Bekas ahli kumpulan X-factor, Fendi atau nama sebenarnya Syed Affendi bin Syed Ibrahim yang ditemui MH Online baru-baru ini mengakui rindukan dunia seni namun kini lebih selesa dengan kerjaya tetapnya di sebuah syarikat swasta.
Terkini, Fendi berkongsi cerita mengenai kehidupannya kini yang bahagia menjadi suami dan bapa kepada seorang anak perempuan comel bernama, Sharifah Sharlez.
Ditanya mengenai projek terbaru bersama X-Factor, Fendi akui dirinya kini tidak lagi terlibat secara langsung kerana kekangan waktu pejabat membataskan aktiviti seninya. Namun, jika ada kelapangan, Fendi tidak kisah untuk memberikan kerjasama.
"Walaupun sudah lama muncul di mana-mana media, saya terharu kerana masih ada lagi peminat yang masih mengenali saya," ujar Fendi mengakhiri perbualan.
@mediahiburan.karangkraf.com
Klik dan baca!
No comments:
Post a Comment