Wednesday, August 15, 2012

Norish Karman Utamakan Anak-Anak Sempena Aidilfitri


Sebagai seorang Ibu kepada anak anak yang dilahirkan pasti keutamaan dalam setiap perkara akan didahulukan berbanding diri sendiri. Begitu jugalah halnya dengan Norish Karman.

Norish Karman
Crew kami yang berkesempatan bertemu denganya baru baru ini dimaklumkan yang segala persiapan untuk menyambut Aidilfitri lebih di utamakan kepada anak anaknya. “Alhamdulillah persiapan tahun ni sama macam sebelumnya. Anak anak pun dah besar dan Raya tu meriah sikit la sebab diorang semua faham apa itu erti Aidilfitri yang sebenar”
Selain sibuk dengan urusan kerjaya seni beliau, Norish Karman yang mesra di panggil Nk juga dikhabarkan ada mmbuat tempahan hamper raya, dimana ianya mengandungi pelbagai jenis kek dan juga kuih raya yang dibuatnya sendiri.

Norish Karman
“Selain itu juga saya sibuk dengan urusan anak anak yatim dan juga anak angkat. Insyallah amal ini tidak saya lakukan hanya dibulan Ramadan sahaja dan akan sentiasa berterusan.”
Bagi NK Aidilfitri tahun ini belum pasti lagi akan beraya samada di Malaysia mahupun Singapura. Ujarnya “Mak saya sakit dah dekat sebulan. Jika dia sihat katanya hendak beraya di sini. Kalau tak terpaksa bergegas ke Singapura”
Bagi peminat yang selama ini sentiasa menyokong kerjasa seninya ini ada sedikit ucapan raya khas buat anda “Kepada semua peminat saya terima kasih banyak banyak atas sokongan dan Cinta Kasih kepada Norish Karman kerana anda adalah semangat saya yang masih berdiri teguh disini dengan segala berlakunya perkara negatif. Terima kasih Alhamdulillah”

Norish Karman
Norish Karman
Norish Karman
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...