Friday, September 7, 2012

Diana Danielle Tak Teruja Bertunang


Pada ketika ini di mana-mana media kita akan dihidangkan dengan kisah pertunangan dua figura yang dikenali ramai iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle. Kisah percintaan hampir 3 tahun lebih ini akhirnya diikat dengan satu ikatan pertunangan baru-baru ini.

Diana Danielle & farid Kamil
Berpeluang bertemu denganya semalam bersama sekumpulan rakan media yang lain dapat kami sedikit info berkaitan pertunanganya.
Ujar Diana “Perkara ni kami dah rancang sebulan yang lepas, tapi persiapanya hanya seminggu saja sebab masing masing sibuk dengan kerja. Bagi saya tidak rasa teruja sangat pun. tapi rasa istimewa sikit tu adalah.”
Itulah jawapan ringkas Diana apabila ditanya tidakkah dirinya terasa teruja dengan pertunanganya. Jelasnya juga perhubungan dari biasa ke alam pertunangan tidak banyak yang berbeza melainkan jika sudah bernikah.
Ditanya kenapa sekarang baru terasa ingin bertunang, ini jawapannya “Bagi saya semuanya berkenaan dengan masa. Lagipun sudah hampir 3 tahun lebih kami bercinta, Orang kata kalau lama sangat didalam satu perhubungan tu pun tak bagus juga. Jadi kami rasa sekarang ini masa yang sesuai untuk ke peringkat yang seterusnya dalam perhubungan ini”

Diana Danielle & farid Kamil
“Cabaran dalam pertunangan pula bagi saya memang akan ada. Tak bertunang pun banyak dugaan juga. Bagi saya, saya dah bersedia dengan apa jua dugaan yang mendatang. Itulah cabaranya.”
Diana juga turut menyatakan yang perjalanan kerjayanya sebagai anak seni tidak dirasakanya terbatas walaupun sudah menjadi tunangan orang. “Bagi saya semuanya sama sahaja, tidak ada apa yang berubah pun. Tentang persediaan ke alam perkahwinan pula saya lebih pentingkan tentang hal berkaitan ilmu agama. kalau persiapan tu memang tak ada buat apa-apa lagi la walaupun tempoh bertunang hanya 1 tahun. lagipun baru 3 hari bertunang,”
Mengakhiri sesi temubual yang diadakan, beliau berharap agar pertunanganya ini akan sampai ke jinjang pelamin dan berharap agar para peminatnya dapat mendoakan yang terbuat buat dirinya dan juga Farid Kamil agar dapat memikul dugaan yang mendatang dengan hati yang tenang.

Diana Danielle Sekitar Majlis Pelancaran Filem GB 2012

Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...