Showing posts with label jurnal. Show all posts
Showing posts with label jurnal. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Malaysian Fishing Group @ flickr

snapper bliss

mahi day

cobia babyy

cobia

kingfish

kings and mahi mahi

mangrove snapper

mangrove snapper

getting ready to fish

bangun ajer tadi aku cek jap akaun flickr aku dan terjumpa Malaysian Fishing Group. meriah group ini bukan sahaja disertai oleh pemancing2 dalan negara malah ramai gak dari kaki pancing luar negara. so bagi kaki mancing jangan buang masa JOIN group ini ya.

mat salleh ni pon join group ini, bagi yg ingin berkenalan boleh add big Joe nih ya! website beliau klik disini.

dan admin bagi group ini adalah Dato Prof Dr Jamalaudin, aku tertarik dengan gambar2 world travel prof diluar negara. bagi yg berminat utk lihat gambar2 lain boleh ajer terus ke photostream dato prof.

wah meriah ada ruang berbalas pantun jugak kat sini..hehe..jom layan


Berbalas pantun

view profile

the ol' rascal says:

Zaman gawat ni baik kita hiburkan hati sambil keluarkan atau mengasah bakat dengan cara berbalas pantun. Para pengail sekelian sila lah cuba2 balas pantun ni...............

siakap, senohong
gelama, ikan duri
lama ku renung
kembung juga ku beli
Posted at 12:46AM, 30 March 2009 MYT (permalink
view photostream

Shown Ryue says:

kehkeh...keh... betoi la tu..

udangg lipan sekilo nam hengget
udang kertas murahlah lagi
sotong pula susah mau dapat
so kembonglah pilihan di hati

bole kot nooo kekekke..
Posted 32 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

yaa..tu dia..ryueyoung pengail pertama membeli pantun yang di jual....
boleh tahan........yeeeeehaaaa........

sekarang apakata kita persilakan tuan tanah..prof. datok pula meyahut cabaran......

sementara menunggu datuk tiba......para pengail boleh lah mencelah......
Originally posted 32 months ago. (permalink)
the ol' rascal edited this topic 32 months ago. 
view photostream

Dato' Prof. Dr. Jamaludin Mohaiadin is a group administrator Dato' Prof. Dr. Jamaludin Mohaiadin  Pro User  says:

Wah bagus juga idea jual pantun dalam Group saya ni. Barulah mula ada minat. Okay ini jawab saya.

Memancing udang dapat keli
Keli kenyang makan tahi
Banyak ikan kembung juga dibeli
Konon pi mancing nak ditipu bini
Posted 32 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

.....Yeeeeehaaaa...........tu dia tuan tanah kita dah membeli.....
pantun perli tu....antara lain nasihat dato' ... kalau pi mancing habag betui2 kat bini......jangan tipu bini.....nooooo....

Nah....ada sapa2 nak beli .....silakan.
Posted 32 months ago. (permalink
view photostream

Dato' Prof. Dr. Jamaludin Mohaiadin is a group administrator Dato' Prof. Dr. Jamaludin Mohaiadin  Pro User  says:

Nak tipu bini tak kena. Ada member buat macam tu kononnya pegi mancang, tapi ke hala lain cari pompuan. Balik bawa balik ikan bawal. Hebat cakap pada bini. Bini pun gebang sakan pada jiran yang laki dia pegi mancing ikan bawal. Suami jiran yang kaki pancing terbahak-bahak ketawa. Mana ikan bawal makan kail? Serupa le cerita ni. Ikan kembung orang jaring atau kail pakai mata halus apollo aje.

Member mancing, jgn tipu bini. Silap-silap Tuhan marah, mati di laut lain kali bila pegi macing hehehe
Posted 32 months ago. (permalink
view photostream

opfad says:

2 3 kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
Upan Kembung memancing pari
Sangkut pulak si gerong belang

tanam pisang rapat rapat
agar puyuh tak dapat lari
lesen mancing tak dapat-dapat
apa kan daya line tak clear setiap hari!
Posted 32 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

...yeeehaaaa........tu dia eh..
pantun paling menarik so far....... dari ....opfad

sila la rawat duka opfad
lesen mancing nye tak dapat2....
hari2 line tak clear2..!!
ada sape2 boleh bagi panduan

...yeeeeeeehaaaa...............
Posted 32 months ago. (permalink
view photostream

zdin says:

siakap, senohong
gelama, ikan duri
lama ku renung
kembung juga ku beli

salam~
ni jawapan dari saya pulak..

sepanjang pagi asyik membelek
puas membelek kembung gak dibeli
kalau hendak ikan lagi baik
pergilah tuan mancing sendiri... :)
..................
tanam pisang rapat rapat
agar puyuh tak dapat lari
lesen mancing tak dapat-dapat
apa kan daya line tak clear setiap hari!

pagi-pagi sudah menyinggah
kenapa singgah kalau tak masuk
nak dapat lesen mancing bukannya susah
hari-hari belilah ikan yang udah busuk... :)
Posted 31 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

hai...sori semua saya cuti dua hari....

..tu dia zdin dah beli dua pantun sekali gus...
saya memang pegi sendiri mancing...tu la masaalah nye
asik2 dapat gelama jer.....saya segan ngan dato' la zdin..

tapi yang tak sedap nye panduan yg zdin bagi.....
ada ka dia suruh beli ikan busuk hari hari....
sampai hati ko zdin
hik..hik..

Ya .....sapa lagi nak beli pantun......silaka....
..........yeeeeeeeeehaaaaaaaa........
Originally posted 31 months ago. (permalink)
the ol' rascal edited this topic 31 months ago. 
view photostream

opfad says:

Pasang jorang umpan cacing
Memang tak sesuai untuk ke kelong
Lama benar tak turun mancing
Ada sape yang boleh tolong?

Ngadap komputer akal melayang
Ketengah laut menarik kerapu
Bini mana yang tak sayang
Balik mancing terus menyapu
Posted 30 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

opfad dah 2 kali beli pantun ni.......
rasa nya baik kamu takeover jadi moderator.......
,,,hehe.......apa kata kamu opfad.......
Posted 30 months ago. (permalink
view photostream

opfad says:

Sorong bot tarik sampan
Buah ara umpan rohu
Tunggu-tunggu ikan tak makan
Jadi moderator saya tak mahu!
Posted 30 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

sorong sampan tarik bot
buah keranji dalam peti
banyak kali dah sebut sebut
ko tak gak reti reti
Posted 30 months ago. (permalink
view photostream

opfad says:

Pergi ke kelang mencari Pumpun
Sesat sampai ke kilang baja
Sedang kita sibuk berpantun
Dato Prof buat tak tau saja
Posted 29 months ago. (permalink
view photostream

the ol' rascal says:

tuai padi antara masak
esok jangan layu lauan
intai kami antara nampak
esok ,dato jangan rindu rinduan....

hik ...hik...mana la...tuan tanah ni....nak bayo sewa pun tak mau datang....hik..hik..hik.. 

dan kalau anda ke Melaka bagi yang berminat mancing boleh cube singgah 2 kelong yang popular di Melaka ini.




dan bagi yang ada akaun flickr boleh lah add kami disini!

jom kita lihat gambar2 kelong - pergi sini
 upword
anne and twins

tuan kok and friends

fisherman's pride

schubert would have loved it here
wah main biola di kelong..COOL!

a nice size squid
dapat tangkap sotong jer ker dik...? hehe

see u again-Mr. Chua
mr chua

neighbour-ah pek ah ah
ah pek..

hendri with catch
hendri

simple lunch
meriah..

dining room

kelong view

bluemountain kelong

boy and his boat

selamat bercuti kawan2! henjoy yr day n life... cari port baek mancing jangan lupa ke Kelong Abu & Kelong Usma!

Saturday, November 19, 2011

My Jurnal - Bahan Rujukan




dibawah adalah materials @ bahan2 rujukan untuk kerja2 aku... saja simpan dlm blog aku nih so senang nak refer balik. bookmark dah panjang berjela2..hehe..

@malaysiana.pnm.my
@butang-emas.net
@wannurakristal.wordpress.com
@tokokeris.com
@cikgunasir.blogspot.com
@ wikipedia.org (semestinya!)

gambar2 buku (keris dll) yg dibeli oleh halim (Cardova Creative) di Indonesia aku telah ambil bila free nanti aku akan masukkan dlm jurnal flickr aku.

hmmm... ok mata dah sarat tak leh bukak lagi nih... so kita jumpa di petang hari nanti ya kawan2...

TQ

p/s ooops sebelum terlupa bagi kawan2 yg ingin bercuti ke Melaka musim cuti sekolah ini apa kata anda semua lihat beberapa homestay yang terdapat disini. hmmm mungkin ada seperti yang anda cari!

Wednesday, November 16, 2011

Selamat Datang Ke Melaka! Masjid Tengkera, 1728



Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

photo set bagi masjid ini boleh dilihat disini...

lihat slideshow disini...

lawat juga laman in bagi gambaran yg mengandungi gambar yang menarik..

http://juhalens.fotopages.com/?entry=1555435




kenali masjid2 lama di Melaka.


jom baca kisah dan lihat video Makam Hang Jebat & gambar2 Rumah Tradisional Penghulu Mad Natar, Merlimau...Klik disini!

kredit: @melakainpicture.blogspot.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...