima tawaran. Sesuatu tawaran yang datang itu, saya akan lihat dari sudut keseluruhannya.

“Saya mahu libatkan diri dengan projek yang berbaloi di mana seperti yang kita tahu peminat filem bukan semuanya mewah. Jadi saya mahu pastikan bayaran yang mereka buat untuk menyaksikan filem di panggung berbaloi,” katanya yang bakal tampil dengan filem Anak Jantan bersama pelakon, Farid Kamil.

Beralih kepada kisah peribadinya, Bront akui dirinya masih dalam proses untuk bersedia bergelar seorang bapa.

“Sebenarnya tahun ini saya masih fokus dengan kerja. Memang ada keinginan untuk memiliki cahaya mata, tapi biarlah ia berlaku secara natural,” katanya.

Maya dilamun cinta

Tidak mahu kisah peribadinya menjadi tumpuan, aktres cantik ini bagaimanapun tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali seseorang.

“Alhamdulillah, saya cukup gembira dengan kehidupan sekarang.  Memang saya sudah ada teman istimewa, dan sudah enam bulan kami mengenali.

“Cukuplah sampai situ sahaja. Saya tidak selesa jika hal seperti ini dijadikan tumpuan,” jelasnya.

Tidak pernah serik untuk bercinta, Maya tidak menafikan bahawa dirinya mahu perhubungan ini ke tahap yang lebih serius.

“Memang saya selalu terfikir untuk pergi ke tahap yang lebih serius.

“InsyaALLAH saya akan maklumkan kepada semua kalau sudah ke tahap itu.

“Lagi pun kalau sorok-sorok memang tidak seronok. Tapi buat masa ini kita belum tahu lagi, tunggulah nanti,” katanya.

Bertanyakan mengenai perkembangan karier lakonannya, Maya memberitahu, selain Sejoli dia memiliki tiga filem yang masih belum ditayangkan.

“Buat masa ini yang sudah confirm ditayangkan cuma Sejoli.

“Yang lain  seperti  Juwanita, Lagenda Budak Setan 3 dan Nota masih belum diketahui bila akan ditayangkan walaupun penggambaran sudah lama tamat,” katanya yang bakal sertai penggambaran filem Penculikan Amar Affendi arahan Syed Hussien (Sein) April ini.

Melihatkan keadaan itu, Maya akui agak kecewa dengan tindakan beberapa pihak penerbit yang lebih gemar ‘memerap’ filem daripada ditayangkan.

“Memang kecewa sedikit sebab filem-filem ini tidak boleh disimpan terlalu lama kerana kalau kita lihat sekarang ini trend bertukar dengan pantas.

“Takut nanti, filem-filem itu tidak relevan dan penonton juga tidak akan rasa ia segar,” katanya yang turut akui keadaan itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap popularitinya sebagai pelakon.

@sinarharian.com.my

Thursday, January 23, 2014

Filem Laga bukan sekadar laga ayam


LAGA bukan sekadar filem biasa tetapi ia mengangkat kisah pergolakan perasaan individu.


APABILA menonton filem Laga semasa majlis pratonton baru-baru ini, ia seperti mengimbas semula tentang sebuah filem Jogho arahan U-Wei Haji Saari yang pernah ditayangkan pada tahun 1999.
Tema ceritanya sama iaitu berkisarkan tentang dunia laga yang merupakan sebahagian daripada budaya yang pernah diamalkan dalam kehidupan segelintir masyarakat, terutamanya di kampung.
Bagaimanapun, Jogho dan Laga merupakan dua filem yang berbeza, terutamanya dari sudut jalan cerita.
Jogho merupakan kisah laga lembu manakala Laga yang diarahkan oleh Ismail Yaacob dan akan ditayangkan di pawagam bermula hari ini menjurus kepada kisah laga ayam.
Laga mengisahkan tentang maruah seorang lelaki, Hasan Laga (Wan Hanafi Su) yang terkenal dengan kehebatannya melahirkan anak didik dalam pertandingan laga ayam. Kemudian musuh ketatnya, Orang Kaya Dasuki (Nasir Bilal Khan) mencabarnya untuk bertanding semula setelah gagal lima tahun lalu.
Selain ketokohan dan maruah Hasan dicabar, isterinya iaitu Ayu (Marsha Milan Londoh) yang jelita dan menjadi kegilaan Dasuki telah menjadi pertaruhan dalam pertandingan yang telah diaturkan.
Kemudian, situasi pertandingan menjadi meruncing apabila Dasuki menggunakan taktik kotor untuk menang tetapi ia berjaya dihalang oleh Sabri yang merupakan anak didik Hasan paling berbakat.
Bagi penulis yang berkesempatan menonton Laga pada mulanya menyangka jalan ceritanya sekadar berkisar tentang laga ayam semata-mata. Namun begitu, sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.
Tidak dinafikan, laga ayam menjadi intipati utama dalam filem ini, cuma Ismail selaku pengarah mengambil pendekatan yang cukup berbeza apabila memaparkan isu yang lebih besar.
Sebenarnya, mesej utama yang cuba disampaikan adalah mengenai sikap segelintir pihak yang suka melagakan antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri.

LAKONAN Syazwan Zulkifli mendapat pujian manakala prestasi pelakon Indonesia, Tyas Mirasih dianggap biasa.


Apabila timbulnya sikap sebegini, perhubungan yang erat seperti sebuah keluarga akhirnya musnah.
Itulah realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat sekarang seperti yang dipaparkan dalam Laga dengan garapan cerita yang mudah dan ringkas untuk difahami penonton.
Melihat kepada barisan para pelakon yang membintangi filem ini pula, ternyata tindakan Ismail memilih nama-nama besar seperti Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Datuk Rosyam Nor merupakan satu pemilihan yang tepat.
Lakonan keempat-empat pelakon tersebut tidak harus dipertikaikan kerana masing-masing memainkan watak yang diberikan dengan cukup baik dan berkesan.
Sementara itu, lakonan Syazwan yang kali pertama diberikan watak utama wajar dipuji dan agak memuaskan. Cuma, dia perlu belajar lebih banyak lagi, terutamanya dari sudut penghayatan watak.
Mengenai pemilihan pelakon dari Indonesia iaitu Tyas Mirasih, wataknya sebagai Maya tidak terlalu memberikan sebarang impak, malah ramai lagi pelakon wanita tempatan yang mampu membawakan watak tersebut. Mungkin ini merupakan salah satu strategi pihak penerbit untuk memasarkan filem ini di Indonesia.
Bagaimanapun, penulis percaya salah satu faktor yang menjadikan Laga dinantikan peminat kerana babak panas yang hangat diperkatakan iaitu membabitkan Marsha dan Wan Hanafi Su. Itulah yang pernah terjadi ketika Ismail mengarahkan filem Lenjan dahulu apabila babak panas antara Rosyam dan Nina Juren mendapat perhatian.
Seharusnya, tumpuan penonton tidak perlu terarah kepada babak panas yang ditampilkan dalam filem ini semata-mata. Laga merupakan sebuah naskhah yang sangat menarik serta menampilkan kelainan yang cukup ketara berbanding filem-filem lain yang dihasilkan sekarang.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2rCi9PlNo 
Hakcipta terpelihara 


Cari homestay cantik dan selesa di Tangkak, Johor? Cubalah Orange Homestay! Pasti anda teruja!

Cabaran baharu Remy, Faizal, Kamal



MENDALAMI sesuatu watak yang telah diamanahkan oleh pengarah bukanlah perkara yang mudah bagi sebilangan pelakon.
Biasanya, proses menjiwai karakter banyak melibatkan permainan emosi yang turut menuntut adaptasi drastik oleh mental dan fizikal.
Ada segelintir pelakon yang sanggup mengubah bentuk fizikal mereka semata-mata mahu kelihatan serasi dengan watak yang diberikan.
Kesungguhan ini bukan semata- mata mahu meraih perhatian khalayak tetapi ia turut menjadi lambang kejituan dan matlamat sebenar yang ingin dicapai oleh pelakon tersebut.
Bagi pelakon Remy Ishak, perjalanan kariernya sebagai seorang pelakon mungkin tidak sederas pelakon-pelakon lain.
Justeru, apa yang sering ditekankan oleh jejaka berusia 32 tahun ini adalah dedikasi secara penuh yang harus diberikan terhadap setiap watak yang didukungnya.
Ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama para pelakon drama bersiri, Jiwa di Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur baru-baru ini, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak begitu tegas dalam mendisiplinkan diri apabila terikat dalam sesebuah penggambaran drama.
Hubungan Remy dan Budi
"Dalam drama Jiwa, saya memegang watak sebagai Iskandar, seorang petinju yang agresif.
"Sepanjang dua bulan tempoh penggambaran Jiwa, saya terpaksa menjalani latihan secara intensif bagi mengekalkan bentuk badan.
"Untuk merealisasikan watak tersebut, saya turut menjaga corak pemakanan agar bentuk fizikal yang digambarkan menerusi watak Iskandar bertepatan dengan apa yang saya persembahkan," ujar Remy yang banyak menghabiskan masa di gimnasium bagi menyediakan diri sebelum proses penggambaran bermula.

REMY (kiri) dan Kamal Adli (tengah) dirakam ketika sedang berlatih sebelum memulakan penggambaran drama bersiri, Jiwa.


Selain itu, anak kelahiran Negeri Sembilan ini turut menjadikan Jiwa sebagai platform baginya untuk mengembangkan bakat lakonan, lebih-lebih lagi dalam genre aksi.
"Seperti semua sedia maklum, saya sering diberi peluang untuk memainkan peranan lelaki romantik menerusi beberapa buah drama dan filem sebelum ini.
"Sebagai seorang pelakon, saya tidak mahu dikenali dengan hanya satu watak sahaja. Saya juga perlu mempelbagaikan watak yang ingin saya ketengahkan pada satu-satu masa.
"Apabila diberi peluang untuk melakonkan watak sebagai seorang petinju menerusi sebuah drama bercorak aksi, saya terus menggunakan kesempatan ini untuk mempersembahkan yang terbaik," katanya yang banyak dibantu oleh koreografer seni mempertahankan diri ketika berada di lokasi.
Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya sejurus selepas tamat penggambaran drama bersiri tersebut, pelakon yang pernah membintangi filem Cun! ini berkata, dia mahu berehat sepuas-puasnya sebelum menerima sebarang tawaran pada masa akan datang.
"Setelah tamat proses penggambaran Jiwa bulan lalu, saya terlibat dengan sebuah telemovie untuk tayangan slot Cerekarama di TV3. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berehat panjang.
"Sampai bila, itu tidak pasti. Saya akan kembali berlakon jika saya betul-betul bersedia untuk beraksi di depan kamera," katanya yang masih akan melalui proses perbincangan bagi tawaran lakonan yang diterima sepanjang tempoh percutian tersebut.
Akui Remy, walaupun tampak selektif, keputusannya mahu berehat dan berfikir panjang sebelum menerima sesebuah tawaran sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan kariernya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
"Setiap pelakon tahu di mana letaknya tahap kemampuannya dalam bidang lakonan. Justeru, watak yang dipilih haruslah selari dengan pengalaman dan peningkatan kematangan diri sendiri," katanya lagi.
Dalam pada itu, Remy dan kisah cintanya sering mendapat perhatian umum. Walaupun sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Tiz Zaqyah dan Maya Karin, malangnya hubungan cinta yang pernah terjalin sebelum itu terus hanyut dek arus waktu sebelum sempat ia mekar berkembang.
Terbaharu, dia dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Budi Citawan, anak kepada pelakon berbakat besar, Wan Hanafi Su.
TIGA pelakon penting drama Jiwa ini turut mengamalkan diet pemakanan mereka.


Tidak terus mengiyakan kenyataan tersebut, Remy memberitahu, dia dan Budi masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain.
Katanya: "Saya mula mengenali Budi kira-kira setahun yang lalu. Saya tidak mempunyai ramai kawan perempuan."
"Justeru, apabila saya sering dilihat keluar bersama Budi, banyak spekulasi timbul sedangkan ketika itu kami hanya kawan biasa.
"Saya selesa berkawan dengannya. Dia merupakan seorang wanita yang bijak dan baik. Lagipun, dia mahu berkawan dengan saya bukan kerana saya seorang pelakon. Dia mahu mengenali saya sebagai sebagai individu biasa," kata Remy yang kini lebih bersifat terbuka dalam berkongsi kisah peribadinya.
Faizal letak syarat
Melanjutkan bicara pada petang itu, pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 46, begitu teliti dalam menerima tawaran yang diberikan oleh produksi drama dan filem bagi memastikan kelangsungan hayatnya dalam bidang lakonan dapat dipanjangkan.
"Sejujurnya, saya cukup teliti dalam menerima tawaran berlakon drama dan filem. Bagi penerbitan drama, saya akan menerima tawaran untuk memainkan watak utama sahaja.
"Walaupun kenyataan ini nampak sedikit keterlaluan tetapi saya percaya industri penerbitan drama dan filem masih memerlukan khidmat dan bakat yang saya ada untuk menerajui watak-watak utama," katanya yang memegang watak sebagai bapa kepada Iskandar menerusi dalam Jiwa.
Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular dengan filem Gila-Gila Remaja ini memberitahu, dia hanya bersedia untuk memainkan watak yang menampilkan dirinya lebih berusia asalkan ia relevan serta berkembang mengikut jalan cerita. Dia bagaimanapun belum bersedia untuk melakonkan karakter bapa kepada anak yang sudah dewasa.
"Seperti dalam Jiwa, saya melakonkan watak sebagai seorang bapa yang mana karakter anaknya turut serta membesar seiring dengan watak saya.
"Jika saya bersetuju untuk melakonkan watak seorang bapa yang anaknya sudah sedia dewasa, saya akan membunuh peluang untuk memegang watak utama dalam penerbitan drama atau filem pada masa akan datang," jelas Faizal.

REMY dan Kamal Adli merealisasikan karakter petinju dalam drama bersiri, Jiwa.


Kamal gerun dengan diiet
Jika hendak dibandingkan dari segi umur dan jumlah pengalaman, Kamal Adli, 28, merupakan pelakon paling muda antara dua nama besar yang bergandingan dengannya menerusi drama bersiri Jiwa.
Meletakkan pelakon-pelakon itu sebagai penanda aras baginya untuk terus mempersembahkan yang terbaik kepada penonton, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli banyak mempelajari tentang selok-belok dunia lakonan serta proses menjiwai watak daripada mereka.
"Saya berasa sangat beruntung kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon yang hebat menerusi drama Jiwa. Tidak dinafikan, saya berasa sungguh kecil jika hendak dibandingkan dengan mereka.
"Namun, pengalaman berlakon bersama mereka banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk terus berusaha dalam mengembangkan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Kamal turut memberitahu, salah satu cabaran yang terpaksa ditempuh sepanjang proses penggambaran drama tersebut berlangsung adalah apabila dia terpaksa mengikut jejak langkah Remy dan yang lain-lain dalam menjaga diet pemakanan kerana bimbang berat badannya akan meningkat.
"Ketika berada di lokasi, kesemua pelakon yang terlibat begitu mengambil berat tentang jenis makanan yang mereka ambil. Paling menggerunkan, mereka hanya makan buah-buahan serta lauk sahaja.
"Sebagai salah satu kesedaran untuk menjaga badan, saya turut mengikuti jejak langkah mereka dan sering ke gimnasium untuk mendapat berat badan yang ideal sepanjang terlibat dengan penggambaran," jelasnya lagi.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2rCgfqvhL 
Hakcipta terpelihara 


Pening cari penginapan bajet utk seisi keluarga anda semasa datang ke Melaka? Teratak santai dan rileks kami jalan penyelsaiannya! Hubungi Hj Wakif hari ini!

Seri Duyong Melaka Homestay

Sunday, November 17, 2013

Berhijab Bukan Sebab Ummi Nazeera Tidak Ikut Promosi 'Penanggal'

Ummi Nazeera kini sudah pun berhijab.
PETALING JAYA: Ketiadaan Ummi Nazeera dalam mempromosikan filem Penanggal di beberapa lokasi tidak ada kaitan dengan perubahan imejnya yang dikatakan sudah berhijab.
Pengarahnya, Elly Suriaty berkata, walaupun imej Ummi dalam filem tersebut tidak bertudung serta berkemban, namun dia percaya Ummi seorang profesional dan ketiadaannya itu adalah disebabkan wanita itu kini sibuk dengan pengajiannya di Australia.
"Saya difahamkan Ummi tidak terlibat dengan sebarang promosi filem ini kerana dia masih belajar di Australia dan ia langsung tidak ada kena mengenai mengenai penghijrahannya seperti yang diperkatakan ramai.
"Lagipun saya percaya Ummi profesional dan selagi saya tidak nampak di depan mata sendiri mengenai perubahannya (berhijab), saya juga tidak boleh cakap sebarangan," katanya kepada mStar Online.
Elly Suriati
Tambah Elly, dia menyifatkan Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa apabila wanita itu berjaya melakonkan watak Murni dalam karya sulungnya iaitu Penanggal.
Beritahu isteri kepada aktor Azri Iskandar, penghayatan Ummi dalam watak utama sebagai hantu penanggal itu juga telah memberikan impak terbaik dalam filem tersebut memandangkan ia merupakan watak berat antara semua karaktor.
"Menghasilkan filem Penanggal ini, sebelum memulakan pre-produksi lagi saya mencari pelakon yang mampu memberi sepenuh jiwa dalam watak Murni ini dan Alhamdulillah Ummi berjaya melaksanakan tugasnya seperti yang saya inginkan.
"Apa yang dapat dilihat, Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa. Dia benar-benar menjiwai wataknya itu sebaik mungkin," katanya.
Penanggal berkisarkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan dia terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk mencari pelindungan
Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam filem itu termasuklah Fasha Sandha, Azri Iskandar dan Datuk Sharifah Aini.
@mstar.com.my

Friday, November 15, 2013

Skandal cinta, hiasi perjalanan Puteri Diana

  • Puteri Diana
 1 / 5 
NAMA Diana atau lebih dikenali dengan panggilan Puteri Wales sangat dikenali selepas berkahwin anak sulung kepada Ratu Elizabeth II, Putera Charles. Ibu kepada Putera William dan Harry ini begitu dekat dengan rakyat sehingga digelar Puteri di Hati Rakyat.

Namun, di sebalik kehidupannya yang sentiasa menjadi contoh kepada orang lain, Diana menemui ajal dalam kemalangan ngeri di sebuah terowong di Paris, pada 1997, yang turut meragut nyawa kekasihnya Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed.

Biarpun dikhabarkan pemandunya, Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan berlaku, namun ramai percaya kematian Diana disebabkan pembunuhan yang cukup terancang.

Kini, selepas 16 tahun peristiwa itu berlaku, kisah Diana kembali dihidupkan melalui pelakon cantik Naomi Watts.

Namun, entah di mana silapnya hasil pengarahan Oliver Hirschbiegel ini nampak banyak kekurangan.

Apatah lagi kebanyakan individu yang dibesarkan sekitar akhir 80-an dan awal 90-an begitu mengenali puteri yang lemah-lembut, penuh dengan senyuman ini.

Namun dalam filem kali ini, Diana 'dihidupkan' dengan kisah skandal dan kepura-puraan hidupnya sebagai seorang puteri raja.

Biarpun timbul simpati dengan nasib dirinya yang hilang hak privasi sehinggakan untuk keluar membeli-belah pun dia diburu paparazi, dan hidupnya yang sentiasa diaturkan setiap hari, namun ia belum cukup mengembalikan ingatan penonton terhadap Diana.

Pada pendapat penulis Hirschbiegel berjaya mengunci perhatian penonton dengan menyelitkan beberapa sedutan suara mengenai laporan tragedi kemalangan Diana sebelum penonton di bawa mengimbau hidup Diana dua tahun sebelum kematiannya.

Ia seterusnya akan membawa penonton melayari bibit-bibit perkenalan dan percintaannya dengan pakar bedah jantung, Doktor Hasnat Khan yang berasal dari Pakistan dan beragama Islam.


Hina Islam?

Bagaimanapun perkara yang menarik perhatian apabila Hasnat sebelum itu digambarkan sebagai seorang doktor yang suka merokok dan gemar meminum arak.

Tidak hanya itu, Hasnat juga digambarkan dalam filem ini beberapa kali melakukan hubungan intim dengan Diana. Selain itu, dalam satu sesi perbualan di tepi tasik, Diana sempat memetik maksud ayat yang ada dalam al-Quran dengan berkata kepada Hasnat : "Saya telah mengkaji dan saya lihat al-Quran ada di atas meja di tepi kamu ketika kita sedang 'bersama'."

Malah Hasnat menerusi dialognya, "Saya sendiri sudah lama tidak mengamalkannya (baca al-Quran)"... Secara tidak langsung menggambarkan dia tidak menjalani tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Meskipun kitab suci itu tidak ditonjolkan, namun dialog itu jelas menghina orang Islam.


Lakonan berkesan Naomi

Menyentuh mengenai lakonan pula, Naomi selaku pelakon utama berjaya menjelmakan Diana semula dengan penampilan dan wajah yang hampir seiras dengan puteri itu.

Malah caranya berdialog, senyum dan caranya berjalan mengingatkan kita pada seorang wanita yang pernah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia.

Namun, dalam keberkesanan lakonan yang boleh diberi lima bintang, ia dicacatkan dengan jalan cerita yang tidak kemas dan pengulangan beberapa babak terutamanya aksi ranjang.

Pada pendapat penulis, jika cerita ini digarap dengan lebih mendalam terutamanya memperlihatkan sisi Diana sebagai seorang ibu, ia tentunya lebih menarik.

@sinarharian.com.my

Thursday, November 14, 2013

Aksi Ranjang Dua Pelakon 'Laga' Bersebab

Ismail Yaacob (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon filem Laga
KUALA LUMPUR: Aksi ranjang di antara pelakon Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su yang ditonjolkan dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob merupakan adegan penting yang mampu menyokong jalan cerita filem tersebut.
Bagaimanapun, kata Ismail, adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.
"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.
"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," katanya pada sidang media pelancaran lagu tema filem Laga di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.
Antara aksi Wan Hanafi Su dan Marsha dalam Laga
Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas tentang treler filem Laga yang ada memaparkan aksi panas antara pelakon Marsha dan Wan Hanafi Su.
Adegan tersebut menunjukkan beberapa perlakuan suami-isteri yang sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus kepada lakonan untuk melakukan hubungan intim.
Tambah Ismail, beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.
"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.
"Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri," katanya.
Filem Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.
Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, , Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.
Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014.
Sementara itu, dua buah lagu baharu iaitu Kayangan daripada kumpulan Hyper Act danRahsia nyanyian Asmidar diperkenalkan sebagai lagu tema filem tersebut.
@mstar.com.my

Saturday, November 9, 2013

HANTU SEBENAR MUNCUL DALAM FILEM HIGHLAND TOWER

hantu sebenar muncul dalam filem highland tower

Judul Filem: Highland Tower
Genre: Seram
Pelakon: Mika, Nizam, Edy, Shima Anuar dan Atikah
Pengarah: Piere Andre
Terbitan: MIG (Metrowealth Pictures)
Tarikh Tayangan: 31 Oktober
Ulasan Penulis:
Bukan mudah untuk menilai hasil karya yang dibuat berdasarkan kisah benar. Dari segi sinematografi dan pengarahan video, ia mungkin nampak tidak berapa kreatif dan banyak kelemahan namun ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibangkitkan di sini.
Namun, pihak produksi perlu mengambil berat dari segi pemilihan krew dan perlu mengkaji tahap profesional setiap tenaga kerja. Mungkin pengalaman sebegini tidak menjadi kecoh dan lebih baik seandainya mereka mempunyai krew yang pandai dalam selok-belok dalam dunia mistik.
Secara dasarnya, pujian harus diberikan kepada pengarah atau penyusun cerita ini iaitu Pierre Andre yang mampu membuat penonton suspen dari mula cerita serta ingin tahu wajah sebenar hantu. Tiada skrip yang digunakan kerana semua kata-kata yang dilemparkan para pelakon atau krew adalah tutur kata jujur dari hati mereka.
Menilai dari segi jalan cerita, sebenarnya amat sukar untuk menghasilkan filem sebegini. Jadi, kejayaan utama filem Highland Tower bukanlah terletak kepada gaya lakonan para pelakon baru ini.
Sebaliknya, ia lebih kepada kejayaan pihak produksi yang dapat merakam aksi hantu yang bukan dilakonkan semula. Secara jujur, mereka masih baru dalam dunia lakonan dan perlu banyak lagi belajar untuk menjadi pelakon yang sebenarnya.
Dari mula lagi, peminat sudah seram kerana mood yang digunakan. Tiada unsur jeritan yang dibuat-buat kerana segala jeritan bayi itu adalah bunyi yang memang wujud di tempat kejadian.
Klimaks filem ini apabila salah seorang krew telah disampuk dan histeria. Lebih mengejutkan apabila mereka sudah kehilangan kawan yang ditinggalkannya tanpa disedari.
Bagaimanakah wajah sebenar hantu dan pontianak? Adakah ia benar-benar seperti yang digambarkan oleh para penggiat seni tempatan? Ketahuinya dengan menonton filem Highland Tower.
SINOPSIS
Kisah dua sahabat iaitu Mika dan Nizam yang ingin membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram di bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan produksi MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana untuk merealisasikan impian mereka.
Pihak produksi telah menambah pasukan Mika dan Nizam dengan kemasukkan Edy, Shima Anuar dan Atikah. Pada malam pertama membuat liputan, macam-macam kejadian aneh berlaku sehingga ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan dan kamera lampu tiba-tiba terpadam.
Lagi mengejutkan, Shima telah hilang dan disembunyikan oleh sesuatu.Team Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga jumpa. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower dan ada benda yang telah mengikut mereka.
@murai.com.my

Sunday, November 3, 2013

KL Gangster 2 (2013)

1. Masa Malek jalan jalan di KL, ada mamat pegang kayu dan kawan dia tengah belasah orang. Mamat pegang kayu ada di sebelah kanan orang yang dibelasah. Tukar syot, tetiba mamat pegang kayu tu ada di sebelah kiri rakannya yang berbaju kemeja kotak. 

2. Jai dengan gahnya datang kat meja sambil nak zip jaket. Tukar syot, belum sempat dia zip jaket, dia pegang leher jaket membetulkan kolar. 

3. Member Jai yang pakai baju putih hilang tiba tiba dari belakang Jai dan tiba tiba ditemui sedang membelasah seseorang selepas tukar syot. Pantasnya dia gerak, tak sampai 1 sec! Haha… 

4. KANTOI: Masa Shark datang, lantainya batu. Tapi, yang peliknya, masa mak Shark berjalan pergi, pelakon extra bergetar, macam earthquake tengah berlaku (lihat pelakon india). Menandakan yang pelantar mungkin digunakan dalam scene ni nak bagi tinggi beberapa pelakon yang pendek. Haha..

5. Adik Malik jatuh tepi peti ais tarik kain senget ketepi. Tukar syot, kain tu jadi kemas balik atas peti ais tiba tiba. Bila mamat tu cakap ‘mau bayar tak mau bayar?!’, kain tu senget balik. Dan syot seterusnya kemas balik. Begitulah sampai Malik muncul di pintu. 

6. Masa berjalan kot Tailong dibutang. Masuk dalam disko, tiba tiba dah terbuka. 

7. Tailong sepak /pecahkan jag dan punggung jag masih melekat di atas meja di tempat yang sama. Nampak seperti jag itu digam di meja untuk kesan pecah yang powerful! 

 8. Muka Jai sekejap pandang lurus dan sekejap dia pusing pandang Tailong between syot. 

9. Masa Malek masuk pintu tempat Tailong, pintu tu dah nak tertutup sendiri. Tukar syot, pintu terbuka luas semula seperti sebelum dia masuk. 

10. Mamat kat belakang tu letak rokok kat mulut. Dan tangan dia menghala ke kotak rokok yang dipegang di tangan kanan. Tukar syot, kotak rokok di tangan kanan hilang. Dan dia ambil semula rokok di mulut menggunakan tangan kanan. 

11. Dan, selepas dia buang rokok dari mulut, tiba tiba saja rokok tadi ada di mulutnya semula dan dia tengah bakar rokok tersebut dengan enaknya. Haish… 

12. Rambut Shark ada atas kolar tiba tiba lepas tukar syot. 

13. Rambut ibu Shark juga sedikit ketengah dada selepas dia call Tailong. 

14. Masa helicopter nak mendarat, dua orang yang berada di tepi Jai hilang entah ke mana dalam syot seterusnya. Mereka kelihatan sedang buka pintu heli utk Tailong. Tapi, bila masa pula mereka jalan pergi ke sana? 

15. Lengan Ajib tiba tiba saja terkeluar dari kereta selepas tukar syot. 

16. Dada sebelah kanan Tailong terselak tiba tiba selepas tukar syot. Bila Tailong bagun dari baring, barulah baju tu tutup semula dada sebelah kanan. Malah kedudukan Tailong yang awalnya berada di atas buah dada Zati, berubah kedudukan berada di atas perut. 

17. Malah, baju Zati yang diselak berada atas dadanya semula sebelum Tailong selesai rogol. 

18. Tailong baring di tempat berbeza diantara syot. Lihat kedudukan bunga di atas karpet. Berbeza between syot. 

19. KANTOI: Krew / siapa saja yang sedang menonton pembikinan adegan ini kelihatan di badan kereta yang dipandu Malek. Nak lihat? Slow-mo lah! 

20. Bayang motor Jai berubah ubah between syot. Kemungkinan syot ini dirakamkan dalam masa yang agak panjang. 

21. KANTOI: Korang akan nampak lengan dummy yang digunakan sebagai pengganti manusia dalam adegan kereta terbalik itu menari nari / bergoncang goncang dalam kereta. Kalau terkeluar terus, malu! Haha

Saturday, November 2, 2013

ASK 2013 : Nora Danish & Lisa Surihani Rebut Trofi Yang Sama


ASK 2013 : Nora Danish & Lisa Surihani Rebut Trofi Yang Sama
Sebentar tadi telah berlangsungnya Debaran Anugerah Skrin (ASK) 2013 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Secara umumnya, ini merupakan kali pertama pihak TV3 mengumumkan senarai lima pencalonan terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Melihat pada senarai pencalonan sebentar tadi, antara drama-drama yang mendominasi Anugerah Skrinpada kali ini adalah Fatihah Untuk AbahDi Bawah Langit Mu dan Mawar Putih Tanda Perpisahan. 
Untuk filem pula, antara filem-filem yang banyak tercalon untuk setiap kategori adalah KIL enam pencalonan, Rock Oo dan SAM masing-masing empat pencalonan.
ASK 2013 : Nora Danish & Lisa Surihani Rebut Trofi Yang Sama
Filem KIL mendominasi pencalonan ASK 2013
Dalam pada itu, jika dilihat daripada barisan nama pelakon yang berentap, rata-ratanya merupakan pelakon yang hebat dan masing-masing mempunyai auranya yang tersendiri. Sebagai contoh, Nora Danish, Lisa Surihani, Datin Paduka Umie Aida, Adi Putra, Shaheizy Sam serta Rosyam Nor.
Ingin tahu siapakan yang bakal membawa pulang trofi ASK 2013? Jangan lupa untuk menonton siarang langsung Anugerah Skrin 2013 yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam, pada 29 November ini hanya di TV3.
Bagi anda yang tidak sempat menyaksikan siaran langsung pengumuman top 5 ASK 2013 sebentar tadi, apa kata jom kita semak senarainya selepas ini. 
Laporan Khas/ Berita Terbaik :
  • Anak Lorong (Buletin Utama TV3)
  • Chinese New Year Special, Wayang Kulit (Mandrin News 8TV)
  • Rakus (Berita TV9)
  • Syiah Isu Tidak Berpenghujung (Berita TV9)
  • Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik :
  • Lama Terbaru (TV9)
  • Nona 2013 (TV3)
  • Detik 12 Malam (TV3)
  • Hip Hoppin’ Asia (TV8)
  • Salam Muslim (Astro Oasis)
Lakon TV Terbaik :
  • Siti Jasmina Ibrahim (Akhirnya Kisah Perempuan)
  • Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
  • Azlina Pa’ Wan (Di Bawah Langit Mu)
  • Eenaz Mokhtar (Fatihah Untuk Abah)
  • Mazlan Manan (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
Videografi Terbaik :
  • Majalah 3 (TV3)
  • Step Forward Musim 8 (8TV)
  • Magseven (NTV7)
  • Detik 12 Malam (TV3)
  • Hip Hoppin’ Asia (8TV)
Artis Harapan Pantene :
  • Aniekeme Samuel (Aku Bukan Malaikat)
  • Shasha Al Khred (Kawan)
  • Adam Shah (Kawan)
  • Yuswaizar (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Hadi Nawawi (Tunggu Sekejap)
Pengarah Terbaik Drama :
  • Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
  • Raja Ahmad Alauddin (Di Bawah Langit Mu)
  • Azma Aizal Yusoff (Fatihah Untuk Abah)
  • Bade Haji Azmi (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Heykal Hanifah (Neraka Abah)
Lakon Layar Terbaik Filem :
  • Nik Amir Mustapha (KIL)
  • Syafiq Yusof (SAM)
  • Rafidah Abdullah (Istanbul Aku Datang)
  • Mamat Khalid (Rock Oo)
  • Edry Abdul Halim (29 Februari)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  • Khir Rahman (Rock Oo)
  • Harun Salim Bachik (KIL)
  • Izzue Islam (29 Februari)
  • Sharnaaz Ahmad (Juvana)
  • Soffi Jikan (Rock Oo)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem :
  • Erin Malek (Lari)
  • Datin Paduka Umie Aida (Sembunyi)
  • Anne James (KIL)
  • Miera Liyana (Pecah)
  • Yana Samsuddin (2 Kalimah)
Rancangan Hiburan Terbaik :
  • Bella Awards 2013 (NTV7)
  • Tom Tom Bak All Stars (Astro Ceria)
  • Anugerah Blockbuster 2 (Astro Ria)
  • Amekaw Musim 3 (TV3)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik :
  • Raja Lawak Akhir (Astro Warna)
  • Jetlag (TV9)
  • Showdown 2013 (8TV)
  • The Ultimate Song (8TV)
  • Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)
Rancangan Muzikal Terbaik :
  • Shout Awards 2012 (8TV)
  • Laskar Nidji (TV9)
  • Versus 2 (TV9)
  • Rooftop (NTV7)
  • Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
Pengarah Terbaik Filem :
  • Nik Amir Mustapha (KIL)
  • Syafiq Yusof (SAM)
  • Mamat Khalid (Rock Oo)
  • Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
  • Syed Hussein (Langgar)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem :
  • Shaheizy Sam (SAM)
  • Que Haidar (Rock Oo)
  • Redza Minhat (KIL)
  • Remy Ishak (29 Februari)
  • Adi Putra (Langgar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem :
  • Christina Suzanne (KIL)
  • Lisa Surihani (SAM)
  • Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku)
  • Nora Danish (Mencari Cinta)
  • Jojo Goh (29 Februari)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama :
  • Beto Khushairy (Aku Bukan Malaikat)
  • Azhan Rani (Fatihah Untuk Abah)
  • Amerul Affendi (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)
  • Shukri Yahya (Perempuan Itu Ibuku)
  • Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama :
  • Khatijah Tan (Akhirnya Kisah Perempuan)
  • Ruminah Sidek (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Liza Abdullah (Neraka Abah)
  • Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)
  • Amanda Misbun (Tunggu Sekejap)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama :
  • Sharnaaz Ahmad (Di Bawah langit Mu)
  • Faizal Hussein (Fatihah Untuk Abah)
  • Wan Hanafi Su (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)
  • Rosyam Nor (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Azhan Rani (Neraka Abah)
Pelakon Wanita Terbaik Drama :
  • Datin Paduka Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)
  • Nora Danish (Di Bawah Langit Mu)
  • Sharifah Amani (Fatihah Untuk Abah)
  • Nad Zainal (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
  • Sherie Merlis (Perempuan Itu Ibuku)
Drama Rantaian Terbaik :
  • Adam & Hawa (Global Station Sdn Bhd)
  • Dalam Setiap Sujud (Primeworks Studio)
  • Debunga Lalang (Asia Media Content)
  • Karlos (Frontrow Picture Sdn Bhd)
  • Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn Bhd)
Drama Terbaik : 
  • Aku Bukan Malaikat (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)
  • Di Bawah Langit Mu (Primeworks Studio)
  • Fatihah Untuk Abah (BZ 2121 Productions Sdn Bhd)
  • Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
  • Neraka Abah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Drama Komedi Terbaik :
  • Keluarga Iskandar (KL Motion Picture Company Sdn Bhd)
  • Mentua vs Mentua (Primeworks Studios)
  • Buletin Cinta (Primeworks Studios)
  • Udin Glamor Balik Kampung ( NHF Productions Sdn Bhd)
@ohbulan.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...