Wednesday, July 4, 2012

Tak Janji Tak Ada Kontroversi – Shenthy Feliziana

Shenthy Feliziana ataupun mesra dipanggil Eli merupakan seorang lagi pelakon yang bakal mendapat kecaman dari pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi jika suatu hari nanti gadis ini menerima limpahan populariti atau sekurang – kurangynya anugerah Bintang Paling Popular ABP. Ini kerana beliau merupakan gadis kelahiran Singapura

Shenthy Feliziana Mael Lambong
Membintangi filem Mael Lambong yang kini sedang ditayangkan dipawagan. Eli memaklumkan dirinya merasa bertuah apabila diberi peluang untuk membawa watak Rozi bagi filem ini. Katanya lagi “Eli tak sangka apabila mendapat tawaran dari Abang Ahmad Idham bagi memegang watak yang bagi Eli besar dan rasa amat terkejut jugalah.”
Baginya perasaan apabila mula pengambaran adalah bercampur baur diantara seronok, takut dan gementar. Apatahlagi Ini adalah filem pertama lakonanya bersama zizan. Crew kami sempat bertanya kepada Eli tentang Zizan dilokasi dan ini jawapnya “Zizan ni dia seorang yang lawak. Lawak dia bukan dalam lakonan sahaja tapi 24 jam asik nak buat lawak bagi orang lain ketawa”

Shenthy Feliziana Mael Lambong
Baginya Zizan turut membantu memberi tunjuk ajar dalam filem ini memandangkan watak yang dibawanya juga banyak melibatkan lakonan mereka bersama. Jelas Eli lagi beliau selesa apabila berlakon bersama Zizan.
Tegas Eli hadirnya kedunia seni Malaysia ini adalah dengan niat yang bersih dan jujur bagi menimba ilmu dan mengambil seberapa banyak pengalaman yang ada untuk memantapkan kerjaya lakonanya. Katanya “Kontroversi tu kita tak boleh nak jangka. Ianya kadang – kadang datang tanpa kita tahu puncanya. Nak kata saya takkan ada kontroversi, itu saya tak berani jaminla. seboleh bolehnya saya mahu mengelak dari terjebak dengan perkara seperti itu ”
Selain Mael Lambong Eli kini juga sedang terlibat dengan pengambaran Apa Celop telemovie yang akan ditayangkan tidak lama lagi

Shenthy Feliziana Mael Lambong
Shenthy Feliziana Mael Lambong
Shenthy Feliziana Mael Lambong
Shenthy Feliziana Mael Lambong
Shenthy Feliziana Mael Lambong
Shenthy Feliziana Mael Lambong
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...