Friday, September 7, 2012

Zizan Minat Jepun Menerusi Watak Gaban & Suria Perkasa Hitam


“Sudah menjadi impian saya sejak dari kecil untuk menjejakkan kaki ke Negara jepun. Semuanya bermula apabila saya menonton rancangan seperti Gaban & Suria Perkasa Hitam”

Jejak Jepun Bersama Zizan
Sesi Media bersama Zizan di Corus Hotel KL 
“Saya juga memang minat barang-barang dari jepun sejak dari kecil. Begitu juga rasa kagum dengan sikap masyarakat disana yang berdisplin dan sikap ingin membantu yang ditunjukkan walaupun komunikasi tidak berjaya tapi berusaha menyampaikan maklumat dengan cara lain. Sikap membantu itu memang saya kagumi.”
itulah sedikit coretan Zizan selama berada di jepun semasa pengambaran ‘Jejak Jepun Bersama Zizan’ dilakukan. Program ini bakal menemui anda bermula 12 September setiap Rabu jam 9 malam di Astro Prima menerusi saluran 105.

Jejak Jepun Bersama Zizan
Reaksi Zizan sewaktu ‘Mengenakan’ seorang wartawan

Zizan yang ditemui semasa sidang media menjelaskan banyak pengalaman menarik yang ditempuhinya semasa berada disana dan baginya ada juga cabaran yang terpaksa diharungi terutamanya melibatkan Komunikasi
Ujarnya “Pengalaman berada disana sangat membuka mata saya mengenai budaya & tahap kemodenan yang memang mengagumkan dan cabaran pula apabila melibatkan komunikasi. Maklumlah pengunaan bahasa ‘international’ saya ni agak kurang sikit ditambah pulak budaya sana yang lebih mengutamakan bahasa meraka. Sampai nak beli minyak rambut pun terpaksa guna bahasa tangan baru diorang faham, Banyak lagi pengalaman yang menarik sepanjang ‘Jejak Jepun Bersama Zizan’ ni. Jadi kalau korang nak tahu kena lah tengok nanti”
Kami juga dimaklumkan setiap episod ada misi tertentu dan yang paling menarik perhatian kami ialah misi berjumpa figura terkenal negara matahari terbit itu iaitu Ayumi Hamasaki. Berjayakah Zizan melaksanakan Misi ini? semuanya bakal terjawab dalam ‘Jejak Jepun Bersama Zizan’ nanti.

Jejak Jepun Bersama Zizan
Zizan berkongsi pengalaman menarik sewaktu berada di Negara Jepun
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...