Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Foto Zoey Rahman & Ayda Jebat Bercuti Di Korea?


Foto Zoey Rahman & Ayda Jebat Bercuti Di Korea?
Nak diikutkan, nama Zoey Rahman memang sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan. Meskipun memulakan kerjaya sebagai pengacara kanak-kanak, namun sayapnya kini dilihat lebih mengembang kearah lakonan.
Terbaru, Zoey melalui laman Instagram-nya dilihat sedang bercuti di Korea bersama Ayda Jebat. Betul ke?
Sebenarnya, empunya nama Mohd Hairey Azhar ini bukanlah betul-betul bercuti bersama Ayda ke Korea. Namun itu hanyalah atas dasar kerja yang harus diselesaikan menerusi drama terbaru mereka, Aku Ada Wali. Bukan berdua, penggambaran drama 13 episod itu turut dibantu rakan seangkatan yang lain antaranya Sabhi Saadi dan juga Siti Saleha.
Foto Zoey Rahman & Ayda Jebat Bercuti Di Korea?
Zoey di Seoul
Untuk pengetahuan, drama Aku Ada Wali ini mengisahkan tentang seorang gadis sepanjang perjalanan dia bertemu jodohnya. Drama ini bakal menyerikan kaca televisyen anda pada bulan Disember di saluran Al-Hijrah.
Sementara itu, bagi anda yang mahu melihat wajah aktor kacak ini bersama Ayda, mari lihat foto-foto dibawah.
12
Screen Shot 2013-11-13 at 5.54.05 PM
Screen Shot 2013-11-13 at 5.54.43 PM
Screen Shot 2013-11-13 at 5.54.27 PM
2
3
4
5
6
7
8
6
9
11
@ohbulan.com

Tuesday, November 12, 2013

(21 GAMBAR) Gandingan Syarul Ridzwan Dan Emma Maembong Dalam Sweetheart Fantasia

Pasti ramai yang mengenali watak Faizal yang dimainkan oleh Syarul Ridzwan dalam drama Love You Mr. Arrogant. Syarul , atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 24, ialah salah seorang pelakon yang baru meningkat naik di negara ini. Antara drama terbaru Syarul ialah ‘Sweetheart Fantasia’ yang boleh ditonton secara online di laman web Tonton mulai semalam (11 November) sehingga 23 Disember selama lima minit mulai jam 12.00 tengahari.
 photo 1460202_475975969171010_156332462_n-1.png
 photo 1465200_476082365827037_1953555048_n.jpg
SweetHeart Fantasia mengisahkan seorang pengarah muda, Jimmy Daeng, watak yang dipegang oleh Syarul baru pulang dari merantau dan menemui seorang pelakon terkenal, Julia Jane, watak yang dibawa oleh Emma Maembong.
Sekiranya anda berminat untuk melihat gandingan mereka berdua jangan lupa untuk ke laman web tersebut untuk menonton. Untuk makluman anda, Syarul juga sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Multimedia dalam bidang perniagaan antarabangsa. Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
 photo 1468593_477560672345873_228247018_n.jpg
 photo 1460269_476443899124217_1974884364_n.jpg
 photo 1457548_475539639214643_532552997_n.jpg
 photo 1457531_475539749214632_2066916610_n.jpg
 photo 1460202_475975969171010_156332462_n.jpg
 photo 1454839_475539809214626_2048430946_n.jpg
 photo 1456059_476466999121907_406869386_n.jpg
 photo 1450097_476774132424527_1130004873_n.jpg
 photo 1382199_471381986297075_360777444_n.jpg
 photo 1452116_475539622547978_2054612082_n.jpg
 photo 1451421_476443715790902_1018597610_n.jpg
 photo 1391793_470746626360611_289291766_n.jpg
 photo 1391668_476443719124235_1349490136_n.jpg
 photo 994388_475539709214636_1101122586_n.jpg
 photo 994346_469620359806571_1426116511_n.jpg
 photo 1381464_469621406473133_1185729686_n.jpg
 photo 969207_476082462493694_460730867_n.jpg
 photo 994385_476082419160365_2047310461_n.jpg
 photo 537300_476443635790910_1575880616_n.jpg

@beautifulnara.com

Saturday, November 9, 2013

Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?


Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?
Melihat tajuk diatas, pasti ramai tertanya-tanya. Setahu OHBULAN!, Fattah Amin bekas finalis Hero Remaja 2012 ini baru nak mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan.
Namun sebenarnya, Fattah Amin atau lebih mesra dengan panggilan Fattah ini bukanlah playboy, tetapi itu hanyalah dalam drama yang bakal disiarkan mulai 11 November ini setelah drama Love You Mr.Arrogantmenutup tirai.
Drama ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim yang popular dalam telemovie Bukan Cinta Monyet.
Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?
Drama berjudul Playboy Itu Suami Aku ini mengisahkan tentang Raja Adrian Benjamin (Fattah) seorang lelaki kaya yang terpaksa berkahwin dengan calon pilihan ibunya Afina Aulia lakonan Nur Risteena walhal Adrian merupakan kekasih kepada Fisya (Cha cha Maembong).
Dalam pada itu, Adrian yang juga seorang kaki perempuan sentiasa menunjukkan sikap egoisnya terhadap Afina. Setiap kali mereka bertemu,  pasti akan berlaku pertelingkahan. Tetapi lain pula bagi Afina, dia sentiasa mengalah dengan setiap perbuatan Adrian kepadanya.
Kisah ini bermula ketika Afina dan Syaf (Wan Sharmila) bertemu dengan ibu Adrian Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) untuk menempah gubahan bunga.  Pertemuan tersebut membuatkan ibu Adrian terpikat dengan kesopanan dan kelembutan peribadi yang dimiliki oleh Afina.
Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?
Atas desakan ibunya, Adrian terpaksa akur untuk memperisterikan Afina. Dalam mengejar matlamatnya untuk memiliki jawatan CEO Kiara Emas, dia terpaksa meninggalkan Fisya dan mengahwini calon pilihan ibunya.
Pelbagai ujian dan rintangan datang bertalu-talu setelah Afina dan Adrian berkahwin. Malah, hubungan mereka juga dicemburui oleh Fisya. Dendam Fisya yang kian memuncak turut mengheret Nazri ( Jay Iswazir) dalam rancangan jahatnya.
Dalam pada itu, Afina telah disahkan menghidap penyakit Amnesia. Kesan daripada penyakit tersebut, perwatakan Afina berubah secara drastik. Fisya pula tekad meninggalkan Malaysia dan menyambung pelajaran di luar negara.
Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?
Bagaimanakah kesudahannya? Apakah yang terjadi pada rumahtangga mereka nanti? Nantikan lakonan mantap mereka dalam drama siri terbaru slot akasia setiap isnin hingga khamis jam 7.00 petang, Playboy itu Suami Aku.
@ohbulan.com

10 GAMBAR - BILA NABILA HUDA JADI SALOMA

Aksi Nabila Huda yang membawakan watak Biduanita Negara, Puan Sri Saloma dalam drama biopik yang mengangkat nama isteri Tan Sri P. Ramlee itu sendiri. Ia diarahkan oleh anak saudara kepada Saloma iaitu Melissa Saila. 

Difahamkan, penggambaran drama ini dilakukan di Pulau Pinang. Selain Abil, Sazzy Falak juga telah diberi kepercayaan untuk menjayakan watak kakak Saloma iaitu Mariani Ismail yang merupakan ibu kepada Melissa. 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

@myartis.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...