Adda Butterfly jika ditanya kepada kami siapa beliau pada sebulan yang lepas, identiti warganegara Malaysia ini mungkin tidak kami kenali. Bahkan tidak akan kami ambil peduli. Untuk Apa?. Tapi semuanya berubah apabila adik kepada Rodi Kristal ini dengan tiba – tiba dihimpit pelbagai kontroversi.

Maka kami mencari siapa dia Adda. Bermula dengan isu Mamat Sepah, kemudian Isu rumah tangga dan kini timbul pula isu yang disebarkan oleh teman rapat beliau mendakwa adda kini berkawan dengan seorang pengkid dan lebih menjengkelkan ada yang melabelkan mereka sebagai pasangan LGBT.
Baru – baru ini bertempat di pejabat GAOL.FM crew kami berkesempatan menemubual Adda bagi mengetahui isu yang sebenar dari mulut empunya diri. Sebelum itu kami sempat juga menemubual individu yang dikatakan pengkid di artikel ini [Fikiran Sangat Cetek Sehingga Menfitnah Saya dan Adda Butterfly Lesbian]. Menurut Adda memulakan bicara, isu pengkid ini tidak perlu untuk diperbesarkan sebab baginya ianya tiada kena mengena dengan hal kerjaya. Lagipun menurut Adda ianya hanyalah melibatkan hal peribadinya.
Ujarnya lagi “Gambar yang didakwa saya dengan pengkid itu disebar oleh orang yang tidak bertanggunjawab dan si tukang tulis pula menulis tanpa soal selidik untuk turut sama memfitnah saya. Saya kenal kawan perempuan saya itu dah lama dan dia memang seorang perempuan tulen dan bukan pengkid seperti didakwa.”

Adda juga menjelaskan yang dia sememangnya rapat dengan rakan perempuan terbabit. Susah dan senang menurut Adda akan bersama sama “Tak salah kalau ada kawan baik perempuan dan perkara biasalah bergambar mesra seperti mana yang disebarkan. Itu tak semestinya bila kita rapat sesama kaum sudah boleh dikatogerikan sebagai Lesbian”. Didakwa pergi melancong ke China hanya berdua Adda sekali lagi menafkan dakwaan tersebut dan menegaskan ada ahli keluarga yang turut serta dalam percutian itu.
Apa yang menarik perhatian kami Adda menjelaskan isu ini sengaja direka dikalangan rakannya sendiri dimana gambar yang disebarkan itu diperolehi dari BBM contact miliknya. “Mesti ada yang cuba hendak jatuhkan saya dengan cerita bodoh dan karut macam ni. Saya sudah kenal pasti penyebar cerita tersebut, bukan nak tuduh tapi memang dia. Motif dia memang jelas untuk menjatuhkan saya”

Ditanya siapakah ‘dia’ yang dimaksukkan, Adda lantas menjawap “Dia yang saya syaki itu adalah dikalangan rakan artis baru juga. Tapi saya tak menuduh, cuma perasaan saya kuat mengatakan artis itu punca tersebarnya cerita sebegini. Dulu kami memang berkawan rapat. Entahlah kenapa dia nak jatuhkan saya, mungkin sebab dia sudah jatuh sekarang. Cuma saya nak cakap dekat orang tu, cerminlah dan sedar diri dulu sebelum hendak mengata dan bercerita tentang keburukan orang lain. Jika niat dia hendak menutup rezeki saya dalam bidang ini entahlah. Bagi saya rezeki masing masing. Rezeki dia ada, rezeki saya pun ada, tak perlu sampai nak menjatuhkan sesama artis. Bersikap profesional la sikit”
Jelas Adda lagi di akhir perbualan. Gosip sebegini tidak memberi kesan kepada dirinya. Sebab baginya orang ramai yang membaca cerita sebegini sudah tahu berfikir mana yang benar dan mana yang ditulis untuk menfitnah. Kalau ada sekalipun yang memberikan komen yang kurang elok tentang dirinya itu disebabkan mereka yang membaca gosip tersebut tidak mengenali sepenuhnya siapa dia Adda. Ujarnya lagi “Eloklah bertanya kepada tuan empunya badan kalau hendak berkata sesuatu yang korang sendiri pun kurang pasti kesahihanya. Kalau berterusan memberi komen yang bersifat fitnah kan dah berdosa besar. Lebih teruk dari membunuh kot”

@buahmulut.com






No comments:
Post a Comment