Kata Tajuk diatas diambil dari luahan hati seorang wanita yang dituduh sebagai pengkid dan lebih malang lagi pemilik nama Syafrieza Safiee yang berasal dari Sungai Buluh ini dikatakan pasangan lesbian kepada Adda Butterfly, benarkah?

Lantaran itu crew kami pada tanggal 25 jun 2012 ke Gaol Fm bagi menemubual Syafrieza bagi mendapat gambaran yang jelas tentang perkara yang sebenar. Benarkah mereka sedang dilamun bahagia atau ini satu lagi rekayasa yang sengaja diadakan.
Menurut Syafrieza kesemua gambar yang di sebarkan itu diambil menerusi BBM miliknya dan juga Adda. “Ada seseorang yang berada dalam senarai rakan kami di BBM mengambil gambar tersebut dan menyebarkan fitnah bahawa saya adalah seorang pengkid dan pasangan lesbian untuk Adda. Saya menafikan cerita – cerita bodoh yang disebarkan ini. Pertama kali saya baca isu ini di internet saya rasa terkejut jugalah kenapa isu macam ini boleh tersebar. Kadang – kadang kelakar pun ada jugak bila membaca isu membabitkan diri saya ini. Macam tak logik pula.”
Kata Syafrieza kesemua gambar yang telah tersebar tadi sebenarnya telah di rakamkan di China baru – baru ini iaitu pada tarikh 15 – 20 Jun 2012. Dengan nada yang tegas beliau menafikan yang percutian ke China itu bukanlah hanya mereka berdua sahaja tetapi turut di ikuti oleh ahli keluarga yang lain.

ketika crew kami mengajukan soalan dimana pengkidnya beliau sehingga digelar sedemikian ini jawapnya “Mungkin mereka melihat pengkidnya saya pada pakaian dan kemesraan saya dengan Adda sehingga boleh timbul isu sebegini. Tapi kitaorang cuma rakan baik dan kami sangat rapat. Apa – apa masalah kami akan kongsi bersama, bila Adda sedih saya juga turut merasainya. Tapi itulah fikiran orang zaman sekarang sangat cetek sampai boleh terpikir perkara – perkara macam ni. ”
Menurut Syafrieza lagi beliau mengenali Adda lebih kurang setahun yang lepas dan secara jujurya beliau mengakui yang dia tidak tahu bahwa Adda itu merupakan seorang ahli kumpulan Butterfly dan seorang artis
“kepada yang menimbulkan isu ini di internet diharap selidik lah dulu sebelum menyebarkan sesuatu cerita sebab ianya boleh menjejaskan dan memburukkan seseorang malah sudah menajdi gosip murahan sehingga menimbulkan pelbagai fitnah lain pula bagi yang membaca gosip seperti ini”. Walaubagaimanapun menurut Syafrieza mengakhiri perbualan kami. “Gosip ini juga tidak sesekali akan menjejaskan hubungan baik saya dengan Adda yang sudah lama terjalin, Lagipun takkan saya pengkid sebab saya dah ada teman lelaki”.
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment