Wednesday, October 31, 2012

Miera Liyana tidak kisah bertemu Shahrizal Jazle

Miera Liyana Tak Kisah Bertemu Sharizal Jaszle

KUALA LUMPUR – Walaupun pernah mencipta kisah hidup dan menyulam rasa cinta dengan pelakon lelaki, Shahrizal Jaszle, pelakon muda, Miera Liyana, 19, tidak kisah sekiranya perlu bekerja dengan bekas kekasihnya itu.
Gadis muda ini akui jarak masa yang terlalu lama antara mereka yang tidak bersua muka memudahkan lagi proses melakukan tugas masing-masing dalam dunia lakonan.
Kata Miera, haluan hidup yang berbeza antara dia dan Sharizal juga memainkan faktor untuk dia tidak perlu merasa kekok ketika bertentang mata.
Miera dan Shahrizal telah bekerjasama dalam filem Rentaz dan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.
“Kami sudah lama tidak berjumpa tetapi apabila tiba waktu untuk bekerjasama, saya rasa tidak akan timbul sebarang masalah. Kena fahamlah, kami ini mempunyai haluan hidup yang berbeza.
“Sebenarnya perasaan gementar itu ada tetapi bukan kerana perlu bertentang mata dengan dia, tetapi lebih berdebar memikirkan filem tersebut.
“Pada tahun hadapan, filem Rentaz lakonan kami akan mula ditayangkan dan semestinya dalam tempoh itu kami akan sering bertemu,” kata Miera yang dipetik dari Utusan Online.
Selepas berpisah dengan Shahrizal, Miera hingga kini masih lagi tidak mempunyai pengganti di hatinya.
Berbeza dengan Shahrizal yang sudah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati.
Miera dengan jujurnya memberitahu dia gembira dengan kehidupannya sekarang yang tidak perlu terikat dengan komitmen alam percintaan.
Namun, sekiranya dia mempunyai rezeki untuk kembali mengadakan hubungan cinta, Miera mahukan lelaki yang tidak terlibat dalam dunia seni sebagai pasangan hidupnya.
“Saya gembira dengan keadaan sekarang. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku kerana ia banyak mematangkan.
“Selepas ini saya berharap untuk bertemu cinta dengan seseorang yang bukan terlibat dalam bidang yang sama seperti saya,” katanya.
Sebelum ini, hubungan Miera dan Shahrizal kecoh diperkatakan media memandangkan kelibat diri mereka sering bersama ke mana-mana sahaja.
Tetapi, selang beberapa bulan, Miera memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan cintanya dengan Shahrizal kerana mendakwa kecewa disakiti oleh Shahrizal.
Kini, Shahrizal sudah pun punyai pengganti Miera dalam hidupnya dan dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...