Seperti yang sudah diketahui ramai, pelakon kelahiran singapura, Aaron Aziz dan keluarga telah diberikan Taraf Penduduk Tetap (PR) oleh kerajaan Malaysia sejak Jun lalu.
Kini, timbul pula reaksi negatif kononnya pelakon itu mendapat keistimewaan apabila permohonan diluluskan kerana statusnya sebagai selebriti popular.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan semua pihak perlu mematuhi prosedur yang sudah ditetapkan kerajaan;
“Dari segi Aaron Aziz ke siapa ke, dia kena ikut prosedur seperti biasa. Yang penting siapa yang kita berikan kelulusan. Keluarga saya sekalipun ikut prosedur.”
MH Online mengharapkan, dengan kenyataan yang dikeluarkan ini akan melenyapkan segala spekulasi dan kontroversi yang boleh menjejaskan industri hiburan tempatan.
@mediahiburan.karangkraf.com
Jom lihat info tadika kanak2 comel yg popular di Melaka!
No comments:
Post a Comment