Showing posts with label zakar. Show all posts
Showing posts with label zakar. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Isteri Gunting Kemaluan Suami, Buang Ke Sungai

Isteri Gunting Kemaluan Suami, Buang Ke Sungai

TAIPEI – Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.
Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.
Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.
Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.
“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.
Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.
Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. – AFP

Wednesday, September 28, 2011

Gejala 3 Buah Zakar




SOALAN:
Saya berusia 18 tahun dan mempunyai tiga buah zakar. Adakah ini satu ketumbuhan yang mendatangkan penyakit atau menjejaskan kesihatan saya?


Ingin Tahu,
Kuala Lumpur



JAWAPAN:
Jika ada tiga buah zakar, memang anda hebat kerana dapat menghasilkan banyak benih, tapi perkara sebegini tidak wujud. Bayangkan wanita mempunyai tiga buah dada, memang ada. Namun dua ovari tidak wujud.

Sebenarnya banyak lelaki keliru mengenai kandungan dalam kerandut buah zakar. Kandungan yang jelas ialah sepasang buah zakar, jika kedua-dua buah itu ada dalam kerandut.

Ada kala, hanya satu buah zakar kerana buah lagi satu terkandas ketika dalam perjalanan turun dari perut ke dalam kerandut.

Untuk memeriksanya, lelaki akan terasa ketulan atau gumpalan di belakang buah zakar dan bahagian ini dikenali sebagai pundi epididimis. Pundi ini sebenarnya bukan ‘pundi’, ia gumpalan salur memungut sperma daripada buah zakar.

Kadangkala, pundi ini besar dan ada kalanya ada ketulan seakan ‘buah zakar’ yang sebenarnya cista atau ketulan mengandungi cecair dari pundi epididimis.

Ini yang biasanya dikaitkan dengan ‘buah zakar’ ketiga. Cista ini kekal dan boleh membesar dan kadangkala boleh mengecil.

Yang mustahak ialah menjalani pemeriksaan doktor. Jika perlu, doktor akan cadangkan pemeriksaan imbasan. Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk pengesahan kerana memang lelaki tiada tiga buah zakar!



Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan



Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Tuesday, September 27, 2011

Zakar Bengkok Ganggu Fikiran




SOALAN:
Saya lelaki berusia 25 tahun. Anggota sulit saya bersaiz normal, tetapi bagi saya ia besar.

Soalan saya ialah, apabila menegang, ia tidak ke atas, sebaliknya membengkok ke bawah. Adakah kemaluan saya tidak normal dan mampu mengganggu prestasi ketika melakukan hubungan intim?

Insan Binggung
Tanah Rata, Pahang



JAWAPAN


Apabila lelaki mencapai ereksi, keseluruhan zakarnya membesar dan penghujungnya mengembang, terutama jika melakukan kemut atau mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing.

Ketika itu ereksinya mendongak ke atas sedikit, kecuali lelaki yang mempunyai zakar yang panjang dan besar, akan kelihatan melengkung ke bawah. Ia adalah normal.

Ketika ereksi berlaku, baru lelaki itu tahu jika ereksinya lurus, bengkok, kecil atau besar. Barangkali anda melihat anggota sulit dari atas, oleh itu ia kelihatan biasa atau sederhana walaupun ia besar.

Memandangkan ereksi hanya berlaku apabila darah banyak masuk ke dalam otot zakar dan kekal di dalamnya, selagi darah kekal dan perasaan ghairah itu berterusan, ereksi akan berkekalan.

Jika tidak, ia akan mengendur dan kadangkala berlaku dengan cepat. Justeru, kedudukan ereksi lelaki tidak sama setiap hari atau setiap masa.

Kadangkala ereksi mantap kerana tahap keghairahan sangat tinggi dan kurang mantap apabila rangsangan kurang dan tahap keghairahan biasa.

Anda tidak perlu risau. Apabila sampai masanya nanti, ereksi anda akan berfungsi mengikut keadaan.

Kemaluan anda mungkin membengkok akibat penghujung zakar yang besar dan berat.


Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Monday, September 26, 2011

Tak mengaku salah kerat kemaluan suami

 

CATHERINE KIEU

WESTMINSTER - Seorang wanita California, Catherine Kieu tidak mengaku bersalah mengerat kemaluan suaminya dan membuangnya di dalam pengisar sampah.
Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Orange, di sini pada Jumaat lalu berhubung dakwaan melakukan penyeksaan dan menambahkan kacau-bilau.
Kieu juga didakwa menggunakan pisau dan menyebabkan kecederaan.
Jika disabitkan dengan semua kesalahan itu, dia akan dikenakan penjara seumur hidup tanpa dikenakan parol.
Wanita itu ditahan dengan wang ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.16 juta).
Pihak berkuasa berkata, wanita itu membubuh dadah di dalam makanan suaminya yang berusia 60 tahun pada 11 Julai lalu.
Dia kemudian mengikat tangan dan kaki suaminya di katil.
Pihak berkuasa menyatakan Kieu mengerat kemaluan suaminya semasa dia terjaga selepas tertidur.
Suaminya itu telah memfailkan perceraian pada Mei lalu selepas 16 bulan mereka mendirikan rumah tangga.- AP

Wednesday, September 21, 2011

Lelaki 90 tahun ada 50 anak



LUIZ COSTA DE OLIVERIA
SAO PAULO - Seorang pesara pekerja ladang dari Rio Grande do Norte, Brazil, Luiz Costa de Oliveria yang berumur 90 tahun mempunyai 50 orang anak hasil hubungannya dengan empat wanita dua daripadanya adik-beradik dan seorang lagi adalah ibu mereka sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mempunyai 17 anak hasil hubungan dengan isterinya yang pertama.
Selepas isteri yang pertama meninggal dunia, dia berkahwin dengan Maria Francisca da Silva yang melahirkan 17 lagi anak.
Lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan adik isterinya yang kedua menyebabkan dia memperoleh 15 orang lagi anak.
Ibu kedua-dua wanita adik-beradik itu yang berusia 89 tahun itu juga menjalin hubungan dengan Oliveria telah melahirkan seorang anak.
"Perkara yang terbaik dicipta Tuhan di dunia ialah wanita," katanya kepada sebuah akhbar tempatam, Diario de Natal.
Beberapa orang anaknya mati semasa mereka hidup dalam kemiskinan.
Namun, dia kini mempunyai lebih 100 cucu dan 30 cicit.
Lelaki itu tidak pernah merokok atau minum minuman keras selama 40 tahun mengaku, dia tidak mengetahui semua nama anaknya.
Isteri keduanya berkata, suaminya tidak pernah mengabaikannya selain selalu mengambi berat tentang anak-anaknya. - Agensi
ManaKedai.com - adoiii murid dlm kelas sekarang pon bawah 40 org..huhu

Monday, September 19, 2011

Rahsia Seksual Lelaki




Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.


1. Lelaki Bukanlah Hanya Mahu Jimak Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’ Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks.
Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.


Sunday, September 4, 2011

Ilmu Firasat Mengenai Zakar Lelaki





Kellan Lutz for GQ Style Australia


Anda punya panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas. Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3" bererti pendek, kalau lebih daripada 3" bererti panjang.  Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3" ke 4" dan lingkungan rata adalah 2.5" ke 4". Menurut kajian, panjang rata adalah 3.5" dan lingkungan rata adalah 3.37". Tetapi menurut kajian Kinsey,  panjang rata adalah 4.0" dan lingkungan rata adalah 3.7".

KALAU PANJANG - bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk. Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru.

KALAU PENDEK - bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, Anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar. Anda suka mengikut adat.

TEBAL - Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan sungguh mempunyai keazaman dan kekuatan untuk mengkagumkan.  Jika lagi tebal di dasar kemaluan bererti anda utamakan kebebasan.

KURUS - Anda seorang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu sesuatu yang penting bagi anda.

LICIN - Anda seorang kekasih yang intuitif. Anda juga sering mengikut perasaan namum pandai menyesuaikan dengan perubahan dengan senang. Anda pandai menilai keindahan.

BERSIMPUL - Anda suka suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan logik akal.  Satu atau dua bengkul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan.

HUJUNG RUNCING -  Anda idealistik dan artistik dalam perhubungan, agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan lepaskan kebebasan anda. Jika anda panjang dan kurus juga, anda seorang kekasih yang mementingkan diri sendiri!

TUMPUL ATAU SEGI EMPAT - Anda kekasih praktik yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukannya perkataan.

LEBAR ATAU BERBENTUK BAWANG - Kehendak seksual anda begitu kuat. Cergas, luar biasa dan bersifat menawan.

MELENGKUNG KE KANAN - Anda seorang pemberi. Anda seorang yang suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.

KEMALUAN MELENGKUNG KE KINI - Dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.

KEMALUAN BENGKOK TEPAT - Anda tajam akal tetapi anda seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu.

Kalau anda mempunyai kemaluan panjang yang melengkung bengkok, bererti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta.

Kalau anda mempunyai kemaluan pendek yang melengkung bengkok, bererti anda kerapkali cemas dengan kemampuan seks anda.

Kalau kemaluan anda bengkok di pangkalnya, anda selalu rasa bahawa anda orang luar. Anda berasa bahawa semua orang lain mempunyai hidup senang walau bagaimanapun berusaha untuk berjaya.


 sumber:  http://www.facebook.com/pages/ENSAIKLOPEDIA-PETUA-MELAYU-LAMA/119355758077436

 ·  · Kongsi

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...