Wednesday, June 27, 2012

Shima Anuar Terasa Tempias Apabila Ada Artis Baru Bergaduh

Shima Anuar sama seperti artis baru lain yang mahukan satu publisiti yang baik untuk dirinya supaya lebih dikenali kerana bakat bukan kontroversi yang sengaja direka.

Shima Anuar - Hanya Aku Cinta Kau Seprang
Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur dan mengaku masih single ini pernah membintangi filem 7 Petala Cinta, Sumpahan Kum Kum dan kini muncul dengan filem Hanya Aku Cinta Kau seorang (HACKS) yang sedang ditayangkan di pawagam.
Menurut Shima yang kami temui baru baru ini di Majlis pra tonton filem HACKS memaklumkan walaupun tidak terlibat secara langsung dengan pelbagai kontroversi pergaduhan sesama artis baru dan masalah lain, tempiasnya boleh juga merebak kepada artis baru seperti dirinya apabila ianya boleh menimbulkan 1 tanggapan kurang enak yang artis baru masakini sengaja mencari publisiti murahan.
Ujarnya lagi “Tidak semua artis baru itu sama saja, ianya bergantung kepada artis itu sendiri macam mana dia nak berjaya dalam bidang ini. Bagi saya pula percaya kepada bakat yang ada pada diri sendiri dan kontroversi itu semua insyallah akan cuba di jauhkan”

Shima Anuar - Hanya Aku Cinta Kau Seprang
Untuk filem HACKS ini beliau memegang watak sebagai Zizi adik kepada lakonan Fezol Khan. Menurut Shima babak paling mencabar yang dibawanya untuk filem ini ialah babak apabila dapat tahu abangnya dalam filem ini sakit yang boleh membawa maut. Babak ini memerlukanya bermain dengan emosi yang maksima. “Untuk babak seperti ini penghayatan itu datang dari pengalaman shima sendiri yang kehilangan orang tersayang iaitu mak”
Walaupun sudah beberapa buah filem dibintanginya namun rezeki anak muda ini masih belum ada untuk dia muncul sebagai teraju utama. Menurut Shima “Buat masa ni tiada rezeki lagi untuk saya memegang watak utama. Seperti mana yang saya katakan tadi saya percaya pada bakat yang ada pada diri dan insyallah dengan kerja keras dan usaha yang dilakukan selama ini mungkin rezeki itu akan tiba suatu hari nanti, manalah tahukan!! ”

Shima Anuar - Hanya Aku Cinta Kau Seprang
Shima Anuar - Hanya Aku Cinta Kau Seprang
Shima Anuar - Hanya Aku Cinta Kau Seprang
Shima Anuar - Hanya Aku Cinta Kau Seprang
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...