Monday, November 4, 2013

Raja Abdullah janji buat pembaharuan

RAJA ABDULLAH II (dua dari kanan) berjalan memasuki Parlimen di Amman semalam.- REUTERS


AMMAN - Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II semalam berjanji untuk melakukan pembaharuan pentadbirannya termasuk meminda undang-undang pilihan raya.
Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa, calon-calon yang prokerajaan diberikan jawatan penting dalam pentadbiran negara itu yang dicemari rasuah dan nepotisme.
Raja Abdullah yang membuat janji itu ketika berucap di Parlimen menyatakan, baginda telah merancang pembaharuan tersebut sebelum revolusi penduduk Arab berlaku pada tahun 2011.
"Jordan akan meneruskan pencarian untuk memajukan satu model pembaharuan yang berasaskan nilai tempatan," kata baginda.
Raja Abdullah berkata, agensi kerajaan akan distruktur semula manakala kualiti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam akan dipertingkatkan.
Baginda bertitah, Parlimen akan menyusun semula undang-undang pilihan raya dan parti politik.
Pada tahun ini, pergerakan Ikhwanul Muslimin telah memulaukan pilihan raya bagi membantah undang-undang tersebut.
Raja Abdullah bertitah, langkah seterusnya adalah untuk mewujudkan parti-parti politik yang banyak di negara ini untuk membentuk perikatan.
Baginda mahu melihat 23 buah parti politik yang kecil dan berpecah bergabung menjadi perikatan yang liberal dan konservatif ketika bertanding pada pilihan raya Parlimen. - AP
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2jftfHpzU
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...