Wednesday, October 31, 2012

Maaf ini bukan kueh pau yer..tapi seluar dalam panas!!!


Maaf...Ini Bukan Kuih Pau Ye, Tapi TUTTT!!!!!
Jikalau anda bersiar-siar di Jepun pada musim sejuk, jangan sesekali terpedaya dengan oven kuih pau yang terdapat di kedai-kedai.
Sekali pandang, mungkin terliur juga tengok ‘kuih pau’ berwarna-warni di dalam oven tersebut.
Tetapi bila dihampiri, ia bukan kuih atau makanan, tetapi ia dipenuhi dengan SELUAR DALAM wanita.
Ketika musim sejuk, terdapat peniaga pakaian dalaman wanita di Tokyo yang ‘memanaskan’ seluar-seluar dalam yang hendak dijual – di dalam oven tersebut!
Harganya adalah sekitar RM 30 sehelai, tidak pasti selama mana ‘kepanasan’ seluar dalam itu akan berkekalan tetapi ia ternyata mendapat sambutan hebat pembeli yang merasakan kaedah tersebut ‘unik’.
Oh yea, lupa nak beritahu, seluar dalam ‘kuih pau’ ini hanya dijual pada musim sejuk sahaja, dan ia tidak mempunyai perisa kari, kacang atau kaya…jangan nakal OK! –Mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...