Wednesday, August 15, 2012

Ebi Sudah Ada Kekasih, Akui Tidak Mungkin Kembali kepada Mila


Agak lama juga kami tidak bertemu dengan Ebi. Kali terakhir adalah sewaktu di Mania tidak lama dahulu. Berkesempatan menghadiri tayangan perdana untuk filem Leftwings memberi peluang bagi kami berbual seketika dengan Ebi tentang perjalanan hidupnya pada ketika ini, terutamanya selepas Program Mania berakhir.

Ebi Kornelis
Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kini Ebi seperti hilang arah di dalam bidang seni yang diceburinya selepas Mania berakhir? Jawapan itu kami simpan dahulu untuk artikel akan datang.
Kami juga sempat melontarkan satu persoalan tentang dakwaan yang mengatakan Dia dan Mila kini kembali ‘berkawan rapat’? Ebi sejujurnya mengakui dia dan Mila kini kembali berkawan seperti biasa. Ujarnya lagi “Ya saya akui, saya dan Mila masih berkawan macam biasa dan selalu jugalah kami berhubung, tak ada lah bermacam muka seperti mana ada dakwaan sesetengah pihak. Lagipun saya selalu buat event management di sabah dan selalu menyenaraikan nama dia. Tapi status perhubungan tu hanyalah sekadar rakan sahaja. Tak mungkin saya akan kembali kepada Mila Lagipun kami masing masing dah matang dan apa yang berlaku dulu tu adalah disebabkan sifat kebudak budakan.”
“Secara jujurnya juga saya akui sudah ada kekasih berasal dari Sabah juga, tapi buat masa ini biarlah saya tidak menunjukkan siapa dia. Kalau boleh nanti dah kawin baru saya tunjukkan siapa kekasih saya” – Ebi Kornelis
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...