Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Anak Che Ta Nafi Akan Terima BMW X6

Argh~~~ Baru ingat nak tumpang naik BMW X6, tup-tup anak Che Ta, Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta tersebut sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Penafian tersebut telah dilakukan oleh Ammar sendiri menerusi akaun Twitternya apabila ramai rakan mula bertanya mengenai berita gembira itu.
ammar
Kalau Abang Nara jadi kawan-kawan Ammar pun confirm excited. Mana tahu ada rezeki boleh merasa kerusi empuk bahagian penumpang BMW X6. Namun jawapan “nonsense” yang diberikan oleh Ammar terhadap persoalan rakan-rakannya ternyata menghancurkan harapan rakan-rakannya (ayat gurau). Namun kalau sahabat sejati, naik Myvi pun tak ada masalah. Tak ke gitu?
ammar
Tak kisahlah apa jenis kereta yang bakal diberikan oleh Che Ta kepada anaknya. Yang penting ia bakal memudahkan anak sendiri mengharungi kehidupan di universiti. Kenderaan memang penting untuk memudahkan pergerakan. Tak dapat BMW X6, dapat Kelisa special edition pun terbaik dah. Tak gitu?
@beautifulnara.com

Thursday, November 14, 2013

Pengikut Siti Nurhaliza & KJ Berbalah Kerana Twitter

PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.
Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.
"Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket," kata salah seorang pengikut Khairy.
Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.
Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.
Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.
Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.
"Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?" kata salah seorang pengikut Twitter Siti.
Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.
@mstar.com.my

Thursday, October 24, 2013

HOT STORY!! Nadeem Akui Nora Danish Kekasih Hatinya?

Kalau selama ini kita melihat Nadeem seringkali berdiam diri mengenai status hubungannya bersama Nora Danish, hari ini menerusi akaun Instagramnya, Nadeem dilihat menggunakan kata ganti diri “My Love” untuk Nora. Adakah ini satu pengakuan cinta olehnya terhadap Nora? Nampak gaya memang macam itulah kan?
nadeem dan nora
Malah Nadeem juga menulis bahawa mereka kini sangat bahagia di samping diri masing-masing walaupun sering mendapat “kebencian” daripada lelaki-lelaki di luar sana. Biasalah kalau dah dapat awek secantik Nora Danish, pasti ada yang jeles.
nadeem dan nora
Semoga hubungan Nadeem dan Nora akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Secara jujur, mereka memang seperti pinang dibelah dua. Lagi bagus kalau Nadeem cepat-cepat masuk meminang Nora. Orang macam Nora Danish banyak peminat. Bahaya kalau dibiar lama-lama. Apa-apa pun, semoga terus berbahagia buat anda berdua.
@beautifulnara.com

Friday, February 1, 2013

Palsu akaun Twitter, Elfira naik angin


Elfira Loy
$entry.content.caption.value
PELAKON Dalam Hati Ada Taman, Elfira Loy bengang apabila ada individu yang menyamar sebagai dirinya dalam laman mikro Twitter.
Elfira, 19, menulis mesej di Twitter yang berdaftar atas nama @elfira_loy, pagi semalam, meminta agar individu tersebut tidak menyamar sebagai dirinya.

“Please don’t tweet like you are the real ‘Elfira’. Show some respect please, thank you @_Elfiraloy,” tulisnya. (Jangan ‘tweet’ seperti anda Elfira yang sebenar. Tolong hormat sedikit, terima kasih)

Akaun palsu yang berdaftar atas nama @_Elfiraloy itu jelas boleh menimbulkan kekeliruan berikutan ‘tweet’ yang dikeluarkan seolah-olah ditulis oleh pelakon itu.

Akaun palsu yang dibuat pada 28 Disember tahun lalu itu kini mempunyai 237 pengikut dengan 384 ‘tweet’.

Pada 28 Januari lalu, individu tersebut menulis mesej kepada pelakon, Nabila Huda.

“Hey sis...How are you? It’s me Elfira...I saw you at La Boca,” tulisnya.

Akaun palsu itu juga menulis, "Hi Siti Aisyah is here now. El ada shooting, so I’ll take care her Twitter for 38 minit.” (Hi Siti Aisyah di sini sekarang. El ada penggambaran, jadi saya akan menjaga Twitternya untuk 38 minit).

Melalui interaksi dengan pengikutnya pada 8 Januari lalu, individu itu menyebut nama kedua adik Elfira, Ezzrin dan Ezlisa.

“...tapi adik kak tak boleh harap!!...Ezzrin pergi rumah kawan, Ezlisa pergi ‘shopping’! Geramnya,” tulisnya.

Malah, individu itu juga menjawab pertanyaan peminat Elfira yang bertanya aktiviti pelakon itu serta memuat naik gambar Elfira.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri merupakan pelakon meningkat naik yang mula dikenali melalui drama Qalesya pada tahun 2009.

Terbaru, pelakon kecil molek ini tampil dalam rancangan mencabar, Fear Factor Selebriti Malaysia yang bergandingan dengan Ajak Raja Lawak.
@sinarharian.com.my

Monday, January 28, 2013

Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Ada Hubungan Dengan Tengku Fiella Melalui Twitter


Untuk makluman anda, tweets terbaru Nazmi Faiz ini telah dipadam olehnya pagi tadi. Kami menjangkakan mungkin Nazmi akan memberikan alasan yang sama juga. Namun menariknya, bagaimana Aidil Zafuan boleh terlibat dalam drama ini?


Pagi tadi, Nazmi Faiz telah membuat kejutan berikutan tweets berkenaan Tengku Fiella yang didakwanya menjalinkan hubungan dengan suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan.
Sebelum ini Nazmi Faiz pernah tweet dengan nada yang sama kepada pelakon Johan As’ari tentang Tengku Fiella, kemudian dipadam dan Nazmi mendakwa akaun twitternya digodam.
@beautifulnara.com

Nazmi Mohon Maaf Pada Aidil Zafuan, Rita Rudaini Tidak Terkejut


Dua cerita dalam satu entri. Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.
nazmi faiz
Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga status  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.
Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.
rita
Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. Hehehe ~~
@beautifulnara.com

Friday, January 11, 2013

Diana Danielle nafi ditahan di Sydney


Farid Kamil, Diana Danielle
Farid Kamil, Diana Danielle - Foto Bernama
DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.

“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?” tulisnya kira-kira jam 9 pagi tadi.

Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya.

Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.

“Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun,” tulisnya.

Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan yang terlebih had.

Katanya, “cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu ‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!.”

Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia.

Pasangan itu berkahwin pada 3 November lalu.
@sinarharian.com.my

Wednesday, January 9, 2013

Perpustakaan Kongres AS arkib 170 bilion mesej Twitter


Perpustakaan Kongres AS
Suasana bilik bacaan di Perpustakaan Kongres yang bersejarah Bangunan Thomas Jefferson.
WASHINGTON - Perpustakaan Kongres kini sedang berusaha untuk menyimpan mesej Twitter yang terkumpul - lebih 170 bilion tweet bagi tujuan penyelidikan.

Dibina pada tahun 1800, Perpustakaan Kongres berfungsi sebagai perpustakaan tidak rasmi Amerika Syarikat (AS) dan menjadi perpustakaan penyelidikan rasmi Kongres.

Pada April 2010, perpustakaan ini telah menandatangani perjanjian dengan Twitter untuk mendapat akses kepada semua tweet awam sejak penubuhannya pada tahun 2006.

"Twitter kini menjadi koleksi baru bagi Perpustakaan Kongres tetapi mempunyai satu misi penting. Sebaik masyarakat beralih kepada media sosial sebagai kaedah utama komunikasi dan mengungkap ucapan kreatif, media sosial menambah nilai.

“Dalam beberapa kes berkaitan, surat, jurnal, terbitan bersiri dan sumber-sumber lain turut dikumpulkan oleh perpustakaan penyelidikan," kata Pengarah Perpustakaan Komunikasi, Gayle Osterberg dalam blognya.

Osterberg turut berkata, perpustakaan telah siap mengarkib secara digital semua tweet yang dihantar dan kini pihaknya sedang memikirkan cara terbaik untuk menyediakan kepada orang awam.

Perpustakaan telah pun menerima sekurang-kurangnya 400 permintaan dari penyelidik seluruh dunia yang ingin mengkaji topik terutamanya berkaitan kebangkitan kewartawanan sehinggalah untuk mengesan kadar vaksin dan meramalkan aktiviti pasaran saham.

Arkib perpustakaan turut berjanji untuk memastikan proses itu berkembang pesat. Pada masa ini, perpustakaan memproses lebih kurang 500 juta tweet sehari, meningkat daripada kira-kira 140 juta mesej sehari pada tahun 2011, menurut blog tersebut.

Antara perkara yang dibuat termasuklah membuat pangkalan data umum yang meluas bagi  membuktikan untuk menjadi satu cabaran kepada dirinya.
@sinarharian.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...