Tuesday, April 10, 2012

Ifa Raziah Kongsi Rezeki

ifa
Baru-baru ini MH Online mendapat perkhabaran di mana artis serba boleh, Ifa Raziah dikatakan sudah memiliki beberapa artis di bawah pengurusan syarikatnya iaitu Ifa Raziah Entertaintment. Antara artis-artis tersebut seperti Roslan Shah, Mohd Mentor, Man dan Rahim Raja Lawak.

Bertemu dengannya di sebuah majlis, MH Online sempat bertanyakan hal tersebut;

“Mana ada artis sendiri, syarikat saya hanya uruskan saya seorang sahaja. Mereka hanya terlibat dengan saya untuk persembahan pentas sahaja. Bukan apa, bila saya dapat tawaran membuat persembahan dan ada permintaan daripada penganjur yang mahukan artis yang pelbagai, itu yang saya ajak mereka bersama. Tidak salah kita berkongsi rezeki dengan rakan-rakan lain.

“Tidak ada istilah mereka ikat kontrak atau artis syarikat saya. Jika kebetulan mereka ada ‘show’ sendiri tidak mengapa dan saya tidak paksa untuk turut serta. Kiranya, bila bersama mereka persembahan itu kira pakej kerana ada yang boleh mengacara, menyanyi dan melawak,” kata Ifa yang akan menjayakan Minggu Setiausaha 2012 di Pahang pada 28 April ini.

Selain persembahan di Minggu Setiausaha, Ifa juga akan mengacarakan persembahan Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 6 Mei nanti.


@mediahiburan.karangkraf.com


Baca dan lihat foto2 disini!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...