Monday, November 4, 2013

Petugas media rai Shah Rukh

SHAH RUKH bergambar di depan para petugas media di kediamannya di Mumbai kelmarin.


MUMBAI - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-48 bersama beberapa petugas media di kediamannya di sini kelmarin.
Shah Rukh memberitahu para pemberita, dia mahu meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dengan menganggap bidang itu mempunyai kedudukan yang tinggi kerana ia menyuarakan perasaan manusia.
Pelakon tersebut memulakan kerjaya seninya dengan berlakon drama televisyen.
Justeru, katanya, dia mahu kembali aktif berlakon drama televisyen.
Ketika bercakap kepada pemberita, Shah Rukh berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada petugas media yang berada di kediamannya pada hari ulang tahun kelahirannya itu.
"Saya selalu menyatakan bahawa saya tidak meraikan ulang tahun kelahiran saya. Tetapi, setiap tahun, anda (petugas media) menjadikan hari lahir saya sebagai sesuatu yang istimewa," katanya.
Menurutnya, dia tidak pernah menyambut hari lahir semasa zaman kanak-kanak.
"Saya bersyukur dengan kehidupan ini," katanya.
Shah Rukh berkata, dia akan membuka setiap hadiah yang diberikan para peminatnya dari seluruh dunia.
"Saya kerap tidur lewat. Justeru, saya membuka setiap hadiah dan membaca kad daripada para peminat saya. Peminat-peminat dari Jerman dan Singapura menghantar hadiah kepada saya," katanya.
Shah Rukh turut melambaikan tangan ke arah para peminat yang berada di luar kediamannya pada hari ulang tahun kelahirannya itu. - Agensi
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2jfuOVLRJ
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...