Sunday, November 17, 2013

Tasha Shilla tidak hilang populariti



WANITA yang penuh sensasi dan sering dilanda kontroversi, Tasha Shilla tetap mendapat publisiti meluas malah peminatnya semakin bertambah. Biarpun terpalit gosip-gosip yang tidak sedap didengar namun tiada siapa mampu membuktikan wanita yang berumur 26 tahun itu bersalah.
Dia yang mesra disapa sebagai Tasha, menganggap gosip yang melanda sebagai ujian Tuhan yang mahu menguji kesabarannya. Tasha antara pelakon wanita yang bijak menepis segala tohmahan.
“Saya bukan seorang yang mudah melatah walaupun terpalit kontroversi. Sebenarnya, saya sentiasa berfikiran secara positif dengan setiap ujian yang telah ditentukan-Nya.
“Malah, saya tidak mahu ambil kisah mengenai gosip yang mengaitkan diri saya kerana cukup sekadar ahli keluarga saya mempercayai setiap apa yang saya lakukan,” ujar pelakon drama Terukir Di Bintang yang kini muncul menerusi slot Samarinda di TV3.
Kontroversi juga tidak menjadi sebab untuk Tasha perlu gusar terhadap naik-turun populariti yang diraih. Dia percaya bahawa setiap rezeki telah ditentukan oleh Tuhan. Dalam soal jodoh, Tasha juga yakin jodoh itu pasti buat dirinya.
Sekali lagi membawa peranan utama, kali ini Tasha menggalas watak Asmara yang melarikan diri ke Cameron Highlands setelah mengetahui dia menghidapi penyakit radang hati.
“Terukir Di Bintang berkisarkan percintaan anak muda yang penuh dengan pengorbanan serta merupakan cinta pandang pertama tetapi tidak kesampaian” beritahu Tasha yang banyak menghabiskan masa di Cameron Highlands sewaktu penggambaran drama berkenaan tanpa memilih watak yang dilakonkan.
Sebelum menutup perbualan bersama Tasha menambah: “Kehadiran saya di industri lakonan ini adalah untuk mencari rezeki. Oleh kerana itu, saya tidak pernah memilih untuk melakonkan watak yang diimpikan tetapi saya lebih memilih kepada jalan cerita yang menarik dalam sesebuah lakonan.”
Tasha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama di Kemboja untuk sebuah telemovie. Sementara itu, pada bulan Disember nanti, dia akan berangkat ke Korea Selatan untuk menjalani penggambaran drama Gerimis Salju sebanyak 28 episod yang akan ditayangkan di RTM.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm#ixzz2kq2ljNT4 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...