Wednesday, October 31, 2012

Mana hilang Nita selepas putus dengan Zahid?


Mana Hilang Nita Selepas Putus Dengan Zahid?
Masih ingat lagikah anda kepada penyanyi yang digilap menerusi program realiti Malaysian Idol, Nita Hamzah?
Selepas percintaannya dengan Juara Akademi Fantasi musim kedua, Zahid, kecundang di tengah jalan, cerita mengenai Nita amat jarang kedengaran.
Walaupun hubungan yang dibina bersama Zahid sudah masuk dua tahun, tetapi apa boleh buat, jodoh pertemuan semua dirancang Tuhan.
Seperti yang diketahui, Zahid sudah pun menemui pengganti Nita iaitu Nurul Mardiana dalam masa yang singkat.
Bagaimana pula dengan Nita? Khabarnya dia kini membawa diri jauh ke pulau.
Walaupun perpisahan mereka sudah lama berlalu iaitu sekitar Jun 2010, namun Nita seperti sudah tekad untuk duduk jauh dari ibu kota.
Mungkin Nita gembira dengan kehidupannya yang sekarang di mana dia sering menghabiskan masa di pulau.
Tentang apa sebenarnya aktiviti Nita di pulau itu tidak pasti pula.
Tetapi menerusi Twitter, Nita sering mengajak orang ramai menyertainya melakukan selam skuba.
Dia juga sering memuat naik gambar-gambar dia bersama rakan di mana-mana destinasi pulau.
Antaranya Tioman, Pulau Mabul, Redang dan sebagainya.
Agaknya Nita kini sudah menjadi tenaga pengajar bagi sukan selam skuba dan snorkeling kot..
Atau pun ia mungkin sekadar mengisi masa lapang.
Jadi, ini antara gambar-gambar terbaru dari kehidupan baru Nita.
Oleh: KASIH ISA
Gambar: Twitter Nita Hamzah 
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...