Wednesday, September 28, 2011

Gejala 3 Buah Zakar




SOALAN:
Saya berusia 18 tahun dan mempunyai tiga buah zakar. Adakah ini satu ketumbuhan yang mendatangkan penyakit atau menjejaskan kesihatan saya?


Ingin Tahu,
Kuala Lumpur



JAWAPAN:
Jika ada tiga buah zakar, memang anda hebat kerana dapat menghasilkan banyak benih, tapi perkara sebegini tidak wujud. Bayangkan wanita mempunyai tiga buah dada, memang ada. Namun dua ovari tidak wujud.

Sebenarnya banyak lelaki keliru mengenai kandungan dalam kerandut buah zakar. Kandungan yang jelas ialah sepasang buah zakar, jika kedua-dua buah itu ada dalam kerandut.

Ada kala, hanya satu buah zakar kerana buah lagi satu terkandas ketika dalam perjalanan turun dari perut ke dalam kerandut.

Untuk memeriksanya, lelaki akan terasa ketulan atau gumpalan di belakang buah zakar dan bahagian ini dikenali sebagai pundi epididimis. Pundi ini sebenarnya bukan ‘pundi’, ia gumpalan salur memungut sperma daripada buah zakar.

Kadangkala, pundi ini besar dan ada kalanya ada ketulan seakan ‘buah zakar’ yang sebenarnya cista atau ketulan mengandungi cecair dari pundi epididimis.

Ini yang biasanya dikaitkan dengan ‘buah zakar’ ketiga. Cista ini kekal dan boleh membesar dan kadangkala boleh mengecil.

Yang mustahak ialah menjalani pemeriksaan doktor. Jika perlu, doktor akan cadangkan pemeriksaan imbasan. Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk pengesahan kerana memang lelaki tiada tiga buah zakar!



Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan



Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...