Showing posts with label muay thai. Show all posts
Showing posts with label muay thai. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Selangor Peruntuk RM5 Juta Untuk Atlet Israel?

Selangor Peruntuk RM5 Juta Untuk Atlet Israel?
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa mempunyai bukti kukuh kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang disertai peninju Israel, Ilya Grad baru-baru ini.
Dakwanya  antara bukti tersebut adalah melalui logo Tourism Selangor yang sentiasa dipaparkan pada setiap episod kejohanan itu menerusi siaran televisyen di AXN.
Justeru, katanya, beliau hairan kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai penyertaan atlet Israel itu sebaliknya melemparkan tuduhan terhadap dirinya atas kemasukan atlet itu ke Malaysia.
“Kementerian Belia dan Sukan bukan penganjur kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang disertai peninju Ilya Grad sebaliknya kerajaan negeri menerusi Tourism Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk kejohanan itu,” dakwanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery mendcakwa, kerajaan Selangor tidak sepatutnya melemparkan tuduhan terhadap dirinya kerana urusan kemasukan atlet Israel ke Malaysia adalah di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Tetapi, katanya, beliau berasa pelik dengan kenyataan kerajaan Selangor yang menyatakan mereka tidak terlibat langsung dengan kejohanan itu tetapi memperuntukkan RM5 juta untuk kejohanan itu.
Dakwanya, kerajaan negeri sebagai tuan rumah kejohanan seharusnya mengenakan syarat untuk menyekat kemasukan atlet Israel kerana Malaysia dan Israel sehingga kini tidak ada hubungan diplomatik.
@mynewshub.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...