Showing posts with label affiliates. Show all posts
Showing posts with label affiliates. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Rahsia Seksual Lelaki




Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.


1. Lelaki Bukanlah Hanya Mahu Jimak Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’ Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks.
Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.


Monday, September 5, 2011

Disiplin pemakanan, senaman



LIMA tahun lalu, Jennifer Hudson, 30, menggemparkan persada Hollywood dengan kecemerlangan lakonannya menerusi filem muzikal, Dreamgirls. Filem arahan Bill Condon yang menggandingkan Jennifer bersama Beyonce Knowles itu, berjaya menonjolkan bakat Jennifer yang bukan saja memiliki vokal yang memukau malah mempamerkan lakonan berkesan.
Namun, pada bulan Januari tahun ini, nama pelakon kulit hitam manis itu sekali lagi mengejutkan dunia apabila menghiasi media hiburan antarabangsa dengan sosok badan yang langsing.
Biarpun enggan mendedahkan jumlah penurunan berat badan yang sebenar, namun pelbagai pihak memuji imej baharu ibu beranak satu itu. Jika sebelum ini, wanita kelahiran Chicago, Amerika Syarikat (AS) berkenaan tergolong dalam kelompok selebriti berbadan gempal atau XXXL tetapi kini tidak lagi.
Duta kepada Weight Watchers iaitu sebuah syarikat yang menawarkan seleksi produk dan rundingan diet di Amerika Syarikat itu, sudah mula menggayakan dres mengikut potongan badan dan bersaiz 0. Berbanding pakaian saiz 16 yang pernah disarungkannya sejak menuntut di sekolah menengah.



SEJAK tampil kurus, Kelly bukan saja semakin galak berfesyen malah, dia mendapat perhatian pelbagai jenama pakaian.


"Saya kelihatan lebih muda dan segar. Penampilan terbaharu ini jauh berbeza dengan imej saya semasa belajar di sekolah tinggi. Ternyata proses menurunkan berat badan merupakan tugasan dan detik yang paling mencabar. Selain ketahanan mental dan fizikal, saya perlu berdisiplin soal senaman dan pemakanan yang ideal.
"Namun, hari demi hari saya semakin seronok berdiet dan bersenam. Apatah lagi bertuah mendapat bimbingan jurulatih peribadi, Harley Pasternak. Saya dapati sejak badan semakin mengecil stamina nyanyian bertambah baik. Sebab itu, bagi memastikan badan 'cantik' ini kekal lama saya sentiasa mengamalkan aktiviti yang menyihatkan terutamanya bersukan," terang bekas American Idol musim ketiga berkenaan.
Bantuan buah epal
Sementara itu bagi Kelly Michelle Lee Osbourne, 27, impian untuk kurus tidak pernah tercatat dalam kamus hidupnya memandangkan sejak kecil dia tidak pernah mendapat dorongan ataupun kata-kata semangat daripada orang sekeliling supaya menurunkan berat badan.
Bertambah malang, penyanyi berkenaan turut menjadi bahan cacian kelompok media yang lebih gemar mempersenda bentuk badannya daripada hadir memberi sokongan.
Lagipun sebahagian besar kehidupannya sebelum ini, bergelumang dengan masalah penagihan dadah.
"Sepanjang bergelar anak seni, pihak media lebih 'selesa' menghentam bentuk badan saya. Tetapi segala-segalanya berubah selepas keluar dari pusat pemulihan dadah, tiga tahun lepas. Enggan kembali pada dunia hitam, saya dengan hati terbuka menerima pelawaan menyertai pertandingan tarian, Dancing With the Stars.
"Bertitik tolak daripada pertandingan berkenaan saya mendapati perubahan bentuk badan yang menakjubkan. Pada mulanya, kekerapan berlatih menari, berat badan saya semakin susut sehingga turun lima kilogram dalam tempoh dua minggu. Namun, perubahan itu tidak bertahan lama. Berat badan saya naik secara mendadak. Ia berlaku disebabkan tabiat pemakanan yang tidak seimbang. Lazimnya, selepas sesi latihan tarian, perut mula terasa lapar sehingga saya cenderung menikmati makanan ringan, piza dan kentang goreng," luah Kelly yang menyifatkan amalan pemakanan itu telah menyebabkan badannya menjadi tidak bermaya dan keletihan.



BERBEZA. Susuk tubuh Rani yang semakin langsing berkat senaman di gim dan latihan yoga.


Ekoran daripada itu, anak kepada pasangan Ozzy dan Sharon Osbourne, kembali menjalani kehidupan yang lebih sihat dan positif. Langkah permulaan dia memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam rejim diet harian.
Selain itu, dia yang baru saja selesai menjalani kempen iklan koleksi Material Girl, kepunyaan selebriti popular Madonna, turut melatih diri supaya tidak menjamah makanan selepas pukul 8 malam. Jika lapar sekalipun sebelum tidur Kelly akan menikmati sebiji epal merah sebagai alas perut.
Tambah penggemar fesyen vintaj itu, dia turut mendaftarkan diri bersama teman di gim dan menyertai kelas pilates. Setakat ini, saya telah kehilangan sebanyak 22 kilogram dan paling menggembirakan saya boleh menyarungkan pakaian bersaiz S serta tidak malu berbikini.
Kareena tolak daging



JENNIFER kini mampu memperagakan pakaian saiz S, hasil program diet kendalian Weight Watchers.


Dalam pada itu, pelakon gred A di industri Bollywood, Kareena Kapoor, mampu tersenyum puas apabila usahanya selama setahun menurunkan berat badan menampakkan hasil. Bayangkan, dalam tempoh berkenaan adik kepada pelakon Karisma Kapoor itu, langsung tidak menjamah karbohidrat seperti nasi dan roti canai.
Malah, pelakon utama Kurbaan itu turut meninggalkan tabiat memakan daging kerana menyifatkan daging antara makanan yang menyebabkan berat badannya bertambah secara mendadak. Nampaknya, pantang larang itu menjadi kerana Kareena yang mesra disapa Bebo berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 12 kilogram.
Kini kekasih kepada pelakon Saif Ali Khan berkenaan berbangga menjalani kehidupan peribadi dan karier dengan berat badan 48 kilogram.
"Sebelum ini saya merupakan peminat tegar daging dan karbohidrat memandangkan makanan ini antara makanan ruji keluarga saya. Tetapi, hari ini pola pemakanan saya hanya pada sayur-sayuran dan minum banyak air masak serta jus buah-buahan tanpa gula.
"Sejak menjadi vegetarian tubuh badan saya semakin sihat, cergas dan langsing. Namun, tak dinafikan ada suara-suara sumbang yang mengecam saya mengalami masalah aneroksia sehingga berita itu membimbangkan keluarga saya," tambah Kareena yang obses pada penggaris mata dan pelembap bibir.
Rani amalkan yoga



TEMPOH setahun berdiet, Kareena berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram.


Pelakon popular Bollywood Rani Mukherjee, 33, antara selebriti yang turut mengalami transformasi bentuk badan. Anak kelahiran Mumbai, India yang mencipta populariti menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai bersama Shah Rukh Khan dan Kajol, sebelum ini merupakan pembeli setia pakaian bersaiz L dan M.
"Sejak muncul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, saya menerima kritikan tentang tubuh badan yang berisi berbanding lakonan. Pada mulanya, saya tak menghiraukan sebarang kata-kata sinis tetapi, lama-kelamaan ia mendorong agar saya berubah.
"Lantas saya mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Namun, saya tidak mengimpikan hasil yang drastik, berkurangan antara dua kilogram dalam tempoh sebulan juga sudah memadai," tutur pelakon Hum Tum dan Paheli yang mula mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bergoreng.
Bagi memastikan dia mengamalkan diet seimbang dan tidak menjejaskan kesihatan tubuh badannya, maka Rani yang memiliki suara serak-serak basah itu mendapatkan tip daripada doktor pemakanan.
Selain itu, sepupu kepada pelakon Kajol tersebut turut mengamalkan yoga yang dirasakan baik untuk membantu membina ketahanan minda dan fizikal. Selain itu, dia juga melakukan aktiviti senaman di gim sebanyak tiga kali seminggu.
"Sebelum ini, saya fikir untuk kurus hanya perlu diet dan berpantang makan karbohidrat dan minyak. Padahal, memiliki bentuk badan yang langsing memerlukan kita menggabungkan pengambilan pemakanan yang betul dan senaman secara sistematik," tutur Rani yang pernah memenangi Aktres Terbaik pada Anugerah Filmfare yang ke-50.

Banyak Tips Kecantikan & Kesihatan Wanita Di Sini! Kami syorkan anda baca blog ini ya!

Sunday, August 28, 2011

Wang bukan segala-galanya - Nasri



NASRI menafikan perpindahannya ke City adalah disebabkan faktor kewangan.


LONDON - Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Red- knapp menjelaskan bahawa penghijrahan pemain sayap Arsenal, Samir Nasri ke Manchester City semata-mata kerana wang.
Pemain baharu City itu menegaskan baru-baru ini bahawa dia menyertai skuad kendalian Roberto Mancini bukan disebabkan faktor wang, namun Redknapp tidak mempercayai alasan tersebut.
Pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan menerima gaji £175,000 (RM853,981) seminggu sebaik melengkapkan perpindahannya ke Eastland dengan nilai perpindahan £24 juta (RM117 juta).
Pemain yang berusia 24 tahun itu naik angin selepas dia dilabel sebagai mementingkan wang berbanding trofi.
Nasri menolak dakwaan itu sambil berkata: "Wang bukan faktor yang sebenarnya. Saya tidak boleh menghalang pemikiran orang lain (berfikir tentang saya).
"Saya tahu pilihan saya. Semuanya kerana bola sepak dan kita akan menyaksikan pasukan kami bakal mengecapi kejayaan musim ini.
"Semua orang yang menuduh saya lebih mementingkan wang daripada trofi sebenarnya silap."
Namun bagi pengurus Spurs, Redknapp yang bakal bertemu dengan City hari ini mengejek kenyataan Nasri itu.
Katanya: "Saya langsung tidak percaya (dengan alasan Nasri). Dia boleh berhijrah ke Manchester United (jika inginkan kejuaraan) dan dia sendiri mendedahkan mahu beraksi bersama United berdasarkan apa yang saya dengar selama ini.
"Namun City mengemukakan tawaran wang lebih lumayan dan tanpa ragu-ragu, dia memilih City. City hanya kelab mewah bukan kelab besar. United merupakan kelab England yang besar, malah mereka (City) tidak mempu- nyai tradisi itu seperti Arse- nal, Liverpool dan United.
"City berkuasa kerana mampu membayar gaji seba- gaimana yang dituntut oleh pemain," ujarnya.
- Agensi

Eksplorasi Tiz Zaqyah




Tiz Zaqyah

ENTAH kenapa nama Tiz Zaqyah tiba-tiba lenyap usai episod Nur Kasih dizahirkan dalam pelbagai bentuk. Tiz meninggalkan kesan dan impak yang mendalam sebagai Nur Amina di hati marhaen. Tiz bukan sahaja ‘hilang’ di mata khalayak tetapi dia juga membisu di laman sosial Twitter yang pada satu menjadi lamannya bersembang satu ketika dahulu.
Bak pepatah orang tua, diam ubi berisi, rupanya senyap yang dirasakan khalayak dek merindui kelibat Tiz diisi dengan perjuangan seninya. Rindu yang menggunung melihat aksi wanita kecil molek ini berkeletah di kaca televisyen bakal diubati dengan beberapa produk penglibatannya yang akan ditayangkan di kaca televisyen sempena Syawal ini.
Bakal bersatu dengan Scha Al Yahya dan Fir AF dalam telemovie, gandingan tiga jelitawan ini akan muncul dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria (104).
Telefilem Geisha Melayu Terakhir arahan Michael Ang bakal ditayangkan pada 3 September pada pukul 9 malam dan naskhah Nazri M. Annuar ini bakal menyerlahkan sisi lain Tiz.
Membawakan watak antagonis bernama Ai Ling, Tiz menganggap pengalaman lakonan kali ini cukup menyeronokkan kerana dia mampu mengeluarkan kemampuan untuk membawakan aura jahat dalam karakternya yang ternyata sangat kontras dengan pebawaan introduksi bernama Nur Amina.
“Watak perempuan Cina dalam telefilem ini boleh dianggap yang pertama menampilkan sisi jahat saya. Ai Ling memerlukan saya menyandang peranan pengurus serta melatih pelayan (geisha),” ujar Tiz yang kini sibuk dengan penggambaran drama Soffiya.
Begitu juga untuk mengimbau kembali ingatan dan momen emas khalayak bersama Nur Amina, filem Nur Kasih The Movie akan ditayangkan pada pukul 9 malam pada raya pertama di TV3.
Tidak hanya muncul beralaskan nama Nur Amina, Tiz turut bereksplorasi dalam genre ’dramedy’ yang berjudul Dari Kedah Ke KL yang bakal disiarkan pada Selasa ini pada pukul 10 pagi di TV3.
Dalam siri tersebut, pemegang nama Siti Zaqyah Abdul Razak ini bakal bergandingan bersama Jep Sepah, Achong, Kazar dan adik Mia Sara.
Menyentuh tentang momen dan suasana Aidilfitri, anak bongsu yang digelar Tizzy di rumah ini bakal meneruskan rutinnya beraya di kota.
Bukannya tidak pernah menyambut raya di kampung tetapi sudah lama kakinya tidak menjejak kampung dek kerana ramai saudara-maranya berada di Kuala Lumpur.
“Ayah berasal dari Singapura tetapi berhijrah ke Negeri Sembilan. Ibu pula berasal dari Pahang tetapi berhijrah ke Melaka tetapi kami beraya di Subang,” ujar Tiz yang menganggap momen bermaaf-maafan di pagi raya adalah saat paling penting dan cukup menyentuh emosinya

Libas angkat sepak takraw



FILEM Libas terperam sejak tahun 2002 ekoran masalah kewangan.


SUDAH lama Libas dikeroncongkan ke sana sini. Ia mengisahkan permainan sepak takraw yang ditulis oleh Martias Mohd. Ali dan diarahkan oleh Jurey Rosli.
Libas mula dihasilkan pada 2009 selepas terperam sejak 2002 ekoran masalah kewangan. Cita-cita dan keinginan Jurey untuk mengangkat sukan tradisional ini direalisasikan oleh syarikat MDAG Sdn. Bhd. yang berminat untuk menjadi penerbit bersama filem tersebut.
Dengan modal RM1.9 juta, Libas mengangkat Rosyam Nor selaku Raja Libas sekali gus menjadikan aktor tersohor tersebut sebagai peneraju utama filem pertama arahan Jurey.
Selain Rosyam Nor, Jurey juga memilih pelakon-pelakon ternama tempatan termasuk Scha Al-Yahya sebagai Ratna, Johan Raja Lawak (Hamadi), Beego (Megat) dan Fadzly Kamarulzaman (Kumok).
Libas mengisahkan Adnan Saladin lakonan Rosyam Nor, seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni lawan terutamanya pasukan Siam (Thailand).

ANTARA babak perlawanan sepak takraw dalam filem arahan Jurey.


Dalam satu perlawanan, tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan anaknya, Ratna.
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal daripada selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas.
Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti.
Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari di Terengganu dan Kuala Lumpur. Ia mengangkat genre komedi aksi serta menyerap sedikit pengaruh filem Hong Kong lakonan Chow Sin Chee iaitu Shaolin Soccer.
Buat Rosyam, Libas membawa pengertian dan tanggungjawab yang agak besar dalam melakonkan watak utama, Adnan Saladin yang juga dikenali dengan gelaran Raja Libas.


FILEM Libas mengambil masa 35 hari penggambaran.



Watak tersebut mengembalikan kesan sentimental dan nostalgia tersendiri terhadap pemain sepak takraw tersohor negara, Adnan Saidin yang pernah mengharumkan nama negara.
Rosyam menghadapi cabaran dalam mengangkat watak tersebut kerana Adnan Saidin merupakan satu nama besar dunia sepak takraw tanah air.
"Saya perlu menunjukkan kepada penonton watak yang saya bawa ini adalah setanding dengan Adnan Saidin dan kalau boleh Libas dapat menaikkan semangat anak muda terhadap sukan sepak takraw," ujarnya yang patah bahu kiri ketika menjalani penggambaran.
Akui Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem ke-21 tersebut, risiko berlakon dalam Libas memang agak tinggi kerana banyak babak dalam filem ini memerlukan Rosyam bergantung kepada tali.
Daya tarikan utama Libas yang akan ditayangkan pada 29 September ini menggunakan hampir 80 peratus teknik janaan komputer (CGI). Ia diperkuatkan lagi dengan olahan skrip yang mengisahkan Adnan Saladin sebagai seorang pakar libas dalam permainan sepak takraw

Dugaan Ramadan kali ini




SITI NURHALIZA

DUGAAN dan musibah yang datang dalam jurnal kehidupan sarat dengan hikmah serta pengajaran-Nya. Setiap satu perlu digali agar natijah ujian itu menyerlah.
Begitu juga musibah atau dugaan membabitkan anak seni. Mereka tidak terlepas dihimpit spekulasi dan polemik yang menjadikan diri mereka lebih bersedia bukan sahaja sebagai anak seni tetapi sebagai insan. Sensasi Bintang mendekati beberapa individu yang didekati dugaan pada Ramadan tahun ini dan bagaimana cara mereka berhadapan semua ujian Allah ini.
DATUK SITI NURHALIZA
Sejurus sebelum menunaikan umrah, Datuk Siti Nurhaliza didatangi dugaan dan cabaran Ramadan. Produk kecantikan kebanggaannya, SimplySiti dituduh tidak halal.
Ujar Siti, ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tuduhan tersebut di sebuah laman blog bertarikh 3 Ogos lalu. Penulis mendakwa bahawa sampel berus produk SimplySiti dikesan mengandungi bulu babi.
"Siti melihat inilah cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh kali ini. Pasti ada hikmah yang berlaku di sebalik dugaan yang datang ini. Alhamdulillah, spekulasi ini sudah dijelaskan dengan cepat," ujar penyanyi Cindai yang terkesan dengan dugaan kali ini.
Siti mengaku jualan SimplySiti terjejas sewaktu spekulasi tersebut tercetus tetapi kenyataan akhbar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menutup spekulasi liar itu.
Selesai sahaja krisis SimplySiti, penyanyi yang baru keluar dengan single Falling In Love ini terus menunaikan umrah bersama keluarga dan akan pulang hari ini untuk menyambut Aidilfitri di Kedah bersama keluarga suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Siti akan muncul dalam program Dato' Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 2 pada 30 Ogos ini di saluran tv9 pada pukul 10 pagi dan program Toga Diva bersama Ella dan Ramlah Ram di TV3.
FARID KAMIL
Bagi sutradara dan pelakon lelaki popular ini, Ramadan kali ini dijalani sama seperti tahun-tahun yang lalu. Farid Kamil bersahur dan berbuka sendirian. Dia berhasrat pulang awal ke kampungnya di Alor Setar, Kedah untuk persiapan raya.
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Farid diugut oleh individu tidak dikenali pada awal Ogos lalu. Bersikap tenang dalam menghadapi polemik ini, Farid menganggap perkara tersebut dilakukan oleh pihak yang tidak cerdik dan berperangai seperti kanak-kanak.
"Saya memandang serius perkara ini sebab itu saya ke balai membuat laporan. Sekarang saya menjadi semakin berjaga-jaga dan bersedia," ujar Farid tentang ugutan yang diterima agar tidak rapat dengan aktres, Diana Danielle.
"Saya tidak pasti tujuan ugutan itu dibuat. Pasti ada pihak tertentu tidak puas hati saya rapat dengan Diana," tegas Farid yang kemudian mengaku hubungan mereka berdua tidak terjejas dek ugutan tersebut.
Kata Farid, dia akan terus fokus dalam kerjayanya sebagai pelakon dan sutradara. Selesai bercuti menyambut Aidilfitri kelak, dia akan kembali ke set penggambaran dan turun padang untuk filem Culprix dan Gerila.
MEMEY SUHAIZA

MEMEY SUHAIZA


Jumlah RM12 juta memang satu angka yang besar apatah lagi apabila disuaikan dengan sebuah perkahwinan. Usai sahaja jumlah tersebut diumumkan kepada khalayak, ramai yang menyebut ia sebuah pembaziran dan untuk menyambut sebuah resepsi yang pertama buat diri Memey Suhaiza, pasti banyak dugaan yang ditempuhinya Ramadan ini.
"Saya akui banyak tekanan yang datang bersama dugaan pada saat-saat akhir persiapan perkahwinan dan di bukan Ramadan ini. Umum meletakkan harapan yang tinggi terhadap resepsi saya kelak dengan melihat jumlah yang dikeluarkan.
"Ramai yang menyatakan komitmen mahu menghadiri perkahwinan saya kelak. Saya serta keluarga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan," ujar Memey yang mengambil cuti sebulan untuk menumpukan perhatian terhadap pernikahannya.
"Tekanan juga datang pada saat-saat akhir. Saya merasakan masa bergerak semakin cepat dan seakan tidak cukup masa untuk menyiapkan persiapan. Macam tidak sempat untuk membuat persiapan, itu semua hadir dalam diri saya. Mungkin inilah dugaan.
"Banyak juga perancangan yang perlu ditukar dan tidak berjalan seperti yang diatur. Memang betul-betul perlu sabar sampai saya tidak fikir tentang raya," ujar Memey yang akan pulang ke kampung halaman di Kota Tinggi, Johor.
JIMMY SHANLEY

JIMMY SHANLEY


Status suami nampaknya tidak memihak kepada Jimmy Shanley untuk menyemarakkan Ramadan pertama bersama isteri, Norsuhaila Eliani Shuhaimi yang dinikahinya pada 1 Oktober tahun lalu. Malangnya, tidak sampai sebulan tinggal sebumbung, pasangan itu mula berantakan sehinggalah bayi dalam kandungan Suhaila, Zahra Shanley selamat dilahirkan pada 24 Jun lalu.
Kira-kira seminggu sebelum Ramadan kemelut Jimmy dan Suhaila memuncak. Ia ekoran satu kenyataan Jimmy yang disiarkan media berhubung pembatalan majlis aqiqah Zahra.
Suhaila yang membisu sejak setahun lalu mengejutkan ramai pihak dengan membuka segala pekung dan keburukan Jimmy dalam satu sidang akhbar.
"Setiap hari, kita semua memang tak dapat lari daripada dugaan, dugaan terbesar dalam hidup saya semestinya soal rumah tangga. Saya hadapi setiap dugaan itu dengan tenang dan banyak bermunajat dengan tuhan. Insya-Allah semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan tidak lama lagi.
"Tahun ini saya sudah mempunyai seorang anak, tapi saya terpaksa beraya seorang diri di Mekah. Arwah ibu saya juga meninggal di Mekah, jadi secara tak langsung, saya dekat dengan arwah ibu di sana. Saya anggap ini satu perkara yang harus saya lalui, setakat ini tiada masalah. Saya okey," katanya menerusi kiriman SMS dari Mekah.
Jimmy berada di Tanah Suci Mekah kira-kira dua minggu sejak 21 Ogos lalu.
ROZITA CHE WAN

ROZITA CHE WAN


Dilahirkan cantik, popular serta berbakat membawa hidup Rozita Che Wan basah dengan limpahan cerita panas. Ada masanya, cerita panas itu mampu melangkau batas privasi sehinggakan maruah sebagai wanita turut tergugat.
Rozita dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan perjalanan karier bintang Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir. Hubungan cinta kakak-adik itu menyumbang kepada kesabaran dan ketahanan emosi Rozita.
Keputusan Shahir menghilangkan diri serta pengumuman mahu bersara dari bidang seni secara tidak langsung mengheret Rozita ke kancah masalah yang sama.
"Kalau nak cakap bab dugaan, Ramadan kali ini agak menduga ketahanan diri saya untuk beribadat. Dua minggu di Mekah untuk menunaikan umrah memanglah satu tempoh yang cukup bermakna tapi sangat mencabar sebab cuaca sangat panas sehingga mencecah 40 darjah Celsius.
"Bila pulang ke tanah air pula, saya jadi sasaran pertanyaan macam-macam pihak tentang Shahir, orang tak dapat cari Shahir, saya dah jadi macam galang-ganti sampaikan penganjur yang nak panggil Shahir buat persembahan pun hubungi saya.
"Lepas soal itu, ada pula pihak tuduh saya jual mahal pasal tolak tawaran sebuah drama, saya cuma penat dilayan tidak sepertinya. Tapi, apa yang boleh saya buat. Telan dan layan sahaja sebab esok-esok orang akan lupa juga.
"Tapi bila tiba masa nak beraya begini, saya terfikir pasal jodoh, orang lain sibuk ikut suami atau bawa suami balik kampung saya pula beraya sahaja dengan anak-anak, ibu serta adik-beradik," ujarnya segera ketawa kerana tidak mahu tertekan oleh masalah orang lain.

Nabil tunggu naik taraf




Nabil

SEPERTI bersinarnya laman menantikan anak bulan Syawal, riang hati Nabil jelas terpancar di wajah. Apatah lagi, sejak secara rasminya dia bergelar selebriti, jejaka dari Mambau, Negeri Sembilan itu jarang menonjolkan resah biarpun berdepan pelbagai kontroversi. Cuma kali ini, bezanya Nabil, jiwanya yang sentiasa ceria itu tersalut lagi segala perisa kemanisan.
Dia sedang bahagia, menghitung waktu dan mencatur hari muka. Di hadapannya, bukan sahaja jalan karier yang tidak pernah terhalang oleh gangguan, tetapi bulat hati lelakinya sudah memutuskan dan umum juga sudah tahu, Nabil akan bernikah pada 30 September ini.
Dalam tempoh percintaannya dengan bekas pramugari AirAsia, Nazira Ayub, 23, itu masih diintai banyak mata, Nabil pula segera mahu menamatkan status bujang yang sudah dikeleknya sejak 28 tahun lalu. Terasa cepat benar keputusan itu diambil.
"Macam yang pernah saya kata, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sejak mengenali Nazira, perasaan saya lain macam, bukan saya seorang sahaja, bahkan rakan-rakan di sekeliling juga perasan kelainan pada saya.
"Saya fikir, kalau saya tak buat keputusan ini sekarang, saya tak tahu apa lagi yang terjadi kepada saya. Saya takut saya akan hanyut dengan dugaan-dugaan yang akan datang.
"Walaupun saya masih akan ada perangai gila-gila, masih Nabil yang orang kenal, tapi bila sudah ada tanggungjawab nanti, saya boleh kawal diri. Minta-minta saya dimurahkan rezeki, mana tahu dalam masa terdekat lepas kahwin nanti saya akan dapat anak pula, maka lengkaplah hidup saya sebagai lelaki berkeluarga yang bertanggungjawab," berbutir kematangan dalam nada bicara Nabil.

Amal jariah Yuna




YUNA bakal beraya di Perak. Kesibukan kerja sejak balik ke Malaysia membuatkan dirinya belum sempat untuk membuat persediaan raya.

ANAK rantau pulang ke desa. Berbekal pengalaman dan ilmu, Yunalis Zarai tetap pulang ke Malaysia bagi meraikan lebaran pada tahun ini. Walaupun jauh beribu kilometer di Amerika Syarikat, membaca status Twitter Yuna kadangkala membuah cemburu tetapi kadangkala terbalut rasa kasihan melihat perjuangannya sendirian di negara orang.
Namun penyanyi yang kini diangkat sebagai duta produk Canon ini pastinya menyimpan 1001 pengalaman emas bergelar anak rantau.
Bertemu mata dengan penyanyi antarabangsa terkenal seperti Pharrel Williams dan Guy Sebastian, pastinya menjadi salah satu portfolio berharga wanita muda berusia 25 tahun ini.
Terkini, selain kekemasan menyanyi semula lagu popular grup Nirvana yang bertajuk Come As You Are dan mendapat perhatian penulis blog terkenal Perez Hilton, Yuna bakal berlagu di tanah air.
Tanda tarikh 12 September kerana di tarikh itu suara unik Yuna akan berkumandang di Dewan Filharmonik Petronas.

Nabila nekad cerai




TEMPOH percintaan hampir tujuh tahun bukan jaminan untuk Nabila dan Zaidi kebal melawan gelora dalam berumahtangga. Belum sampai tiga tahun berkahwin, mereka berdepan konflik dan Nabila sendiri memanjat tangga pejabat kadi untuk menuntut haknya.

TERASA seperti masih basah dalam ingatan Nabila Huda rancak bercerita tentang keluarga yang dibinanya atas nama cinta. Tiga tahun hidup berkelamin bersama Zaidi Zailani, 30, putik cinta mereka membenihkan puteri comel, Keisha Laila yang kini berusia setahun.
Ketika si anak sedang laju membutirkan panggilan papa dan mama, hubungan suami-isteri aktres berusia 27 tahun itu akhirnya menjengah jua ke Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal minggu lalu.
Rupa-rupanya Nabila selama ini menyembunyikan kisah hidupnya daripada diselak oleh sesiapa. Jika ada pun, ia sekadar cerita yang mampu dibawa oleh angin, seperti tidak menjejaskan langsung kerukunan antara Nabila dan Zaidi yang dikenalinya bertahun-tahun sebelum bergelar suami isteri pada Disember 2008.
Namun, Nabila yang juga puteri sulung rockers popular Amy Search itu sendiri sudah memberikan penjelasan bahawa kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat permohonan perceraian. Dia bagaimanapun tidak berjaya memfailkan tuntutan perceraian kerana tertinggal surat nikah.
Sepintas lalu, lucu juga apabila Nabila mengunjungi Jawi untuk tujuan memfailkan perceraian tetapi tidak membawa sijil pengesahan perkahwinan.
Atau mungkin, ada hikmahnya di sebalik perkara itu, mungkin Nabila memerlukan ruang untuk berfikir secara lebih matang, lebih masak untuk memutuskan sesuatu yang telah sebati dengan dirinya.
"Saya nekad dengan keputusan saya dan berharap segala-galanya berjalan dengan baik. Mereka (Jawi) minta saya datang semula, tetapi tidak pasti bila ada kelapangan," memetik kata-kata Nabila ketika ditemui wartawan, Isnin lalu.
Nabila bagaimanapun menolak pergolakan dalam rumah tangganya berpunca daripada orang ketiga seperti dakwaan sesetengah pihak. Sebaliknya masalah mereka berdua semakin kompleks sejak sebelum disahkan hamil anak pertamanya, Keisha.
Dalam keadaan sekarang, Nabila juga mengakui sudah tidak gembira jika pulang ke rumah serta sudah tidak mampu hidup sebumbung walaupun mengakui suaminya seorang yang baik hati.
Kemelut perkahwinan Nabila yang baru hendak memasuki tahun ketiga pada 2 Disember nanti itu turut mengheret penjelasan daripada bapanya, Amy dan ibu tirinya, Norish.
Sebagai ibu bapa, tugas mereka sudahpun dilakukan sebaik mungkin.
Amy dan Norish enggan membuka banyak cerita. Apa yang termampu, mereka mengharapkan jika perceraian juga yang dipilih oleh Nabila, biarlah perkara itu diselesaikan dengan cara terbaik.
"Walau apapun yang berlaku antara Nabila dan Zaidi, itu adalah masalah dalaman mereka. Kami sudah memberikan nasihat terbaik dan mendoakan yang terbaik buat mereka," ujar Norish tidak mahu mengulas lebih.
Untuk Nabila dan Zaidi, barangkali cahaya Aidilfitri yang sedang menanti hari bakal membawakan seribu pengharapan.

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...