Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, December 30, 2011

10 Syarikat Internet Termahal Di Dunia

Pada kemuncak gelembung dotcom, harga saham bagi syarikat-syarikat internet yang berjaya mencapai tahap tertinggi. Pertandingan yang sengit menyaksikan banyak syarikat-syarikat yang lebih besar membuat pengambilalihan yang juga melibatkan kes-kes pengambilalihan yang tidak masuk akal. Senarai 10 pengambil-alihan terbesar dalam sejarah Internet adalah seperti berikut:
Broadcast.com
Bermula sebagai AudioNet pada tahun 1995, syarikat radio melalui laman web ini mencatat rekod yang tinggi dan sangat berjaya. Ia telah diambil alih oleh Yahoo dengan pembelian saham bernilai USD$5.7 bilion
Netscape 
Netscape pada awalnya merupakan pelayar dominan dalam industridotcom. Walau bagaimanapun, kedudukannya akhirnya tunduk kepada Internet Explorer. Ia diambil alih oleh AOL dengan nilai USD$4.2 bilion pada tahun 1998 dan dibubarkan pada tahun 2003. Legasi Netscape terus bangkit selepas tahun 1998, dan kini dikenali sebagai Mozilla
Geocities 
Pada kemuncaknya, Geocities merupakan syarikat yang menawarkan khidmat simpanan data dalam bentuk maklumat dan gambar yang ada pada sesebuah laman web dan merupakan yang paling popular di internet. Ditubuhkan pada akhir 1994, kemudiannya diambil alih oleh Yahoo dengan nilai USD$3.7 bilion pada tahun 1997. Seperti kebanyakan pengambilalihan yang dibuat pihak Yahoo, Geocities tidak memberi keuntungan dan ditutup pada akhir tahun 2009. Pada waktu ini, hanya Geocities di Jepun masih bertahan.
WebEx 
Salah satu perintis yang mempelopori kerjasama perniagaan dalam talian, WebEx menghasilkan satu perisian yang pertama dengan keupayaan melayari internet secara luar talian. Ia dibeli oleh CISCOpada tahun 2007 dengan nilai USD$3.2 bilion.
Skype 
Walaupun ia bukan perintis protokol internet untuk komunikasi, Skypetelah merevolusikan komunikasi di internet dengan protokol hak milik berprestasi tinggi. Berpengkalan di Sweden dan dibangunkan oleh pemaju dari Estonia, ia telah diambil alih oleh Ebay pada tahun 2005 dengan nilai USD$2.5 bilion. Ebay kemudian menjual 70% daripada sahamnya kepada sebuah konsortium dengan harga USD$2.75 bilion.
Ask.com
Sebuah enjin carian soal jawab ini pernah popular di internet sehingga berjaya dijual kepada InterActiveCorp dengan nilai USD$1.85 bilion. Tidak lama selepas itu, InterActiveCorp menyedari bahawa ia telah membeli syarikat yang tidak aktif. Teknologi tersebut kemudiannya disalur keluar kepada pihak ketiga yang tidak dikenalpasti.
CNET Networks
Sejak diasaskan pada tahun 1994, CNET Networks mempunyai pengaruh yang besar ke atas media internet. Ia telah diambil alih olehCBS Corporation pada tahun 2008 pada nilai USD$1.8 bilion. Pada waktu itu CNET dapat menarik seramai 200 juta pelawat dalam satu bulan.
Overture Services Inc.
Overture Services Inc. atau GoTo.com ialah salah satu syarikat pertama yang berjaya dalam perkhidmatan pengiklanan berbayar.Yahoo merupakan salah satu pelanggan terbesar Overture dan ia diambil alih dengan nilai USD$1.63 bilion pada tahun 2003. Perkhidmatan tersebut kini dikenali sebagai Yahoo Search Marketing. 

Youtube 
Agak munasabah untuk diperkatakan bahawa Youtube telah mengubah dunia internet ke arah yang baru dan ia telah menjadi satu cabang budaya masa kini. Sejak dilancarkan pada tahun 2005,Youtube menjadi popular dan dalam tempoh setahun, 65,000 video baru dapat ditonton setiap hari. Seperti yang diramalkan, ia menarik banyak minat dan akhirnya diambil alih oleh Google dengan nilai USD$1.65 bilion. Youtube kini berada di tangga ketiga teratas dari segi jumlah kunjungan di internet.
Paypal 
Syarikat pembayaran secara online ini telah ditubuhkan pada tahun 2000. Menjelang tahun 2002, Paypal menawarkan kaedah pembayaran pilihan kepada lebih daripada 50% daripada penggunaEbay . Oleh sebab itu, Ebay mengambil alih Paypal dengan nilai USD$1.5 bilion. Walaupun menghadapi banyak saingan, Paypalmasih terus berurusniaga dan hampir memonopoli urusan pembayaran dalam talian.

Friday, November 18, 2011

Blog pilihan: Dulu di Internet sekarang di butik



NUR AZLEAN menunjukkan butik yang dibukanya selepas bisnesnya mendapat permintaan tinggi di laman web.


PEMILIHAN fesyen kanak-kanak banyak memainkan peranan penting dalam memastikan si cilik kelihatan lebih comel dan bergaya.
Bahkan, gaya si cilik akan terserlah apabila dipadankan dengan pakaian yang mempunyai rekaan terkini, warna ceria dan corak menepati cita rasa mereka.
Jika mengunjungi laman web www.qalesha.com, ibu bapa pasti akan tertarik dengan variasi pelbagai pakaian kanak-kanak yang ditawarkan laman berkenaan.
Pengendali laman web berkenaan yang juga Pengarah Qalesha Boutique, Nur Azlean Ramlan, 25, berkata, dia membangunkan laman berkenaan pada penghujung tahun 2008 untuk memberi pilihan kepada ibu bapa yang ingin membeli pakaian kanak-kanak.
“Sebelum membangunkan laman web berkenaan, saya juga kerap membeli pakaian anak-anak melalui blog ataupun Internet kerana lebih banyak pilihan pada harga berpatutan. Ia akhirnya memberikan saya idea untuk membuka laman web sendiri.
“Kebanyakan pakaian kanak-kanak yang terdapat dalam laman web saya dibeli dari luar negara seperti Vietnam, China, India dan Bangladesh,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Qalesha Boutique, Bangi, Selangor.
Nur Azlean menambah, dia akan membeli sendiri pakaian kanak-kanak berkenaan di negara tersebut untuk memastikan kualiti dan corak terkini menepati pasaran tempatan.


NUR AZLEAN dan suaminya, Jaiz Anuar Johari akan terbang sendiri ke Vietnam atau India untuk mendapatkan koleksi pakaian baru di butik Qalesha agar sentiasa memenuhi cita rasa ibu bapa.



Katanya, pemilihan corak dan rekaan penting untuk memastikan kelainan pakaian kanak-kanak berbanding yang terdapat di pasaran.
Antara jenama pakaian kanak-kanak yang boleh diperoleh termasuk Baby Gap, Baby Moon, Osh Kosh B’Gosh, Old Navy, Preety Keebo, Polo, Laura Ashley dan banyak lagi.
“Pakaian kanak-kanak yang dijual juga terdiri daripada material seperti kapas, nilon, polister dan spandex untuk memastikan keselesaan si cilik.
“Dalam pada itu, saya juga menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan-pelanggan iaitu semurah RM8 sehingga RM70,” katanya.
Disebabkan terdapat pelanggan yang ingin melihat pakaian terlebih dahulu, Nur Azlean kemudian memberanikan diri membuka sebuah kedai Qalesha Boutique di Seksyen 9, Bangi Selangor pada awal tahun ini.
“Dengan adanya kedai ini, ibu bapa yang menetap sekitar Kajang, Putrajaya dan Bangi berkesempatan untuk melihat terlebih dahulu pakaian sebelum membelinya.
“Bagaimanapun, laman web itu masih beroperasi seperti biasa kerana terdapat langganan sekitar Malaysia,” katanya.
Nur Azlean turut memasang impian untuk mencari kedai yang lebih besar bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.
Dia juga berharap dapat menjadikan jenama Qalesha Boutique yang juga bersempena nama anaknya sebagai francais satu hari nanti.

Tuesday, November 8, 2011

Wajah eksklusif Kareena



ANAK kelahiran Mumbai, India ini ialah antara duta pakaian jenama Globus.


TAHUN 2011 membawa tuah kepada populariti aktres Kareena Kapoor, 30. Pada bulan lalu, nama anak kelahiran Mumbai, India itu berada di kedudukan teratas dalam senarai Wanita Bollywood Paling Seksi.
Pengiktirafan tersebut diumumkan menerusi majalah terkenal Bollywood, Stardust yang diterbitkan setiap bulan dalam bahasa Tamil dan Hindi. Menariknya, dalam senarai tersebut, adik kepada pelakon Karisma Kapoor itu mengatasi nama-nama besar seperti pelakon seksi seperti Katrina Kaif, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra.
"Saya terkejut dan terharu dengan pengiktirafan ini. Semuanya berkat sokongan para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan seni saya.
"Secara jujurnya, kebanyakan penampilan seksi saya hanya untuk filem dan sesi fotografi majalah kerana semuanya sudah diatur oleh pihak yang bertanggungjawab. Tetapi, luar set penggambaran saya lebih selesa memakai seluar jean bersama baju T ataupun pakaian tradisional salwar kameez," ujar anak kepada pelakon veteran, Randhir Kapoor dan Babita itu.
Namun, rata-rata pemerhati fesyen dan media Bollywood tidak menolak kemungkinan keseksian Kareena atau mesra disapa Bebo semakin ketara dan mendapat perhatian ramai selepas dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.
Kombinasi diet dan yoga
Jelas wanita dengan berat badan 48 kilogram itu, perubahan fizikalnya bermula sejak tiga tahun lepas. Semuanya berpunca selepas wanita berketurunan Punjabi tersebut berhenti mengambil hidangan berasaskan daging. Corak pemakanannya pada hari ini lebih cenderung pada hidangan proteindan vitamin selain menggandakan pengambilan sayur-sayuran.
"Saya terasa lebih sihat dan bertenaga. Resipi kejayaan tidak bergantung pada amalan diet pemakanan yang ketat. Sebaliknya, saya mengikut saranan pakar diet peribadi saya iaitu perlu menikmati makanan yang betul dan makan secara kerap.
"Lagipun, penurunan berat badan saya dibantu amalan senaman yoga selama sejam setiap hari kerana saya kurang gemar bersenam di gim," bicara Kareena yang pernah menuntut dalam jurusan mikro komputer di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) selama tiga bulan.
Wanita itu juga pernah melanjutkan pengajian undang-undang di Government Law College, Churchgate, Mumbai, India, selama setahun.
Ikuti bicara Kareena Kapoor yang pernah membintangi filem Jab We Meet, 3 Idiots, Mujhse Dosti Karoge, dan terbaru, We Are Family mengenai tata rias peribadinya.
Ceritakan tentang teknik solekan kegemaran anda.
Saya lebih selesa dengan solekan nipis dan semula jadi pada sebelah siang. Namun, sekiranya perlu menghadiri majlis atau berjumpa temanpada sebelah malam, saya akan merias mata menggunakan celak rona hitam.
Tidak ketinggalan mengaplikasi teknik smokey eyes di kelopak mata dan memakai maskara jenama Yves Saint Laurent.
Anda antara wanita yang dilabel memiliki bibir yang seksi. Jadi, bagaimanakah dengan amalan penjagaan bibir?
Tiada amalan khas. Cuma sebelum keluar rumah saya memastikan bibir dicalit dengan gincu bibir rona merah jambu lembut. Koleksi M.A.C antara jenama kesukaan saya.
Berapa kerapkah anda mendapatkan sesi rawatan wajah di salun kecantikan?
Saya lebih selesa melakukan sesi rawatan wajah di rumah dengan menggunakan pembersih wajah jenama Lancome, menyapu krim pelembap dan krim pelindung sinaran ultra ungu (UV) koleksi Clarins.
Apakah kepentingan krim pelindung UV bagi anda?
Ia penting untuk melindungi wajah daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit wajah dan pigmentasi.
Selain jenama Head and Shoulders, apakah jenama lain yang turut melantik anda sebagai duta atau jurucakap produk mereka?
Antaranya adalah jenama Vaio, Mahindra Scooter, Globus, Anne French, Emami, ICI Paints, Vivel of ITC, Boro Plus, jam tangan Citizen dan Airtel serta minuman Pepsi. Selain itu, saya turut dilantik menjadi duta jenama jam tangan Chronotech.

baca kisah bollywood disini bai...

Monday, November 7, 2011

Usah malu mengepam susu badan





MENYUSU badan kini sudah kembali sebagai trend malah, ramai ibu muda pada masa kini tanpa mengeluh tetap akan mencari sudut privasi bagi menyusukan anak walaupun di pusat beli-belah, kedai makan mahupun dalam majlis keramaian.
Jika tidak diberi menyusu terus dari payu dara, lambakan jenama dan jenis pam susu badan manual mahupun elektrik menjadikan wanita yang berkerjaya juga mampu memberikan susu badan secara eksklusif kepada bayi mereka.
Menyusukan anak secara eksklusif bermakna bayi disusukan dengan susu ibu sahaja tanpa diberi air masak, susu formula atau makanan tambahan lain selama enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun.
Justeru itu, pemilihan pam susu yang bersesuaian perlu dititikberatkan untuk mengelakkan proses mengeluaran susu tidak terganggu akibat kejutan terutama dari segi sedutan.
Menurut Kaunselor Laktasi dan Pengarah Urusan Sarakids, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, pemilihan pam yang bergred hospital amat penting kerana ia lebih selesa digunakan, mengikut sedutan seperti mulut bayi selain tidak menyakitkan.
Menceritakan lebih lanjut, wanita yang mesra disapa Farah, 30, mencadangkan supaya ibu-ibu yang bekerja membuat kaji selidik menerusi Internet, rakan-rakan yang berpengalaman ataupun berjumpa dengan pakar laktasi sebelum membeli gajet tersebut.
Katanya, sekiranya tersilap memilih kerana mahu yang murah, mungkin pam tersebut tidak bergred hospital sekali gus membantutkan proses pemerahan susu apabila payu dara ibu berasa sakit dan tidak selesa.
“Pemilihan pam yang betul sangatlah penting kerana ciri-ciri pam yang sepatutnya dipilih adalah sedutan yang menyerupai hisapan mulut bayi,” jelasnya.
Tambahnya, bagi ibu yang bekerja, lebih mudah sekiranya mereka memilih pam berganda (double-pumping) kerana ia amat menjimatkan masa, iaitu mereka boleh memerah susu pada kedua-dua belah payu dara secara serentak untuk tempoh 20 hingga 30 minit.
Kelengkapan pam



Selain pemilihan pam susu, ibu juga sudah boleh mula mencari produk penyusuan susu ibu di pasaran seperti beg penyejuk, gel ais dan beg yang bersesuaian untuk memudahkan ibu semasa hendak mula bekerja nanti.
Kata Farah, susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk dua pintu (pintu atas) selama tiga bulan, peti sejuk satu pintu selama dua minggu dan peti sejuk beku selama enam bulan.
Bagi wanita yang bekerja, memang diakui, pada mulanya pasti ramai yang agak malu untuk melakukan proses mengepam di tempat kerja yang sudah tentu menarik mata nakal rakan lelaki yang memandang.
“Sebenarnya mudah sahaja untuk mengepam di pejabat, yang paling penting pemilihan baju serta pakaian dalam yang mudah untuk diselak untuk mencekup corong pam susu dengan mudah.
“Selain itu, pemilihan pam elektrik yang kurang mengeluarkan bunyi, malah boleh juga ditempatkan motor pam itu di dalam beg khas untuk mengurangkan gegaran dan juga bunyi pam,” katanya yang turut mereka pam elektrik jenama sendiri, Modu hasil kerjasama dengan Insan iaitu sebuah syarikat di Korea.
Kelebihan susu badan
Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh, oleh kerana kebanyakan pengasuh sudah terbiasa memberikan susu formula kepada bayi di bawah jagaan mereka, ia menyebabkan kemungkinan bekalan susu perahan yang disediakan tidak mencukupi selama di rumah pengasuh.
Ini kerana ramai yang keliru mengenai kuantiti susu diperlukan oleh bayi yang membesar dari bulan ke bulan.
Ia menyebabkan ramai ibu berada dalam dilema sama ada terus memberi anak susu badan apabila si kecil di bawah jagaan pengasuh.
Nasihat Farah, konsep permintaan dan pembekalan perlu difahami ibu supaya mereka tidak tersalah anggap dengan kebolehan badan menghasilkan susu untuk anak-anak.
“Sebenarnya ramai ibu yang tidak tahu bahawa pengambilan susu perahan oleh bayi dari umur satu bulan hingga 6 bulan adalah sama dan tidak berubah. Ia adalah lebih kurang tiga auns sekali minum dengan empat hingga lima kali dalam tempoh ibu bekerja.
“Diakui pada awalnya, bayi akan merengek dan memberi isyarat seperti mahu menghisap susu lagi, namun ibu boleh melatih pengasuh untuk mendukung, bermain dan memberi lebih perhatian kepada bayi.
“Ini kerana kebiasaannya ramai yang beranggapan susu badan harus ditambah untuk bayi seiring dengan peningkatan usia sehingga 6 bulan.
“Bagaimanapun, pendapat itu mungkin hanya sesuai untuk susu formula sebagaimana yang tercatat pada label pada tin.
“Keunikan susu ibu adalah apabila Allah telah pun menetapkan khasiatnya mengikut keperluan umur,” jelasnya sambil menerangkan bayi sememangnya mempunyai naluri menghisap namun, keadaan ini bukanlah bermakna bayi tidak cukup susu.

SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan.


Pengalaman sendiri
Berkongsi pengalaman sebagai wanita yang bergelar ibu, Farah juga menginginkan yang terbaik buat tiga orang buah hatinya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 3, dan Putera Shafik Adrian, 4 bulan.
Isteri kepada seorang jurutera, Saiful Azwan Rasidi itu sedar perkara asas yang terbaik untuk anak-anaknya sejurus selepas dilahirkan adalah dengan memberi susu ibu secara eksklusif.
Lulusan bidang Mikrobiologi dari Universiti Teknologi Mara itu sanggup meninggalkan jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta selepas dia melahirkan anak sulungnya.
“Saya akui dulu semasa anak sulung, saya kurang pengalaman dan persediaan. Malah, ketika anak saya berumur 8 bulan, saya diberikan rezeki untuk mengandungkan anak kedua pula, ketika itulah saya berhenti memberi susu badan kepada anak sulung kerana mendengar cakap orang yang lebih tua.
“Ada yang kata tidak elok untuk kesihatan bayi yang dikandung kerana bimbang, khasiat makanan ibu yang sepatutnya diambil bayi dalam kandungan, ‘dicuri’ anak yang sedang menyusu,” katanya yang berjaya melengkapkan kursus penyusuan yang melayakkannya bergelar kaunselor laktasi dari Pusat Perubatan Universiti Malayia (PPUM).
Enggan mengulangi kesilapan pertama, Farah memilih menyusu secara eksklusif bagi anak kedua dan ketiganya.
“Ia adalah nikmat tak ternilai bagi seorang ibu, malah sokongan daripada orang tersayang iaitu suami amat saya hargai,” katanya yang ternyata puas kerana dapat menyusukan anak-anaknya tanpa susu formula.
Dengan kesedaran yang ada, Farah bertekad menubuhkan sebuah pusat sehenti bagi barangan bayi dan gajet lengkap untuk penyusuan susu ibu yang diberi nama Sarakids.
Sarakids kini mempunyai lima cawangan utama seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura dan Korea.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sarakids, boleh ke laman web www.sarakids.com atau ke kedai di alamat 42-1, First Floor, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Tangguh penuaan kulit

Wajah yang cerah sahaja bukan bermaksud anda memiliki kesempurnaan kulit wajah tetapi keremajaan kulit adalah paling penting supaya anda tidak kelihatan tua sebelum masanya.

MENURUT Yuna, ramai golongan muda tidak mengenali tanda-tanda penuaan di wajah mereka.

PENYELESAIAN tujuh dalam satu Olay Total Effects sememangnya memberikan pulangan yang terbaik kepada pengguna yang inginkan kesempurnaan pada kulit wajah mereka.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan ke atas wanita Asia mendapati, 38 peratus responden percaya bahawa kulit yang cerah semata-mata bukanlah standard ideal untuk kulit yang cantik.
Sebaliknya, majoriti wanita Asia percaya keremajaan kulit ialah komponen standard ideal bagi kulit yang sempurna.
Selain itu, ramai wanita Asia pada usia 30-an menyesal kerana mereka terlewat menggunakan produk penjagaan kulit antipenuaan. Mereka sebaliknya berharap telah memulakan rejim penjagaan kulit sejak dalam usia awal 20-an lagi.
Justeru, wanita hari ini tidak seharusnya melakukan kesilapan sama. Kini Olay Total Effects menawarkan produk penjagaan kulit yang efektif yang bukan sahaja memberikan kecerahan, malah menentang penuaan sebelum waktunya.
Rahsia di sebalik keberkesanan Olay Total Effects ialah VitaNiacin yang merupakan kandungan kompleks antipenuaan hasil kombinasi Niacinamide, vitamin E dan C yang merupakan antioksidan serta Panthenol.
Melalui kombinasi ini, ia merawat kulit dari dalam sekali gus memberikan faedah berganda antaranya kecerahan, kulit kelihatan bersinar dan melawan proses penuaan kulit.
Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati, kulit wanita melalui proses penuaan lebih awal berbanding tempoh yang mereka sangkakan.
Ini kerana, pada usia 24 tahun, majoriti wanita mengenal pasti sekurang-kurangnya satu tanda perubahan keadaan kulit yang merupakan tanda-tanda penuaan.
Perubahan ketara dalam proses penuaan yang lebih pantas masa kini dipercayai berpunca daripada sikap wanita yang tidak mengambil berat ataupun tidak mengenali tanda-tanda penuaan di wajah mereka.
Disebabkan itu, mereka melambat-lambatkan rejim penjagaan kulit yang sewajarnya, atau bergantung semata-mata pada produk pencerahan kulit untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah.
Dalam pada itu, Olay Total Effects kini tampil dengan botol baharu dengan paten monogram emas di bahagian atas botolnya.
Ia bertujuan supaya produk ini lebih dekat dengan golongan wanita muda khususnya yang mengalami perubahan pada keadaan kulit mereka tetapi tidak menggunakan sebarang produk antipenuaan.
Ia juga bagi membantu wanita-wanita muda ini memahami keperluan penjagaan antipenuaan seiring pelantikan duta baru Olay Total Effects, penyanyi Yuna, yang ideal mewakili golongan wanita muda hari ini.

Demi kaki cantik dan licin


PARA pelajar diberi penerangan mengenai penjagaan kecantikan oleh pakar kecantikan Veet.


BUKAN mudah untuk sentiasa tampil yakin dan anggun bersama kulit cantik yang menyerlahkan personaliti anda. Justeru, ramai wanita muda keliru dan cenderung mengalami masalah keyakinan diri berhubung isu memiliki kulit licin yang cantik.
Veet, depilatori nombor satu di dunia, kembali buat kali keduanya tahun ini dengan satu lagi misi iaitu membantu golongan wanita muda membentuk keyakinan mereka.
Melalui program kolej berunsur pendidikan bertemakan My Real Secret, kaum wanita muda di antara usia 17 hingga 22 tahun telah berpeluang menyertai sesi perapian berasaskan pengalaman yang lengkap baru-baru ini.
Veet telah mengunjungi enam buah universiti di sekitar Lembah Klang untuk berkongsi dengan para pelajar tentang kepentingan perapian diri.
Awal tahun ini, Veet berjaya menarik perhatian hampir 2,000 orang pelajar dalam program lawatan ke enam buah kolej di sekitar Lembah Kelang.
Penolong Pengurus Jenama Veet di Reckitt Benckiser Malaysia, Cathrina Chang berkata, Veet sentiasa memainkan peranan penting dalam memberikan penyelesaian terbaik untuk penjagaan peribadi bagi golongan wanita muda.
"Program kolej ini adalah satu langkah positif ke arah mendekati kaum wanita dan mendidik mereka mengenai kepentingan penjagaan dan pengurusan peribadi di samping membina keyakinan diri mereka," katanya.
Katanya, Veet melancarkan program kolej My Real Secret bagi memberi inspirasi kepada wanita muda untuk terasa diingini, cantik dan berkeyakinan untuk menyerlahkan kaki mereka yang licin.
"Menyedari keperluan golongan wanita muda, Veet menganjurkan ceramah perapian yang menarik bagi memperkasakan wanita untuk tampil ke hadapan dan menguasai persekitaran mereka dengan menyediakan sesi konsultasi perapian yang lengkap.
"Sepanjang sesi tersebut, wanita diberikan petua-petua penting mengenai tatacara membuang bulu, mempelajari kepentingan kecantikan dan menerima pendedahan secara langsung kepada produk depilatori," katanya.
Pada majlis berkenaan, para peserta berpeluang mengikuti siri aktiviti dan memenangi kit spa-Veet edisi terhad. Rakan acara Veet, Watsons turut menjual depilatori terpilih Veet dan mengedarkan baucar diskaun untuk depilatori Veet yang boleh ditebus di kedai-kedai Watsons terpilih.
Para pelajar juga telah menyertai Program Pertukaran Pisau Cukur. Seramai 50 orang pelajar pertama yang menyerahkan pisau cukur mereka telah memenangi Krim Pembuangan Rambut Veet 25g secara percuma.
Program pameran bergerak kolej Veet My Real Secret telah dijalankan di enam buah kampus iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), SEGI University College, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Masterskill University College of Health Sciences, INTI International University dan Nilai University College.
Semua produk Veet kini ditawarkan di Watsons, Guardian, SASA dan semua pasaraya dan farmasi terkemuka.
Untuk petua kecantikan tambahan dan nasihat mengenai fesyen daripada Veet, sila layari laman Facebook Malaysia Veet, www.facebook.com/VeetMalaysia.

Thursday, October 27, 2011

21 tip ringkas usahawan


1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.
6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.
11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.
16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.
21. Tunaikan solat fardhu.

@motivasiusahawan.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...