Sunday, November 17, 2013

Polis edar gambar anggota kumpulan 'Tuhan Harun' untuk bantu siasatan

Polis edar gambar anggota kumpulan 'Tuhan Harun' untuk bantu siasatan
KUANTAN: Seramai 27 individu yang dipercayai pengikut  ajaran sesat 'Tuhan Harun' diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mereka terbabit diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes itu.

"Tujuh daripada mereka termasuklah pengasas ajaran sesat itu iaitu Harun Mat Saat, 47, Husin Ismail, 43, Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40, Mohd Khalilie Zazali, 31, Syahiszam Soid, 40, Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dan Azida Mohd Zol, 30 tahun, yang telah dikeluarkan waran tangkap sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Mereka yang lain ialah Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27, Mohamad Tirmidzi Othman, 17, Hashim Zakaria, 38, Farhaien Othman, 22, Lukman Harun, 20, Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 25, Muhammad Nazrul Zakaria, 38.

Mohd Rozi Akasah, 38, Shamsul Amri Abu Hassan, 44, Saufi Harun, 18, Norhafizah Mohd Azam, 28, Mohd Edham Mohd Nizam, 18, Khairul Amir Akasah, 34, Sharizal Shamsuddin, 32, Muhammad Harun, 21, Norhairi Harun, 41, Mahni Harun, 12, Shazliana Mokhtarudin, 29, Othman Abdullah, 48, dan Kheairus Ali, 47.

"Sebelum ini polis meminta 31 pengikut ajaran itu tampil membantu siasatan, empat daripada mereka telah tampil membantu pihak polis pada 12 dan 13 Nov lepas," katanya.

Pihak polis hari ini turut mengedarkan 27 gambar mereka terbabit kepada pihak media. Mohd Jasmani berkata mereka terbabit tidak perlu takut untuk tampil membantu siasatan.

Pengikut Tuhan Harun
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan pengikut ajaran itu juga diminta membantu pihak polis," katanya.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani sebelum ini berkata pihak polis percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan.

Dalam kejadian Ahad lepas pada jam 1.55 petang, Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Raffli sedang mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta ajaran Tuhan Harun.


@astroawani.com

Lelaki paku kemaluan disiasat

Moscow: Pihak berkuasa Russia melancarkan siasatan terhadap seorang seniman persembahan yang memaku kemaluannya ke Dataran Merah di Moscow minggu lalu, kata polis semalam.
Jurucakap polis berkata, Pyotr Pavlensky disiasat kerana melakukan “kebuasan” yang didorong oleh kebencian - tuduhan yang sama pernah dikenakan ke atas kumpulan punk Pussy Riot.
Kata jurucakap itu, jika Pavlensky didakwa dan disabitkan kesalahan artis yang berpangkalan di St Petersburg itu boleh dihukum penjara lima tahun. 
Ahad lalu Pavlensky, 29, berbogel dan duduk di kawasan lapang medan bersejarah di Moscow itu sebelum memaku kemaluannya ke tanah tanpa mempedulikan orang ramai.
Polis berjaya memujuk Pavlensky dan mengiringinya meninggalkan tempat itu.
Dia dimasukkan ke hospital seketika sebelum dibawa bertemu pakar sakit jiwa. 

Namun, dia dibebaskan sehari kemudian apabila hakim daerah mendapati berlaku kesilapan dalam dokumen pendakwaan polis dan pihak berkuasa gagal membuktikan berlaku salah laku pada Pavlensky. - AFP
@hmetro.com.my

Pelik Tapi Benar!! Hidung baru atas dahi

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
Foto
HIDUNG baru Xiaolian.
Foto
DOKTOR memeriksa hidung asal Xiaolian yang mengalami jangkitan.
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi
@hmetro.com.my

6 jam pakai 100 tudung

Perkara pertama terlintas di benak gadis tinggi lampai kelahiran Aalborg, Denmark apabila temannya mempelawa untuk bercuti di Malaysia adalah tandas.
Pengalaman pertama berada di Malaysia pada Mac 2010 ketika transit penerbangan dari Australia ke Denmark, Anna Andersen terkejut melihat jenis mangkuk tandas digunakan rakyat tempatan adalah jenis cangkung, sedangkan dia terbiasa dengan jenis duduk. 
Persinggahan ‘tidak sengaja’ ke negara ini tiga tahun lalu, membuatkan gadis berusia 23 tahun ini yakin dirinya tidak memiliki keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia. 

Nyata tanggapannya salah apabila dijelaskan keadaan sebenar oleh teman rapat yang menetap di Malaysia dalam jangka panjang.
Foto
ANNA seronok menikmati jus buahan segar dan eksotik di Malaysia.

Kunjungan pertama anda ke Malaysia dan apakah tujuannya? 

Saya singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Mac 2010 bersama teman ketika dalam perjalanan pulang percutian dari Australia ke Denmark. 

Kami transit di Malaysia sebelum pulang ke Denmark. Penantian yang memakan masa satu hari itu memberi saya peluang mencuci mata dan membeli-belah di KLIA. 

Pengalaman menggunakan tandas menjadi memori kelakar dan tidak boleh saya lupakan sewaktu di Malaysia. 

Awal tahun lalu, seorang teman mempelawa saya datang ke Malaysia untuk membantunya dalam kerja-kerja ‘stylist’ (jurugaya fesyen). 

Mulanya, saya teragak-agak untuk menerima namun selepas mendengar cerita menarik mengenai negara ini, saya kembali ke Malaysia buat kali kedua pada Jun lalu. 


Pernahkah anda mendengar nama Malaysia sebelum ini? 

Ya, saya mengenali Malaysia menerusi program berkembar membabitkan kerjasama universiti antara Denmark, Malaysia juga Singapura. 

Saya juga pernah melihat program berbentuk prebiu mengenai program komedi di Denmark menerusi televisyen. 

Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan memilih Malaysia sebagai destinasi utama, begitu juga dengan anggapan ibu bapa. Mereka menjangka saya akan memilih New York mahupun London sebagai lokasi penyelidikan tesis. 


Kesukaran yang anda alami sepanjang di Malaysia? 

Saya tidak perlu gusar mengenai cuaca panas di sini kerana saya sangat menyenanginya. Bagi saya, bahasa adalah kesukaran utama. 

Walaupun ada yang pandai berbahasa Inggeris, ada juga tidak boleh bertutur bahasa berkenaan. Mengambil contoh, baru-baru ini penyaman udara di pejabat rosak dan saya bertanggungjawab memanggil juruteknik, tetapi masalahnya dia tidak boleh berbahasa Inggeris manakala saya tidak pandai berbahasa tempatan. 

Selepas beberapa hari, kerosakan sama berlaku dan saya cuba menghubunginya kembali, tetapi dia enggan kerana sukar untuk kami berkomunikasi. 

Walaupun saya faham beberapa perkataan seperti cantik, boleh, terima kasih, sama-sama, saya masih belajar. 

Uniknya, orang Malaysia bercakap mencampur-campurkan bahasa lain. Biarpun begitu, saya menghargai keunikan kebudayaan, gaya hidup dan penerimaan masyarakat Malaysia. 


Pengalaman menarik sepanjang di Malaysia? 

Hari pertama tiba di Malaysia dan masih ‘jetlag’ selepas perjalanan memakan masa panjang, saya diminta menjadi model hijab. Dalam keadaan penat, saya terpaksa memakai hampir 100 tudung bagi sesi fotografi selama enam jam itu. 

Teman saya mempunyai perniagaan tudung online dan masih baru, jadi dia tidak mempunyai pilihan lalu menggunakan saya sebagai modelnya. 

Selain tuntutan agama Islam, tudung menjadi fesyen pada hari ini dan pilihan untuk memakainya terletak pada individu, tiada paksaan. 

Hari ini, saya tidak lagi menjadi model hijab tetapi selaku ‘stylist’, saya perlu mencipta gaya fesyen bertudung yang baru. 


Lokasi kegemaran anda? 

Pulau Langkawi. Saya pernah bercuti di sana dan menjadi destinasi percutian keluarga Disember nanti. Saya menyukai Bangsar Village kerana konsepnya membuatkan saya berada di ‘rumah’.
@hmetro.com.my

Tak pernah percaya tunang

London: Kecelaruan psikologi dikenali sebagai sindrom Othello menjadikan seorang wanita mengalami masalah cemburu melampau.
Keadaan itu bukan saja menyusahkan dirinya sendiri, malah menjadi khabar buruk kepada tunangnya.
Justeru, Debbi Wood akan mengesyaki tunangnya, Steve, berlaku curang atau liar jika dia berada jauh daripada pandangan.

Untuk mengatasi kebimbangan itu Debbi, 42, mewajibkan Steve memakai alat pengesan bohong setiap kali keluar rumah,
Foto
STEVE terpaksa membiarkan Debbi memeriksa akaun peribadi, e-mel dan telefon bimbitnya beberapa kali sehari.

Tidak cukup dengan itu Debbi juga memeriksa telefon bimbit Steve selain e-mel dan akaun bank lelaki terbabit beberapa kali sehari.

Namun, setakat ini Debbi tidak pernah berjaya membuktikan Steve berselingkuh dengan wanita lain. 

Kata Debbi, dia khuatir Steve bermain mata atau tergoda dengan wanita lain walaupun sekadar pembantu kedai.

“Saya cuma mahu tahu apa berlaku pada Steve jika dia berjauhan daripada saya,” katanya. 

Menurut Debbi, Steve seorang lelaki yang hebat.

Namun, itu bukanlah kebimbangan utamanya.

“Apa yang penting ialah sama ada saya boleh mempercayai Steve tidak akan bermain mata dengan wanita lain atau tidak.

“Saya tak mahu Steve berasa dia seorang lelaki menarik,” katanya. 

Walaupun bagi sesetengah orang menghidap sindrom Othello adalah suatu bencana, Debbi sebaliknya menganggap ia satu “rahmat.”

Sindrom Othello - diambil sempena nama watak cerita ciptaan William Shakespeare yang membunuh isteri kerana disyaki curang membolehkan Debbi mengawasi tunangnya.

Kecemburuan Debbi amat melampau sehingga Steve, 30, terpaksa menggunakan nama keluarga Debbi.

Steve juga dihalang daripada menonton televisyen memaparkan wanita dalam siarannya. 

Bagi Steve pula, dia rela dicurigai Debbi demi cintanya kepada wanita terbabit.

Sementara itu pakar berkata, mereka yakin sindrom itu berpunca daripada kegagalan seseorang dalam hubungan silam. - Agensi
@hmetro.com.my

Solat dan rukhsah

  • Solat dan rukhsahBerpakaianlah menutup aurat dan sentiasa berwuduk bagi memudahkan bersolat. - Gambar hiasan
 1 / 2 
SESUNGGUHNYA sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT kita diamanahkan dengan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

ALLAH SWT menganugerahkan akal fikiran, amanah dan tidak terkecuali daripada menunaikan tanggungjawab terbesar iaitu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada sebarang kelonggaran pada umumnya.

Jamak dan qasar

Pensyarah Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Ahmad Farid Ibrahim menjelaskan, Islam adalah agama mudah dan langsung tidak membebankan umatnya. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi musafir disarankan melakukan solat jamak dan qasar, begitu juga semasa kita melakukan aktiviti beriadah seperti meneroka hutan, mendaki bukit dan sebagainya.

“Harus disematkan dalam minda akan pentingnya kewajipan bersolat walau dalam apa jua keadaan. Hak untuk bersolat langsung tidak dapat dinafikan. Ini tidak,  bayangkan satu situasi, apabila tidak membawa telekung sembahyang terus tidak bersolat sedangkan jika baju yang dipakai bersih serta menutup aurat boleh sahaja untuk menunaikan solat.

“Mahu atau tidak mahu sahaja, kerana itulah kita disarankan sentiasa dalam keadaan berwuduk dan berpakaian menutup aurat sekali gus membolehkan kita bersolat,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, umat Nabi SAW tergolong sebagai umat yang diberi kemudahan berbanding umat rasul dan nabi lain.

Bayangkan, semasa peristiwa Israk wal Mikraj, Nabi SAW menerima perintah bersolat daripada ALLAH dalam jumlah yang banyak, namun atas nasihat daripada nabi lain, Nabi SAW meminta ALLAH mengurangkan bilangan itu sehingga menjadi lima sehari semalam.

Lihatlah betapa ALLAH memberi kemudahan kepada umat Muhammad.

Solat semasa berekreasi

Ustaz Farid menjelaskan, dalam kehidupan seharian sebagai makhluk ALLAH yang beriman, kita tidak terkecuali daripada hidup bebas ke sana dan ke sini tanpa ada sekatan.

 “Ketahuilah bahawa dalam kita berseronok menjalani hidup sebagai hambaNya seperti berekreasi, mendaki gunung atau mengembara (bermusafir) tetap tidak dapat lari daripada tugas utama iaitu beriman kepada ALLAH dengan bersolat di mana jua dan dalam keadaan macam mana sekalipun," katanya.

Menurutnya, ramai kurang jelas mengenai hukum dan panduan melaksanakan solat ketika waktu pendakian kerana ada berpandangan solat itu boleh diqada atau ditinggalkan begitu sahaja dengan alasan sukar mencari air untuk berwuduk atau ada juga berpandangan dalam keadaan berpakaian kotor comot dan tidak selesa penuh dengan lumpur dan berpeluh.

Namun Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai kaedah, panduan dan peraturan hidup bermula dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besarnya. Islam itu sendiri memperlengkapkan setiap apa jua bentuk amalan dengan peraturan dan panduan serta hukumnya yang tersendiri.

Solat semasa bermusafir

Nabi SAW berkata kepada Imran bin Hushain: “Solatlah kamu sambil berdiri, dan jika kamu tidak mampu, maka sambil duduk, dan jika tidak mampu, maka dengan berbaring”. (Riwayat Bukhari).

Menurut mazhab Syafie, apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu), maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan diberi ALLAH kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.
Permulaan musafir ini dikira setelah keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira melebihi dari 60 batu.

Jika seseorang itu sudah sampai ke kawasan dia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Dia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama empat hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya dia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Semasa berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka dia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan dia tahu ke mana arah tujuannya bolehlah jamak/qasar.
Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 90 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.

Menyapu khuf (usap sepatu)

Jika dikaji dari sudut kaedah pelaksanaannya, Islam menyarankan umatnya supaya laksanakanlah solat itu walaupun dalam keadaan seperti di atas, jadi kefahaman mengenai kaedah menyapu khuf  (mengusap sepatu) adalah sesuatu kaedah yang penting.

Seseorang itu boleh melakukan solat itu dalam keadaan bersepatu yang mana sepatu atau kasut itu tadi dipakai sebelum melakukan solat serta pemakai tadi diisyaratkan dengan menyapu kedua-dua khuf tadi dengan lima syarat:

i.    Kedua-dua dipakai setelah wuduk yang sempurna (iaitu dipakai dalam keadaan berwuduk).
ii.    Hendaklah kedua-duanya menutupi semua tempat kaki yang wajib dibasuh( ketika berwuduk), kerana kedua-duanya tidak dinamakan khuf kecuali dalam keadaan demikian.
iii.    Hendaklah keduanya tahan daripada dimasuki air ke dalam kaki, kecuali di bahagian jahitan.
iv.    Hendaklah keduanya kuat dan lasak sehingga boleh berjalan berturut-turut sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi yang bermusafir.
v.    Kedua-duanya adalah suci. Sekiranya ia diperbuat daripada kulit bangkai, maka ia hendaklah kulit bangkai yang disamak.

@sinarharian.com.my

Barnett lebih bijak daripada Einstein

  • Barnett lebih bijak daripada EinsteinBarnett mempunyai kepakaran dalam bidang fizik.
 1 / 1 
SEORANG Seorang kanak-kanak penghidap autisme, dikatakan memiliki taraf kepintaran dengan IQ 170 melebihi saintis teragung, Albert Eistein.

Jacob Barnett, 14, disahkan menghidap sindrom Asperger ketika berusia dua tahun dan dikatakan tidak mungkin boleh bercakap atau membaca buat selama-lamanya.

Namun, telahan itu silap apabila Barnett muncul individu paling bijak terutama dalam bidang fizik kuantum dan memiliki Sarjana dari Universiti Indiana-Purdue Indianapolis (IUPUI) pada usia 10 tahun.

Kini, beliau sedang meneruskan pengajian memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang sama.

Ibunya Kristine Barnett berkata, mereka sekeluarga berusaha mengubati penyakit Barnett.

“Saya berharap, dia boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak autisme lain bahawa pada suatu hari nanti mereka juga boleh berjaya,” katanya dipetik SundayMail

@sinarharian.com.my

'Anak saya mati akibat tembakan'

  •  'Anak saya mati akibat tembakan'Dari kiri: Adun Chenor, Mohd Ariffin Awang Ismail, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib ketika melawat Abdul Nasir, semalam
 1 / 1 
MARAN - Keluarga lelaki yang maut selepas kenderaan peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang didakwa dibawanya lari terbabas merempuh perhentian bas di simpang Kampung Bukit Lada, dekat sini, kelmarin, mungkin akan mengambil tindakan mahkamah.
Ia berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya, Abdul Nasir Abdullah, 50, seorang guru, menolak dakwaan anaknya itu meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada 6.30 petang hari kejadian di surau tol Chenor ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Jengka Batu 13.

“Dia  yang sedang menongkat motosikal hanya senyum lihat saya.

“Pada tengah malam itu, seorang saudara telefon beritahu polis jumpa anak saya di tol Chenor.

“Tidak sampai setengah jam kemudian, saya dihubungi lagi memaklumkan, Angah (nama timangan anaknya) rampas pistol dan bawa lari kereta polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, setibanya di Balai Polis Pekan Awah, beberapa anggota polis sedang berkumpul untuk bertindak menahan mangsa.

Menurutnya, dia sendiri dimaklumkan anggota polis terbabit bahawa tiada sebarang tindakan melepaskan tembakan diambil seperti mana arahan pihak atasan mereka.

“Saya berada di balai tersebut sehingga jam 5.20 pagi dan ada beberapa kali anggota polis yang mengekori kereta dipandu anak saya kembali ke balai hantar laporan.

“Saya tanya mereka sama ada Angah lepaskan tembakan dan diberitahu Allahyarham tidak berbuat demikian. Sebaliknya anggota polis lepas tembakan ke arah tayar kereta tetapi tidak kena,” katanya.
Abdul Nasir berkata, pada 5.15 pagi, polis memberitahu kenderaan dipandu mangsa terbabas merempuh perhentian bas dan dibawa ke HoSHAS.
Menurutnya, setiba di hospital, mangsa diberi rawatan dalam keadaan tidak berapa sedar.

“Saya pegang tangan Allahyarham dan cakap ‘Angah ini ayah’ sebelum mengucap dua kalimah syahadah di telinganya. Tidak lama, Allahyarham meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di kepala akibat ditembak dari jarak dekat sehingga tembus.

“Saya tidak puas hati kerana laporan ini bercanggah dengan kenyataan polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, anaknya itu tidak mempunyai sebarang rekod rawatan sakit mental, tetapi sering mengalami gangguan emosi sejak terlibat dalam kemalangan pada September tahun lepas.
“Allahyarham baru habis belajar di Gebeng dan akan ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah. Dia memang ada ambil ubat penenang dari HoSHAS kerana gangguan emosi, tetapi tidak pernah melakukan kekerasan.

"Allahyarham juga suka berzikir dengan kuat hingga takutkan orang berdekatan," katanya.
Namun katanya, mangsa tidak lagi berzikir dengan kuat selepas berubat perubatan Islam.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jengka Batu 13, malam kelmarin.

@sinarharian.com.my

SUKA TAYANG BODY, CHEF RIZ BERCINTA DENGAN KAKAK EMMA MAEMBONG?

suka tayang body chef riz bercinta dengan kakak emma maembong

Selepas bercerai dengan pelakon Ana Dahlia, anak kepada chef selebriti terkenal Dato’ Chef Wan iaitu Chef Riz dikatakan sedang bermain perasaan cinta dengan wanita yang digelarnya Mak Jemah.
Ditanya tentang wanita itu, Murai Batu difahamkan Chef Riz lebih senang menyembunyikan identiti sebenar wanita berkenaan. Pun begitu, dia tidak menolak jodohnya dengan wanita yang sangat intim dengannya itu.
Selain heboh bercinta dengan Mak Jemah, Chef Riz juga sering membuat kecoh di laman Instagram miliknya dengan menyiarkan gambarnya tanpa baju untuk menunjukkan ketulan otot yang dimilikinya.
Malah, ada juga pihak kurang senang dengan gambar berkenaan dengan menyifatkan Chef Riz suka mengambil perhatian orang ramai dengan bergambar sebegitu.
Apapun, sekarang ini, Murai Batu diberitahu, abang kepada pelakon Serina Redzuan ini sedang bercinta pula dengan wanita yang ada kaitan dengan pelakon cantik, Emma Maembong.
Sungguhpun tidak tahu benarkah wanita itu ada pertalian darah dengan aktres berkenaan, Murai Batu rasa mungkin ada benarnya.
Melihat dari gambar tersebut, wanita itu ada iras  wajah Emma Maembong. Tetapi Murai Batu terfikir, adakah ini juga wanita yang sama dengan gelaran nama Mak Jemah?
Yang penting, Murai Batu terkesima selepas melihat lebih ramai pengguna laman sosial ini berani menyiarkan gambar yang mengghairahkan.
Nasihat Murai Batu, fikir dulu sebelum bertindak. Ingat asal usul dan jangan rosakkan hubungan kesucian sesama keluarga.
MURAI BATU: Ditegur berkali-kali, pelakon wanita ini makin teruk perangainya.
@murai.com.my

WATAK MANJA - NORA DANISH RASA MALU

Akhirnya Nora Danish, 31, sedar bahawa watak manja dan mengada-ada seperti remaja tidak sesuai lagi dalam lakonannya. Malah status ibu juga seolah menjadi sempadan buatnya sekaligus membuat dia mula rasa malu memegang watak tersebut. 

Ini kerana, jika anda menonton drama bersiri Benci VS Cinta di Astro, anda pasti perasaan bagaimana gandingan Nora dengan Randy Pangalila kelihatan agak kekok. Watak remaja yang cuba dibawa oleh Nora sedikit hambar hingga mencacatkan jalan cerita. 

 


"Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini. 

"Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada media. 

 

Untuk info, Nora tercalon bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013 melalui drama Di Bawah Langit Mu. 

Bagi yang tidak tahu juga, Nora kini sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya. Dalam teater itu, buat pertama kalinya Nora akan menyanyi lebih daripada lima buah lagu. 

"Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali. 

"Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," ujarnya sebagai berkata. 

@myartis.com

Ammar Alfian Tayang Gambar Badan Sasa Untuk Mencari Pelanggan

Wow. Untunglah badan ketak-ketak ada 6 packs. Nak upload kat Facebook pun tak ada rasa malu. Kalau Abang Nara yang buncit ini pasti segan nak tunjuk gambar body. Namun korang jangan salah sangka, Ammar Alfian tunjukkan badannya yang sasa adalah untuk mencari pelanggan kerana dia kini merupakan jurulatih gim peribadi.
ammar alfianKata Ammar kepada Mstar Online:-
Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut
Ini memang satu teknik “marketing” yang bagus daripada Ammar Alfian. Orang akan lebih percaya kepada mereka yang boleh menunjukkan hasil berbanding dengan mereka yang sekadar bercakap kosong. Abang Nara percaya ramai yang mahukan khidmat Ammar. Diharap jangan sampai ada golongan wanita tertentu yang mahukan “khidmat lain” daripada Ammar sudahlah. Hehehe.
@beautifulnara.com

Tasha Shilla tidak hilang populariti



WANITA yang penuh sensasi dan sering dilanda kontroversi, Tasha Shilla tetap mendapat publisiti meluas malah peminatnya semakin bertambah. Biarpun terpalit gosip-gosip yang tidak sedap didengar namun tiada siapa mampu membuktikan wanita yang berumur 26 tahun itu bersalah.
Dia yang mesra disapa sebagai Tasha, menganggap gosip yang melanda sebagai ujian Tuhan yang mahu menguji kesabarannya. Tasha antara pelakon wanita yang bijak menepis segala tohmahan.
“Saya bukan seorang yang mudah melatah walaupun terpalit kontroversi. Sebenarnya, saya sentiasa berfikiran secara positif dengan setiap ujian yang telah ditentukan-Nya.
“Malah, saya tidak mahu ambil kisah mengenai gosip yang mengaitkan diri saya kerana cukup sekadar ahli keluarga saya mempercayai setiap apa yang saya lakukan,” ujar pelakon drama Terukir Di Bintang yang kini muncul menerusi slot Samarinda di TV3.
Kontroversi juga tidak menjadi sebab untuk Tasha perlu gusar terhadap naik-turun populariti yang diraih. Dia percaya bahawa setiap rezeki telah ditentukan oleh Tuhan. Dalam soal jodoh, Tasha juga yakin jodoh itu pasti buat dirinya.
Sekali lagi membawa peranan utama, kali ini Tasha menggalas watak Asmara yang melarikan diri ke Cameron Highlands setelah mengetahui dia menghidapi penyakit radang hati.
“Terukir Di Bintang berkisarkan percintaan anak muda yang penuh dengan pengorbanan serta merupakan cinta pandang pertama tetapi tidak kesampaian” beritahu Tasha yang banyak menghabiskan masa di Cameron Highlands sewaktu penggambaran drama berkenaan tanpa memilih watak yang dilakonkan.
Sebelum menutup perbualan bersama Tasha menambah: “Kehadiran saya di industri lakonan ini adalah untuk mencari rezeki. Oleh kerana itu, saya tidak pernah memilih untuk melakonkan watak yang diimpikan tetapi saya lebih memilih kepada jalan cerita yang menarik dalam sesebuah lakonan.”
Tasha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Kemboja untuk sebuah telemovie. Sementara itu, pada bulan Disember nanti, dia akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama Gerimis Salju sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm#ixzz2kq2ljNT4 
Hakcipta terpelihara 

Rabecca, Erma terus bertelagah


ERMA FATIMA


MINGGU ini Diva rasa terpanggil mahu mengupas kemelut yang melanda sutradara wanita tersohor Erma Fatima dengan pelakon Rabecca Nur Al Islam. Rabecca yang menang kes samannya terhadap Erma pada minggu lalu kini sedang berperang di laman sosial Twitter dan Instagram.
Diva malas nak campur bab-bab antara pelakon dengan pengarah sebab industri drama, filem mahupun teater kita bukanlah sebesar mana pun. Ibaratnya sekangkang kera sahaja. Cubit paha kiri paha kanan terasa. Pelakon A makan hati, pelakon B terkena tempias, pengarah C kena tipu, pengarah D juga terpercik baranya. Pusing kanan pusing kiri alih-alih terperosok juga ke lubang yang sama juga.
Mahkamah sudah buat keputusan dan semua kena terima tetapi peluang masih ada untuk merayu di mahkamah lebih tinggi masih terbuka luas. Sama halnya juga dengan apa yang terjadi kepada Erma dan Rabecca.
Kisahnya, Erma ambil Rabecca berlakon dalam drama Dejavu Di Kinabalu sebanyak 28 episod tapi atas alasan apa Diva tidak pasti Erma sebagai penerbit dan pengarah telah mematikan watak Rabecca pada episod ke-19.
Dengarnya Erma buat tindakan itu tanpa notis bertulis sebab sebagai pengarah dan penerbit, dia ada hak untuk berbuat demikian, perkara itu juga diamalkan dalam mana-mana produksi pun. Silapnya Erma, dia tak tulis surat hitam-putih kepada Rabecca.
RABECCA


Pasal tak bayar baki lakonan atau benda-benda lain yang pelakon rasa dianiaya itu hal Erma dengan Rabecca. Erma pernah kata, dia sudah bayar semua upah lakonan Rabecca, cuma bayaran dari episod pertama hingga 17. Untuk episod lain, Erma tak bayarlah sebab Rabecca sudah tidak berlakon.
Inilah dia industri drama dan filem kita, masing-masing buat kerja ikut kepala sendiri. Bila sudah jadi kes, lain pula jadinya. Harap benda ini semua jadi iktibar.
Apa yang Diva nak ketawanya, sebab benda-benda remeh-temeh begitu, artis kita berperang sana-sini. Benda boleh selesai secara bijak. Rasanya kalau setakat RM11,200, bayaran untuk sewa lokasi dan dan buat sidang akhbar di restoran mewah di KLCC, rasanya hampir sama dengan jumlah saman yang dituntut di mahkamah. Tapi, demi sebuah maruah katanya.
Diva yang hanya tengok dari jauh situasi sidang media Rabecca di Harrods, KLCC baru-baru ini, terpegun jadinya dengan kemampuan dan kestabilan kewangan Rabecca. Terdetik juga di hati Diva, hidup senang rupa-rupanya segelintir artis kita walaupun bayaran lakonan siang-malam yang ditagih tidaklah boleh buat jadi kaya-raya.
Apa-apa pun Diva memang berminat nak tahu kesinambungan perang Erma dan Rabecca. Hebat juga penangan industri seni di Malaysia. Diva tak sokong mana-mana pihak, kalian bertelagah, Diva dapat cerita. Kalian bikin cerita, Diva ulas cerita.
Diva: Ada kawan Diva berlari-lari anak ke parkir kereta di tengah malam selepas menonton filem Penanggal. Seram agaknya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm#ixzz2kq2RJAta 
Hakcipta terpelihara 

Rozita, Zain bergambar kahwin di Bali

ROZITA dan Zain Saidin.


DIVA tumpang gembira apabila dapat berita tentang seorang lagi artis popular kita, Rozita dan Zain Saidin akan kahwin tidak lama lagi. Rasanya dalam pertengahan bulan Disember nanti.
Tarikh sebenar tidaklah Diva pasti, tetapi apabila Rozita dan Zain sudah buka mulut bahawa satu sidang media khas mengenai perkahwinan mereka akan diumumkan pada 25 November depan, maknanya dah hampir benarlah tarikh penyatuan mereka.
Cakap pasal sidang media kahwin, nikah dan tunang, bahkan merisik juga, Diva rasa masuk bab itu artis-artis kita sudah sangat terbuka. Mula-mula bagi bayangan cerita kemudian barulah secara rasmi buka cerita sebenar dalam sidang media. Memang profesional sangat.
Tapi artis kita pun, ramai juga yang tak suka hebah cerita nak kahwin, kahwin biasa-biasa pun ramai, ada juga yang nak kahwin, terus kahwin dan tak perlu panggil media. Itu hak masing-masing.
Diva kagum juga dengan kerjasama Zain dan Rozita sebab masing-masing katanya dah keluarkan duit RM100,000 setiap orang untuk majlis kahwin mereka nanti. Maknanya, secara kasar bajet kenduri kahwin Rozita dengan Zain sudah cecah RM200,000.
Terbaharu, Diva dapat tahu Rozita dan Zain berangkat pula ke Bali, Indonesia untuk mengadakan penggambaran praperkahwinan mereka di sana. Indah sungguh dunia orang nak menikah, moga bahagia!
Diva: Tak sabar nak terbakar tengok Alicia Keys Set The World On Fire 27 November nanti.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm#ixzz2kq1noaMf 
Hakcipta terpelihara 

Zul Ariffin mudah terkejut

ZUL ARIFFIN semakin serius membina nama namun dalam masa terdekat dia juga serius mahu melamar kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai.


KONTROVERSI pernah memamah nama Zul Ariffin. Ketika itu, dia baru sahaja hendak bertatih mengenal mukadimah jurnal seninya. Selepas empat tahun, hari ini lelaki bersosok tegap dari Taiping, Perak itu semakin dikenali atas kredibiliti kerja dan bukannya kisah peribadi.
Sesuatu yang menarik, kisah cintanya bersama Gayatri Su-Lin Pillai, seorang penerbit sebuah produksi besar tempatan itu seakan-akan tidak perlu disentuh lagi. Semua tahu, cukup setakat itu keseriusan perhubungan mereka. Soal perancangan atau kisah sehari-harian, rasanya tidak perlu soal hati dan perasaan dijaja sepanjang masa sementelah Zul sendiri mempunyai produk besar untuk dikongsikan.
Tiba pada hari dan waktu yang dijanjikan, pelakon yang bakal muncul menerusi sebuah lagi filem baharu berjudul Penanggal itu hadir sendirian ke sesi fotografi yang telah ditetapkan.
Wajahnya kemerah-merahan dan sambil menghela nafas panjang, dia masuk sambil mengheret bagasi besar. Zul sebenarnya baru tiba dari Jakarta, Indonesia atas urusan penggambaran telemovie di sana.
"Turun dari kapal terbang tadi, saya tahu saya kena bergegas. Nasib baik pakaian yang untuk fotografi ini sudah disiapkan," katanya yang secara tidak langsung memperlihatkan komitmen padu kepada jadual karier.
Biarpun namanya belum beraja sebagai aktor pujaan ramai, namun graf karier Zul yang bermula dari lokasi drama kepolisan terbitan Skop Production itu semakin menjalar. Di layar kaca, sudah berpuluh naskhah termasuk telemovie dan drama bersiri telah dilakonkannya.
"Walaupun nama saya tidak popular tetapi selagi saya ada kerja dan ada produk untuk ditonton, itu tandanya saya masih di atas landasan yang betul. Karier saya sedang bergerak dan saya gembira dengan perjalanan karier yang begini," katanya optimis.
Sambil menghitung usia yang berbaki tiga tahun sebelum bergelar lelaki 30-an, tambah Zul:
"Rasanya saya tidak perlu terburu-buru untuk menjadi terlalu popular atau mencipta banyak pencapaian dalam jangka masa pendek. Saya masih baharu dan jika dipanjang umur, saya mungkin berlakon sehingga 10 atau 15 tahun akan datang atau lebih lama daripada tempoh itu. kalau saya sudah mencapai semuanya sekarang, apa lagi yang harus saya kejar. Biarlah saya kayuh perlahan-lahan," katanya selesa dengan penerimaan industri yang sedang diterima.
Selain banyak drama di kaca televisyen, aktor yang baru-baru ini muncul menerusi drama bersiri Janji Adam itu lega, kerana tahun 2013 banyak memberi variasi demi kelangsungan kariernya.
"Drama itu biasa tapi menariknya juga, tahun ini saya ada dua buah filem berbeza latar masa dan karakter yang boleh dipersembahkan kepada peminat. Saya jadi mat moto besar dalam KL Bikers dan saya jadi lelaki Arab dalam Penanggal," katanya yang masuk ke layar perak buat pertama kali menerusi Evolusi KL Drift 2, tiga tahun lalu.
Takut hantu
Penanggal sebuah filem karya dan arahan Ellie Suriaty Omar yang memulakan penggambaran pada tahun 2011 itu sudah terlalu hampir untuk disaksikan peminat filem.
"Saya boleh katakan Penanggal sebuah filem seram. Penggambaran filem itu sendiri dilakukan di dalam hutan dan banyak adegan malam. Mujur sepanjang penggambaran, tidak pula saya diganggu dengan adegan yang menaikkan bulu roma. Kalau berlaku pun, mujur ketika itu saya tiada di lokasi. Saya sebenarnya seorang yang penakut," cerita Zul tentang pengalaman berlakon filem hantu di sekitar Sayong dan Kuala Kangsar, Perak itu.
Di sebalik sosok tegap dan penampilan macho yang terpancar di wajahnya, anak jantan yang meminati motosikal kuasa besar itu membuka kelemahan utamanya.
"Saya jenis yang mudah terkejut. Kalau ada babak-babak dalam filem atau drama, bukan cerita hantu pun, saya akan mudah tersentak dan terkejut. Jadi, saya tidak boleh menikmati filem hantu sebagaimana peminat filem hantu. Saya tak suka ditakut-takutkan, penat terkejut dan asyik tutup muka sahaja. Kadang-kadang, saya menyesal dan fikir kenapalah saya boleh terjebak jika pergi menonton filem seram di panggung," katanya yang sering mengelak daripada mendengar rakan-rakan bercerita tentang sebarang kisah seram.
Tambahnya seraya ketawa: "Setakat kena kutuk penakut oleh kawan-kawan, itu memang sudah perkara biasa. Saya tak kisah sebab memang saya penakut."
Takut menonton filem hantu, mudah terkejut oleh aksi di luar jangkaan, namun terlibat dalam filem Penanggal bersama Ellie ternyata sebuah pengalaman cukup berharga buatnya.
"Masa berlakon saya tak perlu nak rasa takut sangat sebab ketika di set ada ramai kru. Boleh dikatakan, pasukan Penanggal juga pasukan terbaik yang diimpikan dalam mana-mana pembikinan filem. Ellie seorang pengarah yang tahu hak dan tuntutan pelakon, dia seorang yang teliti dan cerewet untuk kesempurnaan.
"Sebagai pelakon, saya kena kenal rentak Ellie dan kami ambil masa sebulan untuk sesi bacaan skrip dan bila masuk sahaja ke lokasi, saya sudah tidak perlu membaca atau membawa skrip pun. Itu seronoknya berlakon filem Penanggal walaupun saya ada banyak dialog bahasa Arab. Bercakap dan memahami dialog bahasa Arab itu satu hal, satu hal yang lebih susah sebenarnya bagaimana hendak bercakap bahasa Melayu dalam lenggok orang Arab.
"Saya melakonkan watak Syed Omar anak kedua dalam sebuah keluarga Arab dalam filem itu. Sebagai anak kedua, dia selalu merasakan abangnya, Syed Yusof lakonan Azri Iskandar sering dilebih-lebihkan oleh ibunya. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan tetapi pemuda yang berdepan dilema anak kedua. Itu fahaman awal yang saya kena pegang," lentur Zul yang melakonkan karakter lakonannya yang menyimpan cinta terhadap Sharifah Zaharah lakonan Fasha Sandha.
Bakal menerjah panggung pada 28 November nanti, Penanggal juga meninggalkan impak besar buat Zul.
"Syed Omar cuma berdepan dilema anak kedua. Dia selalu merasakan abangnya lebih diutamakan. Saya bukan antagonis dalam filem berkenaan. Itu fahaman awal yang saya kena pegang.
"Banyak yang saya pelajari daripada Ellie, salah satu daripadanya ialah peringkat-peringkat lontaran emosi. Kalau marah, kami diberi latihan marah tahap pertama sehinggalah marah tahap kesepuluh. Jadi, setiap kali hendak mulakan lakonan, kami akan tanya, ini marah nombor satu atau lapan atau 10. Kadang-kadang jadi bahan ketawa, tapi metod sebegitu sangat berkesan, apabila tahap emosi itu sudah dikunci, kerja di set jadi mudah," katanya yang banyak bermain emosi marah, tidak puas hati dan cinta yang tidak kesampaian dalam filem seram klasik lakonan Ummi Nazeera sebagai hantu penanggal itu.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2kq1AVRWl 
Hakcipta terpelihara 

Jamal Abdillah membisu, Nas Adila sudah sarung cincin

NAS ADILA


HEBOH seminggu pasal angin menderu yang canang perkhabaran terbaharu mengenai penyanyi hebat, Jamal Abdilllah yang sudah pun bergelar Datuk itu.
Hebatlah Jamal, Diva nak tabik spring pula rasanya sebab dalam diam-diam, tiba-tiba nak bertunang. Dalam suasana kecoh itu kawan-kawan Diva yang lain pun mahu dapatkan kenyataan. Tiba-tiba nak jadi cerita, Cik Bisikanria berbisik ke telinga Diva.
Katanya, sebaik sahaja baca penjelasan Nas Adila pasal hal Jamal nak merisik itu, dia sudah dapat rasa bahawa desas-desus sebelum ini mengenai Nas dan Jamal ada banyak betulnya.
Dengarnya, di sebalik penafian Nas Adila dan Jamal yang membisu tanpa mahu memberikan kenyataan, sudah ada cincin dibeli untuk majlis merisik nanti. Betul atau tidak, tunggu kesahihannya nanti. Diva sendiri nak juga dengar setidak-tidaknya satu perkataan 'Ya' atau 'Tidak' daripada mulut Jamal, harap kawan-kawan Diva yang lain tak terus gigih mencari abang Jamal Kekasih Awal Dan Akhir itu untuk penjelasan lanjut.
Diva: Kira hebat jugalah Nas Adila, dalam suam-suam karier nyanyiannya, dahulu pernah putus tunang sekarang kalau betul dengan Jamal, dapat sarung gelaran Datin lah.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_02.htm#ixzz2kq0RUJL3 
Hakcipta terpelihara 

Noniswara ada kekasih baharu

NONISWARA


BELEK-BELEK surat khabar, banyak juga muka baharu yang Diva tak berapa nak kenal. Kalau ada muka-muka lama pun, mesti ceritanya tidaklah sebesar cerita artis baharu yang tengah menggelegak dengan macam-macam cerita panas dan sensasi.
Benda begitu memang tak boleh nak elak, dahulu masa artis-artis lama sekarang muda pun, mereka alami perkara yang sama. Roda hidup, Diva pun kalau nak tahu pasal artis-artis lama yang Diva kenal dan suka, terpaksa telefon dan tanya perkembangan. Barulah tahu keadaan sebenarnya.
Tengah Diva sibuk-sibuk nak korek cerita penyanyi kesayangan ramai, Datuk Jamal Abdillah yang katanya nak menyunting penyanyi Nas Adila sebagai isteri.
Kawan baik Diva, Bisikanria nama timangannya pula buka cerita pasal dramatis Noniswara yang agak sepi ceritanya sekarang selepas bercerai talak satu dengan pada Julai lalu.
Ikut cerita Bisikanria, Noniswara yang kembali menjanda itu sudah ada buah hati baharu. Nak kata sah kekasih yang serius, tidaklah pula dapat Diva pastikan sebabnya Diva hanya tengok dari jarak tak berlaga bahu.
Kata Bisikanria dan teman-teman yang suka menghadiri majlis-majlis, Noniswara kerap dilihat membawa pengapit lelaki yang kacak bergaya. Paling mencuri pandangan, tentulah sebab lelaki itu jauh lebih muda daripada Nonis. Dengar cerita, si teruna yang selalu bersama Nonis itu bekerja di bank.
Kalau tak silap Diva, Bisikanria ada cakap, sebelum ini Nonis pernah jawab soalan mengenai lelaki muda itu sebagai temannya. Kata Nonis, antara puncanya, budak itu sungguh kacak dan sangat berbeza daripada lelaki yang pernah dikenalinya. Untungnya Nonis, dia pun tidaklah bertepuk sebelah tangan. Diva dengar, budak lelaki itu sungguh-sungguh jatuh hati terhadap Nonis, lagi pun Noniswara pun solo, apalah salahnya.
Diva: Patah tumbuh hilang berganti.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm#ixzz2kpzhkcqS 
Hakcipta terpelihara 

Nilai anak di mata penculik

FREDDIE JOSEPH ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas 19 jam dilarikan penculik.


TANGGAL 8 November lalu mungkin menjadi detik yang tidak dapat dilupakan oleh Sarah Joseph, 38, selepas hasrat untuk meluangkan masa bersama anaknya di kawasan pekarangan rumah bertukar tragedi yang tidak disangka-sangka.
Anak lelakinya, Freddie Joseph yang berusia setahun enam bulan dilarikan seorang penjenayah ketika Sarah sedang memberi makan kepada anaknya itu di kediamannya di Jalan Temasek, Bangsar, Kuala Lumpur.
Insiden berkenaan mendapat liputan meluas di media cetak dan elektronik.
Episod tersebut membuatkan kita terbayang kembali kejadian pada April tahun lalu apabila seorang kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dilarikan sewaktu kanak-kanak itu dalam perjalanan ke sekolahnya iaitu Sekolah Antarabangsa Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Setelah seminggu dilarikan, Nayati akhirnya dibebaskan di kawasan Hentian Rawat & Rehat Rawang, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas ahli keluarganya membayar wang tebusan sebanyak RM300,000.
Tidak jauh bezanya dengan kes yang menimpa Nurin Jazlin, Nurul Huda Abdul Ghani dan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sebelum ini yang hilang selepas diculik individu tertentu.
Apa yang menyedihkan ialah misteri kehilangan anak-anak kecil ini berakhir dengan penemuan jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Bagaimanapun, guru warga British itu dianggap bernasib baik apabila anak lelakinya itu ditemui semula oleh orang awam di kawasan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas 19 jam dia diculik.
Tidak keterlaluan jika ingin dikatakan kes kanak-kanak hilang berlaku saban tahun di negara ini.
Malah, menurut Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa), statistik menunjukkan dari 1985 hingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak hilang dilaporkan.
Daripada angka itu, hanya 6,944 orang dijumpai semula.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak 2001 mendefinisikan kanak-kanak sebagai seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
KANAK-KANAK yang diculik kebiasaannya dijadikan mangsa tebusan. - Gambar hiasan
Tempat awam

Malah, golongan ini dikatakan merangkumi 35 peratus populasi iaitu seramai 10.3 juta daripada 29.3 juta rakyat Malaysia.
Ini bermakna sekiranya individu yang diculik atau hilang itu merupakan pelajar sekolah menengah, mereka masih dianggap sebagai kanak-kanak.
Pengerusi PaMa, Mohd. Fairuz Mohamed Isa berkata, kes kanak-kanak hilang dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori.
“Pertama, hilang akibat lari daripada jagaan, diculik dan sesat di tempat awam.
“Namun, bagi kes culik, kebiasaannya ia melibatkan kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke bawah dan berkait dengan pemerdagangan manusia atau dijadikan sebagai mangsa tebusan,” katanya.
Ujarnya, kejadian jenayah seperti ini bukan hanya menjadi igauan di negara ini, malah di luar negara.
Ia terbukti menerusi kajian National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runway, and Thrownway Chidren (NISMART) pada tahun 2002 yang menunjukkan sebanyak 58,200 kes kanak-kanak dilaporkan hilang disebabkan penculikan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat.
“Namun, realitinya, satu kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2006 di AS mendapati ibu bapa merasakan kehilangan anak-anak di tempat awam lima kali lebih membimbangkan daripada pengganas dan tiga kali daripada penculikan,” ujarnya.
Apa jua terjadi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada ruang buat penjenayah untuk bertindak sedemikian.
“Sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup di rumah sebenarnya dapat membantu jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
“Biarpun ia memerlukan sedikit kos, tetapi bagi jangka panjang, ia dapat mengurangkan risiko kejadian jenyah secara terang-terangan ini,” ujar Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof. Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya.
Malah, katanya, pihak polis juga harus lebih peka dengan membuat pemantauan di kawasan perumahan yang berkemungkinan menjadi sasaran penjenayah seperti di kawasan perumahan elit.
Namun, ujar beliau, masyarakat juga tidak boleh meletakkan sepenuhnya tanggungjawab ke atas pihak berkuasa semata-mata.
“Masyarakat sendiri juga perlu memupuk kesedaran pencegahan jenayah menerusi penubuhan persatuan rukun tetangga di satu-satu tempat bagi menghidupkan suasana berjiran,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2kpyOcOXp 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...