Wednesday, October 31, 2012

Gambar! Adoii! Pencuri tersula bontot sendiri!


GAMBAR: Adoyyyyyy!!!...Pencuri 'Tersula' Bontot Sendiri
Ini nasib malang yang dialami oleh seorang pencuri.
Setelah menyedari yang dirinya diperhatikan, dia segera melarikan diri dengan melompat pagar rucing pada pagar rumah yang yang menjadi sasarannya.
Malangnya dia gagal melompat.
Punggungnya tertusuk besi pagar yang runcing tersebut., ouwhchhhh!!!
Satu hal pula bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan dirinya yang menjerit-jerit kesakitan. (sumber Tabekpuang.blogspot.com)
 @mynewshub.my
 

Maaf ini bukan kueh pau yer..tapi seluar dalam panas!!!


Maaf...Ini Bukan Kuih Pau Ye, Tapi TUTTT!!!!!
Jikalau anda bersiar-siar di Jepun pada musim sejuk, jangan sesekali terpedaya dengan oven kuih pau yang terdapat di kedai-kedai.
Sekali pandang, mungkin terliur juga tengok ‘kuih pau’ berwarna-warni di dalam oven tersebut.
Tetapi bila dihampiri, ia bukan kuih atau makanan, tetapi ia dipenuhi dengan SELUAR DALAM wanita.
Ketika musim sejuk, terdapat peniaga pakaian dalaman wanita di Tokyo yang ‘memanaskan’ seluar-seluar dalam yang hendak dijual – di dalam oven tersebut!
Harganya adalah sekitar RM 30 sehelai, tidak pasti selama mana ‘kepanasan’ seluar dalam itu akan berkekalan tetapi ia ternyata mendapat sambutan hebat pembeli yang merasakan kaedah tersebut ‘unik’.
Oh yea, lupa nak beritahu, seluar dalam ‘kuih pau’ ini hanya dijual pada musim sejuk sahaja, dan ia tidak mempunyai perisa kari, kacang atau kaya…jangan nakal OK! –Mynewshub.my

Ameng Spring kongsi pengalaman derita disebat 10 kali


Ameng Masih Ingat Derita Dirotan 10 Kali
Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.
Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.
Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.
Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.
“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.
“Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.
“Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.
“Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.
Ameng Masih Ingat Derita Dirotan 10 Kali
Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.
Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.
“Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,”katanya.
Sementara itu, Ameng ditemui sempena Program Jalinan Kasih Aidiladha, di Penjara Kluang.
Dia dikunjungi Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, rakan artis, Zamani Slam, Ibnor Riza dan Umarul Iklim.
Lebih istimewa apabila isterinya, Sabariah Zakaria serta anak mereka, Wan Amar Haikal turut hadir sama. 
@mynewshub.my 

Miera Liyana tidak kisah bertemu Shahrizal Jazle

Miera Liyana Tak Kisah Bertemu Sharizal Jaszle

KUALA LUMPUR – Walaupun pernah mencipta kisah hidup dan menyulam rasa cinta dengan pelakon lelaki, Shahrizal Jaszle, pelakon muda, Miera Liyana, 19, tidak kisah sekiranya perlu bekerja dengan bekas kekasihnya itu.
Gadis muda ini akui jarak masa yang terlalu lama antara mereka yang tidak bersua muka memudahkan lagi proses melakukan tugas masing-masing dalam dunia lakonan.
Kata Miera, haluan hidup yang berbeza antara dia dan Sharizal juga memainkan faktor untuk dia tidak perlu merasa kekok ketika bertentang mata.
Miera dan Shahrizal telah bekerjasama dalam filem Rentaz dan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.
“Kami sudah lama tidak berjumpa tetapi apabila tiba waktu untuk bekerjasama, saya rasa tidak akan timbul sebarang masalah. Kena fahamlah, kami ini mempunyai haluan hidup yang berbeza.
“Sebenarnya perasaan gementar itu ada tetapi bukan kerana perlu bertentang mata dengan dia, tetapi lebih berdebar memikirkan filem tersebut.
“Pada tahun hadapan, filem Rentaz lakonan kami akan mula ditayangkan dan semestinya dalam tempoh itu kami akan sering bertemu,” kata Miera yang dipetik dari Utusan Online.
Selepas berpisah dengan Shahrizal, Miera hingga kini masih lagi tidak mempunyai pengganti di hatinya.
Berbeza dengan Shahrizal yang sudah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati.
Miera dengan jujurnya memberitahu dia gembira dengan kehidupannya sekarang yang tidak perlu terikat dengan komitmen alam percintaan.
Namun, sekiranya dia mempunyai rezeki untuk kembali mengadakan hubungan cinta, Miera mahukan lelaki yang tidak terlibat dalam dunia seni sebagai pasangan hidupnya.
“Saya gembira dengan keadaan sekarang. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku kerana ia banyak mematangkan.
“Selepas ini saya berharap untuk bertemu cinta dengan seseorang yang bukan terlibat dalam bidang yang sama seperti saya,” katanya.
Sebelum ini, hubungan Miera dan Shahrizal kecoh diperkatakan media memandangkan kelibat diri mereka sering bersama ke mana-mana sahaja.
Tetapi, selang beberapa bulan, Miera memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan cintanya dengan Shahrizal kerana mendakwa kecewa disakiti oleh Shahrizal.
Kini, Shahrizal sudah pun punyai pengganti Miera dalam hidupnya dan dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
@mynewshub.my

Hebat! Wanita kahwin pakai emas RM800,000

Hebat! Wanita Kahwin Pakai Emas RM800,000

Sudah menjadi adat dalam mana-mana perkahwinan yang berbeza kaum mahu pun agama, tak sah kalau tidak menggunakan atau memakai emas.
Baik emas biasa atau pun emas putih.
Ada juga yang menggunakan platinum. Kononnya untuk menjadikan perkahwinan mereka sebagai satu kelainan.
Seperti gambar-gambar di bawah, seorang wanita China yang ingin berkahwin lengkap memakai emas untuk perhiasan dirinya.
Kalau sekerat dua sahaja emasnya, tidak apalah.
Tetapi, emas yang dipakainya berjumlah sebanyak RM800,000!
Ibunya terpaksa mengambil masa sebanyak satu jam untuk menyarungkan perhiasan emas di sekeliling tubuhnya.
Emas yang digunakan adalah emas tulen belaka!
Betul tak betul ni?
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: akustressgiler.blogspot.com 
@mynewshub.my

Video seks Kim dijual pada harga 19 juta?

Video Seks Kim Dijual Pada Harga £19 juta

Selebriti popular, Kim Kardashian sedang dalam kebimbangan apabila video seksnya bersama bekas teman lelaki telah berada di pasaran, baru-baru ini.
Ia dijual pada harga £19 juta !! .
Kim kini amat risau dan takut jika video itu nanti akan memberi kesan buruk terhadap perhubungannya dengan Kanye West ketika ini.
Dalam pada itu, menurut Daily Star, video seks keduanya itu mempamirkan Kim beraksi erotik bersama J Ray yang dilihat lebih’mengagumkan’ berbanding aksi dalam video terdahulu iaitu sekitar 2007.
Menurut sumber, Kim dilaporkan sangat risau kalau-kalau video seks terbarunya itu akan berada di online.
Pasti akan menjejaskan hubungannya dengan rapper, Kanye West.
Sementara itu, Kayne West juga pernah terlibat di dalam skandal video seks pada bulan September lalu.
Dala rakaman 20 minit itu, wanita yang bersama Kayne kelihatan seperti Kim.
Tidak tahulah sama ia ada benar atau tidak.
Oleh: KASIH ISA
Sumber: Daily Star 
@mynewshub.my

Mana hilang Nita selepas putus dengan Zahid?


Mana Hilang Nita Selepas Putus Dengan Zahid?
Masih ingat lagikah anda kepada penyanyi yang digilap menerusi program realiti Malaysian Idol, Nita Hamzah?
Selepas percintaannya dengan Juara Akademi Fantasi musim kedua, Zahid, kecundang di tengah jalan, cerita mengenai Nita amat jarang kedengaran.
Walaupun hubungan yang dibina bersama Zahid sudah masuk dua tahun, tetapi apa boleh buat, jodoh pertemuan semua dirancang Tuhan.
Seperti yang diketahui, Zahid sudah pun menemui pengganti Nita iaitu Nurul Mardiana dalam masa yang singkat.
Bagaimana pula dengan Nita? Khabarnya dia kini membawa diri jauh ke pulau.
Walaupun perpisahan mereka sudah lama berlalu iaitu sekitar Jun 2010, namun Nita seperti sudah tekad untuk duduk jauh dari ibu kota.
Mungkin Nita gembira dengan kehidupannya yang sekarang di mana dia sering menghabiskan masa di pulau.
Tentang apa sebenarnya aktiviti Nita di pulau itu tidak pasti pula.
Tetapi menerusi Twitter, Nita sering mengajak orang ramai menyertainya melakukan selam skuba.
Dia juga sering memuat naik gambar-gambar dia bersama rakan di mana-mana destinasi pulau.
Antaranya Tioman, Pulau Mabul, Redang dan sebagainya.
Agaknya Nita kini sudah menjadi tenaga pengajar bagi sukan selam skuba dan snorkeling kot..
Atau pun ia mungkin sekadar mengisi masa lapang.
Jadi, ini antara gambar-gambar terbaru dari kehidupan baru Nita.
Oleh: KASIH ISA
Gambar: Twitter Nita Hamzah 
@mynewshub.my

Taufan Sandy! Apa nasib Liyana, Juliana & Luna di AS


Nasib Liyana Jasmay, Juliana Evans Dan Yuna Di AS?
Bencana alam yang telah melanda di beberapa kawasan Amerika Syarikat (AS) akibat Ribut Sandy telah menimbulkan pelbagai keresahan kepada seluruh negara.
Walaupun Malaysia tidak mengalami apa-apa kesan, tetapi tempias itu turut terasa apabila terdapat ramai rakyat Malaysia yang sedang berasa di AS ketika ini.
Ia termasuklah tiga orang selebriti terkenal negara iaitu Juliana Evans, Liyana Jasmay dan Yuna Zarai.
Liyana dan Juliana Evans kini sedang melanjutkan pelajaran mereka di sana.
Manakala Yuna sedang dalam siri jelajah bersama pemuziknya.
Melalui Twitter, mereka sempat melaporkan keadaan masing-masing.
Liyana ada memberitahu, yang dia sangat risau dan berharap taufan Sandy akan berakhir dengan segera.
Namun, dia menyatakan yang kediamannya berada di zon selamat.
Bagi Juliana yang menetap di Michigan pula, dia menulis yang bencana itu mungkin tidak akan sampai di tempatnya.
Tetapi dia tetap berjaga-jaga.
Manakala, Yuna yang kini berada di Malibu turut memberitahu yang dia dalam keadaan selamat.

Apa-apa pun kita doakanlah yang terbaik buat mereka.
Semoga ribut Sandy ini berakhir dengan segera.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Twitter Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai 
@mynewshub.my

(11 GAMBAR)Lisa Surihani Di Malam Gala Tayangan Filem Istanbul Aku Datang


Istanbul Aku Datang ialah sebuah filem arahan Bernard Chauly. Sebelum ini Bernard pernah mengarahkan filem seperti Pisau Cukur dan Gol & Gincu. Abang Nara tidak sempat menghadiri malam gala tayangan filem ini, namun daripada reputasi si pengarah, pastinya filem Istanbul Aku Datang ini ialah sebuah filem yang berkualiti.
filem istanbul aku datang
Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat, filem Istanbul Aku Datang menjalani penggambaran di Istanbul. Pasti banyak shoot-shoot menarik yang berjaya dirakamkan di sana. Tak sabar rasanya nak pergi menonton filem ini di pawagam. Selain daripada barisan pelakon, Nur Fazura turut hadir memberi sokongan kepada filem ini.
filem istanbul aku datang
Apa pun Lisa nampak sangat cute dengan rambut pendeknya. Nampak muda sangat-sangat. 9 lagi gambar Lisa Surihani di malam gala tayangan filem Istanbul Aku Datang dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Pretty Peektures.
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
filem istanbul aku datang
@beautifulnara.com

(18 GAMBAR)Majlis Cukur Jambul Tengku Cleopatra, Anak Que Haidar & Linda Jasmine


Ahad lalu telah pun berlangsung majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, anak kedua kepada pasangan suami isteri, Que Haidar dan Linda Jasmine. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali di Restoran Songket, Kuala Lumpur.
gambar cukur jambul anak linda jasmine
Turut diadakan serentak ialah sambutan hari jadi yang ketiga untuk anak sulung mereka, Tengku Ratu Haidar. Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini akan sentiasa bahagia, murah rezeki dan dipanjangkan umur. 17 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambarFacebook Songket Salikin Sidek.
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
gambar cukur jambul anak linda jasmine
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...