Wednesday, October 31, 2012

Taufan Sandy! Apa nasib Liyana, Juliana & Luna di AS


Nasib Liyana Jasmay, Juliana Evans Dan Yuna Di AS?
Bencana alam yang telah melanda di beberapa kawasan Amerika Syarikat (AS) akibat Ribut Sandy telah menimbulkan pelbagai keresahan kepada seluruh negara.
Walaupun Malaysia tidak mengalami apa-apa kesan, tetapi tempias itu turut terasa apabila terdapat ramai rakyat Malaysia yang sedang berasa di AS ketika ini.
Ia termasuklah tiga orang selebriti terkenal negara iaitu Juliana Evans, Liyana Jasmay dan Yuna Zarai.
Liyana dan Juliana Evans kini sedang melanjutkan pelajaran mereka di sana.
Manakala Yuna sedang dalam siri jelajah bersama pemuziknya.
Melalui Twitter, mereka sempat melaporkan keadaan masing-masing.
Liyana ada memberitahu, yang dia sangat risau dan berharap taufan Sandy akan berakhir dengan segera.
Namun, dia menyatakan yang kediamannya berada di zon selamat.
Bagi Juliana yang menetap di Michigan pula, dia menulis yang bencana itu mungkin tidak akan sampai di tempatnya.
Tetapi dia tetap berjaga-jaga.
Manakala, Yuna yang kini berada di Malibu turut memberitahu yang dia dalam keadaan selamat.

Apa-apa pun kita doakanlah yang terbaik buat mereka.
Semoga ribut Sandy ini berakhir dengan segera.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Twitter Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai 
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...