Wednesday, July 4, 2012

Salman Khan Berhenti Berlakon?

salman
Aktor terkenal Bollywood, Salman Khan terpaksa berehat daripada aktiviti lakonan kerana sedang menghidap sakit saraf yang teruk. Salman dinasihatkan tidak melakukan aksi lasak terutamanya berlakon filem aksi kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Ramai penerbit filem di Bollywood tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan memberikan Salman berlakon dalam mana-mana filem aksi yang diketahui sudah menjadi darah dagingnya.

Malah aktor berusia 46 tahun ini turut digugurkan daripada membintangi beberapa buah filem aksi seperti 'Dabangg 2', 'Sher Khan' dan 'Kick' dengan digantikan oleh pelakon lain.

Salman Khan dikenali sebagai seorang yang begitu berdedikasi dalam lakonan sehingga enggan menggunakan pelakon lagak ngeri untuk melakonkan aksi lasak dalam beberapa filemnya.


@mediahiburan.karangkraf.com


Jom singgah medan ikan bakar Umbai!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...