Monday, November 28, 2016

Trump sifatkan kira semula undi satu komplot



WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat, Do­nald Trump menyifatkan proses kiraan semula undi yang dilakukan di negeri Wisconsin sebagai suatu komplot untuk menafikan kemenangannya baru-baru ini.
Calon daripada Parti Republikan itu me­negaskan bahawa kemenangan dalam pilihan raya Presiden pada 8 November lalu sepatutnya dihargai, bukannya ‘dicabar atau direndah-rendahkan.’
“Proses kiraan semula undi yang diminta oleh calon Parti Green, Jill Stein berlaku pada pilihan raya yang sudah tamat,” kata Trump.
Sementara itu, kumpulan kempen bagi Hillary Clinton, iaitu pesaing Trump daripada Parti Demokrat mengesahkan mereka akan menyertai proses kiraan semula itu.
Mereka bagaimanapun mengakui, setakat ini tidak sebarang petunjuk wujud berlakunya penyelewengan dalam persaingan merebut kerusi White House yang dimenangi Trump.
Peguam pilihan raya bagi Parti Demokrat, Marc Erik Elias dalam laporan portal Medium.com berkata, mereka juga akan mengambil bahagian dalam proses kiraan semula undi di Michigan dan Pennsylvania, jika dibenarkan.
Clinton cuma ketinggalan kira-kira 20,000 undi di Wisconsin, 70,000 undi di Pennsylvania dan 10,000 undi di Michigan.
Stein dalam permohonannya kepada pesuruhjaya pilihan raya juga mengutarakan cadangan memperoleh kebenaran kiraan semula undi di dua-dua negeri tersebut.
“Rakyat telah bersuara dan pilihan raya sudah tamat, dan Clinton pada malam pilihan raya ketika mengucapkan tahniah kepada saya ada berkata, kita harus terima keputusan ini dan lihat ke arah masa hadapan.
“Ini adalah komplot oleh Parti Green untuk pilihan raya yang telah tamat, keputusan pilihan raya harus dihormati dan bukannya dicabar atau direndah-rendahkan, seperti apa yang Jill Stein lakukan,” kata Trump dalam satu ke­nyataan. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RIm3ldKb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...