Friday, September 7, 2012

Aida Sassu Rimas Dikenali sebagai Wawa Zainal


Mungkin ramai yang tidak mengenali siapakah gelaran si Ayda Jebat ini. Apatah lagi kemunculanya di program realiti AF9 hanyalah sekilas pandang. Walaubagaimana pun rezeki anak muda ini tetap ada didalam bidang yang diceburinya kini iaitu nyanyian dan lakonan.

AYDA JEBAT & AIDA SASU
Sudah tidak menyambung pelajaranya lagi di UiTM sebaik tersingkir dari AF9, Ayda kini menumpukan sepenuhnya perjalanan kerjaya seninya didalam bidang lakonan pula.
Sewaktu bercerita tentang pengalaman yang dilaluinya semenjak bergelar anak seni hampir setahun, Ayda memaklumkan bahawa ramai peminat yang menganggap dirinya adalah pelakon Wawa Zainal. Ujarnya “Memang ramai yang sangka saya ni Wawa Zainal & saya pun tak ada idea kenapa saya boleh dipandang sebagai Wawa Zainal. Ada la beberapa insiden seperti ada yang panggil nak bergambar dengan saya sebab sangka saya ni pelakon tu. Nak kata saya klon dia memang tak lah sebab kami adalah dua identiti yang berlainan. Saya dengan perangai gila-gila saya, Wawa dengan perangainya yang bagi saya sopan. Kalau diberi pilihan watak baik dan jahat saya lebih suka ambil watak jahat tu.”

AYDA JEBAT & AIDA SASU
Dengan kebanjiran melampau artis artis baru pada masa ini sudah pastilah banyak persainganya. Ditanya tidakkan ini boleh memberi kesan kepada perjalanan seninya, Aida menegaskan yang dia tidak terlalu memikirkan soal rakan artis baru yang lain. Baginya setiap individu itu ada kelebihan masing masing dan turut mengakui ada sesetengah artis baru yang naik kerana kontroversi mahupun gosip yang direka sendiri oleh mereka. Baginya dia tidak perlukan gosip murahan seperti itu dan yakin mampu dikenali kerana bakat yang ada.
“Setahun berada di industri ni memang saya akui masih ramai yang tidak mengenali saya. Lagipun saya masih baru dan ada beberapa drama saya yang belum disiarkan lagi. Saya tak rasa menyesal terjebak dengan industri ini sebab ini adalah impian saya sejak dari kecil. Teringat saya masa cikgu tanya apa cita-cita masa besar nanti. Dan apa yang saya lakukan sekarang inilah cita-cita saya”

AYDA JEBAT & AIDA SASU
AYDA JEBAT & AIDA SASU
AYDA JEBAT & AIDA SASU
AYDA JEBAT & AIDA SASU
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...