TAHUN 2011 membawa tuah kepada populariti aktres Kareena Kapoor, 30. Pada bulan lalu, nama anak kelahiran Mumbai, India itu berada di kedudukan teratas dalam senarai Wanita Bollywood Paling Seksi.
Pengiktirafan tersebut diumumkan menerusi majalah terkenal Bollywood, Stardust yang diterbitkan setiap bulan dalam bahasa Tamil dan Hindi. Menariknya, dalam senarai tersebut, adik kepada pelakon Karisma Kapoor itu mengatasi nama-nama besar seperti pelakon seksi seperti Katrina Kaif, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra.
"Saya terkejut dan terharu dengan pengiktirafan ini. Semuanya berkat sokongan para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong perjalanan seni saya.
"Secara jujurnya, kebanyakan penampilan seksi saya hanya untuk filem dan sesi fotografi majalah kerana semuanya sudah diatur oleh pihak yang bertanggungjawab. Tetapi, luar set penggambaran saya lebih selesa memakai seluar jean bersama baju T ataupun pakaian tradisional salwar kameez," ujar anak kepada pelakon veteran, Randhir Kapoor dan Babita itu.
Namun, rata-rata pemerhati fesyen dan media Bollywood tidak menolak kemungkinan keseksian Kareena atau mesra disapa Bebo semakin ketara dan mendapat perhatian ramai selepas dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.
Kombinasi diet dan yoga
Jelas wanita dengan berat badan 48 kilogram itu, perubahan fizikalnya bermula sejak tiga tahun lepas. Semuanya berpunca selepas wanita berketurunan Punjabi tersebut berhenti mengambil hidangan berasaskan daging. Corak pemakanannya pada hari ini lebih cenderung pada hidangan proteindan vitamin selain menggandakan pengambilan sayur-sayuran.
"Saya terasa lebih sihat dan bertenaga. Resipi kejayaan tidak bergantung pada amalan diet pemakanan yang ketat. Sebaliknya, saya mengikut saranan pakar diet peribadi saya iaitu perlu menikmati makanan yang betul dan makan secara kerap.
"Lagipun, penurunan berat badan saya dibantu amalan senaman yoga selama sejam setiap hari kerana saya kurang gemar bersenam di gim," bicara Kareena yang pernah menuntut dalam jurusan mikro komputer di Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS) selama tiga bulan.
Wanita itu juga pernah melanjutkan pengajian undang-undang di Government Law College, Churchgate, Mumbai, India, selama setahun.
Ikuti bicara Kareena Kapoor yang pernah membintangi filem Jab We Meet, 3 Idiots, Mujhse Dosti Karoge, dan terbaru, We Are Family mengenai tata rias peribadinya.
Ceritakan tentang teknik solekan kegemaran anda.
Saya lebih selesa dengan solekan nipis dan semula jadi pada sebelah siang. Namun, sekiranya perlu menghadiri majlis atau berjumpa temanpada sebelah malam, saya akan merias mata menggunakan celak rona hitam.
Tidak ketinggalan mengaplikasi teknik smokey eyes di kelopak mata dan memakai maskara jenama Yves Saint Laurent.
Anda antara wanita yang dilabel memiliki bibir yang seksi. Jadi, bagaimanakah dengan amalan penjagaan bibir?
Tiada amalan khas. Cuma sebelum keluar rumah saya memastikan bibir dicalit dengan gincu bibir rona merah jambu lembut. Koleksi M.A.C antara jenama kesukaan saya.
Berapa kerapkah anda mendapatkan sesi rawatan wajah di salun kecantikan?
Saya lebih selesa melakukan sesi rawatan wajah di rumah dengan menggunakan pembersih wajah jenama Lancome, menyapu krim pelembap dan krim pelindung sinaran ultra ungu (UV) koleksi Clarins.
Apakah kepentingan krim pelindung UV bagi anda?
Ia penting untuk melindungi wajah daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit wajah dan pigmentasi.
Selain jenama Head and Shoulders, apakah jenama lain yang turut melantik anda sebagai duta atau jurucakap produk mereka?
Antaranya adalah jenama Vaio, Mahindra Scooter, Globus, Anne French, Emami, ICI Paints, Vivel of ITC, Boro Plus, jam tangan Citizen dan Airtel serta minuman Pepsi. Selain itu, saya turut dilantik menjadi duta jenama jam tangan Chronotech.
baca kisah bollywood disini bai...
baca kisah bollywood disini bai...
No comments:
Post a Comment