Berbekalkan blog kaler merah, kerahan tenaga dalaman dan luaran, penceritaan selamba ada drama sampingan sinetron Al-Kisah orang gaji sket dan diselit iklan (advertorial) yang sempoi dah boleh memberi pulangan Earning sebanyak RM29,160.05.Itulah hasil airtangan Redmummy & the team .Memang tabik dengan Redmummy ni. Walau tengah sarat dengan muatan masih mampu untuk bekerja (Sekarang dah lebih muatan dah..hehe). Memang patut pun beliau terima imbuhan ni.
REDMUMMY BERSAMA PEMINAT..HEHE
Yelah mungkin ada korang lom kenal Redmummy. Kalo lom kenal cuba korang cari Suratkhabar Berita Harian bertarikh 23hb Januari 2011 atau baca LINK SINI. Semua ada..hehe. Seorang yang memang sempoi, kekadang bisa bikin hati BEAN MORENO terbakor dek isu PAYUNG..miahaha. Memang earning Redmummy mantap tahap gaban. Rezeki masing-masing.Semakin lama semakin mantap. Antara blogger yang telah berjaya membuktikan dengan blog dan NUFFNANG boleh buat poket kembung..hehe
baca sedutan lama ..
baca sedutan lama ..
Semalam rata-rata blogger bersemangat dek berita terkeluar kat BERITA HARIAN dengan tajuk BLOGGER UNTUNG 1 JUTA. Dan pagi nie naik lagi nama REDMUMMY kat dalam Radio HOTFM.Wahh..pagi-pagi bikin semangat nak berblogging. Duduk tak senang dibuatnya..adeyy. Tertanya dalam hati adakah blogger ini menjual Jongkong emas..hehe..Ohh tidakk.. rupa-rupanya REDMUMMY idola blogger mencipta sejarah tersendiri.
Bukan sedikit pengorbanan rasanya bagi seorang blogger yang sekarang ini bolehlah secara rasmi digelar Blogger Jutawan. Nasib Baik satu juta jer bukan 40 juta, kalu tak DDR boleh terus tutup kedai..ahaks. Mungkin ramai yang dengki mungkin ramai yang suka, biasalah itu sebahagian dari diari seorang blogger hebat seperti REDMUMMY. Tabik wehh.
Mencipta nama didalam dunia blogging juga seperti mencipta nama dalam bidang seni. Adakalanya sukar untuk dijangka adakala bergantung kepada rezeki kita. Setiap apa yang kita lakukan pasti menjadi bualan setiap orang terutama bila blog telah dikenali. Namun hanya segelintir sahaja blogger yang benar-benar menghayati blogging sebenarnya.
Ehh..apa pulak yang aku nak cerita nie..hehe..Sebenarnya aku cuma nak ucapkan tahniah kepada REDMUMMY atas terbitnya artikel mengenai BLOGGER 1 JUTA nie sebab ia betul=betul memberi impak kepada ramai blogger termasuk aku. Tak dapat 1 juta dapat Blogger 10,000 pun jadiklah..hehe..Hope beliau satu hari nanti dianugerahkan Piala IKON Blogger hendaknya. Congrats REDMUMMY..

@teratakarmo.com
asampedaz: nih yang buat aku terbakor nih... hik.. insyaAllah asampedaz pon boleh berjaya kan kawan2 hik..kasi kawan sikit masa lagik ya dan doakan kawan ya semua !