Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

42,646 calon UPSR dapat semua A

PUTRAJAYA - Seramai 42,646 atau 9.15% daripada 466,167 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat A dalam semua subjek yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, keputusan UPSR 2013 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
“Sebanyak 56.28 peratus calon mendapat minimum gred C dalam UPSR 2013,” katanya.
Semua calon boleh mendapat keputusan UPSR mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2kbo3ubVs
Hakcipta terpelihara 

UPSR 2013 terbaik dalam empat tahun - KP Pendidikan

PUTRAJAYA - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud hari ini.
Beliau berkata, seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).
"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).
"Ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini hari ini.
Abd Ghafar berkata, seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu. - Bernama
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2kbnOWuhN
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, October 23, 2013

Edisi Wanita! Profesor wanita pertama di UTM

Profesor Datuk Dr. Halimaton Hamdan menyuntik inspirasi dalam kalangan warga muda untuk mendalami bidang sains dengan meneroka teknologi nano dan menghasil Maerogel.
KECINTAAN beliau terhadap ilmu dan sains diteruskan dengan menerajui UniMy sebagai universiti butik pertama yang khusus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia.


KEPAKARAN beliau dalam bidang teknologi nano di negara ini sememangnya diperakui. Penemuan Prof. Datuk Dr. Halimaton Hamdan berhubung M Maerogel (aerogel Malaysia) daripada ekstrak silika sekam padi mampu mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 80 peratus.
Bahan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh diguna untuk mengurangkan suhu panas bangunan konkrit, menyerap tumpahan minyak dan pencemaran udara serta dijadikan panel kalis bom. Bagi membangunkan maerogel, ia mengambil masa sembilan tahun.
Kepada Halimaton, saiz nano yang sangat kecil menyebabkan banyak teknologi boleh diteroka.
Wanita bertubuh langsing dan tinggi lampai itu kelihatan elegan dalam persalinan kurung moden. Ketika ditemui di Universiti Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) di Cyberjaya, Selangor beliau kelihatan sibuk berurusan dengan kakitangannya tetapi masih sudi meluangkan masa.
Selepas tiga dekad mencurah bakti sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), khidmat Halimaton tidak terhenti di situ saja. Kepakaran beliau diperlukan UniMy sebagai Naib Canselor UniMy sejak bulan Oktober 2012. Unimy merupakan sebuah universiti butik yang menekankan bidang sains komputer dan kejuruteraan. Apa yang lebih menarik, cabang pengajian itu agak berbeza dengan latar belakang pengajiannya iaitu kimia.
"Malaysia memerlukan lebih kurang 20,000 orang pekerja dalam bidang sains komputer pada tahun 2020. Bidang ini sangat penting terutamanya untuk penyelidikan dan pembangunan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Halimaton, sains komputer seperti pembangunan perisian yang bersesuaian, membantu memberikan simulasi keputusan kajian jika suatu penyelidikan itu dibuat dalam bidang kimia. Secara tidak langsung, ia membantu menjimatkan masa sekali gus penyelidik dapat meramal hasil kajian.
"Kesepaduan antara sains komputer dan jurusan-jurusan sains lain membolehkan para saintis menerokai bidang baharu yang banyak melibatkan data-data yang besar selain penggunaan pengkomputeran awan.
"Dahulu tanpa teknologi sains komputer, para penyelidik perlu membuat pengiraan sendiri secara manual tanpa ada perisian-perisian yang membantu dalam mencepatkan kerja," akui saintis yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penyelidikan silika.
Latar belakang
Dilahirkan pada tahun 1956 di Ujung Pasir, Melaka, Halimaton merupakan anak kepada pegawai polis, Hamdan Ismail dan ibunya, Jamilah Jasmi, seorang suri rumah.
Sebenarnya, beliau berasal daripada sebuah keluarga yang sangat aktif dalam bidang politik, datuknya, Jasmi Mohd. merupakan ahli pemuda UMNO Melaka ketika zaman Tun Abdul Ghaffar.
Kata beliau, ibunya selalu bercerita mengenai keadaan di rumah yang sentiasa sesak dengan kedatangan orang ramai ke rumah datuknya.
Pada pertengahan 1980-an, Halimaton pernah diajak menyertai lapangan politik di tempat kelahiran tetapi beliau mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada bidang sains dan teknologi.
Merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik yang berjaya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah dan ijazah muda, Halimaton menceritakan beliau sering bersaing dengan adiknya ketika di bangku sekolah, sungguhpun di sekolah berbeza.
Halimaton belajar di sekolah rendah Melayu dan apabila melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tun Fatimah (STF) yang beraliran Inggeris, beliau perlu memasuki kelas peralihan selama setahun manakala adiknya, yang setahun lebih muda daripadanya terus ke tingkatan satu.
Jadi, persaingan antara beliau dan adiknya, yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid berlaku apabila mereka sama-sama berada di peringkat yang sama.
Bagi Halimaton, persaingan sihat itu telah menyebabkan beliau sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik dalam segala bidang yang diceburi.
Selepas tamat belajar dan kembali semula ke Malaysia pada tahun 1981 dengan tahap pendidikan ijazah sarjana muda sains kimia dari Universiti Indiana di Amerika Syarikat, Halimaton mencari kerja.
Walaupun banyak dipanggil oleh syarikat-syarikat besar terutamanya dalam bidang minyak dan gas, namun kelayakan beliau dirasakan tidak sesuai dengan jawatan yang ada.
Tidak berputus asa, Halimaton terus mencuba dan mendapat tawaran dari tiga buah universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Barangkali sukar membuat keputusan dalam menerima tawaran, beliau meminta nasihat ayahnya yang mengalakkan beliau memilih UTM kerana tidak ramai bumiputera yang mengambil aliran kejuruteraan di institusi pengajian tinggi awam itu.

HALIMATON percaya sokongan keluarga juga merupakan teras kejayaannya pada hari ini.


Pada umur 40 tahun, Halimaton telah menerima gelaran profesor, sekali gus menjadi wanita pertama yang mendapat gelaran tertinggi di UTM.
Cabaran
Bidang sains dan teknologi bagi seorang wanita sangat mencabar tetapi Halimaton percaya kejayaan seseorang pensyarah itu di universiti adalah terletak pada kesarjanaan individu.
"Ia dapat dilihat dengan beberapa aspek seperti pembelajaran, penyelidikan, penulisan penerbitan dan sumbangan kepada masyarakat," ujarnya.
Tambah beliau, seseorang pensyarah itu seharusnya dikenali kerana ilmu yang dimiliki dan mahir dalam bidang masing-masing, bukan jawatan yang disandang di pusat pengajian terbabit.
"Seorang pemimpin institusi pengajian itu perlu tersohor dalam bidangnya terlebih dahulu. Sebagai contoh, di Universiti Cambridge, dekannya terkenal dalam bidang pengajian melalui aktiviti kesarjanaan yang dilakukannya.
"Malah, profesor-profesor yang terkenal dalam di dunia mempunyai paten penyelidikan dan memiliki kajian dalam bidang masing-masing," terangnya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penyelidikan bahan berasaskan silika.
Ternyata kenyataan beliau bukan sekadar omong-omong kosong, laman web www.chem.utm.my menyatakan Halimaton telah memulakan 25 program penyelidikan dan 80 buah projek dalam bidangnya dengan geran terkumpul lebih RM13 juta selain lebih 100 buah jurnal penerbitan.
Kajiannya banyak memberi fokus mengenai kelestarian, teknologi hijau dengan manipulasi molekular sehingga sintesis bahan-bahan baharu dan sistem struktur nano.
Ciptaan yang terus mengangkat nama beliau, Maerogel, merupakan bahan pepejal paling ringan dan penebat terbaik telah dipilih sebagai produk pilihan pada tahun 2008 oleh International Clean Energy Circle, United Kingdom.
Bahan itu telah dipatenkan di Malaysia dan 22 buah negara lain di seluruh dunia selain sedang dikomersialkan oleh syarikat Gelanggang Kencana Sdn. Bhd.
Bidang pengkhususan Profesor Halimaton dalam kimia ialah zeolite teknologi bahan berstruktur nano, bahan pepejal resonans magnet nuklear (NMR), pemangkinan heterogen dan kimia permukaan.
Seorang saintis di Amerika Syarikat, Samuel Stephens Kistler telah mencipta aerogel pada tahun 1931. Penggunaan bahan itu untuk tujuan komersial telah diterhadkan kerana kos penghasilannya yang tinggi.
Dalam artikel profil sempena Anugerah Merdeka yang diterimanya pada tahun 2009, Halimaton berkongsi sisi peribadinya dan mengakui sangat cintakan seni, muzik dan tarian, di samping meminati bidang jahitan.
Menjahit merupakan hobi Profesor Halimaton. Pada awal kariernya, dia menjahit pakaiannya sendiri.
Beliau berkahwin dengan Prof. Madya Mohd. Nazlan Mohd. Muhid dan mempunyai dua cahaya mata.
"Jika saya bebas memilih bidang pengajian berdasarkan hobi pada waktu itu, sudah pasti saya memilih bidang arkitek atau komunikasi massa," ungkap wanita yang amat meminati lagu-lagu dendangan Anuar Zain ini.
Dalam pada itu, Halimaton berkata, sains memerlukan tiga perkara supaya seseorang itu berjaya dalam bidang tersebut.
"Minat terhadap bidang tersebut sangat penting dan jika tiada rasa tersebut pada peringkat awal, ia boleh dipupuk. Kemudian, komitmen yang terbaik perlu diberikan sepanjang menjalani pengajian.
"Paling penting, kemampuan akademik seseorang itu dalam sains dan matematik perlu dapat menyamai sesuatu bidang sains yang diceburi," tegasnya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2iWLnNEZS
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, January 23, 2013

Sekolah tahfiz pilihan ibu bapa




SUARA alunan ayat-ayat suci al-Quran memecah kedinginan suasana pagi di Sekolah Menengah Islam IQKL (IQKL), Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Hanna Farihin Mohd. Fadglullah, 16, juga tidak ketinggalan mengikuti kelas pada hari tersebut. Minat dan cintanya untuk menghafaz al-Quran begitu mendalam.
"Menghafal al-Quran tidak susah kerana saya mempunyai minat yang mendalam. Cara saya menghafal ialah dengan membaca dulu ayat-ayat tersebut, kemudian baca terjemahan sebelum mula menghafalnya," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Hanna.
Sejak memasuki sekolah tahfiz swasta kendalian IQKL Sdn. Bhd. dua tahun lalu, Hanna mula menghafal satu muka surat al-Quran setiap hari. Adakalanya dia mampu menghafal sehingga tujuh muka surat.
Akhirnya dalam tempoh dua tahun tiga bulan, Hanna berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran. Biasanya para pelajar IQKL diberi masa untuk menghafal al-Quran dalam tempoh antara lima tahun bermula dari tingkatan satu hingga lima.
Kecemerlangannya tidak terhenti di situ. Anak kelahiran Rawang itu turut mencatat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Kini, dia menumpukan perhatian terhadap penghafazan bersanad selain mencapai cita-cita menjadi doktor suatu hari nanti.

PARA pelajar wanita tekun menghafaz al-Quran di Akademi Darul-Huffaz, Kajang.


Perubahan
Jika beberapa dekad lalu, pengajian di sekolah tahfiz dipandang sepi segelintir masyarakat, para pelajarnya dianggap tidak mempunyai masa depan cerah dan sukar mendapat pekerjaan terutama dalam bidang profesional kecuali menjadi imam masjid atau tugas-tugas berkaitan agama.
Sekitar tahun 2006, penulis pergi ke sebuah sekolah tahfiz yang terletak dalam sebuah ladang kelapa sawit di Johor Bahru, Johor. Keadaan bangunannya cukup daif, menggunakan air perigi dan bilangan pelajar tidak sampai 10 orang. Kewujudannya mengundang syak wasangka kepada penduduk sekitar. Pengajian hanya berasaskan menghafaz al-Quran semata-mata.
Pelajar-pelajar tahfiz ketika itu dilihat mengutip derma di stesen-stesen minyak atau kawasan tumpuan orang ramai bagi pelbagai tujuan seperti pembiayaan pengajian dan pengurusan tempat tersebut.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, institusi tahfiz atau sekolah tahfiz semakin berkembang. Jika melayari internet, pelbagai sekolah boleh diakses. Ibu bapa pula semakin berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah berkenaan sehinggakan pihak sekolah terpaksa menolak permohonan kerana kekurangan tempat.
Adakah sekolah tahfiz ini telah mengalami evolusi? Apakah magnet yang menyebabkan sekolah tahfiz menjadi pilihan mereka?
IQKL misalnya, ditubuhkan pada 1997 ketika itu dikenali sebagai Institut Quran Kuala Lumpur dan hanya mempunyai seramai 50 orang pelajar. Kini, ia beroperasi di sebuah bangunan lima tingkat di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dengan pelajar seramai 230 orang.

SUASANA kelas akademik di Sekolah Menengah Islam IQKL.


Sistem pendidikan berteraskan hafazan 30 juzuk al-Quran, namun IQKL menyediakan sistem akademik aliran sains teras berpandukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Para pelajar belajar sepenuh masa dan tinggal di asrama. Selain itu, terdapat dua makmal untuk kegunaan kelas biologi, kimia dan fizik.
"Visi kami ingin melahirkan golongan hafiz yang faham al-Quran, sahsiah dan akhlak yang baik. Selain itu, kami juga mahu melahirkan golongan profesional yang hafiz.
"Kami juga amat menitikberatkan kualiti pelajar termasuk berkeperibadian yang baik. Sebab itulah, pelajar dilatih melakukan terjemahan al-Quran. Ketika ini, guru-guru kami dalam proses menterjemahkan al-Quran khusus bagi memudahkan para pelajar memahami terjemahan al-Quran.
"Lajnah pentashih kitab tafsir tersebut dilakukan oleh pensyarah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia," kata pengetua IQKL, Nor Azimah Mohd. Ghazali ketika ditemui baru-baru ini.

MESKIPUN sepenuh masa menghafaz al-Quran, para pelajar Akademi Al-Quran Cinta Madinah tetap yakin akan berjaya mencapai cita-cita masing-masing.


Menurut Nor Azimah, IQKL mempunyai tiga Lembaga Pengarah iaitu Tengku Datuk Seri Hamuddin Tengku Othman, Datuk Mohamad Hassan Mukthar Mohd. Ali dan Mohd. Fuzi Ahamad. Ia ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan dan turut menaja 25 pelajar anak-anak yatim.
Bagi menjamin kualiti pelajar, syarat-syarat kemasukan juga ketat seperti memperoleh minimum 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), perlu menghadiri temuduga, ujian pembacaan al-Quran dan lain-lain.
Dalam pada itu, Akademi Darul-Huffaz yang berpusat di Taman Putra, Kajang pula mempunyai visi menjadi akademi tahfiz dan sains terbaik di dunia dengan melahirkan hafiz-hafiz al-Quran profesional.
"Ia dapat direalisasikan dengan memberi penekanan serius terhadap kanak-kanak dalam pendidikan tahfiz selain memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menghafal al-Quran.
"Kami juga mempunyai matlamat melahirkan bakat-bakat dalam pertandingan Johan Tahfiz Kebangsaan dan Antarabangsa," kata pengasasnya, Lokman Shazly Al-Hafiz Al-Maulawi Zaharin.
Ditubuhkan pada tahun 2007, akademi berkenaan kini mempunyai seramai 120 pelajar yang terbahagi kepada sepenuh dan separuh masa. Mereka berumur antara setahun hingga 60 tahun. Pendidikan akademik berasaskan sains turut diajar di akademi tersebut.

PERMAINAN ping-pong antara aktiviti yang dilakukan pelajar di Akademi Al-Quran Cinta Madinah pada waktu petang.


"Bagi pelajar sekolah rendah dan menengah kami menyediakan akademik berasaskan sains tulen. Tujuannya ialah apabila dewasa kelak mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk ke luar negara dengan pelbagai pilihan kerjaya profesional," katanya.
Menurut Lokman, penubuhan akademi tahfiz sains tersebut juga berbeza daripada konsep sekolah tahfiz konvensional yang sebelum ini banyak bergantung kepada sumbangan orang ramai.
"Kami mengenakan yuran pengajian pada harga berpatutan, menyediakan asrama, kawasan riadah, makanan dan perkhidmatan dobi kepada para pelajar. Justeru, para pelajar boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian.
"Pelajar mempunyai jadual harian yang ketat termasuk menghafal al-Quran setiap hari yang diselang-selikan dengan pengajian akademik," katanya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2Io4c1DPf 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, October 17, 2012

Keperitan hidup anak yatim Nepal



NIRMALA (tengah) menyiapkan makanan untuk adik-adiknya setiap pagi sebelum mereka pergi ke sekolah, sementara dia bersiap untuk mencari kayu di hutan.


SETIAP hari tatkala subuh menjelma, Nirmala Nepali akan memasak, membersihkan rumah dan keluar bekerja untuk mencari sumber rezeki. Itu merupakan perjuangan yang dia tempuhi sejak bertahun-tahun.
Gadis itu terpaksa menanggung peranan ketua isi rumah pada usia enam tahun selepas ibunya meninggal dunia akibat Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
Usia Nirmala kini mencecah 15 tahun dan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah untuk belajar membaca dan menulis serta tidak pernah menikmati keseronokan seperti rakan-rakan sebaya yang lain.
"Jika saya tidak keluar mencari kayu api untuk dijual, saya tidak ada wang untuk membeli makanan. Saya terpaksa bekerja. Jika tidak, adik-adik saya akan kelaparan. Saya juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak dan membersihkan rumah," katanya.
Nirmala akan memastikan adik-adiknya, Sita, 13, dan Suresh, 10, makan dan mandi sebelum dia keluar untuk bekerja.
Dari kejiranan kampung Biraltoli yang kebanyakan rumahnya diperbuat daripada lumpur dan tanah liat itu, Nirmala melangkah menuju ke hutan untuk mengumpulkan kayu. Kampungnya itu adalah sejauh sejam perjalanan dari Mangalsen iaitu bandar utama di wilayah Achham di barat Nepal.
Pendapatan yang diterima Nirmala pada hari yang baik adalah sebanyak 100 rupee (RM1.20) dan nilai itu membolehkan Sita dan Suresh ke sekolah untuk menikmati peluang yang dia tidak pernah dapat.
"Saya ingin bermain tetapi jika saya menghabiskan masa untuk bermain, itu bermakna kami tidak makan," ujarnya.
Bapa Nirmala merupakan seorang buruh asing yang memindahkan jangkitan HIV kepada ibunya. Lelaki yang bekerja di Mumbai itu akhirnya meninggal dunia akibat penyakit itu ketika dia berada di India.

NIRMALA (kiri) sanggup mengerah tenaga dan mengorbankan masa depan pendidikannya demi memastikan Sita dan Suresh dapat bersekolah.


Seks tanpa perlindungan
Cerita Nirmala adalah suatu yang biasa di Achham iaitu sebuah rantau termiskin di Asia Selatan. Infrastruktur kesihatannya telah banyak musnah akibat perang saudara selama sedekad yang berakhir pada tahun 2006.
Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan lelaki muda terpaksa ke luar negara terutamanya ke India untuk mencari kerja.
"Oleh kerana kurangnya pendidikan, mereka melakukan seks tanpa perlindungan dengan pekerja seks seterusnya membawa jangkitan HIV kembali ke Achham.
"Ia adalah satu masalah yang besar," kata seorang fasilitator kampung yang dibiayai oleh Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Sharmila Shah.
Organisasi itu menganggarkan seramai 13,000 kanak-kanak telah kehilangan kedua-dua ibu bapa kerana wabak HIV/AIDS yang melanda masyarakat luar bandar di Nepal. Daripada jumlah itu, 1,500 daripada mereka berasal dari Achham.
Sementara itu, Bikram Augi, 17, memasak capati sebagai sarapan pagi untuk adiknya, Pashupati, 14, sebelum meninggalkan rumah setinggannya yang terletak di Sanfebagar, sebuah perbandaran yang membentuk pola petempatan di sepanjang Sungai Ganga Budhi.
Dia menjadi ketua isi rumah pada usia sembilan tahun apabila ibunya, 32, meninggal dunia akibat AIDS.
"Pada satu hari, saya pulang ke rumah dan melihat keadaan ibu yang seolah-olah akan meninggalkan kami semua," ungkapnya.
"Ketika itu, ibu berkata 'sudah tiba waktunya, jaga adik dan diri sendiri'. Waktu itu saya mula menangis dan 10 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhirnya," imbas Bikram.

RAMAI kanak-kanak di Nepal menjadi yatim piatu dan menguruskan diri sendiri kerana kematian ibu dan bapa yang dijangkiti HIV/AIDS.


Setahun kemudian, Bikram mendapat khabar daripada saudara-mara yang mengatakan bahawa bapanya juga telah meninggal dunia di Pune, India. Dia juga mengetahui, sekurang-kurangnya 20 orang kawan-kawannya juga menjadi anak-anak yatim AIDS.
"Sejak ibu meninggal dunia, saya terpaksa mengumpul kayu dari hutan dan membawa pulang. Saya terpaksa memasak dan membersihkan rumah dan menjaga adik.
"Malah, ketika berusia sembilan tahun, saya bekerja sepanjang hari dan apabila saya tiba di rumah, saya masuk ke bilik tidur dan menangis mengingatkan ibu bapa saya," katanya sayu.
Bantuan amal
Bagaimanapun, badan amal UNICEF telah membantu Bikram dengan menyediakan pakaian sekolah, tilam dan makanan. Bantuan itu sekurang-kurangnya membolehkan dia berhenti kerja dan hadir ke sekolah.
Namun, dia positif tentang masa depan dan mahu lulus dalam peperiksaan supaya dia boleh membantu mendidik orang lain tentang bahaya seks tanpa perlindungan.
Biarpun hidup dalam tekanan persekitaran, dia langsung tidak menunjukkan tanda berputus asa.
Seorang ibu, Dhunki, 30, duduk di luar pondok tanah liat yang hampir roboh berdekatan Mangalsen sambil membuai anak kecil. Dia sendiri bimbang jika dia tidak sempat melihat anaknya itu membesar.
Dia telah hidup dengan HIV yang dijangkiti daripada suaminya kira-kira 10 tahun yang lalu. Anak sulungnya, Harka, 9, disahkan HIV positif. Dia mempunyai dua orang anak lagi.
Sejak Dhunki disahkan HIV positif, dia tidak pernah mendengar khabar suaminya yang telah kembali bekerja di Mumbai.
Dhunki dan Harka menerima ubat antiretroviral yang disediakan oleh kerajaan tetapi dia mengakui bahawa dia semakin sakit.
"Saya kerap berasa letih dan mengalami demam. Saya bimbang jika saya mati dan tiada yang menjaga anak-anak saya," tuturnya.
@kosmo.com.my

Thursday, September 6, 2012

Samsor sanggup ‘korban’ kereta demi selamatkan murid



SAMSOR menunjukkan keretanya yang rosak teruk akibat banjir di Serdang semalam.


SERDANG – Seorang guru Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) di sini sanggup ‘mengorbankan’ kenderaannya demi menyelamatkan nyawa 30 pelajar dalam kejadian banjir kilat di sini kelmarin.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Samsor Asrul Saad, 34, berkata, ia bermula apabila hujan lebat selama dua jam yang bermula sejak pukul 4.30 petang.
“Pada mulanya saya berniat hendak bawa kereta saya ke tempat selamat apabila melihat air mulai naik tetapi selepas melihat anak-anak murid saya dalam ketakutan saya membatalkan niat itu,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Samsor kemudiannya bertindak memindahkan semua murid ke tingkat atas bangunan tiga tingkat itu ekoran bimbang keselamatan mereka.
Bagaimanapun, tindakannya menyebabkan kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dibelinya dua tahun lepas rosak teruk akibat banjir.
@kosmo.com.my

Tuesday, September 4, 2012

Gelombang sekolah di rumah



QIAOFENG (kiri) tekun menjadi guru kepada anak lelakinya, Zhang Hongwu, 8, di rumah mereka di Beijing.


MELEPASKAN karier sebagai ketua kepada sebuah firma perubatan bagi meluangkan masa di rumah membacakan buku cerita kanak-kanak merupakan pilihan sukar bagi seorang bapa, Zhang Qiaofeng.
Qiaofeng adalah sebahagian kecil daripada kelompok ibu bapa di China yang menolak sistem persekolahan berasaskan peperiksaan negara mereka. Kumpulan tersebut merasakan mereka tiada pilihan.
"Sistem pendidikan China mempunyai masalah serius. Saya mahukan anak saya menerima pembelajaran yang lebih kepada penyertaan murid-murid dan bukan sekadar mendengar guru bercakap. Kebanyakan waktu anak lelaki saya kini digunakan bagi mengikuti minatnya atau bermain," ujar Qiaofeng yang merupakan graduan di sebuah universiti terkemuka negara tersebut.
Dari sebuah apartmen kecil yang terletak di pinggir Beijing, Qiaofeng mengajar anaknya, Hongwu selama empat jam setiap hari. Ia berbeza dengan pembelajaran enam jam yang wajib dijalani majoriti murid sekolah rendah berumur tujuh tahun.
Di ruang tamu rumahnya yang menjadi bilik darjah, Qiaofeng menyenaraikan satu persatu kelemahan sistem pendidikan China yang dianggap terlalu obses terhadap keputusan peperiksaan. Hal tersebut menjurus kepada stail pembelajaran bersifat autoritarian.
China menunjukkan pencapaian membanggakan dalam penawaran pendidikan universal ke serata negara dengan kawasan urban seperti Shanghai dikatakan sebagai sekolah terbaik dari segi nisbah pendaftaran.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan China memiliki kadar celik huruf golongan muda sebanyak 99 peratus.
Walaupun perkembangan itu positif, ramai ibu bapa merungut tentang fokus kepada pembelajaran berbentuk menghafal dan lulus peperiksaan yang bermaksud murid-murid perlu meluangkan masa yang panjang di dalam kelas.
Berdasarkan kajian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Belia dan Kanak-kanak China pada tahun 2007, kanak-kanak China berada di sekolah kira-kira 8.6 jam sehari secara purata dengan segelintir daripada mereka meluangkan 12 jam masa mereka di dalam kelas.

SISTEM pendidikan di sekolah China yang berteraskan peperiksaan semata-mata menyebabkan ramai ibu bapa mengajar anak mereka di rumah.


Semakin bertambah
Penyelidik polisi pendidikan di Universiti Beijing Normal, Lao Kaisheng mengatakan ibu bapa China yang tidak berpuas hati terhadap sistem pendidikan negara kian bertambah.
"Terdapat peningkatan pantas terhadap sekolah di rumah terutamanya sejak beberapa tahun lepas. Ibu bapa yang memilih sekolah di rumah mempunyai keperluan ketat terhadap pendidikan anak-anak mereka," jelas Kaisheng kepada AFP.
Tiada data rasmi bagi menunjukkan jumlah ibu bapa China yang mengajar anak mereka di rumah, namun Kaisheng menganggarkan ia kurang daripada satu peratus.
Salah seorang individu yang paling menonjol dalam perjuangan sekolah di rumah ialah Xu Xuejin. Beliau sanggup berpindah dari kawasan hab perkilangan di Zhejiang ke kawasan terpencil di barat daya bandar Dali, semata-mata mahu memberikan suasana terbaik untuk anak-anaknya belajar.
"Anak-anak China memang diajar untuk bersaing sejak kecil. Murid-murid yang tidak mampu bersaing akan disingkirkan," kongsi Xuejin menerusi perbualan telefon .
Tambah Xuejin, beliau mahu memberikan pendidikan berteraskan agama Kristian yang tidak diterima di sekolah biasa. Menurutnya, ia menjadi penggerak kepada kejayaan sama seperti ibu bapa di Amerika Syarikat (AS) yang semakin galak menjalankan sekolah di rumah.
"Kementerian Pendidikan China bagaimanapun masih berbelah-bahagi dalam sistem persekolahan tersebut. Sebahagian mereka mahu memaksa kanak-kanak dimasukkan ke sekolah, sementara sebahagian lagi memilih untuk meluluskan sekolah di rumah menyebabkan tiada penguatkuasaan baharu diumumkan," ujar Kaisheng.
Persoalan berkenaan pengesahan sekolah di rumah yang belum menemui kepastian bagaimanapun tidak menggugat pendirian Qiaofeng yang berharap anak lelakinya tidak akan kembali ke sekolah China.
"Skil Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris anak saya lebih tinggi berbanding kanak-kanak seusianya," ujar Qiaofeng sambil menunjukkan rak buku yang dipenuhi bahan bacaan untuk anaknya.
"Saya bercadang untuk mengajar anak saya di rumah sehingga dia bersedia untuk masuk ke universiti. Saya berharap dia boleh memasuki universiti yang hebat seperti Harvard, Oxford atau Cambridge. Saya yakin 95 peratus dia boleh menggapainya." - AFP

Sunday, July 8, 2012

Bunkface buka pusat tuisyen


ANGGOTA kumpulan Bunkface dari kiri, Youk, Sam dan Paan.


SEPINTAS lalu, bunyinya ala-ala School Of Rock, filem lakonan Jack Black tu! Tapi bukanlah total begitu, ala-ala sahaja. Banggalah Diva dapat cerita bahawa Bunkface kini sedang merancang untuk kembangkan sayap mereka ke bidang pendidikan pula! Maksudnya, perjuangan kumpulan yang dianggotai ahli tetap Youk, Sam dan Paan bukan sekadar untuk kembangkan pengaruh muzik tapi mereka juga berjiwa murni untuk kembangkan minda peminat mereka.
Kata si pengurus Bunkface yang manja dengan nama Peah itu, pusat tuisyen yang diberi nama Bunkface Education Centre (BEC) atau Pusat Tuisyen Impak Evolusi itu akan mula beroperasi bertempat di Setia Alam, Shah Alam selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Sekarang, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan sedang dijalankan.
"Projek itu tercetus daripada idea asal Youk, yang mahu memberikan sesuatu yang boleh kekalkan impak sampai bila-bila, jadi dia pilih bidang pelajaran. Tak mahu lagi, orang kata muzik itu melalaikan," kata Peah.
Selain ada studio mini untuk sesi jamming dan kelas pembelajaran subjek-subjek akademik oleh pengajar bertauliah yang digaji, dengarnya, vokalis Bunkface, Sam sendiri akan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Wah! Mesti ramai peminat datang nak belajar bahasa Inggeris dengan Sam lepas ni.
Bukan pusat tuisyen itu sahaja, dengarnya bawah BEC juga geng Bunkface turut berkerjasama dengan badan-badan tertentu untuk turun padang bagi kempen motivasi dan seminar pasal muzik. Hebatlah!
Diva: Pelik bila penerbit MIG tak buat pratonton khas untuk promosi filem terbitannya, 8 Jam arahan Ahmad Idham.
@kosmo.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...