Showing posts with label seksual. Show all posts
Showing posts with label seksual. Show all posts

Friday, December 8, 2017

Janda kaya mengaku tiduri 100 lelaki beristeri

Image result for Janda kaya mengaku tiduri 100 lelaki beristeri
Image result for Janda kaya mengaku tiduri 100 lelaki beristeri
Image result for Janda kaya mengaku tiduri 100 lelaki beristeri
Janda kaya mengaku tiduri 100 lelaki beristeri. Seorang janda kaya Gweneth asal Chelsea London Barat mengaku telah meniduri 100 lelaki beristeri untuk menyelamatkan hubungan mereka.
Wanita yang juga seorang pakar kewangan ini menyatakan hal tersebut melalui laman web kencan Iillicit encounters.
Yang lebih mengejutkan setengah isteri dari kesemua lelaki yang dia tiduri mengatahui hal tersebut.
Hal ini dia lakukan bukan kerana duit atau menghancurkan rumah tangga orang lain,melainkan solusi untuk menyelamatkan hubungan rumah tangga mereka.
Kerana dengan kehadirannya ditengah-tengah hubungan yang tidak membaik akibat masalah rumah tangga, lelaki yang dia kencani akan merasa bahagia sehingga perceraian tidak terjadi.
”Saya tahu banyak orang mengutuk apa yang saya lakukan,tapi saya benar-bena tidak menyesal kerana saya percaya saya membatu menjaga pernikahan banyak pasangan untuk tetap bersama”
”Mereka telah bersama selama 15 tahun dan memiliki kehidupan yang sibuk dan penuh tekanan”
”Berlain dengan wanita yang tidak memiliki masalah untuk tidak melakukan hubungan sek, mereka bisa menemukan kebahagiaan melalui teman mereka”
Tapi banyak lelaki yang menginginkan seks untuk pelampiasan hasrat terpendam mereka. Saya adalah solusi yang sempurna bagi lelaki itu.dan mereka tahu bahwa saya tidak akan datang ke depan pintu rumah mereka dan memberi tahu isteri mereka atau meminta cerai”katanya.
Dimaklumkan Gweneth mulai bekerja seperti ini sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit  kanser dua tahun lalu
”kesepian itulah yang mendorong saya untuk membuat situs kencan tersebut” katanya

Friday, April 11, 2014

Professor Izzi Haji Ali Melakukan Gangguan Seksual Terhadap Pelajar UiTM? (2 Gambar)!!!



Cerita ini semakin hangat diperkatakan dan kini Pakar Motivasi Popular itu dalam siasatan polis.
Anda tidak mengenali Professor Izzi Haji Ali? Suaranya kerap kedengaran di corong-corong radio dengan deretan nasihat dan motivasi dengan tagline “Renung-renungkanlah, dan selamat beramal”.
Namun beberapa hari lalu, terdapat laporan polis yang mengaitkannya dalam kelakuan gangguan seksual terharap seorang pelajar di UiTM Arau, Perlis.
Menurut laporan polis tersebut, pelajar tersebut mengatakan telah diraba oleh professor itu bermula dari kaki hingga ke bahagian dada. Perbuatan itu adalah tanpa kerelaan pelajar tersebut.
Ikuti laporan penuh tersebut di bawah.
  • Pada 28 Mac 2014 jam lebih kurang 2.30 petang, saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) Komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama: Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.
  • Kemudian Prof Izzi Haji Ali telah datang ke arah saya dan duduk bersila di sebelah saya.
  • Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada Prof Izzi Hj Ali berkenaan dengan subjeknya.
  • Tiba-tiba Prof Izzi Haji Ali telah meraba saya bermula di bahagian kaki sehingga kebahagian dada saya tanpa kerelaan saya.
  • Dalam masa yang sama juga Prof Izzi Haji Ali telah meramas buah dada saya dengan beberapa kali.
  • Dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang Prof Izzi Hj Ali melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya keranasaya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal.
  • Sebelum ini Prof Izzi Haji Ali  pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung.
  • Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya Prof Izzi Hj Ali berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.
  • Saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis.
  • Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan Prof Izzi Haji Ali memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya di kemudian hari. Datang balai buat laporan.
@mediamalaya.com 

Fahrin Ahmad terima foto lelaki separuh bogel

SUDAH lama berkecimpung dalam bidang lakonan, Fahrin mengakui, dia kini lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon.


MASIH belum lagi berumah tangga pada usia yang sudah memasuki 35 tahun, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad menyatakan bahawa kegagalan cinta terdahulu sedikit memberi kesan terhadap perancangannya untuk berkahwin.
Mendedahkan bahawa masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita, dia memberitahu, saat ini dirinya selesa dengan kehidupan yang dilalui serta fokus kepada bidang kerjaya yang diceburinya sekarang.
Namun begitu, bekas pengacara program Sehati Berdansa itu mengakui tentang timbulnya persepsi segelintir pihak yang beranggapan bahawa dia lebih meminati kaum sejenis memandangkan status bujangnya itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fahrin yang ditemui semasa majlis pelancaran Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kosmo!: Usia Fahrin sudah menjangkau 35 tahun tetapi masih lagi belum berumah tangga. Adakah anda tidak pernah terlintas untuk berkahwin dalam masa terdekat ini?
FAHRIN: Kalau ditanya tentang perkahwinan, saya akui tidaklah terlalu mencari gadis yang mahu dijadikan teman hidup, namun saya tidaklah menunggu jodoh itu datang sendiri.
Apa yang saya nampak sekarang ini, berkemungkinan besar jodoh saya adalah dalam kalangan rakan-rakan wanita yang saya kenali. Tidak mustahil juga saya akan bercinta selepas berkahwin dengan pasangan saya nanti.
Adakah dalam kalangan rakan-rakan wanita anda yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius?
Buat masa ini, saya melihat mereka lebih selesa untuk sekadar menjalinkan hubungan persahabatan sahaja. Mungkin salah satu puncanya kerana status saya sebagai seorang selebriti serta kisah lampau saya dengan beberapa orang selebriti dahulu.
Biarpun kini selebriti yang pernah dikaitkan dengan saya dahulu sudah selamat mendirikan rumah tangga, ia langsung tidak memberikan sebarang tekanan kepada diri saya dan berasa tenang dengan kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanakah pula kalau ada yang melabelkan anda seorang gay memandangkan status anda sekarang ini?
Kalau ada yang cuba melabelkan sebegitu, saya cuma boleh katakan bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat mengarut. Orang yang mengenali diri saya dengan lebih rapat sudah tentu tahu diri saya yang sebenar.
Pernahkah Fahrin cuba didekati oleh golongan lelaki yang meminati kaum sejenis?
Tidak dinafikan yang perkara itu memang pernah berlaku sebelum ini, malah lebih teruk lagi ada yang menghantar gambar separuh bogel kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp.
Saya ini bukanlah jenis yang suka memilih kawan dan tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi kalau ada yang melakukan perbuatan melampau sebegitu, sudah tentu saya akan menjauhkan diri.
Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?
Ketika ini drama bersiri lakonan saya berjudul Yes Boss masih lagi ditayangkan di TV3 dan tidak lama lagi saya akan terbabit pula dalam penggambaran telemovie Abang Samseng Jemur Kain.
Pada masa yang sama, saya kini turut aktif sebagai pengacara sukan bola sepak iaitu Liga Malaysia di TV1 serta telah dipilih mengacara program sukan iaitu Sukan Malaysia (Sukma) XVII, Piala Dunia 2014 dan Sukan Komanwel 2014 yang bakal berlangsung nanti.
Boleh ceritakan tentang penglibatan anda dengan produk Power Root?
Sebenarnya ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta kepada produk tersebut dan kini sedang giat mempromosikan peraduan Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM1 juta serta sagu hati sebanyak RM10,000 untuk lima pemenang.
Selain itu, peraduan yang bermula pada 1 Mei hingga 31 Disember 2014 ini turut menawarkan hadiah harian (RM500), mingguan (RM1,000) dan bulanan RM5,000. Bagi yang berminat menyertai peraduan tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.powerroot.com.my.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz2yZcLwM9M 
Hakcipta terpelihara 














FOTO SEPARUH BOGEL ADI PUTRA - APA MOTIF BEKAS SUAMI NORAIDA?

Setelah beberapa bulan kes bertukar foto dan mesej berunsur lucah dengan Noraida senyap, tiba-tiba ia dihangatkan kembali apabila bekas suami wanita tersebut iaitu Amiruddin Othman memuatnaik sekeping foto separuh bogel Adi Putra. 

Tidak diketahui apa motif Amiruddin kerana kes tersebut awalnya telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) oleh pihak polis. 

 

Bila diajukan soalan, kata Adi Putra dia tidak akan membuat tindakan saman dan sekaligus tidak mahu menghiraukan perkara tersebut. 

"Saya terlalu kerdil nak marah. Kalau ikutkan amarah, semua manusia ada amarah. Tapi fikir kembali kemana amarah itu pergi. Saya tak nak komen. Ungkapan pendek yang boleh saya ungkapkan hanyalah sabar. 

Amiruddin Othman & Noraida 
 

"Saya tak hirau apa orang cakap. Janji jangan berkenaan isteri saya, jangan ibu saya, jangan Allah S.W.T. Bagi saya bila orang salahkan saya, takpelah. Saya teruskan perjuangan sebagai manusia. Tanggungjawab dan ibadah saya masih ada lagi. 

"Saya sebenarnya tak baca pun, saya berada di Mekah masa itu bawa jemaah. Bila saya tahu, saya tak rasa apa-apa. Bagi saya jemaah lagi penting," ujar Adi Putra ketika ditemui media di sidang akhbar teater Di Bawah Lindungan Kaabah baru-baru ini. 

Kes Adi Putra diklasifikasikan sebagai NFA
 

@myartis.com














Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...