Showing posts with label photo melaka. Show all posts
Showing posts with label photo melaka. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Hazama Tidak Mahu Jadi Pelakon Sepenuh Masa


Hazama Azmi
PETALING JAYA: Penyanyi Hazama Azmi (AF9) tidak berhasrat untuk bergelar pelakon sepenuh masa kerana pembabitannya dalam bidang itu sejak kebelakangan ini hanya untuk berehat daripada cabang nyanyian.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 28, berkata, kekerapannya berlakon hanya untuk mengisi masa dan ruang sementara menunggu proses rakaman album sulungnya, selain berpeluang menimba pengalaman baru.
“Nyanyian sentiasa menjadi keutamaan kerana kepuasannya berbeza. Mungkin orang nampak saya semakin aktif berlakon tetapi pada hakikatnya saya baru berlakon dalam dua filem iaitu Apa Celop Toqq dan terbaharu Lari di mana kedua-duanya adalah arahan Ahmad Idham.
“Percubaan dalam lakonan boleh diibaratkan tempoh bercuti daripada nyanyian. Ia hanya untuk menimba pengalaman baru dan mengisi masa. Terus-terang, saya tidak terfikir untuk jadi pelakon sepenuh masa selepas ini,” katanya.
Hazama berkata, peluang yang diberikan Ahmad Idham menerusi filem Apa Celop Toqq(sebelum ini dikenali Cinta Atas Tar) pada tahun lalu tidak disia-siakan bagi memperoleh pendedahan baru.
“Idham mahu beri peluang, apa salahnya saya mencuba. Ia membantu saya sebenarnya untuk lebih menjiwai sesebuah lirik dan lagu itu.
“Lakonan membuka pintu buat saya agar lebih dikenali oleh khalayak lebih besar selepas ini. Bukan apa, manalah tahu jika orang tak nak tengok saya menyanyi lagi, saya sudah ada profil lakonan juga,” katanya.
Kata penyanyi lagu Majnun ini, pengalaman berlakon di depan kamera dan pergaulan di lokasi penggambaran turut membantunya mengatasi masalah pemalu yang dialaminya.
“Berlakon membantu saya mengatasi masalah pemalu dan perasaan segan dalam diri selama ini. Sekarang, sifat itu beransur hilang dan ia berjaya melancarkan lagi proses berkomunikasi.
Terbaru, Hazama kini berada di lokasi penggambaran filem Lari yang turut menggandingkannya dengan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Erin Malek.
Filem aksi yang menelan kos produksi sebanyak RM2.5 juta ini menjalani penggambaran di Perlis, Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak selama 35 hari. Ia dijangka ditayangkan pada 2013.
@mstar.com.my

Tuesday, September 11, 2012

Mon Ryanti Didakwa Kaki ‘Clubbing’?

Mon Ryanti Didakwa Kaki Kelab Kerana ‘Nadia’?

KUALA LUMPUR – Kerana membawa watak sebagai Nadia yang mempunyai kehidupan sosial selain suka berhibur di kelab malam, pelakon wanita, Mon Ryanti didakwa oleh sesetengah pihak yang dirinya yang sebenar juga gemarkan berhibur di kelab malam.
Watak Nadia dalam cerita Salam Cinta itu sedikit sebanyak memberikan kesan pandangan penonton terhadap diri Mon.
Namun, Mon menafikan yang realiti kehidupannya sama seperti watak Nadia.
Katanya, dia masih lagi gembira dan boleh berhibur dengan hidupnya tetapi tidaklah seperti cara yang diamalkan Nadia.
“Apa yang terpapar di dalam Salam Cinta itu bukan kisah realiti yang saya amalkan dan saya bukan seorang yang suka pergi ke kelab-kelab seperti itu.
“Untuk bersosial sehingga ke tahap macam watak Nadia ni setakat ni Alhamdulillah, masih boleh dielakkan lagi,” kata Mon yang dipetik dari Buahmulut.com.
Bagi Mon, dia tidak risau sekiranya diri dikritik atau dibenci disebabkan peranan sebagai Nadia dalam cerita itu.
Malah, dia gembira sekiranya penonton bencikan dirinya kerana merasa dia berjaya membawa watak yang mencabar itu.
Cuma, dia mahu penonton-penonton mampu membezakan watak lakonan dengan perangai dia yang sebenar.
“Kalau peminat membenci saya hanya disebabkan watak nadia yang saya bawa, itu bagi saya merupakan satu kejayaan kerana lakonan saya menjadi.
“Tapi kalau ada yang membenci disebabkan percaya yang saya ni seorang Kaki Clubbing itu saya pun tak boleh nak buat apa la. Cuma apa yang saya boleh jelaskan berulang kali realiti dan watak lakonan adalah dua identiti yang berbeza bagi diri saya,” katanya.
@mynewshub.my

Saturday, May 5, 2012

Harun Salim Bachik Lepaskan Jawatan Presiden Seniman

harun
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik mengumumkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Seniman bagi penggal baru 26 Mei ini.

Harun berkata kepada sebuah portal berita, keputusan dibuat kerana merasakan dirinya tidak boleh memberi komitmen penuh terhadap persatuan kerana bebanan kerja dan mempunyai masalah kesihatan.

Pun begitu, Harun menegaskan pengundurannya tiada kaitan dengan pelbagai isu yang timbul bersama timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang dikatakan sering menjalankan aktiviti Seniman tanpa pengetahuannya.

Harun juga merasakan Zed Zaidi adalah individu yang layak untuk menggantikan tempatnya berdasarkan potensi besar dan dilihat cukup bersemangat dalam memperjuangkan hak artis-artis tempatan.

Sebelum ini, Harun dipilih menerajui Seniman pada 18 Disember 2010 setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.


@mediahiburan.karangkraf.com


MELAKA HOMESTAY - SYAHEERAH HOMESTAY!

Thursday, April 19, 2012

Perlahan tapi pasti





TENGKU IEDIL PUTRA ALAUDIN memang nama yang masih asing untuk khalayak. Sementelah empunya badan juga tidak begitu kerap dilihat dalam kaca televisyen.
Ironi, dia bukannya baru bermain dalam satu atau dua naskhah, tetapi sejak empat tahun lalu telah memberi komitmen kepada banyak naskhah baik filem mahupun drama.
Malah dunia lakonan juga tidak asing baginya, kerana pada tahun 1997 lagi dia telah terbabit menjadi pelakon dalam filem hit Iman Alone. Hanya kerana kurang publisiti, dia kurang menonjol.
"Saya akui, publisiti itu penting. Namun keutamaan bagi saya adalah bagaimana penggiat seni dan penonton lebih mengenal dan menghargai bakat saya," kata jejaka berusia 28 tahun ini merendah diri.
Kata tuan punya badan yang senang dipanggil Iedil, dia mahu membuktikan dulu kredibilitinya dan kemudian dia percaya publisiti atau populariti akan datang seiring selepas khalayak melihat kemampuannya.
Hal itu telah ditonjolkan dalam lakonan bersahaja tetapi mengesankan menerusi drama rantaian yang sedang hangat ditayangkan di 8TV pada setiap hari Ahad pukul 10.30 malam, Project Pop.
Diberi tanggungjawab membawa karakter pengurus sebuah kumpulan terkenal Hujan, bernama Amad yang agak lurus bendul, dia sebenarnya merupakan tunjang utama drama yang memaparkan kisah di sebalik tabir tentang perjalanan sebuah konsert.
"Selain kerana jalan cerita yang menarik dan tidak pernah dipaparkan dalam mana-mana produksi sebelum ini iaitu tentang situasi sebenar yang berlaku di belakang tabir sebuah konsert, saya tertarik untuk menerima tawaran pengarah kerana karakter Amad yang nampak lurus bendul dan selalu berada dalam salah situasi.
"Ini kerana dalam karakter yang nampak tidak bersemangat, saya perlu bermain dengan banyak emosi kerana karakter Amad yang nampak tidak memberi impak pada awal episod akan berkembang menjadi sesuatu yang besar pada penghujungnya," jelas Iedil yang juga menyatakan dia bersetuju untuk terbabit dalam drama rantaian tersebut kerana begitu menggemari muzik.

BAGI Iedil setiap karakter sama ada ia besar atau pun kecil, harus dibawa dengan bersungguh-sungguh kerana itu adalah tugas seseorang pelakon untuk menghidupkan karakter yang diberi.


Cerita Iedil lagi, biarpun Project Pop hanya bersiaran untuk 10 episod sahaja, namun setiap episod mempunyai kekuatan tersendiri.
"Dalam episod pada minggu ini, konsert sudah bermula dan 'drama' terus terjadi seperti Noh masih hilang yang membuatkan Hujan tidak tahu mahu meneruskan persembahan atau tidak," ujarnya yang jatuh cinta dengan konsep penceritaan Project Pop yang mengambil latar senario yang terjadi dalam masa 24 jam sahaja.
Walaupun hanya sedang hangat di televisyen dengan sebuah naskhah sahaja, di layar perak, tetapi ramai yang menggunakan khidmat anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Baru sahaja tamat penggambaran filem KL Zombie bersama Siti Saleha dan Zizan Raja Lawak serta Faezah Elai, Iedil bakal muncul dalam sebuah filem yang pertama kali menggandingkannya bersama aktor popular Aaron Aziz dan aktres terkenal Erra Fazira pada bulan Julai ini.
"Saya pertama kali berganding dengan Erra dan Aaron untuk filem Ngorat. Ini juga merupakan filem pertama yang menampilkan saya sebagai watak utama.
"Ia sebuah filem komedi tentang bagaimana seorang jejaka menggunakan khidmat seorang pakar cinta untuk membantu dia bercinta," katanya yang sering terlibat sebagai pelakon pembantu dalam beberapa buah filem termasuk kali terakhir dalam filem Raya Tak Jadi.
Doktor
Mengajak dia berbicara tentang latar belakang keluarga dan perjalanan seninya, Iedil sebenarnya mempunyai perjalanan yang menarik.
Jika mengikut perjalanan yang mahu dilaluinya sebaik tamat sekolah menengah, dia sepatutnya masuk ke dalam lapangan kedoktoran. Malah dia sempat menjadi mahasiswa dalam bidang kedoktoran di Queen Mary, University of London (QMUL).

MEMBAWA watak Amad dalam drama rantaian Project Pop, Iedil meminta penonton drama tersebut menanti kejutan yang akan dibuat oleh Amad pada penghujung cerita.


Bagaimanapun perjalanan tersebut hanya separuh jalan apabila dia mengambil keputusan untuk memilih minat yang tidak pernah padam dalam dirinya iaitu bidang seni.
Mengaku pada awal keputusan diambil, terjadi sedikit pergeseran antara dia, ibu dan bapanya, namun hal itu terhapus pergi selepas ibu dan bapanya memberi restu setelah melihat kesungguhannya.
"Sebenarnya saya juga minat dalam bidang kedoktoran. Tapi pada masa yang sama, saya tidak boleh menipu diri sendiri kerana cinta saya lebih mendalam terhadap bidang seni.
"Bayangkan, sepanjang menuntut di sana, pada kebanyakan masa selepas kelas tamat, saya akan menghabiskan masa dengan pergi menonton teater," katanya sambil ketawa mengenang kenangan lalu.
Bagaimanapun saat Iedil bercerita tentang latar belakang keluarganya yang semua terbabit dalam bidang seni secara langsung dan tidak langsung, maka tidak hairan mengapa dia juga terheret sama untuk menghidupkan darah seni yang mengalir dalam tubuhnya.
"Ibu saya pernah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak. Bapa saya pula seorang pelukis dan semakin aktif selepas dia bersara daripada kerjayanya. Kini, dua orang adik saya masing-masing sedang menuntut dalam bidang seni termasuk perfileman," beritahu Iedil.
@kosmo.com.my

Monday, April 16, 2012

Gadis Australia dicaci peminat One Direction



ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan One Direction terdiri daripada Horan (kiri) yang berdiri di sebelah Zayn, Tomlinson dan Styles.


SYDNEY - Para peminat fanatik kumpulan pop One Direction dari Britain marah apabila mereka mendapati salah seorang anggota kumpulan itu, Zayn Malik menunjukkan dia meminati seorang gadis Australia.
Menurut laporan MailOnline kelmarin, Zayn yang berusia 19 tahun telah meminta gadis itu, Anna Crotti, 20, keluar dengannya.
Zayn dan empat lagi anggota kumpulan itu berkenalan dengan Crotti semasa mereka tiba di stesen radio Nova di sini untuk diwawancara baru-baru ini.
Bagaimanapun, sebelum Crotti memberi sebarang jawapan, dia menjadi sasaran kebencian para peminat One Direction.
Menurut laporan akhbar Daily Star, Crotti yang merupakan seorang penyambut tetamu dihujani mesej-mesej keji menerusi laman Facebook.
"Ia agak menakutkan. Ramai perempuan menelefon stesen radio itu dan memaki saya," kata Crotti.
Kumpulan anggota itu turut disertai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson, Liam Payne, dan Harry Styles.
Bagaimanapun, peluang Crotti untuk keluar dengan Zayn berakhir kerana anggota-anggota One Direction telah meninggalkan Sydney kelmarin untuk menuju ke Melbourne. - Agensi

Wednesday, November 30, 2011

Selamat Datang Ke Melaka! Melaka River Cruise... Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Malam Hari!

@p/s ok malam ni aku kongsikan sebuah blog yang sangat menarik. buat aku nak share dengan anda semua kerana gambar2 yg diambil di blog ini sungguh natural dan "look good". tergambar keceriaan di muka semua kan...hehehe

ok kalau anda belum datang sini lagi datanglah dan bawak anak2 & keluarga sekali....pasti tidak menghampakan dan bila anda balik ke rumah halaman masing2 pasti lawatan anda ke sini menjadi satu nostalgia yang manis bersama tersayang!

henjoy...

dibawah adalah petikan blog malam ini ya...
Lepas makan Asam Pedas Power yg ternyata powernya hanya pada tahap kepedasannyer... we ollzz semua decide nak naik cruise! memang kami saja memilih nak pegi naik cruise yg menyusuri sungai melaka di kala malam hari sbbnya kalau lah disiang hari sungai melaka itu kelihatan seperti Sungai Venice di Italy... rasanyer mau jugak menikmati permandangan disiang hari.. tapi apakan daya.. air sungai melaka yg sesungguhnya berwarna begitu keruh yg mana sudah hampir menyamai warna air teh tarik di kedai mamak... maka adelah lebih baik membuangkan duit bagi permandangan yg indah di waktu malam hari yg mana cahaya berwarna warni yg menyelubungi sekitar kawasan river cruise tersebut....

Dengan harga RM10 bagi org dewasa dan RM5 bagi kanak2...     


DSC_0423 copy
maka anda boleh menikmati permandangan yg indah di waktu malam sepanjang berada di dlm boat cruise yg menyusuri sungai melaka ini...


DSC_0322 copy
sempat gedikss2 santai dulu sebelum naik boat!


DSC_0437 copy
belakang kiteorg tu hotel rasanyer hotel yg paling mahal di sekitar bandar melaka kot! Hotel Casa Del Rio!


DSC_0331 copy
ok dah jom kite naik cruise!


DSC_0332 copy
sapa yg paling eksited?


DSC_0334 copy
AwienRudy...


DSC_0373 copy
LeeZaaAirisyDarwisy...


DSC_0335 copy
my photographer pun kene ade gambo kenangan!


DSC_0337 copy
ok lah.. boat dah nak mulakan perjalanan nie...


DSC_0341 copy
korang layann kan jerk lah gambar2 yg sempat di captured sepanjang kami berCruise dibawah ini yer!


DSC_0329 copy
Kincir Air!


DSC_0343 copy



DSC_0350 copy



DSC_0352 copy



DSC_0347 copy



DSC_0354 copy



DSC_0356 copy



DSC_0357 copy
Dalam banyak2 jambatan yg aku jumpa.. jambatan nie yg paling lawa sekali dekorasi nya!


DSC_0359 copy
Jambatan Hang Tuah!


DSC_0360 copy
suker pada lampu yg berwarna warni itu..


DSC_0361 copy



DSC_0363 copy
another jambatan yg agak cantik!


DSC_0365 copy
Peringatan: sapa2 yg duduk di bahagian tepi boat.. memang boleh menjadik mangsa kebasahan air sungai yg berwarna kopi susu nie.. nak2 biler air berkocak sebegini! Yess! saya nak mengaku yg saya dah pun terkena simbahan air yg boleh dikatakan tercemar ini!  sbb memang bauuu nya tak yah ckp lah.. memang naikk jugak kadangkala bauu 'wangi' air sungai nie... then nampak jugak ngan mata kepala sendiri yg mana ade kedai2 yg membuang sisa kumbahan direct ke dalam sungai nie.. eerrrmmm.. malas lah nak kondem lagi.. cuma nak ckp satu jerk... kalau nak buat tarikan pelancongan.. buat lah bersungguh-sungguh.. jgn sekadar melepaskan batok ditangga! maluu betoi rasanyer ngan pelancong luar negara!


DSC_0367 copy



DSC_0369 copy
tak aku nafikan yg cruise nie menarik diwaktu malam! lampu2 yg menyinari disepanjang laluan cruise nie sangat cantik!


DSC_0371 copy
dah sampai ke penghujung cruise.. disini boat akan berpatah balik!


DSC_0374 copy
suker gak melihat pada kawasan perkampungan org melaka yg original nie..


DSC_0379 copy
katanyer rumah2 kampung disini di ubahsuai bagi merealisasikan project cruise nie!


DSC_0383 copy
seriously memang meriah giler kawasan kampung nie.. rumah2 diaorg semuanyer bercahaya dan terang benderang...


DSC_0386 copy
masjid di kawasan perkampungan..


DSC_0390 copy
memang cantik rumah2 yg dah diubah suai nie.. suker aku tengok! nampak sangatt klasik dan traditional!


DSC_0395 copy



DSC_0405 copy
lebih kurang kat area sini lah aku ternampak satu pencemaran sungai berlaku.. uhuhu...


DSC_0416 copy
ok.. dah abis dah cruise kami...


DSC_0427 copy
seronott walaupun 'bermandian' air sungai melaka! *ngek baik ko ngaku yg ko pun terkena sama! :p*


DSC_0428 copy
Ternampak beca yg cantik pulak kat jetty cruise nie!


DSC_0440 copy
en. teman bermain dengan teknik!


DSC_0431 copy
Bergambar kenangan secara berjemaah... Owhh! memang en. teman sabotaj aku kekdahnya! takpe lah sekali sekala gonjeng nyorok.. yg pasti gonjeng ade jerk kat dlm gambo nie! :p

@
http://neenaanuar.blogspot.com

setelah penat bersantai dan bersiar2 di Melaka, apa lagi yg anda perlu lakukan? ya...kena beli cenderahati utk dibawa balik buat kenang2an.. so jgn lupa singgah di Cardova Creative di dataran pahlawan, beratus koleksi barangan kraftangan dan cenderahati ada dijual di sini.


bagi yg perlukan homestay singgah sini, tak jauh dari bandar melaka...

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...