Showing posts with label resort. Show all posts
Showing posts with label resort. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Taman alam Homestay Saujana



TEMPAT duduk rotan dan bangku pokok durian ditempatkan di beranda.


KALAU sudah namanya Kampung Janda Baik, persekitaran alam semula jadi pasti sukar dipisahkan daripada fikiran.
Begitulah reputasi Homestay Saujana yang terletak di atas tapak seluas 0.7 hektar di tanah tinggi Pahang itu.
Deruan air Sungai Chemperoh yang mengalir di sisinya mencetuskan irama yang sukar diungkapkan. Ia bagaikan terapi semula jadi yang menenangkan.

MEREHATKAN tubuh di tepi kolam pasti menenangkan.


Air sungai yang jernih dingin itu mengalir laju berlantaikan batu-batu sungai sehingga menerbitkan muzikal semula jadi.
Bunyi bising kenderaan di bandar dan kerja yang tidak pernah habis pasti melelahkan, jadi homestay ini menjadi satu pilihan terbaik untuk memanjakan tubuh dan minda.
Pemiliknya, Ahmad Fakhri Hamzah, 49, berkata, homestay dengan dua unit rumah tamu itu merupakan ilham keluarganya sendiri.
“Sebenarnya lima tahun lalu saya masih tercari-cari kawasan yang sesuai untuk berehat bersama keluarga pada hujung minggu.
“Secara kebetulan kami menemui tapak ini yang terletak tidak jauh dari jalan utama. Kehadiran Sungai Chemperoh yang mengalir di sisinya turut memikat hati kami untuk memilih tempat ini,” katanya.
Tambah Fakhri, pada mulanya homestay itu merupakan projek rumah istirahat keluarga tetapi kami turut mahu ia dikongsi dengan orang ramai.
“Justeru, wujudlah rumah percutian ini yang menawarkan pakej penginapan yang menawarkan kedamaian alam semula jadi,” ujarnya.

PERALATAN elekrik asas tersedia di dapur tetapi aktiviti memasak tidak dibenarkan.


Penginapan ala homestay ini beroperasi sejak tiga tahun lalu. Ia memiliki dua buah rumah tetamu yang dinamakan Cheringin dan Chemperoh, kedua-duanya terbina di tepi sungai.
Difahamkan, kos untuk membangunkan homestay ini melebihi RM700,000 termasuk perabot dan kemudahan lain.
“Sebaik memasuki kawasan ini, anda akan nampak rumah Chemperoh dan Cheringin yang terpisah hanya 50 meter. Kami juga membina dua unit ran atau rumah atas pokok,” cerita beliau.

DAPUR barbeku dibina mengikut reka bentuk pondok Orang Asli.


Cheringin dan Chemperoh dibina menggunakan kayu meranti manakala rumah atas pokok itu diperkukuh dengan kayu cengal.
Ditambah pula dengan gaya hiasan tradisional kontemporari, tetamu akan berasa seolah-olah berada di kampung sendiri. Nilai eksklusif inilah yang mahu ditawarkan Homestay Saujana.
Reka bentuk kedua-dua rumah kayu itu agak ringkas. Di berandanya yang luas terdapat sebuah meja bulat dan kerusi rotan yang membolehkan penghuni merehatkan diri sambil melemparkan pandangan ke arah sungai dan alam sekeliling.
Terdapat juga sebuah bangku panjang yang diperbuat daripada pokok durian.
Terbuka


KATIL, ruang tamu dan meja makan disusun atur menggunakan konsep ruang terbuka sekali gus menampakkan ruang lebih luas.



Rumah ini memakai konsep terbuka iaitu tiada bilik disediakan melainkan bilik air. Sebuah katil bersaiz King ditempatkan di satu sudut. Apa yang menarik, katil bertiang tinggi itu dilengkapi kelambu putih.
Tetamu cuma perlu menurunkan kelambu itu apabila mahu tidur pada waktu malam. Keadaan ini akan mengingatkan seseorang kepada suasana bilik tidur pada zaman dahulu.
Di satu sudut, hamparan permaidani yang dibawa dari Oman menghiasi ruang.
Memandangkan suhu dingin tanah tinggi itu terasa menembusi kulit khususnya pada waktu pagi, bilik air homestay ini menyediakan alat pemanas air untuk keselesaan tetamu.
Ruang tamu pula terletak betul-betul bersebelahan katil. Terdapat set sofa moden di situ selain kemudahan televisyen satelit.
Rumah ini turut mempunyai kemudahan peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro, bagaimanapun tetamu tidak dibenarkan memasak.


KIRI: Rumah Chemperoh terletak betul-betul di tebing Sungai Chemperoh.
BAWAH: Rumah atas pokok sering menjadi tumpuan pengunjung.



“Kami tidak memasang kipas angin mahupun penyaman udara kerana pada waktu malam, tempat ini sejuk. Suhu persekitaran boleh turun sehingga 21 darjah Celsius.
“Pada waktu siang pula, kami menggalakkan tetamu bersantai di luar rumah khususnya di tepi sungai sambil mendengar serangga dan unggas sahut-menyahut,” kata Fakhri.
Walaupun tiada kemudahan memasak di dalam rumah, homestay ini menyediakan tempat untuk barbeku yang mengadaptasi binaan pondok Orang Asli.
Berhampiran sungai juga terdapat sebuah kolam ikan yang dihiasi batu-batu cantik. Dianggarkan ia dihuni kira-kira 1,000 ekor ikan tilapia.
Menurut Fakhri, pengunjung boleh mendapatkan ikan segar itu pada harga RM10 seekor.
Kata Fakhri lagi, tetamu yang membawa komputer riba boleh menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan di seluruh kawasan berkenaan.
“Secara keseluruhannya homestay ini mahu anda menikmati taman hijau di sekelilingnya dengan sepuas-puasnya.
“Tetapi dalam masa sama anda tidak akan terputus hubungan daripada dunia luar,” katanya.

Tuesday, May 24, 2011

Pak Lah Resort, Pulai, Melaka

PAK LAH RESORT DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!

Pak Lah Resort adalah sebuah resort yang baru sahaja dibina di Kampong Pulai, Melaka dan telah mula beroperasi semenjak bulan Mac 2011 yang lalu. Dibina oleh syarikat pembinaan Smartwork Renovation Enterprise yang diterajui oleh Puan Nor Aishah bersama suaminya. Semenjak dibuka kepada orang ramai, Pak Lah Resort telah mula dikenali dan menjadi bahan sebutan kerana keunikan pembinaan, rekacipta banggunan moden yang diselitkan dengan unsur tradisional kayu kayan menjadikan Pak Lah Resort lebih santai namun tetap tersergam indah di dalam kelasnya tersendiri. Terdapat 2 Blok yang menempatkan 8 bilik kesemuanya dengan kemudahan asas yang lengkap.




TERSERGAM INDAH DAN MENDAMAIKAN

Dibina di dalam kawasan yang luas, amat sesuai untuk para pengunjung yang ingin mengadakan majlis-majlis keluarga, persahabatan, jamuan makan malam, majlis harijadi dan lain-lain. Para tetamu tidak perlu risau tentang ruang "parking" kenderaan kerana sememangnya pihak pengurusan Pak Lah Resort telah menyediakan ruang yang luas dan terjamin lebih selamat kerana ianya terletak di dalam kawasan resort dan dijaga rapi oleh pengawal keselamatan yang berpengalaman.

...peaceful environment..

feel the town's modernization, with heritage surroundings..



SERVICES & ACTIVITIES



*THE FAMOUS MEDAN IKAN BAKAR

* FISHING

*BBQ AREA

* FAMILY DAY

* BREAKFAST (UPON REQUEST)

* GAMES & ACTIVITIES (UPON REQUEST)

* WIDE YARD FOR OWN ACTIVITIES

* MALACCA TOUR PACKAGE



INFO:-



* 5 MINS TO MEDAN IKAN BAKAR

* 2 HOURS FROM KLIA

* 1.5 HOURS FROM KL

* 20 MINS TO THE HISTORICAL MALACCA TOWN



Lokasi kami berdekatan dengan pulau terkenal di Melaka- Pulau Besar! 

Kawasan Pelancongan Berhampiran Menarik Untuk Dikunjungi Di Merlimau...

Pusat Ikan Bakar Popular Di Umbai, Serkam, Anjung Batu, Pulai..

Bagi Peminat Pancing Pak Lah Resort Berdekatan Dengan Kelong Abu!
PEJABAT DAN PENGURUSAN

Puan Nor Aishah dan suami bersama menguruskan Pak Lah Resort ini di samping perniagaan utama beliau di dalam bidang pembinaan di negeri Melaka ini. Komited untuk memberikan terbaek kepada para pelanggannya! Untuk membuat tempahan bilik anda boleh terus menghubungi Puan Nor Aishah, info lanjut adalah seperti di bawah:-

Alamat : Lot 1348, Jalan Haji Sharif, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Hotline: 013- 661 3100/ 013- 623 1999


FAMILY ROOM

FAMILY ROOM:-
QUEEN + SINGLE  RM120 (WEEKDAY)/ RM150 (WEEKEND)


DELUXE ROOM


DELUXE ROOM:-
QUEEN + SINGLE  RM100 (WEEKDAY)/ RM120 (WEEKEND)



TEMPAH BILIK ANDA HARI INI!


Alamat : Lot 1348, Jalan Haji Sharif, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Hotline: 013- 661 3100/ 013- 623 1999
Emel: paklah_resort@yahoo.com
Our Photo Gallery...

ADD PAK LAH RESORT FACEBOOK!

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...