Tuesday, October 22, 2013

Foto : Dato’ Siti Bakal Hadir Ke Konsert Beyonce


Foto : Dato Siti Bakal Hadir Ke Konsert Beyonce
Sudah menjadi kebiasaannya, setiap kali tiba hujung tahun, pasti ramai selebriti tempatan akan menghabiskan masa terluang mereka dengan bercuti ke destinasi-destinasi menarik bersama insan tersayang.
Jika semalam, OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto comel, Nora Danish dan Nadeem bercuti di Eropah, hari ini kami ingin kongsikan pula foto romantis, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan suami bercuti di Melbourne, Australia.
Jika semalam, OHBULAN! telah kongsikan beberapa foto comel, Nora Danish dan Nadeem bercuti di Eropah, hari ini kami ingin kongsikan pula foto romantis, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan suami bercuti di Melbourne, Australia.
Menerusi laman sosial penyanyi tersebut, tujuan utama Dato’ Siti dan Datuk K ke Australia bukan sekadar bercuti, malah mereka merancang untuk hadir ke konsert siri jelajah Beyonce yang akan diadakan di sana.
Foto : Dato Siti Bakal Hadir Ke Konsert Beyonce
Dato’ Siti & Datuk K di Australia
Dalam pada itu, meneliti setiap status yang dimuat naik oleh penyanyi tersebut, Dato’ Siti telah melahirkan rasa teruja dan akui sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan mantap penyanyi Hollywood itu.
Untuk makluman, konsert Beyonce The Mrs.Carter Show World Tour  dijadualkan bakal berlangsung hari ini, 22 Oktober hingga 26 Oktober 2013 di Stadium Tenis, Rod Laver Arena.
Secara umumnya, ini merupakan konsert siri jelajah Beyonce buat kali kelima. Sebelum ke Australia, penyanyi tersebut telah menjejakkan kaki di beberapa negara lain seperti New Zealand, Mexico, Brazil dan Venezuela.
Apa pun, untuk semua peminat Dato’ Siti Nurhaliza, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto menarik penyanyi tersebut sepanjang berada di Australia.
Dato' CT 5
Dato' CT 1
Dato' CT 4
 Dato' CT 3
@ohbulan.com


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...