Wednesday, November 30, 2016

Penduduk Mosul mula kibar bendera putih


REUTERS - SEORANG wanita mengibarkan bendera putih di Mosul, Iraq kelmarin sebagai menandakan keamanan kembali pulih di kawasan kejiranan mereka.

 


MOSUL, Iraq – Penduduk mula mengibarkan bendera putih bagi meraikan tentera Iraq yang berjaya mengusir kumpulan militan Daesh dari kawasan kejiranan Al-Khadraa di timur Mosul kelmarin.
“Kami mengibarkan bendera putih untuk menunjukkan kepada tentera bahawa kami telah aman,” kata seorang peniaga, Abu Mohammad, seorang lelaki berusia 70-an yang berdiri di luar kedainya.
Tentera Iraq melancarkan serangan besar-besaran pada 17 Oktober lalu untuk menawan Mosul, bandar kedua terbesar negara itu dan di lokasi inilah Ketua Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi mengisytiharkan pemerintahan khalifah pada 2014.
Sabtu lalu, tentera Iraq berjaya memaksa kumpulan militan itu meninggalkan Al-Khadraa selepas beberapa hari berlakunya pertempuran sengit.
Abu Mohammad berkata, penduduk berterima kasih kepada anggota tentera dengan memberi bunga sebagai tanda penghargaan dan dengan segera membuka semula kedainya.
“Kami kini sudah bebas dengan militan,” katanya.
Bagaimanapun, bunyi tembakan dan letupan masih boleh didengari pada jarak jauh dan tentera Iraq berkata, mereka masih memburu militan tegar yang mungkin bersembunyi di kawasan tersebut.
“Ada penduduk yang bekerjasama dengan kami,” kata Lef­tenan Nasser al-Ruqabi daripada Perkhidmatan Antikeganasan (CTS).
Menurut Nasser, CTS mula bekerjasama dengan mereka pada Ahad lalu untuk mengenal pasti adakah militan yang terlepas dan menentukan jalan mana yang mungkin dilalui mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4RPpUk6b1 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...