Tuesday, April 10, 2012

Julia Perez Pengsan Akibat Putus Cinta

Jupe
Aktres Kontroversi Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali dengan Jupe telah pengsan dan terpaksa dimasukkan ke hospital di Singapura. Difahamkan, perkara ini  terjadi kerana mengalami tekanan selepas hubungannya dengan pemain bola sepak, Gaston Castano terputus di tengah jalan.

Dalam laporan dalam sebuah blog hiburan, doktor telah menasihati pelantun lagu 'Belah Duren' ini supaya banyak berehat dan tidak memikirkan apa-apa perkara yang boleh mengganggu kesihatannya.

Jupe pernah meluahkan bahawa untuk mencari pemain bola sepak yang tampan bukanlah masalah baginya. Tetapi mencari lelaki yang betul-betul mencintainya seperti Gaston itulah yang menjadi masalah.


@mediahiburan.karangkraf.com


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...